OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, September 19, 2011

Pujaan Hati

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Happy working korang!. Arini kan ari Isnin. Atok aku selalu cakap arini ari Senayan. Hehehe. . . tu dulu masa dia sihat. Sekarang da tak berapa sihat, kata-kata dia pun aku tak berapa nak faham. Dulu seronok je dengar dia nyanyi lagu Begawan Solo sambil berkebun. Sekarang tidak lagi. Itu hanya tinggal kenangan. Harap - harap kenangan tersebut sentiasa tetap ada dalam memori aku. Rindu kenangan itu. . . .

Tapi arini bukan nak citer pasal atok aku. Aku nak citer pasal pujaan hati kesayangan aku yang dua orang tu. Sepatutnya entri ni dilakukan masa last week. Tapi memandangkan last week aku sangatlah sebok. Budak dua orang tu pun tak berapa nak sihat.

Sampai ke arini masih lagi tak berapa nak sihat. Sihat la anak oooiii. Gundah gulana hati seorang ibu pabila melihat kesihatan anak tak berapa baik. Selera makan pun kurang. Ya, Allah. Kau berikanlah kesihatan semulia-mulianya kepada anak - anak aku. Amin.



Safiyyah Zaharah a.k.a Cik Bebet.

Beliau sudah 2 tahun 4 bulan. Dah pandai pujuk adik bila adik nangis.

ape adik. . . .adik angan anges. . . .pik ang! (amboi, adik nanges dia nak pik pulak yea . . . )

Lepas tu, skang ni kalau tengok citer Rio. . . nanti ada satu part tu bird kene tinggal dalam kotak. Dia pun akan cakap. . . .cian a-bird sambik mencemikkan muka.

Dah pandai say sorry Ibu if dia ada buat salah. Alhamdulillah. Pastu bila aku solat, dia pun dah boleh ikut sket - sket. Alhamdulillah.

Beliau masih lagi panggil aku Ma. Cuma bile nak manja-manja dan mengada-ngada je panggil Ibu. Oh! Sayang, sangat terharu hati Ibu bila awak panggil saye, Ibu. Nak loncat tinggi-tinggi boleh tak? *toink*toink*toink*

Sebenarnya, banyak jugak ayat penuh yang dia boleh cakap. Tapi aku macam tak record pulak dalam memori aku nih!. Apa punya Ibu la aku ni kan? ? ?

Ni gambor Cik Puan Safiyyah Zaharah Bt Mohd Zakry.


Skang nak citer pasal si adik pulak. . . . 

Nursakinah Zaharah Bt Mohd Zakry a.k.a Cik Bobot.

Ini budak dah setahun dah. Spoloh haribulan semilan ritu genap setahun. Alhamdulillah.

Sekarang ni Cik Bobot dah pandai jalan. Dah tumbuh gigi. Gigi dah ada enam batang. Empat atas dan dua bawah.

Sekarang ni dah pandai cakap emak. . . .ho yeah! Walaupun aku bahasakan diri aku IBU, tapi tak kisahla. . . .sebab kakak pun panggil Ibu. . . Ma. Huh!

Ayah pun dah pandai. . . .tapi sebut ayeh! Ha Ha Ha. . . .

Kakak pulak. . . .ada masa sebut 'ah' je. Kadang sebut yayah. Tak kisah la sayang janji ada munyik. Hehehe

Oh ye, budak tenit ni dah pandai tunjuk perasaan jika barangan yang dipegang dirampas oleh kami - kami. Ho Ho Ho. Beliau akan menonggeng sambil menjerit. Tunjuk perasaan yea. Ada Ibu kisah? ? ?Dan dia juga suka sangat menyakat kakak beliau. Tak padan ngan kecik. Ada hati nak kacau orang. Hai la adik.

Macam semalam, dah la si kakak kurang sihat. Dia pun sebok nak mengusik kakak nye. Usik rambut la. Usik perut la. . . .pe lagi, si kakak pun bunyi la. Adik adik. Ibu hanya mampu geleng pale jek.

Inila gambor si kenit yang paling latest. . . .


p/s: Ayat cliche seorang ibu. Ibu sayang kome berdua! Hehehe


ADIOS!

No comments:

Post a Comment