OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, April 4, 2013

Pembubaran

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Parlimen dah dibubarkan. Apa lagi semua orang terus jadi hebat berpolitik. Duh-



Aku? Masih lagi seperti dahulu. Aku kisah kepada pemenang sebab dulu parti biru menang, hidup aku Alhamdulillah aman. Takde kacau bilau. Sekolah pun okay. Belajar kat universiti pun okay. Dan aku juga tak pernah pulak terfikir untuk mengatakan kerajaan makan duit rakyat.

Hmmm...aku tak nampak di mana...atau aku yang tak perasan. Entah. Aku malas fikir sebab apa yang aku tahu aku mahukan keamanan dan kesejahteraan dan kemakmuran yang selama ini aku kecapi. Aku hidup 30 tahun kat Bumi Malaysia yakni Bumi Allah tanpa ada kehancuran, peperangan kemunduran dan apa-apa lah yang berkaitan dengan keburukan.

Katakanlah...katakanlah..parti pembangkang menang. Mampukah kamu kamu kamu memberikan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang aku kecapi selama 30 tahun ini? Kalau mampu teruskan dengan perjuangan kamu. Tapi apa yang aku lihat di negeri Selangor ini sendiri...aku tak nampak satu bukti yang kamu boleh memerintah.

Kamu ingin perjuangkan agama...Ya aku sokong kamu nak perjuangkan politik seiring dengan agama tapi masih lagi kelihatan maksiat di negeri ini. Tak payah la nak cerita satu negeri Selangor. Amek contoh kat kawasan umah aku je. Budak-budak sekolah buat maksiat kat padang permainan kanak-kanak depan rumah aku. Bukan sekali, tapi dah lebih dari sekali. Sudah ditegur. Sudah dihambat. Lagi sekali terjadi, memang aku kerjakan korang cukup-cukup. Atau nak aku ikut hukum hudud je? As per parti pembangkang says. Kan?

Ye maksiat dan kehancuran norma-norma masyarakat. Anak-anak Melayu berpeleseran. Ponteng sekolah. Macam ni ke nak bagi sesi pembelajaran percuma. Sedangkan yang sekarang ini masih lagi ada yang ponteng. Apatah lagi percuma. Aku hampa weyh!

*facepalm*




Ini cuma isi hati aku dan juga tak bermaksud untuk mewujudkan kontroversi dikalangan si bijaksana yang pandai berkata-kata dalam politik. Aku tak pandai. Aku cuma pengundi.

Harap-harap dapat le mengundi. Hahahaha...Silap aribulan aku bersalin time hari mengundi. Habes! Satu family aku tak dapek nak pegi mengundi.

Hadoi-

Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment