aritu aku cakap pasal amalan berpantang kan? dah tunggang langgang dah topic aku dalam blog ni...huhuhuhu. tapi tak kisahla kan? sekurang-kurangnya sampai apa yang aku nak sampaikan...betol tak? berbalik kepada topik kita, aku nak bagitau apa yang harus kita bawa atau packing untuk ke hospital untuk bersalin...(ayat aku sedikit tunggang langgang disitu)
senarai barang untuk ibu:
- 2 helai baju tshirt/ blouse longgar
- 2 helai kain batik/ skirt/ sluar longgar
- 1 helai tuala
- 1 set toiletries
- 2 hingga 3 painties(sukati la nak bawak berpa pun)
- pad (aku guna pad biase je-overnight sudah)
- 2 pasang stokin
- 2 helai nursing bra
- 2 set nursing pad
- 5-10 biji kurma (untuk penambah tenaga)*
- 1 botol air (untuk menghilangkan kehausan)*
senarai barang untuk bayi anda:
- 2 helai baju lengan panjang & lengan pendek (sila pastikan anda bawa baju yang kaler putih)*
- 2 helai seluar panjang (kalau bayi anda boleh menyarungnya...klu tak, just bedung je)
- 1 set toiletries
- 1 helai tuala
- 1-2 helai selimut
- 1 little topi for him/her
- 2 set mitten & booties
- 4-6 pampers
- 2-3 napkin/ kain bedung
Lepas tu baca:
"La illa ha illa anta subhanaka inni kuntu minna zolimin"
Encik suami pun dinasihatkan baca ayat ni.
Sebelum nak bersalin tu makesure kita dah minta ampun dan maaf kat semua orang untuk memudahkan kita nak bersalin. Namun, ianya di dalam perbendaharaan Allah s.w.t.
Kalau korang kene admit sepital lebih awal, mintak lah Encik Suami membawa Al-Quran ataupun terjemahan Al-Quran. Dekatkan diri dengan Allah. Insya Allah, kita ingat Dia dan Dia ingat akan kita. Berzikir. Berdoa.
Masa aku bersalin Cik Bebet dan Cik Bobot, Alhamdulillah Hospital Ampang memasang bacaan ayat Al-quran sewaktu aku tengah menunggu pintu rahimku terbuka lebih besar. Kalau boleh Encik Suami sila temani isteri anda, kerana isteri anda memerlukan sokongan yang sangat kuat dari anda.
tu saje pesanan aku untuk korang yang waiting days untuk bersalin. semoga notes aku membantu korang. kalau ada yang terkurang tu minta maaf la yea.
ADIOS!
No comments:
Post a Comment