Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!.
Saje letak gambar kek nenas terbalik neyh!. Sedap kan? Walaupun aku si pemakan kek dan si pembuat kek, aku sesungguhnya belom lagi pernah merasa kek nenas terbalik. Hahahha.
Sorry guys, bukan resipi. Resipi lain kali aku kongsi. Hohoho.
Arini nak share sesuatu yang aku baru terbaca beberapa hari yang lepas. Memang terbalik!. Aku pun kadang tu ada melakukan perkara yang tak sepatutnya itew. Hahahahaha-
Tak baik kan?
Menyesal suda-
=__=
Ini antara-antara perkara yang orang-orang Melayu kita selalu buat. What a typical Malay. Hohohoho.
Hai, korang!.
Saje letak gambar kek nenas terbalik neyh!. Sedap kan? Walaupun aku si pemakan kek dan si pembuat kek, aku sesungguhnya belom lagi pernah merasa kek nenas terbalik. Hahahha.
Sorry guys, bukan resipi. Resipi lain kali aku kongsi. Hohoho.
Arini nak share sesuatu yang aku baru terbaca beberapa hari yang lepas. Memang terbalik!. Aku pun kadang tu ada melakukan perkara yang tak sepatutnya itew. Hahahahaha-
Tak baik kan?
Menyesal suda-
=__=
Ini antara-antara perkara yang orang-orang Melayu kita selalu buat. What a typical Malay. Hohohoho.
1) Amalan kenduri arwah beberapa
malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam
pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang
dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan
mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia
makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka
yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta
anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang
belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
“Abdullah bin Ja’far berkata: Ketika
tersebar tentang berita terbunuhnya Ja’far, Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam
bersabda: Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja’far, mereka
telah ditimpa keadaan yang menyebukkan (kesusahan)”
(Dihasankan oleh at-Turmizi dan di
sahihkan oleh al-Hakim)
2) Kalau hadir ke kenduri walimatul
urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa
bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi
makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak
berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi
sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah
panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3) Ketika menghadiri majlis pemimpin
negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik
di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak
berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4) Kalau menjadi tetamu di rumah
orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang
dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan
makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak
membazir.
5) Kalau bersolat sunat di masjid
amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat
sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk
mengelakkan rasa riak.
6) Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu
makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan
puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di
bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7) Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari
bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat
kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8) Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka
gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula
bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir
tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.
9) Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang
malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak
panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia
begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10) Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan
suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya,
bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah
tangga kurang bahagia.
Muhasabah diri, yawl!
p/s: sedapnya minum Kopi 'O' Ais (*__0)
No comments:
Post a Comment