OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, April 15, 2011

amalan berpantang

berpantang apa ye? berpantang selepas bersalin la. aku tau orang zaman sekarang ni agak memandang remeh hal ini. apatah lagi jika tiada orang sekeliling tidak mengetahui atau tidak berapa fasih dalam amalan berpantang 44 hari selepas bersalin. Alhamdulillah,aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang umi yang dapat menjagaku ketika aku dalam pantang. Bagi sesetengah orang muda memang mereka akan memandangkan ianya sangat remeh dan menyusahkan. Sayangnya mereka tidak mengetahui apa di sebalik amalan berpantang tersebut....sayang seribu kali sayang.

proses berpantang ni memanglah amat remeh dan sangat melecehkan. sebabnya kita perlu berbengkung, berstoking, berkain batik, berurut dan berpantang makanan. dikatakan berpantang ni dapat mengembalikan bentuk badan yang asal, badan menjadi sihat dan cergas, menjadi jelita dan mampu mengekalkan nikmat suami. tak percaya? aku berpantang 44 hari dan kini badan aku menjadi seperti asal.

kini, dari 10 orang yang berpantang...aku rasa mungkin dalam 5 orang je yang berpantang mengikut cara betol. yang lain dah tak kisah nak pantang atau tidak sebab mereka tidak mengetahui apa bestnya berpantang mengikut aturan yang betol.hehehehhe...

Bengkung
Pertama-tama sekali. kita kene berbengkung, berbengkung ni adalah amalan yang paling utama sekali dalam berpantang. sekarang dah tak payah jahit sendiri. korang boleh je beli kat internet tak pun kedai yang ada jual jamu. Bengkung ni ada 3 jenis. Ada yang macam barut kanak-kanak, bengkung Mia pulak jenis bengkung yang lebar dan diikat berselang seli dari bawah ke atas (aku pakai bengkung ni masa bersalin no.2). Last sekali bengkung Jawa. Bengkung Jawa ni merupakan kain lebar sepanjang 15meter dililit kemas dari pinggul sampai ke bawah payudara (aku pakai bengkung ni masa bersalin no.1)

Faedah berbengkung

• perut kempis;
• berat badan turun;
• potongan badan kembali kepada bentuk asal;
• organ dalaman tidak bergoyang menyebabkan organ tersebut lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
• abdomen dan otot longgar menjadi ketat;
• postur menjadi tegak, justeru, membantu penyusuan bayi;
• lemak dan selulit akan pecah;

Berurut

Berurutlah sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut; kalau boleh lebih, lagi baik. Aku berurut selepas bersalin tiga hari berturut-turut dan selepas hari ke 40 pun aku berurut.

• melancarkan perjalanan darah;
• mengeluarkan darah yang terperangkap dan tertakung;
• menaikkan rahim;
• membetulkan urat tegang, terputus atau yang terkeluar dari tempatnya
• memecahkan lemak;
• mengetat dan membentuk tubuh.

Urutan di bahagian payudara juga melancarkan susu ibu dan ini disokong oleh pakar perubatan juga.


Bertungku

Sebelum berbengkung, wanita bertungku supaya rahim kecut dan darah beku keluar. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini akan mengganggu kesihatan. Biasanya, dikatakan bertungku juga:

• memecahkan lemak;
• mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
• mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Rahim juga disengkak ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan penyakit tombong di usia tua.

Bakarlah tungku dan balutlah dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapitlah dengan kain. Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam. Tungkukan paha juga.Kalau yang mana ada pembantu tu, boleh mintak tolong pembantu tunku kan bahagian belakang. bertunku waktu selepas mandi pagi sebelum pakai bengkung dan selepas mandi petang sebelum pakai bengkung. hasilnya? anda cuba dan nikmati nya sendiri! syoknya bertungku!

Jamu

Ibu baru disarankan memakan jamu serta herba panas seperti halia dan berpantang dari mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk". Anda tidak digalakkan memakan hidangan berminyak, dan ini akan membantu anda kembali kepada berat badan asal .Ibu baru juga dilarang meminum air ais atau minum secara berlebihan sebab perut yang kembang akan sukar untuk mengecut. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus sebab ia berkhasiat untuk mengecutkan rahim.

Jamu juga dikatakan berkhasiat untuk:

• mengembalikan tenaga;
• memanaskan badan;
• mengeluarkan lemak dan toksin;
• dan, melawaskan ke bilik air.

Segala organ, otot dan urat, juga, akan mengecut dengan jamu dan kandungan air berlebihan dalam badan akan keluar. Jamu membuang angin dan menghempiskan perut. Mengikut penyelidikan, apabila semua toksin keluar, badan akan berbau harum dan berat badan pun akan turun. Makan jamu selama 44 hari memastikan yang segala kotoran dan toksin keluar dari dalam badan.

Aku makan jamu Nona Roguy. Aku makan selepas seminggu aku bersalin. Dan hasilnya sangat-sangat memberansangkan. Aku hilang 10kg dan berat badan aku maintain sehingga sekarang 45kg. Alhamdulillah. Oh,ya! kalau makan jamu Nona Roguy tu, memang kita akan selalu pergi ke tandas sebab pil jamu tersebut buang semua toksin yang ada dalam badan.


Mandi-mandian herba dan akar kayu

Ramai ibu baru juga bermandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah semasa dalam pantang. Ia akan mengembalikan kecergasan, membuangkan angin, menghilangkan bau hanyir dan merawat urat yang terputus. Sangat menyegarkan mandi camni. Tapi aku takdela mandi air rebusan herba...aku cuma gunakan mandian lulur dari Nona Roguy dan mandi ngan air panas selama 44 hari.


Makanan


Ada ibu-ibu yang berpantang ni seminggu je ikut pantang makanan. lepas seminggu je bedal semua. Jangan buat macam tu. Badan dan sistem badan kita ni nak pakai lama. Jangan main hentam kromo je. Dalam pantang korang kene makan makanan yang panas-panas. Jangan makan makanan yang dah sejuk. Makanan pun mesti masakan yang baru masak. Tak boleh makan makanan yang dah semalaman. Lepas tu bukan semua makanan orang lepas bersalin ni boleh bedal.


Contoh makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang:
  • udang
  • ayam 
  • kobis
  • ikan yang berbisa
  • ikan yang mengandungi merkuri yang tinggi
  • bunga kantan
  • minuman berkafein
  • ikan bawal
  • ikan kembong
  • ikan yang berduri
  • makanan laut
  • air sejuk
Ini jela yang aku amalkan semasa dalam pantang. cuma resepi je aku belum masukkan. resepi next time okey. tak larat da nak menaip.apa-apa hal pun aku nak bagi nasihat sket amalan berpantang ni penting sebab korang akan rasa keindahannya pabila umur korang menginjak 40 tahun keatas. contohnya paling terdekat ialah umi aku. Alhamdulillah, sampai kini dia masih lagi sihat tanpa mengadu ada sengal-sengal tulang atau bisa-bisa badan. Badan kita nak pakai lama dan macam-macam kegunaan. Nak layan suami dan layan kerenah anak-anak. Jadi jagalah badan kita sebaik-baiknya. InsyaAllah.

Renung-renungkan!

ADIOS!

No comments:

Post a Comment