OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, January 15, 2013

Persoalan I

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku cipta satu label baru. Persoalan demi persoalan. Ianya berdasarkan dari pembacaan aku dalam ilmu agama. Semoga apa yang aku kongsi kan dapat memberikan ikhtibar kepada kita semua. InsyaAllah.

Persoalan I

Ada yang rajin solat tapi hidup melarat namun ada yang ingkar suruhan Allah tapi hidup nikmat. Adakah Allah itu tidak adil?

Allah itu Maha Adil dalam setiap perkara. Sedangkan Allah telah mengharamkan kezaliman terhadap makhluk-Nya. Allah tidak akan menzalimi makhluk-Nya.

Memang wujudnya keadaan dan situasi begini. Kita yang rajin solat dan akur perintah Allah ni haruslah bersyukur kerana dalam kita tidak sedar sebenarnya kita punya nikmat yang orang lain tak dapat. Perasan tak? Manakala yang tidak akur perintah Allah terus terusan alpa dan lalai dalam perintah-Nya kerana kehidupan, hati dan mata mereka dikaburi dengan dugaan yang Allah berikan kepada mereka.

Allah pernah berfirman:

Apakah mereka menyangka bahawa harta dan anak yang Kami kurniakan kepada mereka bahawa Kami bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar,

(Surah Al-Mukminun: 55-56)

Ada juga satu hadis untuk menyokong fakta diatas....

Sesungguhnya Allah memberikan dunia kepada sesiapa yang Dia suka dan tidak suka, dan Allah tidak memberi agama melainkan kepada sesiapa yang Dia kasihi. Sesiapa yang Allah berikan agama padanya maka Allah mengasihinya.

(Riwayat Ahmad)

Jadi pendapat aku....
Korang tak perlu risau sangat if korang selalu solat tapi tak kaya-kaya. Sekurang-kurangnya korang cuba lihat sekeliling korang. Korang tak kaya. Tapi korang ada ibu, ayah, adik beradik, anak-anak dan kesihatan yang baik. Korang nak beribadat pun senang tak sesibuk orang yang berada. Korang boleh jumpa ibu ayah dan kaum keluarga tanpa ada sekatan masa. Betoi dak?

Hmmm...jadi fikir-fikirkan dan selamat beramal.

Ini cuma pendapat aku sahaja...jika mahu lebih faham lagi sila berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang boleh tolong korang fahami dengan lebih lanjut.

Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment