OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, June 16, 2011

anak & ibu & sekeliling . . . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa. Tadi aku baca blog kak Nani. dia menceritakan tentang bagaimana seorang ibu sanggup berjauhan dengan anak - anak. Aku seorang ibu makanya, aku sendiri tak sanggup nak berjauhan dengan anak - anak aku. Kamu pula bagaimana?

Aku sendiri pun tak faham mengapa ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak - anak mereka tinggal dengan ibu bapa mereka. Bukannye seminggu dua, kadang tu sebulan ke dua bulan. Itu pun ntah kan ye ntah kan tidak jenguk anak kat kampong. Kamu tahu tak yang ibu bapa kamu tu sepatutnya berehat dan beribadat lebih. Bukannya tertonggeng - tonggeng, tergolek - golek, terbalik - balik menjaga anak kamu. Walaupun mereka meng'offer'kan diri untuk menjaga. . . . .itu tak bermakna kamu harus bersetuju. Mereka sudah cukup lelah menjaga kamu adik beradik, kenapa harus membebankan mereka dengan menjaga anak - anak kamu pula.

Anak - anak yang sepatutnya dapat memeluk dan mencium ibu dan ayah mereka hari - hari. Tapi tidak, hari - hari kene tengok muka atok dan nenek. Sepatutnya yang hantar mereka ke sekolah ibu atau ayah. Tapi tidak, atok dan nenek yang hantarkan. duh! Sepatutnya anak - anak bangun dari tidur lihat muka ibu dan ayah. Tapi tidak, bangun tido nampak muka atok dan nenek yang barangkali sudah kedut kulitnya. . . . . Sepatutnya, ibu dan ayah bangun tengah malam memberi anak susu. Tapi tidak, atok dan nenek pulak yang kene bangun tengah-tengah malam terkedek-kedek buat susu. Kesian kat ibu dan ayah kamu......hhhaaaaiihhhh!

Aku pun, mengalami situasi di'offer'. Namun, aku menolak dengan baik. Aku masih mampu dan masih berkudrat lagi untuk menjaga, mendidik, membimbing, memberi mereka makan, menidurkan mereka, memandikan mereka dan bermain-main dengan mereka. . . . . Aku tak mahu membebankan kedua-dua orang tua aku.

Rakan - rakan,

Kamu sepatutnya membiarkan ibu dan ayah kamu berehat dan beribadat. Walaupun mungkin ada mereka yang masih kuat lagi, janganlah membebani mereka dengan menjaga anak - anak kamu. Kamu carilah pengasuh, nursery atau bibik untuk menjaga anak kamu.

Kamu tak rasa seronok ke pabila pulang dari pejabat - penat. Dengan melihatkan muka anak pun dah boleh hilangkan segala lelah kerja. Seronok nya waktu tersebut. Aku mengalaminya, penat balik dari kerja, namun bila tika dan saat melihat wajah anak - anak. Allahuakhbar! hilang segala penat dan lelah.

Kalau kamu sendiri tak mampu nak jaga dan malas nak jaga. Kenapa beranak? Kenapa bikin anak? Kenapa nak juga ada anak? Huh!.

Ntahla, ini hanyalah luahan hati aku sahaja. . . . .pendapat aku dan pemikiran aku. Kalau anda, anda dan anda tak bersetuju, up to you. Fikir - fikirkan lah. . . . .

p/s: Ibu sayang Safiyyah Zaharah & Nursakinah Zaharah


ADIOS!

No comments:

Post a Comment