OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, February 10, 2014

Kata B#@&*^ Marah....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tadi ada member share pasal berita ni kat muka buku. Cerita pasal Seorang bapa membuat laporan polis dakwa guru rotan.

Aku dah baca dah artikel tu... korang leh click kat sini http://suarainsan.net/anak-tak-siap-kerja-sekolah-bapa-buat-laporan-polis-dakwa-guru-rotan/

Aku budak zaman 80-an. Jadi bagi budak yang lahir tahun 80-an, aku diajar supaya sila siapkan kerja sekolah. Tak siap kene denda. Denda perkara biasa. Tapi takdela sampai kene gangguan emosi.

Meh sini aku cerita sikit denda apa yang aku pernah kene dari aku DARJAH SATU! Sila baca betol-betol! dari DARJAH SATU!

Masa aku darjah satu...biasala budak-budak fokus bukan nye betol sangat kan. Cikgu bagi kad kecik untuk bawak balik, copy dalam buku pastu warnakan. Dalam kad tu ada tiga bulatan untuk diwarnakan dengan warna merah, biru dan kuning.

Disebabkan perangai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Sampai rumah aku warnakan je atas kad kecik tu...Apa lagi, sampai sekolah esok pagi...satu cubitan MANJA sampai kat perut aku yang comel tu.

Nice...balik mengadu jugak kat Umi dengan Abah aku. Apa yang aku dapat? Padan muka la. Saper suruh tak pay attention dalam kelas. Tapi esok pagi tu Abah aku temankan aku pergi sekolah, explain kat cikgu what happen. Hehehehe...

Tapi takdela sampai nak REPORT POLIS. Huh!

Masa Darjah Dua pun aku kene denda jugak. Tak siap kerja sekolah. Aku kene denda berdiri kat luar kelas. Relax je. Cikgu lain lalu tanya, kenapa berdiri kat luar kelas. Tak siap keje. Relax je. Hahahaha... Itu belom lagi part gantung kad 'SAYA TAK SIAP KERJA SEKOLAH' kat leher pastu masuk semua kelas.

Weyh lagi malu kot...kene plak masuk kelas ada admirer. Haahahahaha. Sengal.

Darjah tiga pun ada...tapi yang ni aku rasa biasa je kot. Setakat berdiri atas kerusi dengan meja. Itu normal. hahahaha. Malu pun ada. Tapi itu buatkan aku supaya sila siapkan kerja sekolah. Hahahaha...

Darjah Empat dengan Darjah Lima aku budak baik sikit. Bahahahaa...baik sangat. Ada je part yang aku tak siap kerja sekolah. Bangun tido baru teringat ada homework. Maka, tulisan pun cakar ayam. patut boleh dapat semua betol. Tapi disebabkan nombor empat dan macam sembilan. Enam pun dah macam kosong. Maka banyak salah.

=___=

Kene plak waktu tu member yang tanda buku...jawabnye satu kelas tau aku buat kerja cincai. Dem yuh! Hahahaha...tapi aku tetap tak saman atau buat report polis sebab kawan aku tanda buku tak betol. Hahahaha.

Darjah Enam paling hebat! Sebab....aku failed paper English Test. Nah, hamek! jalan itik dari hujung beranda kelas sampai hujung beranda kelas lagi satu. Hahahahaha. Lenguh kaki. Tapi still tak buat report kat polis lagi.

Woi! tu semua kenangan kot. Rugila budak-budak zaman sekarang tak dapat rasa KEENAKKAN denda tu. Nanti korang takde benda nak cerita kat anak-anak dengan cucu-cucu korang yang korang pernah kene denda. Rugi rugi rugi...

Ye la...korang nak hidup korang perfect je kan...Tapi tak best! Hahahahha.

Kalau setakat kene rotan kat tapak tangan dengan punggung tu...takde masalah. Sakit time tu je. Ada kawan aku tu lagi...cikgu buat tanda huruf A kat tapak tangan sebab tak dapat A dalam Math. Ko hado?

Tapi dia still tak report polis. Ngeh ngeh ngeh. Banyak la weyh kenangan bab denda-denda ni. Rugi dowh kalau korang takde memori pasal tu. Rugi sangat. Tapi kalau takde memori pasal bab denda-denda tu mungkin korang-korang ni budak-budak cream kot. Pale otak bijak bak Einstein. Kan?

Ok. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment