OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 23, 2012

Saat Mata Berbicara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama aku tak update pasal novel yang aku baca kan? Bukan tak ingat tapi terlupa. Cheh! Padahal malas. Hohoho.

Kali ni nak share pasal satu novel yang biler aku baca . . . aku rasa cam frustrated giler! First time aku baca novel yang ending dia bagi aku cam hampeh! Arggghhhhh! tension!



Jalan citer quite okay. Yang jadi masalah pada aku adalah ending dia. Huh. Korang nak tau apa ending dia? korang baca lah sendiri. Kalau aku bagitau, nanti korang rasa aku cam mengada nak ending yang best-best belaka.

Mestilah aku nak ending yang best. Ce korang pergi India sana. Kalau ending movie tak best, kene bakar okay panggung tu. Maka, terpaksalah pengarah kene buat ending yang Happily Ever After. Tapi aku takdelah sampai nak bakar novel ni. Kalau aku punya novel sendiri, mungkin aku akan bakar kot. Memandangkan novel ni opis aku punya . . . so takleh bakar. Hahahaha.

Kepada sang penulis . . . aku cuma pembaca yang ingin ending yang best. Aku tak faham kenapa kau buat ending macam tu. Aku mencik!

Tajuk : Saat Mata Berbicara
Harga : RM 25.90
Penulis : Dyza Ainun

Ni ada sikit sinopsis pasal buku ni . . .

Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?


p/s: mood tak ok . . . =___=

Thursday, March 22, 2012

My Piece of Shit II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan semalam. This is my another hasil kaki tangan dan air liur . . . . hohohoho. Aku nye belog ni dah macam belog apa ntah. Macam-macam ado!.

Layan je la hasil kaki tangan dan air liur aku yang tak seberapa neyh . . .



























































Buat masa ini . . . ini adalah sebahagian dari koleksi of my hasil kaki tangan dan air liur. Aku rasa ada lagi. Nanti aku upload kalau aku jumpe gambo kat umah. Hohoho.

Okay, bye!

Wedding Alwie & Liza Part III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Episod terakhir untuk kisah kawen adik aku. Pasni takde dah citer kawen adik aku. Hehehehe. Aku tunggu citer baby pulaks!.

Yang terakhir ni majlis dibuat kat umah aku. Masak sendiri. Dari hari Jumaat lagi sedara mara aku dah datang untuk berewang-rewang. Buat goodies bag. Kopek bawang. Blend bawang. Kukus telor. Banyak keje okay, bila masak sendiri ni.

For next brother please do booked catering. I dah tak larat. Next year I dah 3 series. Tak kose mak nak tertonggeng-tonggeng, terbalik-balik dan tergolek-golek buat keje kat dapo. Hahahaha.

Untuk para guest aku hidangkan Nasi Putih, Masak Lomak Cili Api Daging, Ayam Goreng Berempah, Pajeri Nenas, Acar Buah, Ulam-ulaman, Ikan Masin Goreng dan Sambal Belacan. For dessert pulak aku hidangkan Bubur Gandum Berjagung, Kuih Koci, dan Kek Gula Hangus.

Untuk buah tangan para tetamu, aku bagi kuih bahulu ikan dan telor kukus. Untuk rombongan pengantin perempuan aku bagi acar buah, kuih bahulu ikan, telor kukus dan segugus bunga rampai.

Oh, ya!. Di atas permintaan panten. Mereka berdua nak potong pulut kuning instead of cake. Terima kasih Mak Lang sebab buat pulut kuning yang gorgeous!. 

Terima kasih kepada saudara mara yang hadir untuk berewang-rewang dan yang hadir semasa hari majlis. Jasa korang ku kenang sampai ke akhir hayat. Ribuan terima kasih dari aku sekeluarga kepada para hadirin.

Kepada yang tak dijemput tu, aku dan keluarga mohon sejuta kemaafan. Itu adalah kekurangan kami yakni sikap pelupa menguasai diri. Yang baik dari Allah dan yang buruk itu datang dari kami jua.

Kepada yang dijemput tapi tak datang . . . korang memang orang yang rugi. Hahahaha. okay, aku gurau je.

Jom layan gambar yang tak seberapa itew . . .












Okay, done dengan sumer majlis. Rumah aku pun dah jadi seperti sedia kala. Terima kasih sekali lagi kepada yang hadir dan yang datang membantu. Semoga Allah merahmati kehidupan kalin. Amin.

Wassalam.

Wedding Alwie & Liza Part II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi lupa nak bagitau . . . dengan sekali lafaz je Puan Liza menjadi hak milik kekal Encik Awie. Dengan ber mas kawen RM 8000.00 tunai. Berat dowh nak bawak RM 8000.00 dari Key Ell ke Kelate. Hohohoho.

Seb baik takde duit yang tercicir. Huhuhu.

Masing-masing menghadiahkan cincin. Dan pengantin perempuan juga dapat hadiah seutas gelang tangan dari pengantin lelaki.

Jom kita layan pulak gambo persandingan diorang. Aku tak upload banyak sebab tak kose la nak letak kat belog bebanyak. Amek masa lama la dear. So, if korang nak tengok gambar lagi pegi kat muka buku aku. Cari nama aku Chepah Ila Hussein.












Kitorang pergi Kelantan dengan empat buah kereta. Dari Kuantan pulak sebuah kereta saje. Jadi kesemuanya lima buah kereta. Tak ramai pun . . . ada la dalam 23 orang dewasa dan 3 kanak-kanak ribena. Hehehehe.

Kat Kelantan ni takde merenjis tapi panten kene suap dengan pulut kuning yang dicelop a.k.a digaul dengan garam campur gula. Kat pelamin tu ada dua mangkuk. Satu mangkuk berisi pulut kuning. Pastu mangkuk lagi satu berisi gula campur garam.

Kata orang Key Ell, mestilah terkejut badak dengan adat cenggitu. Kesian panten terkulat-kulat telan pulut. Dan dalam seumur hidup aku dok tengok orang kawen, inilah kali pertama aku tengok panten minum air atas pelamin. Gara-gara makan pulut kuning cicah garam campur gula. Hahahahaha.

Seb baik aku kawen orang Selangor. Maka, takdelah adat sebegitu. Yeah!.

Okay, continue dengan Part III pulak.

Chau Chin Chau!

Wedding Alwie & Liza Part I

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

As promise, aku kata nak upload gambo wedding adik aku kan? So, today is the day. Aku pergi Kelantan on 9th March 2012. Kitorang bertolak kul 9pagi camtu. Memula breakfast kat Foodcourt Setiawangsa. yeah!

Penat tak terhingga dan kematu butt aku. Mau tidak dok kat dalam kete almost 8 to 9 hours. Hohohoho.

Maka, layan kan sedikit sebanyak gambar waktu nikah Encik Awi . . .












Sepuluh berbalas dua belas. Alhamdulillah halal sudah perhubungan yang sebelum ini terlarang di mata Allah. Sila bikin anak banyak-banyak yea. Hohohoho.

Hope you two will happily ever after!. Yeah!.

Nanti kan sambungan part II plaks!

Toink! toink! toink!