OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, April 26, 2013

Pesta Buku Kuala Lumpur 2013

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri paling pantas, pendek, tepat, tangkas dan padat.

Hehehehe...sebok minggu ni dan minggu-minggu seterusnya...


Aku tak pegi pun. Cik Puan Boss tak bagi ikut. Sila duduk di opis. Dibuatnya terbersalin kat PWTC kecoh plak jadinya. Hahaahaha...

Aku pun nak popular jugak. Sengal!.

Okaylah itu sahaja update aku untuk minggu ni dan minggu seterusnya. Mungkin ini entry terakhir.....

Ok. Bai-

Friday, April 19, 2013

Pantas.Cepat.Padat.

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selepas hampir seminggu aku tak update belog. Maaf yea. Sebok dengan Bookfair kat UTM, Jalan Semarak. Kepada yang singgah, terima kasih. Kepada yang tak sempat singgah, tak mengapa...mungkin ada rezeki jumpa lagi.

Sesi update secara pantas sebab jap g nak solat Asar pastu nak pulang ke pangkuan suami terchenta.

Aku mohon kemaafan jika ada sebarang kata-kata aku dalam belog ini menimbulkan ketidakpuashatian sesetengah pihak. Aku mohon maaf.

Ok. Bai-

Friday, April 12, 2013

Mungkin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku mungkin tidak akan bersiaran dan tidak akan berblog walking dalam masa seminggu kot...sebok!

Ada pameran buku kat UTM.

Ok. Bai-

Thursday, April 11, 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Berita tergempar yang sangat menggemparkan buat penduduk sekitar wilayah Gombak dan Kuala Lumpur. Mengapakah sebegitu besar kawasan yang terganggu!

Arrgggghhhh! benci okay.

Nak hamek ni segala info yang aku dapat dari PUSPEL...


SYARIKAT BEKALAN AIR SELANGOR SDN BHD 

SIARANMEDIA                                                                           
SIARAN SEGERA

11 APRIL 2013

GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTAPENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.  Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1. Flat DBKL Dato’ Keramat                     2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak                                    4. Jalan Gurney
5. Kementah                                          6. Pulapol
7. Wisma Tanah                                      8. JUPEM
9. UTM                                                  10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom                       12.Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir                            14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka                               16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana                                18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya                                 20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang                                22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga                                 24. Taman Miharja
25. Taman Kobena                                26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan                                   28. Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

1. Kampung Baru Ampang                   2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview                              4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali              6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR                                   8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights                                10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay                              12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay                                       14. Beverly Heights
15. Ampang Indah                             16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana                         18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang                   20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah                                22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak                             24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh        26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran        28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah                    30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya           32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara                      34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai                                  36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai                38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya                     40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang              42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah               44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang                  46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya                   48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang              50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya                       52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang                      54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati
Jumlah Akaun : 61,392
 
                                                                                                                  
Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air.Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akanditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.

Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’

Kesian kat kami tak sempat nak simpan air. Macamana nak mandi esok? aku nak keje la weyh!


Sedey weyh!

Ok. Bai-

Tuesday, April 9, 2013

Bukan Berkira Tapi Rasa Macam Nak Marah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru je lepas dengar pasal tandas kat Hot FM. Bila Hot FM buat iklan pasal kebersihan tandas. Aku teringat baru-baru ni aku singgah toilet kat Bangunan Campbell.

Aku tau la bangunan tu dah lama...tapi bila pergi toilet yang berbayar RM0.30 SEPATUTnya BERSIH!

Diulangi BERSIH.

Tapi sayang...bayangan dan harapan aku tinggal abu je. Dengan lantai lecah...tandas tak boleh pam. Ada sedikit saki baki poo poo kat lantai!

ARRGGGGHHHHHHHH!

Dahla charge RM0.30 untuk seorang masuk. Kalau dua orang dah RM0.60. Kalau aku tak masuk, macamana anak aku nak peepees!

Menyesal!

Terbantut segalanya!

Benci la weyh!

Okay, sabar....ini boleh dijadikan pengajaran. JANGAN pergi lagi tandas kat Bangunan Campbell. Lepas tu singgah SEMUA HOUSE, Alhamdulillah. Tandas bersih. Puas hati kene bayar RM0.30 pun....

Tolonglah.....kepada semua pemilik bangunan atau management bangunan. Kalau ye pun nak mintak bayaran atas kos pembersihan tandas, tolong lah check tandas tu berbaloi atau tidak untuk diberi bayaran.

Menanges weyh kalau bayar tapi tandas berbau...lantai berair...licin...tandas tak berfungsi...

Macamana la orang luar tak kata yang Malaysia antara negara yang punya tandas paling 'bersih'

=__=

Ok. Bai-

p/s: takmo letak gambor tandas kang ada yang tengah makan baca belog aku tak lalu makan pulak.

Jom Collect Pahala

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.



Itu pasalla aku suka buat sendiri walaupun aku tau Encik Usben leh buat. Tapi memandangkan diri ini sedang meniti hari dan menunggu hari makanya aku pass batton kat Encik Usben. Saya pass kat awaklah pulak pahala yang selalu saya dapat.

Ngeh ngeh ngeh...

Kenapa aku post benda ni. Sebab ada di kalangan orang yang aku kenali dan tidak ku kenali amat berat untuk lakukan ini. Apatah lagi kalau encik suami mereka boleh melakukannya. Rugi dowh! Korang memang orang yang merugikan. Allah dah bagi peluang kat korang collect pahala lebih sket selain patuh ajaran Allah dan suami.

Nak pahala lebih lagi? Sebelum korang sikat rambut anak korang tu...korang baca Bismillah. As per told before, kan lebih elok apa-apa yang kita lakukan dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah. Kan?

Kalau boleh tu janganlah bagi alasan tangan kebaslah tak leh nak basuh berak anak...basuh berak anak pun dapat pahala tau. Tak nak pahala ke? Tak pun alasan takmo sikat rambut anak...bukannya tak nak sikat rambut diorang tapi diorang tak reti duduk diam-diam. Haip! kita ajar dan didik mereka apa itu disiplin!

Bukan perli cuma mengingatkan. Aku kongsi ilmu. Aku nak jugak korang dapat pahala seperti mana yang aku dapat dan juga ibu-ibu lain dapat. Tapi kalau korang tak nak, aku nak buat macam mana....aku cuma berdoa supaya dibukakan lah hati korang.

Lalalalala....

Okaylah...penat menaip. Elleh baru taip seperenggan dua dah penat. Dem yuh!

Ok. Bai-


Untaian Kisah Para Wali Allah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak jugak hupdate!. Mesti ke? Sekarang semua dah sebok berinstagramlah. Ber'keek'lah. Aku masih lagi sedikit ketinggalan. Mak Jemah tak kose....lagipun henpon mak jemah nokia yang cokia je. Ada sesape nak bagi Mak Jemah hadiah Samsung Galaxy Y????

Hahahaha. Sila jangan perasan!. Matikla ko berangan nak dapatkan tepon itew! Pui-

Loser giler. Hahahahaha.

Ok. Tukar topic.

Sekarang ni aku tengah baca buku Untaian Kisah Para Wali Allah. Buku ni Umi aku yang beli. Dia beli tahun 1994. Lama kan? Dekat 19 tahun buku ni. So, dah 3 kali aku baca buku ni.

Aku suka buku ni sebab banyak sangat citer pasal orang yang zuhud dan menghambakan diri hanya pada Allah Yang Maha Esa.

Aku tak pasti buku ni masih lagi dikeluarkan atau tidak...sorry ye sayang.

Gambar takde. Sebab aku tak jumpe mana Memory Card Reader. Adik aku guna pastu tak letak balik kat tempat asal. Suka plak aku nak cari-cari kat dalam bilik dia.

=__=

Nanti kalau ada aku upload khas buat tatapan korang. Buku yang berusia 19tahun ;p

Jadi, entry arini takde gambar. Lalalalala...

Ok. Bai-

Monday, April 8, 2013

berdarah hidung!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam kan ada ABPBH. Tahniah le kepada pemenang. Hasil kerja korang. Aku mampu ucap tahniah. Nak ucap lebih-lebih bukan aku undi pon dan aku tak dapat hasil apa-apa pon.

Lalalalaa....

Tapi seriously, fashion para artis perempuan kita memang stok berdarah hidung bak kata adik aku le. Mau tak berdarah...

Yang ada tu tutup depan, atas dan bawah tapi belakang terdedah....

=__=

Yang ada tu tutup belakang dan depan tapi bawah terdedah....

=__=

Yang ada tu tutup kepala, depan, belakang dan bawah...tapi masih lagi menampakkan segala bentuk badan dan benjolan diatas dan dibawah...

=__=

Bak kata adik aku lagi...diharap selepas PRU 13 ni, kepada bakal pemerintah. Tolonglah buat BK1M untuk para artis dan fashion designer.

Apa BK1M? Bekalan Kain 1 Malaysia...huhuhuhu.

Aku tak mampu melihat adik-adik aku dan encik Usben berdarah hidung tiap kali ABPBH. Hadoi!

 Gambar: Hasil ehsan EncikYahoo.

Lepas tu aksi peluk cium bila menang. Helllloooo! kita ni bangsa Melayu Islam. Kita ada adat dan tatacara hidup Islam. Tolonglah! tolonglah! kawal diri tu sikit. Bukannya nak doakan, tapi dibuatnya lepas korang buat benda-benda tu, korang terus 'jalan'...hmmmm, tak pasal je dapat balasan macam dalam tanah kubor.

Hadoi-

Aku ingatkan saje. Ingatkan diri sendiri, keluarga dan anda-anda semua. Jaga tatasusila. Jaga adab ketimuran. Jaga agama. InsyaAllah hidup diberkati. Amin.

Tak berhenti lagi hidung berdarah sebab banyak sangat orang post fashion carpet merah artis ABPBH. Tapi yang paling berdarah sekali part parody Johan.

Hahahaha....tak mampu mak yong nak tahan gelak. Deng-

Ok. Bai-

Thursday, April 4, 2013

Pembubaran

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Parlimen dah dibubarkan. Apa lagi semua orang terus jadi hebat berpolitik. Duh-



Aku? Masih lagi seperti dahulu. Aku kisah kepada pemenang sebab dulu parti biru menang, hidup aku Alhamdulillah aman. Takde kacau bilau. Sekolah pun okay. Belajar kat universiti pun okay. Dan aku juga tak pernah pulak terfikir untuk mengatakan kerajaan makan duit rakyat.

Hmmm...aku tak nampak di mana...atau aku yang tak perasan. Entah. Aku malas fikir sebab apa yang aku tahu aku mahukan keamanan dan kesejahteraan dan kemakmuran yang selama ini aku kecapi. Aku hidup 30 tahun kat Bumi Malaysia yakni Bumi Allah tanpa ada kehancuran, peperangan kemunduran dan apa-apa lah yang berkaitan dengan keburukan.

Katakanlah...katakanlah..parti pembangkang menang. Mampukah kamu kamu kamu memberikan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran yang aku kecapi selama 30 tahun ini? Kalau mampu teruskan dengan perjuangan kamu. Tapi apa yang aku lihat di negeri Selangor ini sendiri...aku tak nampak satu bukti yang kamu boleh memerintah.

Kamu ingin perjuangkan agama...Ya aku sokong kamu nak perjuangkan politik seiring dengan agama tapi masih lagi kelihatan maksiat di negeri ini. Tak payah la nak cerita satu negeri Selangor. Amek contoh kat kawasan umah aku je. Budak-budak sekolah buat maksiat kat padang permainan kanak-kanak depan rumah aku. Bukan sekali, tapi dah lebih dari sekali. Sudah ditegur. Sudah dihambat. Lagi sekali terjadi, memang aku kerjakan korang cukup-cukup. Atau nak aku ikut hukum hudud je? As per parti pembangkang says. Kan?

Ye maksiat dan kehancuran norma-norma masyarakat. Anak-anak Melayu berpeleseran. Ponteng sekolah. Macam ni ke nak bagi sesi pembelajaran percuma. Sedangkan yang sekarang ini masih lagi ada yang ponteng. Apatah lagi percuma. Aku hampa weyh!

*facepalm*




Ini cuma isi hati aku dan juga tak bermaksud untuk mewujudkan kontroversi dikalangan si bijaksana yang pandai berkata-kata dalam politik. Aku tak pandai. Aku cuma pengundi.

Harap-harap dapat le mengundi. Hahahaha...Silap aribulan aku bersalin time hari mengundi. Habes! Satu family aku tak dapek nak pegi mengundi.

Hadoi-

Ok. Bai-

Wednesday, April 3, 2013

Pulang Ke Pangkal Jalan

Assalamualaikum, semua;)

Hai, korang!.

Pulang je pangkal jalan. Hohohoho... RBDAD sudah tamat. Makanya, mari pulang ke pangkuan encik Usben. Kita lupakan Fahrin Ahmad yang dah berumo 34tahun itew. Daku masih muda lagi yawl.

Lawak adik aku yang tak leh blah...

Husni: Kak, nak no tepon FA tak?

Aku: Ko giler apa? kalau akak ko ni tak kaweng lagi boleh la bagi. Ni anak nak masuk 3. Apakah????

Damn yuh!

Aku suka cerita bila semua orang jahat mati. Hak hak hak! Memang patut mati tak perlu bertaubat. Eh? mati dalam penoh dosa. Hahahaha. Giler zalims.

Firdaus (FA) kaweng dengan Fatin (Fauziah Ghous). Yeah. Mira balik Abu Dhabi. Ok. Foin. Mira tak kaweng lagi dengan Fareez. Hmmmm....why???? Takpelah nanti panjang sangat pulak citer ni kan. Huhuhuhu.

Babai FA. Dia ada gak citer baru lagi. Apa pilot ntah tajuk citer tu. Tapi ada Neelofa. Hmmm, aku tak minat Neelofa.

=__=

takde kene mengena. hohohohoho.

Takpelah sekarang ni aku tengah layan citer Bangkitnya Seorang Perempuan. Bukan tengok kat TV pong. Tapi dok layan kat tonton. Nanti bila dah bersalin, tak tau la aku dapat follow ke tak citer ni. Hahahaha. Kenapa? haruslah sebok dengan baby.

Ok. Bai-

Tuesday, April 2, 2013

Al-Fatihah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Al-fatihah buat Kak Gee dan Salam takziah buat Abang Abil.


Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.


Sehangat Asmara

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Warrgghhhhh!mengantok sangat. Aku rasa sekarang ni aku macam hari-hari mengantok. Tiap-tiap malam dalam pukul 2-3 pagi tu mesti terjaga pastu macam payah sikit nak tido.

=__=

Bila sampai opis...kul 10-11 pagi tu lah aku mengantok tahap gaban. Macam sekarang ni. Rasa macam nak melekat je kepala kat meja ni haaaa....

Hadoinyepun!.

Settle aku baca novel Sehangat Asmara. Jap lagi Puan Boss aku masuk..satu keje untuk aku explain kat dia apa ending.

=__=

Rajin sangat. Hahahaaha.

Cerita yang kat tv tu pun tak kose den nak tengok. Maka baca le novel. Senang. Sebab tak payah nak tunggu hari-hari kat depan TV. gagagagagaga.

Motip? Sebab nak tau ending macamana. Sepertimana aku nak tahu ending Adam dan Hawa tahun lepas. Hahahaha.

Memang nak mintak penampar kan aku ni. Sila jangan marah.

Ending?

Haruslah happy ending. Ko giler apa nak kene bakar TV tu kalau ending tak best. Tapi aku rasa kat Malaysia ni belom lagi kot tahap nak bakar TV dengan panggung kalau ending hero ke heroin mati. Tapi kalau kat India. Jangan harap lah panggung tu selamat kalau ending cerita tu Hero atau Heroin mati. Confirm kene bakar punya....sadis je.

Dang-


Memandang kat TV yang berlakonnya Adiputra dengan Rita Rudaini. Sepanjang baca novel ni, aku bayangkan pergerakan diorang je. Dah macam filem bergerak dalam pale otak aku ni. Hohohoho.

Nice-

Apa yang pasti happy ending lah. Settle semua masalah. Kenapa Zainal meninggalkan Kay 9 tahun pun aku dah tau dulu.

Korang? Tak tau lagi kan? sebab kat TV Kay baru je eksiden kan? an? an?

Ok. Bai-

Masuk Bakul Angkat Sendiri

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tak perlu kata apa-apa. Tengok tajuk pun korang leh agak kot apa benda. Hahahaha.

Mintak puji!

Padahal takde kene mengena dengan nak mintak diri ini untuk dipuji. Eh?

Meh sini kita lihat aksi masuk bakul angkat sendiri. Ko hado?


Itula si adik...dengan keserabutan rambut beliau. Sebab tu rambut dia perlu diikat selalu. Dah macam anak terbiar je aku tengok NZ ni. Hohohoho...

Dia memang suka buat aksi pelik. Contoh kejadian pelik yang dia lakukan...bermain dengan dinosaur lantas mengatakan...

'eeee...makan kaki adik. ngap ngap ngap'

=__=

kenapa kene makan kaki sendiri?

Dia sangat suka 'memperelokkan' lagi barang-barang mainan atau menyalahgunakan permainan...contohnya...

Tab ABC bukan untuk ditekan-tekan tapi dipijak-pijak.

=__=

Kebanyakan permainan dia dan si kakak akan diperelokkan oleh beliau...

=__=

Tak tau nak kata apa...

Ini pulak aksi budak kecik merajuk sebab tak dapat main tab.


Konon merajuk sebab tak dapat main tab. Tapi bila Ibu cakap jangan ikut balik umah Nenek. Terus kata kakak nak ikut Ibu balik umah Nenek. Tapi kakak takmo kawan Ibu.

Apakah?

Nak ikut ibu balik umah nenek tapi takmo kawan ibu. Huhuhuhu.

Hasil tangkapan hujung bulan ketika membeli susu Dutch Lady untuk anak-anak.


Okey, bertambah koleksi tabung anak-anak. Sekurang-kurangnya dapat mengajar diorang untuk simpan duit dan menabung. Hehehehe.

Yang paling tak boleh blah!.

Pagi tadi mereka berdua 'mengerjakan' beg ibu. Bila ibu nampak, terus kata takde duit pun...memang le takde duit sebab duit dalam purse. Huhuhuhu. Kakak siap pesan nanti Ibu balik keje, Ibu bagi kakak duit ne.

=__=

Budak-budak sekarang memang suka duit erk?

Pengsan!

Ok. Bai-

Monday, April 1, 2013

nak dengar kata Dia atau dengar kata dia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak faham dan aku cuba fahamkan. Namun, semuanya back to the square root! Yup. Back to the square root.

Bukan satu tapi dah macam banyak pulak kes macam ni keluar. Korang ingat benda tu boleh buat main-main ke? Aku as a peminat hasil mutu lakonan actor dan actress Malaysia, korang tak sepatutnya buat macam ni. Even korang laki bini pun benda macam ni pun tak sepatutnya ditunjukkan di khalayak ramai.

Kita ni orang Melayu yang dipenuhi dengan adab sopan dan santun. Apakah kegilaan korang-korang melakukan babak tersebut? Dimanakah letaknya norma masyarakat disitu? Aku tak nampak!

Aku rasa makin lama makin melampau! Ya, melampaui batas sebagai orang Islam dan Melayu!.


Filem Mencari Cinta...apa ini? Perlukah babak ini? Aku kecewa!

Seterusnya...


Apa ini?

Banyak cara lain nak tunjukkan seni artistik suami isteri. Aku kecewa dan hampa!

Sebelum ni adegan Aaron Aziz dan Maya Karin dalam filem Ombak Rindu.

Aku sedih. Orang Islam membuat aksi sebegini. Alasan si pelakon mengatakan itu kehendak Pengarah. Alasan demi alasan tercipta. Terbaek!. Sedangkan kamu juga punya hak untuk mengatakan TIDAK untuk scene tersebut.

Sedih. Sedih. Sedih.

Apakah korang sudah lupakan Dia dan sudah kehilangan kepatuhan kepada Dia. Dan kamu terus mematuhi arahan dia yang juga manusia dan kamu mungkin lebih suka mendengar kata dan arahan dia instead of mendengar kata dan arahan Dia. Sedangkan Dia yang diatas sedang menonton dan melihat perbuatan kamu kamu kamu itu.

Ok. Bai-

Sepakat Membawa Berkat. eh?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Bulat air kerana pembentung, Bulat manusia kerana muafakat.

Sepakat membawa Berkat.

Eh?

Apa la yang dibebeli oleh si Mak Yong nih!


Gambar yang daku kebas dari my future SIL yang suka gelak bila dia suka. Eh?

Ok. Bai-

adu, aduan, diadu, mengadu & pengaduan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Mengantok la pulak pepagi ni. Takkan la sebab makan nasi goreng kampung pastu minum milo ais. Seriously, me so sleepy right now!

Urrggghhhh!

=__=

Okey, arini nak share satu cerita ni. Tapi tapi tapi ini tak bermakna si isteri boleh mengambil kesempatan di atas segala bantuan yang diberikan oleh si suami. Dan janganlah pula si suami pula terlalu alpa dengan aduan si isteri.

Alright? The most important thing is ambil berat dan mengambil berat segala aduan yang diberikan...jangan di biarkan saje...Okeyh?


Seorang isteri mengadu pada suaminya…..”bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata….”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

Bila dah terlambat satu apa pun tak berguna lagi. Dua-dua pun kene alert dengan tahap kesihatan masing-masing. Cerita ni boleh dijadikan ikhtibar kepada suami dan isteri. As per I told before, isteri jangan la pulak mengambil kesempatan dan suami jangan lah pulak alpa atau lalai atau tak mengambil berat pasal kesihatan isteri.

Apa yang penting KERJASAMA!

Ok. Bai-