OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, April 15, 2011

tanggungjawab seorang suami terhadap isteri

today my tazkirah is about responsibility of husband to his wife. my tazkirah will be in Malay. but today I'm trying to chit and chat with you in English. It's a good try what and me also can improve my English....yeah!


Suami adalah merupakan ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga. Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya. Maka dengan itu, para suami mestilah menjadi seseorang yang benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu. Untuk melahirkan sebuah perkongsian hidup yang benar-benar bahagia dan berwarna-warni, maka Allah SWT sendiri menggariskan beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :

Wajib atas suami memberi mas kahwin kepada bakal isterinya. Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”. Maka dengan itu suami tidak berhak untuk menggunakan mas kahwin tersebut, melainkan mendapatkan keizinan isteri. Ada faham para suami? kamu tidak berhak menyentuh mas kahwin tersebut.
Memberi nafkah zahir dan batin.Nafkah zahir tu macam tempa tinggal means rumah yang dapat memberikan suami dan isteri keselesaan dan keamanan sambil membina keluarga. Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :

“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik. Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”

Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang. Firman Allah SWT, maksudnya:

“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”

Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.

Suami perlu menahan diri daripada menyakiti, berpelakuan kasar atau membuat sesuatu yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.

Sudah menjadi kewajipan para suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk pergi menziarahi keluarganya yakni ibu bapa dan kaum keluarga isteri.

Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :

Suami hendaklah sentiasa bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.

Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”

Hendaklah suami memberi kelapangan perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya. Jika suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan dari harta suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.

Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.

Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:

“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.

Haruslah seorang suami mempunyai sikap berterus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali berdusta. Ini kerana jika suami suka berdusta maka si isteri juga akan berdusta kepada kamu. Malah sikap berdusta dibenci Allah. Kenapa harus dilakukan?

Nasihat ni penting untuk para suami yea. Sebagai seorang suami yakni ketua keluarga, janganlah kamu memperturutkan semua kehendak isteri sehingga terjadinya istilah "Queen Control"

Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam. Dalam hal ini, jangan memaki hamunnya apabila hendak memberi pengajaran kepada isteri, Tetapi menegurnya dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya). Namun, ianya bergantung kepada permasalahan yang wujud. Seboleh-bolehnya cuba bertoleransi dan berkomunikasi dengan perbincangan.

Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.

p/s: hormat menghormati-

ADIOS!

No comments:

Post a Comment