OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 4, 2013

Kari Tulang

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam ceria dan Salam Jumaat. Jumaat pertama untuk 2013. Semoga hari Jumaat ini menjadi Jumaat yang paling baik dari Jumaat sebelumnya. Dan bukan juga Jumaat terakhir buat diriku serta Jumaat terakhir buat orang-orang yang daku sayangi.

Amin.

Pinggul ku ngilu weyh! Mengapakah? huhuhuhu...

Arini nak share resipi Kari Tulang. Ini buatan omak den. Bukan den. Den kurang pakar bab-bab masak kari. Hohohoho.

Bahan-bahan:

1 kg tulang lembu
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji santan
3 sudu besar serbuk kari daging (klu suka pekat leh tambah kari lagi)
1 btg kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 biji kentang
1 biji lobak merak
Garam
Gula

Cara-cara:

1. Rebus tulang lembu bersama-sama dengan rempah kari. Rebus sampai empuk. Bila dah empuk, masukkan kentang dan lobak merah. Masukkan juga santan, garam dan gula.

2. Hiris halus-halus bawang merah, bawang putih dan halia. Di kuali lain, tumis sehingga naik bau segala bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

3. Selepas dah naik bau, tutup api dan tuangkan ke dalam kuah kari tadi dan kacau. Biarkan kuah kari tadi mendidih. Kemudian tutup api.

Siap!

Terbaek dari ladang!

Inilah hasilnya....


 Sedap weyh!

Korang ce try. Selalu tulang buat sup. Macam jiran kita tu hari-hari makan tulang buat sup!

Hoi! tulang mahal tau tak? Kaya la jiran ko tu hari-hari makan tulang buat sup. Eh?

Ok. Selamat Mencuba.

Korang leh apply cara bikin kari ni untuk kari ayam, kari daging dan juga kurma. Terbaek dari ladang.

Lalalalala.

Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment