OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, September 19, 2011

Pujaan Hati

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Happy working korang!. Arini kan ari Isnin. Atok aku selalu cakap arini ari Senayan. Hehehe. . . tu dulu masa dia sihat. Sekarang da tak berapa sihat, kata-kata dia pun aku tak berapa nak faham. Dulu seronok je dengar dia nyanyi lagu Begawan Solo sambil berkebun. Sekarang tidak lagi. Itu hanya tinggal kenangan. Harap - harap kenangan tersebut sentiasa tetap ada dalam memori aku. Rindu kenangan itu. . . .

Tapi arini bukan nak citer pasal atok aku. Aku nak citer pasal pujaan hati kesayangan aku yang dua orang tu. Sepatutnya entri ni dilakukan masa last week. Tapi memandangkan last week aku sangatlah sebok. Budak dua orang tu pun tak berapa nak sihat.

Sampai ke arini masih lagi tak berapa nak sihat. Sihat la anak oooiii. Gundah gulana hati seorang ibu pabila melihat kesihatan anak tak berapa baik. Selera makan pun kurang. Ya, Allah. Kau berikanlah kesihatan semulia-mulianya kepada anak - anak aku. Amin.



Safiyyah Zaharah a.k.a Cik Bebet.

Beliau sudah 2 tahun 4 bulan. Dah pandai pujuk adik bila adik nangis.

ape adik. . . .adik angan anges. . . .pik ang! (amboi, adik nanges dia nak pik pulak yea . . . )

Lepas tu, skang ni kalau tengok citer Rio. . . nanti ada satu part tu bird kene tinggal dalam kotak. Dia pun akan cakap. . . .cian a-bird sambik mencemikkan muka.

Dah pandai say sorry Ibu if dia ada buat salah. Alhamdulillah. Pastu bila aku solat, dia pun dah boleh ikut sket - sket. Alhamdulillah.

Beliau masih lagi panggil aku Ma. Cuma bile nak manja-manja dan mengada-ngada je panggil Ibu. Oh! Sayang, sangat terharu hati Ibu bila awak panggil saye, Ibu. Nak loncat tinggi-tinggi boleh tak? *toink*toink*toink*

Sebenarnya, banyak jugak ayat penuh yang dia boleh cakap. Tapi aku macam tak record pulak dalam memori aku nih!. Apa punya Ibu la aku ni kan? ? ?

Ni gambor Cik Puan Safiyyah Zaharah Bt Mohd Zakry.


Skang nak citer pasal si adik pulak. . . . 

Nursakinah Zaharah Bt Mohd Zakry a.k.a Cik Bobot.

Ini budak dah setahun dah. Spoloh haribulan semilan ritu genap setahun. Alhamdulillah.

Sekarang ni Cik Bobot dah pandai jalan. Dah tumbuh gigi. Gigi dah ada enam batang. Empat atas dan dua bawah.

Sekarang ni dah pandai cakap emak. . . .ho yeah! Walaupun aku bahasakan diri aku IBU, tapi tak kisahla. . . .sebab kakak pun panggil Ibu. . . Ma. Huh!

Ayah pun dah pandai. . . .tapi sebut ayeh! Ha Ha Ha. . . .

Kakak pulak. . . .ada masa sebut 'ah' je. Kadang sebut yayah. Tak kisah la sayang janji ada munyik. Hehehe

Oh ye, budak tenit ni dah pandai tunjuk perasaan jika barangan yang dipegang dirampas oleh kami - kami. Ho Ho Ho. Beliau akan menonggeng sambil menjerit. Tunjuk perasaan yea. Ada Ibu kisah? ? ?Dan dia juga suka sangat menyakat kakak beliau. Tak padan ngan kecik. Ada hati nak kacau orang. Hai la adik.

Macam semalam, dah la si kakak kurang sihat. Dia pun sebok nak mengusik kakak nye. Usik rambut la. Usik perut la. . . .pe lagi, si kakak pun bunyi la. Adik adik. Ibu hanya mampu geleng pale jek.

Inila gambor si kenit yang paling latest. . . .


p/s: Ayat cliche seorang ibu. Ibu sayang kome berdua! Hehehe


ADIOS!

Thursday, September 15, 2011

Salam 1 Malaysia dan Salam Merdeka!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Esok da 16 September 2011. Esok adalah Hari Malaysia. Hari dimana Tanah Melayu menggunakan nama Malaysia dan bersatu dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Korang nak info lebih lagi pegi baca buku Sejarah Malaysia. Aku bukannye terer sangat Sejarah Malaysia. Dulu SPM dapat 7D jek. Malukan? Memang memalukan pong!. Huh!

Aku bukan nak citer pasal paper Sejarah aku yang teruk tu. . . .

Aku cuma nak ucapkan 
Salam Merdeka 
dan 
Salam 1 Malaysia!

Semoga kita as a rakyat, bersatu padu, bermuafakat, tolong menolong, bersama-sama membanting tulang untuk meningkatkan pembangunan Malaysia dan meningkatkan lagi sektor ekonomi. Insyaallah, amin.

Memandang rakyat Malaysia akan bercuti panjang. Maka, aku tak melepaskan peluang keemasan ini untuk pulang ke Banting. Hehehehe. . . .

Nextweek baru update belog dan berkemungkinan besar aku akan singgah ke Open House Stylobubble kat Johan Setia. Korang - korang, kalau nak datang, moh le kite beramai - ramai meramaikan Open House Stylobubble. Wakakakaka!

p/s: aku harap perut aku tak buat hal seperti semalam. . . .


ADIOS!

Tuesday, September 13, 2011

Happy Birthday dear. . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Entri hari ni only about her big day. Last Saturday is her very first year birthday. So, we celebrate it. . . .woh! ayat omputih! tukar le. . .tak kuase awok nak speaking english. awok bukannye pandai english education ni. . . .Hahahaha. Da macam usop wilcha la plaks.

K lah, me is writing. Maka, ayat harus la seperti aku. Bila dah kata nak celebrate, haruslah ada kek! dan birthday girl kan? Sayangnye birthday girl selsema. . .maka, kebanyakan gambar beliau kurang senyuman. hai, la anak. . . tak senyum pun tak pe sebab kamu tak sihat.

Ini je satu gambo yang birthday girl senyum . . . .


senyum pun cam tak ikhlas je. . . .hu hu hu. Kete ni ayah a.k.a Encik Usben bagi. Birthday girl da tengok, ini birthday cake pulak. . . .homemade punyer! Aku lah buat!


Temptingkan tengok chocolate ganache tu. . . .lazat ye tuan - tuan dan puan - puan. Kepada tetamu yang dijemput, tapi tak hadir. . . .padan le muka kome! tak dapat makan!

JANGAN KATA AKU TAK JEMPUT! 
AKU DAH JEMPUT,
KORANG JE YANG TAK DATANG! 
AKU MARAH BETOL 
KALAU ADA ORANG KATA 
RASA MACAM TAK DIJEMPUT
. . . .
PADAHAL DAH KENE JEMPUT!

Menu aritu simple je. . . .
takde yang special pun. 
Abah aku masak Nasi Goreng Cina, Sambal Kacang ngan Rendang Daging. 
Umi pulak masak Sambal Sotong, Nasi Impit ngan Pulut Kuning. 
Aku pulak masak Makaroni Goreng ngan Birthday Cake. 
Encik Usben buat air Blackcurrent. 
Umi aku sponsor kuih Kole Kacang ngan Talam Suji.

KALAU KORANG KATA, 
TAK PEGI PUN TAKPE. . . 
SEBAB MENU KURANG BEST, 
PUN AKU TAK KISAH. . . . .
HAHAHAHAA!

Birthday girl dan tengok. 
Kek pun dah tengok. 
Jadi, harusla aku letak gambar yang lelain ye dak?
. . . . . 
So, let's the picture do their job!


























































A lot a lot of thank you 
to all cuzzies, family friend and friends 
yang sudi datang. 
Sayang korang! 
Yang tak datang tahun tu, 
kalau tahun  depan aku jemput datang tau! 
Hahahaha. . . .
kalau ada tahun depan.

Ada satu aktiviti yang aku sendiri tak leh pikir yang 
budak kecik a.k.a birthday girl 
ni boleh buat! 
Ho Ho Ho!



Lepas settle semua tetamu, kami semua bergerak beraye ke rumah Mak Njang aku kat Subang. . . .Jalan jammed woh!. Anak-anak aku dah ala - ala lepat pisang sebab kepenatan. Diorang bantai tido dalam kete. Kesian diorang.

Papehal pun makanan kat umah Mak Njang aku memang sedaps dan lazats!. Biskut raye bodo tu pun sedaps! Tahun depan saye nak order. . . .He he he. . . .Nanti kita nak mintak resepi kurma tu lah! Sedap sangats!

p/s: thanks again kepada yang sudi datang.


ADIOS!

Friday, September 9, 2011

Nursakinah Zaharah Bt Mohd Zakry

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. 
Entry hari ni untuk my dearie sweetie princess. 
Tomorrow she will be ONE YEAR OLD. 
So, ibu wish awal sket kat dalam belog. 
Then, we will celebrate it tomorrow.



Tapi. . . .
Cik Bobot kurang sihat. 
Kene selsema la pulak. 
Please flu go away. 
Don't ever come again.

p/s: this is not the official cake.thanks to yahoo.


Happy Birthday dear,
Hope you will be Muslimah sejati,
Beriman dan Beramal soleh kepada Maha Pencipta,
Mengingati ibu bapa mu,
Menyayangi ibu bapa mu,
Mendoakan ibu bapa mu,
Menghormati ibu bapa mu,
Ibu doakan kejayaan di dunia dan di akhirat,
Murah rezeki mu,
Sihat tubuh badan mu,
Panjang umur mu,
Syurga tempat mu.


Selamat Hari Lahir, sayang. . . . .
Ibu & Ayah sayang kamu selalu . . . . .



p/s: Ibu & Ayah sayang kakak a.k.a Cik Bebet jugaks!


ADIOS!