OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 18, 2013

Minyak Dagu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru je lepas tengok movie minyak dagu. Takdelah seram sangat pun citer ni. Pelakon citer ni Fezrul Khan (Azman), Fizo Omar (Johan) dan Yana Shamsudin (Emelda).



Citer ni mengisahkan Emelda tunang kepada Azman yakni pada permulaan cerita. Tapi disebabkan si mangkuk Azman ni kaki pukul makanya Emelda telah membuat keputusan untuk meninggalkan dan memutuskan pertunangan dengan Azman.

Kebetulan Emelda berjumpa dengan Johan, kawan sekolah lama Emelda. Selepas Emelda memutuskan pertunangannya dengan Azman. Emelda bersetuju untuk berkahwin dengan Johan.

Dan bermula dari itu, kisah minyak dagu bermula dimana Azman telah 'menyapu' minyak dagu pada Emelda sebelum perkahwinan Emelda dan Johan.

Biadap!

Orang dah tak suka...sebolehnya nak paksa! Huh!

Sebaik je Johan disahkan menjadi suami Emelda, bermula lah kisah Emelda tergila-gilakan Azman semula. Sangat mencabar menjadi suami apabila pak mertua dan mak mertua menuduh Johan menggunakan bomoh untuk mendapatkan Emelda.

Kat situ aku dah rasa macam apa neyh? Mak Ayah Emelda ni tak leh nak fikir betol-betol ke? Kalau betol si Emelda ni kene guna-guna dengan si Johan, haruslah dia melekat je dengan si Johan. Ni tak, dok tergila-gilakan si Azman.

Apakah?

Tak lama selepas itu, mak Emelda pun mati sakit jantung sebab tak dapat menerima tekanan yang anaknya perlu dirantaikan oleh Johan untuk mengelakkan Emelda lari dari rumah dan berjumpa dengan Azman.

Padan muka Azman tuan punya dagu kejar dia pulak sebab dia langgar pantang larang minyak dagu. Lalalalala...

bijak

bijak

bijak

Pantang larang dia mudah je...pertama sekali jangan bawak minyak dagu masuk dalam umah, kedua jangan langkah sungai, parit atau longkang dan ketiga jangan pergi rumah orang mati. Habes semua pantang larang dia langgar. Apalagi! tuan punya dagu nak darah lah! Dah macam citer vampire la pulak kan?

Kantoi dengan Johan sebab Johan follow Azman pegi umah tok bomoh (Latiff Borgiba) dan curi dengar perbualan antara Azman dan Tok Bomoh.

Padan muka Azman...mati kene panah petir.

Settle!.

Yang tak best kalau citer seram kat Malaysia ni. Kalau citer hantu je semua umah nak gelap. Semua hospital nak gelap. Korang tak percaya? Korang tengok citer ni pastu korang akan tengok satu scene tu kat spital. Apa kejadahnya hospital tu gelap? Hospital bukan ke patut terang benderang. Dah tu ada nurse siap buat keje bukak file dalam gelap. Giler ke apa?

Mula-mula aku ingat malam...rupa-rupanya masih lagi siang hari. Apakah?

Aku tak faham....

Ok. Bai-

No comments:

Post a Comment