OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, May 31, 2011

Bisnes

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Okey, aku dah buat keputusan. InsyaAllah aku berada di jalan yang betul. Aku dah buat keputusan nak jual buku secara ONLINE. Jadi, korang - korang boleh beli buku dari aku secara ONLINE. Buat masa ni aku tak buat lagi blog khas untuk jual buku, jadi aku guna blog ni dulu nak test market. Kalau bisnes dah okey, then baru aku bukak blog khas for books.

How to buy books from me ?

1. Email me my email is fadilot@yahoo.com :
  • Book Title
  • Authors Name
  • No. ISBN ( if have)
  • Publishers Name
  • Your Contact Number
2.  I will check whether the book have stock in market or not. Then I will call you or email the status of the books with price of the book, delivery charges and stock availability.

3. After that, you can made payment. Please do bank in cash/ cheque/ wang pos to CIMB 14410075735528. My name is SHARIFAH FADZILAH BT SYED M HUSSEIN.

4. After you made payment. Kindly do email me:
  • bank-in slip
  • your full address
  • contact number
  • your full name
5. After I received the payment, I will courier it to you.

6. Might be some book(s), I can give you special discounts and special price !

7. I'm selling English Books (motivation/ novels/ education) same as Malay Books, Religious Books, Law and Regulations Books.

I hope my business will success and I can coop with it. Kindly do PRAY for me. You can see latest book on my right sidebar. Hope I can update new books frequently. PRAY for me.

p/s: usaha tangga kejayaan.

ADIOS!

The Choice: Dialog Islam & Kristian





Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Already bought this book. BUT not yet read. So pathetic I am. Dah ada buku tak baca lagi. No time to read la dear. Most of my time are with my dearie Encik Usben, Cik Bebet and Cik Bobot. I hope this weekend I could start and finish reading it. Hope so . . . . .

Buku Mahathir pun aku tak baca lagi. Yang tu lagi la berzaman nak baca. Tebal plak tu. . . . . Harus curi masa untuk bahan bacaan. aiyoooo! HARUS!

Lupa plak nak bagitau buku ni pasal apa. Buku ni citer pasal dialog antara Allahyarham Ahmad Deedat dengan orang Kristian such as Pope & paderi. What the dialog is, aku tak tau sebab aku tak baca lagi. So, korang doakan supaya aku habis baca buku ni. Then, aku citer kat korang what the dialog is. okeyh!

*esokla nak start baca kat opis cam lambat je nak start weekend ni*

p/s: Membaca jambatan Ilmu.

ADIOS!

Monday, May 30, 2011

kolar baju suami hitam?

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Sememangnya agak payah nak hilangkan hitam (daki) kat kolar baju suami kan? Aku tak mengalaminya sebab Encik Usben pegi keje tak guna shirt yang berkolar cerah. So, I do not have that kind of problem. Hehehehe. . . . .

Tapi petua ni untuk korang yang ada masalah tersebut. Apa yang korang perlu buat? Senang je . . . . . korang amek sabun mandi yang wangi tu. Sabun wangi cam LUX ke. PALMOLIVE ke. Pastu korang sental kat kolar suami korang. InsyaAllah, hilang.

Petua ni, UMI aku yang bagi. Tapi sepanjang perhatian aku. UMI aku memang BERJAYA lah menghilangkan kesan daki kat kolar baju ABAH aku ngan ADIK aku.

Selamat Mencuba!

p/s: memerlukan tenaga dan daya kerajinan yang tinggi . 

ADIOS!

weekend yang biase . . . . .

Assalamualaikum semua ;)


Hai korang. Hujung minggu aku yang biasa saje. Bangun pagi agak lewat untuk hari Sabtu. Pagi ku dikejutkan oleh ketukkan almari dari seseorang. Sape lagi. Cik Bobot lah. Kata dah pandai merangkak jadi beliau bangun dan terus menuju ke kawasan Encik PC dan Encik Almari.
Hari Sabtu tu, aku dan famili tersayang tak pergi kemana-mana. Dok lepak umah je. Pagi-pagi buat bubur nasi untuk Cik Bobot. Aku buatkan dia bubur nasi ikan bilis campur kentang. Lepas tu untuk makan tengahari. UMI aku masak Laksa Sarawak.

Perrrgggghhhhhhhh!. . . . . .layans.

Lepas tu . . . . . takde buat aktiviti apa-apa pun. Di petang hari, tidola. Hahahahaha.

Malam plak aktiviti menonton. Hmmmmmm . . . . . yeah! kami tonton . . . . .





 bley la citer ni. nak kata lucu sangat . . . . biase-biase je. aku cam tak suka plak watak si mamat Azad tu. Asyik la terjerit sana. terjerit sini. Sepanjang yang aku dok tengok filem si Azad ni berlakon, kebanyakan watak dia suka terjerit sana, terjerit sini. Huh!

Memandangkan Encik Usben anak polis jadi beliau mengatakan ada sedikit kesilapan dari segi ke'pangkatan'an antara polis-polis tu. Hmmmm . . . . . ntahla aku bukan tau sangat pon. Dia sorang je yang paham pasal pangkat-pangkat dalam polis. Huhuhuhuhu.

Moral of the story Kongsi: Lu Langsi Lu Mati. No morale. It should be 18SG sebab Cik Bebet pun ikut menonton citer ni lalu meniru aksi berlawan dalam citer ni. Huh! not good for cute lil' girl. Beliau sudah menyerang ayahnya dengan bantal. aiyooooo! Cik Bebet dah jadi 18SG.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 

Hari Ahad plak bangun awal sedikit sebab nya si kenit Cik Bobot telah mengetok-ngetok spec Encik Usben ke lantai. Walaweyh! nasib baik tak patah! Kalau patah aku tak tau la nak buat macam mana. . . . .mau Encik Usben jadi HIJAU . . . . grrrrrrr . . . . . grrrrr . . . . .
Aku buat kan Cik Bobot bubur daging. F Y I toddlers doesn't like smell of beef. Sebab lapar so they kene makan jugak that porridge. Hahahahahaha. . . . . so damn evil Mommy.

Konon buat PAVLOVA. Jadi . . . . . tapi, whipped cream aku tak jadi. whipped cream aku jadi butter. Aku terlebih pukul cream tu! Arrgggghhhhh . . . . trus takde mood nak teruskan. Jadi kau ratah je la PAVLOVA tu macam tu. Actually I can eat with Chocolate Sauce. That is why I did not give to my lovely Bossy, Na. Sebab my PAVLOVA tak jadi.

MENCI!

MENCI!

MENCI!

I'll do it again after this. q(^ ^)p

Memandangkan PAVLOVA tak jadi. Aku ajak Encik Usben pegi 'buang kuman' kat Jaya Jusco AU2. Jalan-jalan kat sana. Singgah D.I.Y kejap. Tak sangka plak D.I.Y ada jual sepit rambut yang comel-comel. Sangat jakuns. Aku belikan sepit rambut Cik Bebet walaupun rambut beliau tak banyak mana. . . . . =____= Lepas tu Encik Usben, mintak aku belikan pistol air untuk Cik Bebet. Konon untuk Cik Bebet. Padahal? duuuuhhhhh!

Layan kan aje. . . . . .next beli susu Dutch Lady untuk Cik Bobot. Hmmmm, sekarang Cik Bobot dah campur susu sebab gara-gara aku makan pil rigevidon. Lepas ni aku taknak makan Pil ni lagi. Sebab makan pil ni la, dua benda kesayangan aku SAKIT. bunguks punya pil. Menyesal! Nasib baik susu aku tak kurang sebab makan pil ni. Rasa macam nak jadi HIJAU je!

Dah settle beli susu and nestum. opsss! lupa nak beli bawang ngan kentang. Ok, teruskan perjalanan dan singgah HERO SUPERMARKET untuk beli bawang dan kentang. Sampai rumah dan rehat.

Tamatla citer hari Sabtu ngan Ahad aku. Hohohohoo. . . . . cam bosan je weekend aku. ok tak bosan sebab aku masih lagi berada disisi orang-orang yang aku sayangi. Love you guys! (^^)

p/s: no more FIGHTING STORY for my lil' girl and please do FOCUS while cooking.

ADIOS!

kesucian diragut!

Assalamualaikum semua ;)



Dah lama kau tak muncul. Tetiba ntah dari mana kau datang, dari minggu lepas hingga ke hari ini kau ada. Kau mengganggu hidup aku! Tapi tak boleh nak buat apa. Aku tau, Dia yang hantar kau. Aku tak minta dan aku harus terima. Tak suka! tak suka! tak suka!

Tak boleh buat apa. Harus terima dengan redha . . . . . .

Tak sangka kau datang minggu lepas. Lepas tu kau bawak kawan kau sekali. Apa pun tak boleh. Bukan sorang kau bawak kawan kau. Dua tiga skali kau bawak. Eeeee. . . . . .geram nya aku.

Kenapa kau muncul sekarang. Nanti-nanti la kau muncul. Ada sedikit gangguan bila kau datang. Kau tau tak? kau tau tak?

Aaaaarrrrggggghhhhhh! Geramnya aku!




Aaaaarrrrggggghhhhhh! Geramnya aku!




Aaaaarrrrggggghhhhhh! Geramnya aku!

p/s:Cik Bobot confirm dah boleh merangkak! Alhamdulillah. Entri takde kene mengena langsung dengan tajuk-

ADIOS!

Friday, May 27, 2011

suka sangat!

Assalamualaikum semua ;)


Ni entri aku yang ke-empat untuk arini. Aku tak tau la kenapa arini agak sedikit malang . . . . walaupun tak baik mengatakan hari ini adalah hari malang sebab hari Jumaat hari yang paling istimewa dalam banyak-banyak hari. Hari Jumaat kan penghulu segala hari. hari Jumaat la hari dimana Kaum Adam berkumpul beramai-ramai menunaikan Solat Jumaat. dan hari Jumaat la kat umah aku ada Pasar Malam. huhuhuhuhu . . . . . .

Sebenarnye aku bukan nak citer pasal hari Jumaat pun. Aku nak citer pasal waktu makan tengahari aku tadi. Aku balik umah konon nak goreng ayam Ayamas dan masak nasi je.

Abah : Ko watpe?

Aku : Nak goreng ayam ngan masak nasi untuk makan tengahari.

Abah : Tak payahla. Ko tepon Mekdi. Abah banje.

Aku : Baik.

Aku pun pegila tanya Encik Usben dan Encik Usni nak makan apa. Okey dah tau diorang nak makan apa. . . . aku pun call la Mekdi.

Mekdi : Ya cik boleh saya bantu

Aku : Saya nak order Mekdi.

Mekdi : Nama puan?

Aku : Sharifah

Mekdi : Maaf puan kami ada masalah teknikal. Tak boleh nak copy order dari pukul 1 sampai pukul 2.

Aku : Dari pukul 1 sampai pukul 2? lamanya.

Mekdi : Minta maaf cik.

Letak tepon.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Menyampah okey! cakap je la takde orang nak hantar. Sekarang ko tengah sebok nak layan orang kat kaunter. Kata ujung bulan. Semua pekerja pakat-pakat makan Mekdi. Takyah la tipoooo aku. Siap tau time plak tu dari pukul 1 sampai pukul 2. Hampeh je!

Lalu aku dan Encik Usben dengan rajinnye pergila naik kete menuju ke Mekdi ulu kelang. Damn! giler penoh! cam sardin! ramai giler orang beratur!

Okey. kita cari Mekdi lain. Lalu dengan rajinnye aku pun pergi la ke Mekdi Ampang yang kat Petronas tu. Ok, lengang. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan sesi jual beli aku. huhuhuhuhuu . . . . .

Jangan sangka air yang  tenang tiada buaya!

Kat sini lagi cam gamp***g!

1. Cashier malas nak greet customer!
2. Tak senyum!
3. Tak offer aku nak set LARGE ke tak....walaupun sepatutnya aku kene beli LARGE! demmit-
4. Dahla aku nak beli banyak . . . . untuk 5 orang nye makan. Ko cam tak nyempat2 nak siapkan order & amek next customer!
5. Tak repeat apa yang aku order!
6. Nama cashier tu HAFIZA! jangan pegi kaunter dia kalau korang g sana!

Akibat:

1. Aku dapat set MEDIUM instead of LARGE . . . .seb baik ko charge aku harga MEDIUM.
2. Aku dapat sos cili 4 peket jek! Giler kedekut dowh!
3. Adik aku nye Double Spicy Chicken Mcdeluxe jadi Single Spicy Chicken McDeluxe! Pandai korang kan, letak single punya Spicy Chicken McDeluxe kat dalam Double Chicken McDeluxe nye kotak!

siyes pasni aku takmo pegi Mekdi sana lagi . . . . .nyesal awok.

p/s: sabar itu separuh dari Iman

ADIOS!

i thought so . . . . .

Assalamualaikum semua ;)


duh! after watching MANTERA ANJASMORO punya ending . . . . . its just what i thought! selalu ending citer camni memang cam haaaaarrrrrrrraaaaammmmmmm!

baik awal-awal lagi ko ANGKUT je si sabrina tu masuk HUTAN ke, BUNUH ke, bunguks la ko wahai Ratu Anjasmoro. Nak watpe ko buat macam-macam sampaikan life husband dia sangat-sangat miserable! sampaikan kawan baik Sabrina mati. Boss Sabrina pun mati. duh!

Yang mak si Sabrina ni pun satu. dah tau memang si Antoo giler kuasa tu hendakkan anak ko, kenapa ko tak jaga & nasihat kan anak ko! Yang si Ustaz Kalam ni pun bebals! Memang sengals la citer ni! NYESAL aku follow! Dalam banyak-banyak citer Antoo kat TV3 yang aku rasa OK . . . . Kekasihku Seru. Yang lain JAHANAM!

menyampah aku bile orang JAHAT menang! apa ni????? apa kes????? mesti la orang baik menang! tensi aku ngan ending citer ni. damn!

p/s: citer antoo malaysia memang suka wat ending cam ni. cam haaaaarrrrrraaaaammmmm!

ADIOS!

cam ape je....

Assalamualaikum semua ;)


Malam tadi lepas aku tidokan Cik Bebet & Cik Bobot. Aku ngan Encik Usben bermesra-mesraan sambil melayan citer SERU hasil arahan dan skrip dari PIERRE ANDRE (sila jangan fikir lucah yea)


ingat OK la citer ni. tapi hmmmmm . . . . . Encik Pierre kita ni nak tiru cam citer omputih. citer thriller yang tak berkesudahan. hampir jadi . . . . . tapi boleh tak tukar ending dia supaya orang baik menang instead orang yang berpuaka tu menang. huh!

Tapi ada part yang boleh menyebabkan aku tahan nafas sekejap. jadi boleh la bagi setengah bintang untuk PIERRE ANDRE sebab bagi jantung aku sedikit sentap =___=

Citer ni pasal . . . .production crew tengah buat pengambaran filem seram kat satu hutan. dalam pada tengah shooting tu, dua orang crew kene rasuk. satu hilang masuk hutan dan satu lagi kene rasuk terbaik punya lah!
Paling kuang haja la kan, Director dia. Giler kau tak percaya benda-benda halus ni. Nah! hamek kene tikam ngan sabit. Sari yang sabit belakang dia. Aku dah agak dah, Director ni mesti MATI punya. Hahahahaa. Padan muka ko, celupar sangat mulut.

Paling gampang sekali citer ni, penduduk kampung dia sepasang suami isteri jek. Pergghhhh! yang klakar nye, diorang ni nak shoot citer seram tapi tak survey dan siasat tempat tu macam mana. Spital dekat ke jauh. Hampeh je. Budus giler!

Lepas adegan kejar mengejar dan bunuh membunuh ni . . . . . rupa-rupanya sepasang suami isteri tu la punya keje. Diorang yang bagi rosak kereta. diorang lah yang hantar JIN kat crew. Sebab diorang buat camtu ialah diorang nak hidupkan anak pompuan diorang yang dah kene bunuh dengan gunakan badan salah sorang dari crew yang kene rasuk. Julie.

Yang pasti semua mati! Tinggal sepasang suami isteri dan anaknya. Mereka hidup happily ever after. Ceh!

p/s: perempuan mengandung dan orang yang mengalami sakit jantung JANGAN tengok filem SERAM!

ADIOS!

new baby!

Assalamualaikum semua ;)



Might be a lil' bit late to congrats my dearie cuzzie Husni Hafiz and her beauty wifey Kak Lyna. Here, I present the new baby . . . . . Ikhwan Rayyan Hafiz bin Husni Hafiz

* sorry Kak Lyna orang rompak dari album Kak Lyna kat FB.....huhuhuu

Selamat Berpantang Kak Lyna!

p/s: 'nikmat'nya BERPANTANG!

ADIOS!

nak cemburu boleh tak?

Assalamualaikum semua ;)




cemburu






cemburu







cemburu . . . . .






jeles dengan budak dua orang ni . . . . .

 my dearie cuzzie ni owner kedai . . . . . 




yang ni pulak owner Red Ribbon kat FB.....





lagi satu . . . . .  my dearie auntie . . . .


owner STYLOBUBBLE


cemburu . . . . .





cemburu . . . . .





cemburu . . . . .



walaupun begitu aku sangat-sangat ADORE to WOMEN yang pandai buat BISNES. Tu pasalla aku pun rasa nak buat bisnes. Boleh ke CHEPAH buat bisnes? belum cuba belum tau kan?

aku ingin berbisnes. aritu dah bincang ngan UMI, UMI aku kata kita jual BUKU melalui ONLINE . . . . ok tak? atau ikut trend zaman sekarang tolong PUBLISHER buat E-BOOK? atau jual kuih muih ONLINE?

kalau nak jual buku ONLINE, ada orang nak beli tak? kalau buat E-BOOK kene rajin dan laju menaip. kalau nak jual kuih muih ONLINE, ada orang nak beli tak? ada orang nak makan ke kuih yang aku buat? Modal lagi . . . . mana nak korek DUIT buat MODAL?

OH! OH! OH! . . . . . tolong!

hmmmm . . . . .  nak tambah pendapatan.


idea datangla . . . . .


tapi . . . . . cam tiru orang pulak, orang lain meniaga . . . ko pun nak meniaga Chepah Ooooiii. kalau tak menjadi macam mana?

hmmmmm . . . . tapi nak tambah pendapatan atau aku terus makan gaji saje.

Ya, Allah bantula hamba-Mu ini.

p/s: nak jadi USAHAWAN jugak!

ADIOS!

Thursday, May 26, 2011

rekahan =___=

Assalamualaikum semua ;)


Hari ni petua untuk ibu ibu yang mengalami rekahan pada puting atau luka pada puting anda. Risau kan? Aku amat amat memahami situasi tersebut. Apa nak buat?

Aku ada beberapa petua. Jadi korang boleh cuba salah satu atau kesemua nya sekali. Tetapi diingatkan disini, jika tiada perubahan sila berjumpa dengan DOKTOR.

Petua 1:

Ambil garam dan campurkan dengan air suam. Lepas tu korang rendam puting dalam air tersebut. Memang sedikit sakit dan mungkin korang akan menangis. Nak baik kene la tahan. Rendam dalam air tu selama 3 - 5 minit. Lepas tu lap puting anda dengan kain lembut.

Lepas tu kalau nak bagi anak susu, basuh sikit dengan air biasa, sebab takut baby dapat rasa garam tu. Nanti dia tak nak menyusu pulak.

Petua 2:

Ambil madu dan sapukan kat tempat yang luka tu. Baca selawat. InsyaAllah baik.

Petua 3:

Selepas korang bangun tido, sapukan ibu jari anda ke atas lelangit anda dan sapukan jari tersebut kat tempat luka tersebut sambil baca selawat. InsyaAllah sembuh.

Petua 4:

Ambil susu badan dari puting kiri, dan sapukan ke puting kanan. Begitu juga sebaliknya. Baca selawat. InsyaAllah sembuh.

Petua 5:

Beli nipple cream jenama 'Buds'. Pakai ni pun okay jugak. Korang boleh beli cream ni kat Vitacare dan Caring. Cream ni organic. Jadi baby termakan pun takpe. Ni botol dia ....korang boleh tengok produk Buds ni kat sini . . . . .



Selamat Mencuba!

KALAU TAK BAIK JUGAK. SILA BERJUMPA DENGAN DOKTOR.

p/s: Cik Bobot dah boleh merangkak ke depan . . . .  seronok.seronok.seronok.

ADIOS!

Wednesday, May 25, 2011

OBESITI

Assalamualaikum semua ;)


OBESITI menyerang kanak-kanak di MALAYSIA except my two daughters. Alhamdulillah. InsyaAllah they won't be obesitians.



OBESITI merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu PENYAKIT dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Kenapa ia menyerang kanak-kanak di MALAYSIA? Ini disebabkan oleh:

1. KURANGNYA PEMANTAUAN PEMAKANAN KANAK-KANAK DARI IBUBAPA!

2. TERLALU BANYAK MAKANAN SEGERA . . . . . terutamanya;







3. Wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak berlebihan . . . . makanya anak-anak lebih seronok membeli makanan segera berbanding dengan makanan berkhasiat.

4. Ibu bapa kurang waktu makan bersama anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Kalau ada masa pun, lebih banyak dihabiskan makan di gerai-gerai atau kedai makanan segera. Jarang sekali masak di rumah.

5. Terlalu mengikut KEMAHUAN anak-anak untuk mengelakkan daripada anak-anak MENANGIS di khalayak ramai. duh! (babe, lantak kan aje kalau dia menangis pun. guna cara lebih intelektual untuk memujuk anak-anak selain dari memberi makanan) * unless anak korang memang dah lapar!

tu je kot sebab musabab kanak-kanak di MALAYSIA ni mengalami OBESITI yang terlampau.

Kalau korang nak tau, MALAYSIA menjadi negara KE-ENAM yang mempunyai masalah OBESITI. KE-ENAM! diulang sekali lagi KE-ENAM. jangan jadi dalam Top 5, sudah.

Cara Mengatasi . . . . .

1. JANGAN ajar anak-anak anda makan makanan ringan atau segera.

2. JANGAN ajar anak-anak anda minum minuman yang berkarbonat.

3. JANGAN alpa atau lalai dalam memantau pemakanan anak-anak anda.

4. JANGAN bagi anak-anak anda makanan yang TINGGI kandungan GULA dan MSG.

5. JANGAN beri perbelanjaan yang berlebihan kepada anak-anak anda.

6. AJAR mereka menabung instead of membiarkan mereka BERBELANJA.

tu je kot . . . . . harap-harap dapat membantu korang dan kita sama saling ingat mengingati. Ini pun umpama aku mengingati diri ini. Insya Allah. Bertindak segera wahai parent-parent di luar sana. Hanya kita yang mempunyai kuasa untuk menghalang OBESITI daripada menyerang anak-anak kita. Cuba ajar mereka seawal dari usia mereka setahun lagi.

KURANG OBESITI TINGKATKAN PRESTASI!

p/s: Anak-anak kita = nyawa kita!

ADIOS!

Halus.....

Assalamualaikum semua ;)


Semua orang nak wajah cantik, mulus halus dan gebu. Jadi arini aku nak bagi korang petua macam mana nak haluskan kulit wajah dan tapak tangan. Korang dah tau? Takpe, takpe, takpe. Yang dah tau boleh baca. Yang tak tahu boleh amek sebagai ilmu.

Pertama-tama sekali . . . . . korang HARUS kene ada KELAPA PARUT.

Lepas tu korang lumurkan KELAPA PARUT tu kan muka dan tangan. Kalau nak bagi licin tumit pun boleh. Korang sental kuat sikit kat tumit kaki tu.

Buatla seminggu sekali. InsyaAllah, hasil nya memberangsangkan. Halus . . . . .  (^^,)

Selamat Mencuba!

p/s: Pagi tadi Cik Bobot dah boleh merangkak sket. Alhamdulillah . . . .

ADIOS!

it's freaking HOT!

Assalamualaikum semua ;)


Allahuakhbar! panas betul cuaca sekarang ni. Ianya menandakan bumi kita kini sudah tua . . . .  cuaca tak menentu. Sekejap hujan, sekejap panas. Itu semua dibawah perbendaharaan Allah. Pabila cuaca pun tak berapa nak menentu . . . . Encik Usben demam. 38.5 degree at 4.00am tadi.

Tapi sebelum pegi keje tadi aku check, demam dia da okey. Hopefully he will be okay. Nak cuti tak boleh sebab aku dah banyak amek cuti. . . . ni pun ingat nak amek cuti lagi. Sebab aku ngan UMI nak pegi tengok Nur Kasih. Harap Puan Boss boleh bagi aku cuti . . . . huhuhuhuhu.

Sebab nanti biler dia dah bersalin, aku sah-sah la tak boleh nak amek cuti. Hmmm...kesian, kesian, kesian. Takpe demi kamu saya rela tak cuti . . . .  kipas Boss. Hahahahahaa

To my dear Encik Usben, saye doakan awak sihat arini. Hope by petang you will be okay cause you can pick me up. Hehehehe....Jangan lupa makan bubur and makan ubat! Love you always sayang...

p/s: bumi dah tua, manusia pun makin alpa, kematian bakal menjelma...

ADIOS!

Tuesday, May 24, 2011

emas! emas! emas!

Assalamualaikum semua ;)


Petua arini macam mana nak cuci EMAS. Mungkin korang semua dah tau kot. Tapi aku nak bagi tau juga mungkin ada yang tak tahu dan ragu-ragu.

Senang jer.....

Amek Ubat Gigi........tak kisahla brand apa-apa pun. Lepas tu amek........berus gigi yang korang dah tak nak gunakan lagi.

Rendam la Cik Puan Emas tu dalam air ubat gigi. rendam dalam 10 - 15 minit. Lepas tu korang berus sket Cik Puan Emas korang tu supaya kilat. Mudah kan?

Selamat Mencuba!

p/s: baru teringat aku pun dah lama tak cuci Cik Puan Emas aku kat umah.....

ADIOS!

ke'baby'an menyerang!

Assalamualaikum semua ;)


macam-macam dah aku baca pasal makanan-makanan kat MALAYSIA ni. Aku tak pasti samada sistem perundangan kita yang sangat-sangat longgar atau RAKYAT MALAYSIA terutama MUSLIM sekarang ni memang MALAS nak amek tau tentang apa yang DIMAKAN dan DIBELI.

babe, korang should know la! kita semua orang MUSLIM dan kita haruslah sentiasa berhati-hati dalam pemilihan makanan dan bahan-bahan masakan! JANGAN main hentam kromo jek! kan aku dah EMO. Kita HARUS & WAJIB pilih makanan, tempat makan dan bahan-bahan makanan yang HALAL yakni datangnya dari sumber yang HALAL dan BERSIH. pabila kita tak menjaga pemakanan macam mana kita nak jaga HATI kita? Jika pengisian untuk darah daging kita BUKAN dari sumber yang HALAL dan BERSIH macam mana HATI, OTAK dan KESIHATAN kita nak jadi YANG TERBAIK?

aku nak mintak tolong sangat-sangat to all readers! sila beri perhatian dari segi pemakanan dan bahan-bahan makanan yang korang gunakan. jangan main sedap tekak dan sistem usus kita. Benda tu semua jadi darah daging kita. Kepada ibu-ibu yang PREGGY tu silap haribulan korang bagi baby yang dalam perut tu makan makanan yang KE'HALAL'AN nye disangsikan. Cuba korang lihat berapa ramai dah anak-anak kita yang bergelumang dengan maksiat? Ianya bermula dari pemakanan.kalau kita tak jaga sape lagi nak jaga? nak harap KERAJAAN MALAYSIA? diorang banyak keje sebab tu diorang main LULUS je! jadi kita sebagai rakyat Malaysia, HARUS dan WAJIB mempunyai sikap BERHATI-HATI dalam pemilihan makanan dan bahan-bahan makanan.

* sekarang zaman dah canggih, korang boleh check sendiri. aku tak nak letak link kat sini...korang cari sendiri

dahla aku MALAS nak CAKAP dan MEMBEBEL banyak-banyak. Korang ada OTAK, lu orang pikirlah sendiri.

p/s: ISLAM ITU INDAH

ADIOS!

Monday, May 23, 2011

cekodok udang ala Chepah (^^,)

dah lama kot aku tak upload resepi...tapi kali ni confirm memang takde gambar. korang bayang kan jela...hehehehe.

Bahan-bahan:

10 - 20 ekor udang hidup
3 cawan tepung gandum
setengah batang carrot (disagat)
setengah ikat daun kucai (dipotong seinci)
3 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili merah (dihiris)
1 biji cili hijau (dihiris)
daun sup dan daun bawang (dipotong kecik-kecik) 
1 biji telur
air
garam

Cara-cara:

  1. Korang campakkan tepung, udang, carrot, kucai, bawang merah, cili merah, cili hijau, daun bawang n daun sup. Gaul sebati.
  2. Campurkan garam ngan air.
  3. Pastu masukkan telor dalam adunan tepung. Pastu masukkan air garam tadi.*makesure jangan sampai MASIN*
  4. Pastu korang masakla macam korang masak cekodok biase.
Xtra:

Cili kicap ala Chepah (^^,)

Korang blend 3 biji cili merah, 5 biji cili padi, 1 ulas bawang putih, kicap, gula, garam dan air masak. siap!

Selamat Mencuba!

p/s: cik Bobot dah start cuba untuk berdiri dan cik Bebet pula masih cuba untuk bercakap dengan lebih terang.

ADIOS!

bloody mary

Assalamualaikum semua ;)


Korang sihat? Aku doakan kita semua sentiasa sehat dan dicucuri rahmat-Nya.rasa macam dah lama sangat aku tak tulis petua kan? so, today i'll put one petua. tak berapa nak petua pun...tapi bolehla untuk ibu-ibu mengandung.

kalau mengandung selalu kene check kepekatan darah kan? camner nak pekat darah bagi korang-korang yang darah cair tu cam aku ni. korang boleh amalkan makan sayur bayam, kerang, hati dan amek pil obimim. tapi ada dua benda yang korang leh cepatkan kepekatan darah. korang boleh makan Scott Emulsion yang kaler oren tu satu sudu sehari atau minum susu stoberi.

Sedap sket makan Scott Emulsion ngan Minum Susu Stoberi DutchLady. hehehehehe....mesti korang tak lalu nak makan sayur bayam, kerang ngan hati hari-hari. Betol tak? Jadi you all can try this out. Hasil Alhamdulillah, sebab aku pernah mengamalkannya.

Banyak risiko nye kalau darah kita tak pekat. Maybe kita boleh mengalami kelahiran pramatang. Tumpah darah. Baby lemas. bukan nak takutkan...tapi kalau kita boleh elakkan, baik kita elakkan. Tapi jika itu takdir dari Allah, redha dan terima segala dugaan. Selamat Mencuba!

p/s: tak kene ngan title langsung entry ni...(^^,)

ADIOS!

Thursday, May 19, 2011

berongggeng

citer basi lagi...hahahahahaha.ritu masa 11hb May. aku, Encik Usben, Cik Bebet, Cik Bobot, UMI, Abah, and Encik Usni beronggeng ke KLCC. pegi KLCC pun nak kecoh! sukati aku la aku nak pegi mana pon. sukati aku la nak citer kat saper pon. hehehehehhe.

firstly, kami pegi KLCC menaiki Putra LRT. nampak tak ayat aku sedikit skema disitu. mula-mula memang teruja giler nak naik Putra sebab aku pun dah lama tak naik Putra. tapi masalah nya datang pabila kami meng'load'kan diri dalam Putra.

korang lihat gambar ni...


Pastu korang lihat gambar ini pulaks....


tercicir satu...hahahaha.gambar orang tgh dukung anak....kan?kan? tapi korang lihat gambar ni pulak....ni pun masa dah sampai KLCC..


dia buat tak tau sampai kitorang semua safely arrive kat KLCC...nampak tak seseorang yang memakai seluar jeans dan shirt kaler coklat tu...beliau la yang duduk sebelah minah ni. Bagus kan RAKYAT MALAYSIA? aku tak paham betui la!

padahal aku dah perli-perli pun tak paham-paham.hmmm...aku tak kuasa la nak mintak sebab dah terang lagi bersuluh seat tu memang untuk yang 'kurang upaya' bukannya untuk korang yang TERLEBIH UPAYA!

inilah hasil beronggengan di KLCC...huhuhuhu






p/s: sekejap je kat KLCC adalah dalam 2 jam...

ADIOS!

balik ke pangkal jalan

i.bersiaran dari rumah...sebab Nanny anak-anak aku ada kematian. Inalillah wa inna ilaihi rojiun..semoga roh si mati diletakkan dikalangan orang beriman. amin.

aku menaip sambil diserang oleh dua orang 'striker' kesayangan aku. mereka menyerang aku dari kiri dan kanan. walaweyh!

nasib baik Cik Bobot dah baik demam. sekarang ni sesi aku meng'having'kan diri berquality time together. Sok tak tau la macam mana. Harap-harap Nanny diorang dah boleh jaga diorang. Sebab aku boleh datang opis.

Aku menaip sambil menonton WHI. Tajuk minggu ini Jolie Malaya. Huh! artis sekarang memnng suka berpakaian seksi. satu artis pun aku rasa tak boleh nak jadi ICON untuk kanak-kanak dan remaja zaman sekarang.

nak tau sape artis yang jadi tetamu? si Mira Liyana tu la....budak yang nampak kopek separuh tu...huh! aku tak taula kenapa TV3 ni perlu buat topic begini. Menyampah aku tengok WHI ni buat tambah dosa aku je...aku nak tukar channel.

p/s: sendiri buat salah sendiri tanggung!

ADIOS!

relay

Assalamualaikum semua ;)

masih lagi bersiaran dari opis...hehehe. cubaan mencuri tulang-temulang yang ada. takdelah aku tak curi tulang pun. cuma mengisi waktu lapang sebelum memulakan membuat kerja baru. arini kene settle kan Listing untuk UiTM, Shah Alam. Harap-harap aku dapat settle kan hari ni. Insyaallah.

Pagi tadi Cik Bobot demam. Aku check temprature dia 37.1 darjah Celsius. tapi aku tetap hantar Cik Bobot kat  Nanny. Harap-harap she will be okay!

Jap! Jap! Jap!

Incoming Call......

....


....


....


....

Nanny diorang call kata ada kematian. Jadi aku harus pulang untuk ambil Cik Bebet dan Cik Bobot pulang. Half day lagi la aku arini. Sok tak taula macam mana.

Takziah buat Nanny sekeluarga. Al Fatihah buat anak buah beliau.

aku nak bagitau yang pasal relay tu....anak-anak aku ni kalau demam, suka demam relay. nak tido pun relay except tido malam. haaaiiihhhh-

p/s: perkara yang paling dekat dengan kita ialah kematian...renung-renungkan dan selamat beramal!

ADIOS!

hold her hands when she's crying

Assalamualaikum semua ;)

dah lama aku tak letak tazkirah kat dalam belog ni kan? jadi arini aku nak letak tazkirah untuk para suami, as always aku tau takkan ada suami yang baca dan yang akan baca hanyalah para isteri... I don't mind and i just wanna tell you guys ..... Kindly do hold her hands or hug her when your wife is crying.


Jika isteri kamu menangis dihadapanmu….“hargai lah ia sebelum terlewat…” Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami, hubby, sayang and darling diluar sana....

Jika isterimu pernah menangis kerana mu, please do hold her hands with all your love. Ini kerana dia akan berada disisi mu dan tetap bersama mu sepanjang hidup mu di saat-saat kamu mengalami masalah yang sangat-sangat teruk.

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan sia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat. TUTUR katanya merupakan KEBENARAN. SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. PELUKAN & CIUMANnya sentiasa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya. Dia akan TERSENYUM bila melihat temannya tertawa. Dia akan TERHARU dan dia juga akan MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN yang menimpa orang-orang yang dikasihinya. Dia juga mampu TERSENYUM disebalik KESEDIHANnya. Dia akan menjadi sangat GEMBIRA pabila melihat KELAHIRAN. namun dia akan menjadi begitu sedih pabila melihat KEMATIAN. TITISAN air matanya juga bisa membawa PERDAMAIAN. Tetapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”… 


p/s: berilah satu ciuman satu hari kepada pasangan anda dan kata 'I LOVE YOU'


ADIOS!

Wednesday, May 18, 2011

suka hati!

aku tak tau la diorang ni  faham atau tak faham. atau buat-buat tak faham. atau malas nak faham. atau faham tapi malas nak memahami. aku dah start membebel. ni gara-gara ari sabtu dua minggu lepas. citer dah basi. tapi aku nak citer jugak sebab ianya sangat-sangat mengundang kemarahan aku satu keluarga!.

mana tak marahnya, cuba bayangkan korang keluar tengok kereta kesayangan korang ditabur pasir selambak atas hud depan. rasa-rasa korang marah tak? tapi Encik Usben agak bertenang, yang jadi tukang bebel mestilah aku! geramnya! kalau aku dapat le sape yang buat tu memang aku ganyang-ganyang!

dah la tabur pasir. siap gosok-gosok lagi pasir tu atas hud kereta. camner aku tau? calar kot hud kereta Encik Usben. sangat-sangat geram! aku malas nak tuduh dan tak baik menuduh orang kan. jadi kami sekeluarga meredhakan je lah atas apa yang berlaku. demmit tol! >:(

p/s: sabar itu separuh daripada Iman

ADIOS!

sudah tukar...

assalamualaikum semua ;)

nak kata lapang takdela sangat...tapi mencuri tulang diwaktu kerja sedang melambak. arini half day jadi seharusnya aku concentrate kat keje aku arini. kene siapkan listing buku untuk INTAN. sambil menyelam minum air...sorry Na, saye mencuri tulang-tulang yang ade (pe bende mengarut ni)

semalam Cik Bebet demam. tiba-tiba je tengahari semalam dia demam. takde angin takde ribut.tetibe demam. konpius aku ngan UMI aku. demam nak pandai cakap kot. mulut Cik Bebet sangat-sangatlah becoknya. Allah saje yang tau betapa becoknya beliau. Kadang tu rasa macam ada certain words yang dia sebut aku tak paham satu apa pun. maybe i should make a dictionary or buy dictionary about kids @ toddlers language...(ada ke dictionary nyer)

panjangnye mukadimah....sebenarnya nak cerita pasal aku dah tukar dari makan pil norriday kepada pil regividon. masa aku makan pil norriday tu, susu memang amat cemerlang disamping aku makan makanan dan minuman untuk tambah susu.selang sehari harus ada sayur sawi dan dua hari sekali aku minum air longan campur kurma merah seasons. seminggu sekali aku minum air longan dalam tin yang tak sejuk.

tapi biler da makan pil regividon ni, aku harus tambahkan pemakanan untuk tambah susu sebab pil regividon ni mengurangkan sedikit susu aku. takpela janji aku sihat. hehehehehe....tapi aku tengok susu aku, Alhamdulillah masih lagi banyak. cuma disebabkan Cik Bobot semakin membesar, jadi sesi menyusu dia sangat lama...dari 15minit-20minit, jadi ke 30minit keatas kadangan sejam pun boleh. kalau malam, selalu bangun 3 jam sekali. sekarang ni da bangun 2 jam sekali.waaaaaaa! sah-sah la aku tak cukup tido. (k, jangan merungut, tak baik) Sila beryukur!

stok susu dalam fridge pun da abes, jadi sekarang ni mengharapkan aku pam hari-hari. harap-harap aku dapat supply susu kat Cik Bobot secukupnya. Amin. itupun aku dah prepare susu Ducthlady(0-12month) untuk Nanny bancuh kalau susu yang aku supply tak cukup buat Cik Bobot.

p/s: Cik Bobot dah boleh duduk sendiri ;)

ADIOS!

Monday, May 16, 2011

mesti mau II !

hmmm...nak sangat tengok wayang....
dah lama sangat tak tengok wayang...
last aku tengok wayang ngan Encik Usben..tu pun aku tak ingat biler...
nak tengok citer neyh...

tp takmo tengok ngan Encik Usben...
nanti kalau aku nangis..dia ejek aku...huh!
aku pernah kene ejek ngan dia sebab nangis tengok citer....CINTA...
nyampah tol!
jadi...aku nak ajak saper erk tengok wayang ngan aku....
sape lagi kalau bukan UMI aku...
hahahahaha!
tapi kene amek cuti baru leh tengok wayang...
klu pergi hari cuti..saper nak jaga Cik Bebet ngan Cik Bobot?
Encik Usben? hmmmmm...gerenti nanti...
Cik Bebet jadi Cik Bobot..
Cik Bobot jadi Cik Bebet...
hahahahahahaha....
abes anak-anak aku (^^,)


p/s: Encik Usben jangan marah.....ayang sayang abang!


ADIOS!

Happy Teachers Day!

Selamat Hari Guru!
Jasamu akan aku kenang sampai mati...
Sebab anda semua aku pandai...
menulis,
membaca,
mengira,
menyanyi,
mengeksperesi diri...
Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia
dan
semua Ibu Bapa di luar sana!


p/s: takde pesanan la arini...hihihii

ADIOS!

Tuesday, May 10, 2011

Happy Birthday dear!

yang pasti ini bukan birthday cake awak! hehehehe....
sebab ibu lupa nak upload 
gambo cupcake awak...huhuhuhu...


 dari sekecil ini....


setahun kemudian .....


sehingga hari ini...genap dua tahun....




anak ibu yang sangat ibu sayang....
semoga anak ibu jadi anak yang solehah...
taat pada ibu ayah, agama, bangsa dan negara....
rajin belajar sehingga kejayaan berada di tanganmu...
sihat tubuh badan....
cerdas otak dan cergas badan...
ibu doakan perjalanan hidupmu dipermudahkan oleh Allah swt.
InsyaAllah..
-Amin-

-salam sayang dari ibu: Selamat Hari Lahir sayang!-

p/s: sok kita p injet kat punggung ye sayang...(^^,)

ADIOS!

Friday, May 6, 2011

Happy Mother's Day!!!!!


Happy Mother's Day!
This year is my 3rd year celebrating Mother's Day
I'm so excited!

Me wanna to wish to my UMI and MAK...
Happy Mother's Day!
Love U two always!
Thanks for everything...
tak terbalas jasa kamu berdua....
because of you I'm here...
Sayang sangat-sangat!


p/s: jangan lupa TEACHER'S DAY on 17th MAY plak!

ADIOS!


Wednesday, May 4, 2011

tiada perubahan

-masih lagi kepenatan menaip-
-cubaan menaip di blog hanyalah seketika-
-aku harus meneruskan kerja penaipan (ada ke perkataan nih?)-
-sangat-sangat penat-

=___=

p/s: jangan lupa MOTHER'S DAY 8hb May 2011

ADIOS!