OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, June 30, 2011

berbuka

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. arini posa lagik. tapi tekak cam teringin giler nak makan macam - macam! biasala tekak orang puasa ntah apa - apa.

tekak aku arini rasa macam nak ni la . . . . .


ni gara - gara Umi aku laaaa. . . . .semalam dia citer rasa cam best je kalau dapat buka ngan satay. trus aku terbayang satay kat BLUE CORNER tu. . . . . meleleh air liur kejap. sluurrrpppp. batai posa!


lepas tu tetiba tengok kat FB semalam ada member post gambar pizza DOMINO's. Tak menahan! nak jugak! giler lama tak makan Domino's! ada orang nak banje tak?

teruk giler tekak orang puasa ni. . . . .macam - macam nak makan. macam orang mengidam pulaks! ooppps!

arini ada PASAR MALAM kat Taman Melawati. . . . nak beli satay sketla. banje mak aku. hilang rasa teringin. wah! layan kan aje anak tekak tu. . . . . ha ha ha.

pasal Domino's tu tengoklah. . . .hehehehe.

p/s: dah la mulut kene ulser. . . .nak kunyah sakit tapi makan nak macam-macam!


ADIOS!

kempunan

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang. aku rasa aku akan kempunan lagi sekali nak tengok wayang kot. . . . .ritu dah kempunan nak tengok citer ni . . . . .


kali ni rasa macam kempunan lagi je...dulu pun kempunan jugak. Tapi dapat tengok kat ASTRO jek. . . . citer apa yang aku kempunan nak tengok wayang ritu? citer ni la. . . . . .


tahun ini. . . . aku akan kempunan lagi nak tengok citer ni. . . . yeah! sadis tak? jawap nye kene tunggu ASTRO tayang baru aku leh tengok kot. . . . .




adik aku dah tengok citer ni semalam. Jeles!

Jealous!

Nak nanges boleh tak?


p/s: aku dah call ASTRO semalam dan dah potong apa yang patut. Sekarang bil aku dari RM 199.95 jadi RM 160.00


ADIOS!

Tuesday, June 28, 2011

meng'KARAK'kan diri

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Jumaat malam yang lepas. Selepas menonton Maharaja Lawak. Aku ngan Encik Usben pun menonton la citer Karak. ho ho ho. . . . .

citer quite okay. cuma ada certain part tu cam tak logic. typical Malaysian Ghost Storyline. . . . . korang fikirla sendiri mana ada orang jual beger kat tepi jalan yang pekan dia nampak cam semua orang dah tido. . . .pastu tandas plak giler jauh. eh!apsal tak pegi je cari tandas kat petrol station. sengal la wei!

lagi satu problem aku ngan budak Kilafairy ni (betol ke eja nama dia) sebok la dok tengok cermin ngan dok la 'upgrade' lipstik. dah malam kot. sape yang nak tengok ko? antu? duh! lepas tu harus ke nak buat scene si Kilafairy tu mandi kemban, aku tau la badan cik Kilafairy tu cantek. Tapi aku rasa tak perlu kot. Sebab zaman sekarang ni orang dah tak kisah dah pasal pompuan berkemban. . . . .

Lupa plak nak bgtau jalan citer ni camne kan. . . . .


Ada 4 orang student ni. nak balik kampung kot. . . .aku pun dah tak ingat kenapa diorang lalu jalan karak ni. budak - budak tu is Jack (Along Eyzendy), Nik (Shahir AF8), Ida (Kilafairy) dan Zura (Sheera Ayoub). Diorang ni naik kete, pastu dalam perjalanan tu kat Highway Karak tu jammed. Jadi diorang pun ambil keputusan yang cerdik. Diorang nak jalan ikut jalan lama. . . .chanteq!

Biler diorang sampai je kat Pekan Karak tu, si Jack tetiba rasa cam nak pegi toilet. Ada pulak orang meniaga burger dekat pekan yang tak berapa nak hidup tu kan. . . .hmmm. Yang si Kilafairy ni pulak menggediks nak speaking speakong bagai. Menggedik nak burger segala tetengah malam buta.

Mulalah episod diorang diganggu oleh hantu kat Pekan Karak tu. Peserta pertama Jack. Memang patut la si Jack ni kene sebab dia memang tak percaya ada hantu. Hamek kau. kene kacau. Terbaik punya!

Cik antoo: Cik, cik boleh tolong saya cik.

aku tak mo sambung arrr. . . .aku taip pun dah rasa cam meremang bulu roma aku. . . . nak korang tengokla sendiri camne dia cakap. huh!

Dah la si Jack ni kene kacau, kereta diorang kene ikut plak dengan Volkswagen kaler kuning. Pergghhh!. seram kot bile Cik antoo tu jeling. woooo! terus diorang eksiden. masa eksiden tu rupa-rupanya si Jack, Nik ngan Ida ni dah mati. Si budak Zura tu je tak mati lagik. Tapi dia boleh nampak kengkawan dia. Dalam perjalanan si Zura tu kat dalam hutan, dia pun terserempak la dengan Tok Malam (Siddek Hussin).

Bila dah sampai rumah Tok Malam tu, Tok Malam tu bagitau kat Zura ada yang mengikut. Masa tu si Zura ni tak perasan lagi yang dia sebenarnya keseorangan. Bahawasanya kengkawan dia sumer da mati. alooooloooo. Masa si Zura lepak kat umah Tok Malam ni la, kekacauan dan keporak perandaan berlaku. Seram gak masa ni. . . .tengok muka nenek tua tu. Dah macam muka mak lampir pun ada. . . . .tatotnya!

camner kengkawan dia mati? korang tengokla sendiri movie ni. tak kuasa aku nak citer sumer. penat lah taip. tau tak? sila tonton sendiri ye. . . .maaf! maaf! maaf!

Lupa nak bagitau si Zura ni sebelum ni budak alim. Lepas kawan ngan Nik dia sedikit murtad. Kuang haja punya Nik, padan muka ko mati. huh! Seb baik la budak Zura ni masih hafal ayat kursi dan maksud ayat kursi. Jadi bertebarla dan hapuslah sumer hantu-hantu yang nak amek soul si Zura ni. . . . .

camtula ending dia. . . .si Zura ni selamat dan yang lelain tu mati sia-sia saje.

mesti tak best kan aku citer. . . .pe lagi tengokla! donlot ke. . . tengok kat astro first ke. . .beli CD ke. . . .kan

and this is all the actors. . . .


p/s: citer ni ala-ala Twilight Zone pun ada. . .ala-ala The House on Haunted Hills kot...ntahlah!


ADIOS!

Monday, June 27, 2011

congratulations!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. woh! woh! woh!. . . . .keterujaan menonton . . . . .

 giler tak sabar tengok hari Jumaat aritu. . . .  yea, aku tau sedikit lewat nak hupdate. Ho ho ho. . . . adha ku kay syah?. . . . .

Sepah the best performance! memang lawak giler ahhhh! ho yeah! di atas usaha & kerja keras diorang. . . . diorang dapatla hasil RM 350,000.  Sorang dapatla RM 166,666.66 sen. . . . .hehehe.  DAFI pun datang woooo. . . . .tapi dah boleh agak, budak DAFI tu datang. . . . .wakakakaka!

 Jambu agak hambar. . . .cam dah takde idea untuk 1st slot. But, second slot. Terbaik! Memang tak beragak la Zila Bakarin datang untuk show diorang!. Untung Abang Yus, dapat jumpa pojaan hati. woot! woot! woot! Cuma rezeki tak menyebelahi Jambu. . . .diorang dapat RM 50,000. Jadilah kan, dapat le sorang RM 25,000.

 Nabil. . . .1st slot memang hampeh tahap gaban!. Tak klakar langsung okeyh!. Apa - apa hal pun tahniah Nabil. Anda lah pemenang paling beruntung sekalik sebab tak perlu kongsi duit dengan sape - sape. ho yeah!

Jozan, ho ho ho. . . . .my feveret. Menang no. 2 pun okey la tu. Sebab korang nye 1 slot pun tak berapa okey. Tahniah. tahniah. tahniah!. . . . Suka Jozan sangat - sangat.

Okey, dah tamat Maharaja Lawak, pe lagi sesi mengurangkan bil Astro lah!. No more Mastika Channel, No more Movies, no more Learning. What left? Only Basic Family Package, Sports for Abah & bros & Fun for my kiddos.

p/s: malam kang nak call astro!


ADIOS!

Friday, June 24, 2011

malam akhir

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat dan Salam Hujung Minggu. akhirnya sampai juga ke penghujung rancangan dan segala penantian akan berakhir. Malam ini adalah malam penentuan kepada bakal MAHARAJA LAWAK.



ho yeah! apakah servis bakal bertukar tangan? apakah Jambu bakal merampas servis tersebut daripada Jozan? atau servis akan dirampas oleh Sepah? Nabil mungkin boleh jadi penyokong saje . . . . .jangan marah Nabil Fans. ho ho ho. . . . .because i'm Jozan Fans la la la la la. . . . . . .

vs.

vs.

 vs.



Apa - apa pun, jumpa malam nanti kat astro warna (channel 132) jam 10.00 malam. Nantikan persembahan JOZAN, SEPAH, JAMBU dan NABIL. Semoga diorang buat lawak yang paling lawak sekali dan lawak paling best sekalik!.

All the best guys!

p/s: anak - anak tido awal ye hari ni. . . . ibu & ayah nak Maharaja Lawak.


ADIOS!

albab betol!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. arini aku nak citer pasal si albab ni! bukan ahmad albab. albab je. albab maksud dia pintu kan? kalau berdasarkan citer ahmad albab. . . . . .he he he.

cam biasa aku sampai opis kul 8.30 pagi. ready nak bukak pintu. suddenly, kunci yang harus masuk kat lubang kunci, masuk separuh jek! sronok tak? dengan orang lalu lalang lagik.

aku call encik usben:

aku : aaaaa. . . . . pintu kayu kat bawah ni tak boleh bukak. nak wat camne ni. . . . .
Encik Usben : ntah. call abang watpe. abang bukan leh tolong pon. call la ayah ke ayong ke aizat ke.
aku : orang nak ngadu ni. . . (nyampah!)
Encik Usben : okey, call diorang. abang nak sidai kain.

duh! sabar je la. . . . .

aku pun message aizat. . . . dia pun reply, kak saya masuk lambat rini. pe kata akak call encik razif.

chantek!

aku pun call ayah. . . . .tak angkat.

call ayong. dapat! ayong pun kata nanti ayong sampai. . . .aku tau dah jangan harap dia nak sampai awal. . . nak tau sape sampai? ayah sampai dulu. . . . .sebab umah ayah kat Taman Permata jek.

sambil dok menggodek kunci tu aku ber'sms' ngan member aku ngan Encik Usben. dah la orang yang lalu lalang dok pelik tengok aku kuar masuk kuar masuk pastu godek pintu. dah macam pencurik pun ada. . . .  =___=

yang aku tak leh blah. . . . Encik Usben nyer message berbunyi begini . . . . .

"suspek didapati kuar masuk" dari tempat kejadian Jarjit Singh melaporkan.(huh! dia tiru dialog upin ngan ipin)

lepas setengah jam aku menggodek kunci kat pintu tu. . . . .TIBA - TIBA, zup! kunci masuk dalam tempat yang sepatutnya. huh! dari tadi aku jolok kau tak nak masuk. lepas setengah jam aku godek baru masuk. dugaan betol!

tepat jam 9 aku masuk opis. cantek!

sepuluh minit pastu, Cik Puan Boss aku tepon dari sepital. Eh! tak bersalin lagi. . . . .takpe saye doakan kamu bersalin dengan mudah. gosip jap ngan Cik Puan Boss pasal si albab.

pot pet pot pet. . . .settle menghantar laporan si albab kat Cik Puan Boss. tetiba tingat kat cekodok yang aku bawak dari umah, tak makan lagik. cam tak lalu je nak makan sebab penat menggodek pintu. . . . .keje pun cam malas nak buat. . . . .sebab penat menggodek pintu. korang rasa aci tak?

p/s: nak makan cekodok lah.


ADIOS!

bukan kunci sebenar. . . . credit to yahoo

Thursday, June 23, 2011

air. . . .air. . . . .air

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Selamat berpuasa kepada yang berpuasa arini. Arini aku baca Berita Harian. Kebanyakan penduduk Lembah Klang bising sebab syarikat Syabas lambat bagi notis Pembekalan Air akan dihentikan sementara selama 3 hari. Lama tu 3 hari. Alhamdulillah, buat masa ni rumah aku tak kene. Kalau kene, pengsan la kami, dah la umah kami ramai penduduk nya . . . . . aiyooooo!

Aku tak pahamla kenapa si Syabas ni suka bagis notis lewat. Cer bagi awal sket. Tak salah pun bagi notis awal, ianya memudahkan penduduk untuk simpan air. . . . .takdela kami - kami ni keputusan air. Kalau nak tunggu lori air Syabas sampai. . . .hmmmm. . . tak tau lah.

Apa - apa pun, kita sebagai pengguna air Syabas. Dan kekadang kita tak perasan biler nya air takde. Apa kata korang sediakan satu tong besar punya, untuk simpan air ketika emergency. Tapi kene make sure la yang tong air tu bertutup. Nanti tak pasal - pasal plak jadi tempat tinggal Nyamuk Aedes.

p/s: selamat menyimpan air


ADIOS!

Tuesday, June 21, 2011

mari!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. cam wajib je nak update blog hari-hari kan? sebenarnya kalau tak update selalu pun takpe. tapi tangan tu cam gatal je nak menaip. arini ingat nak buat filing jek. . . . .tapi mood nak buat filing tak mari lagik. tadi baru lepas chat ngan Cik Puan Boss. Dia cakap contraction dah ada. Sakit sket. Pastu ilang. Okey takpe. Sabar yea. Doc pun dah check kata pintu rahim dia blom bukak lagik. Takpe. Nanti-nanti bukak la tu. Sabar yea, Na.

Rakan-rakan & all readers,

Let's pray for my dearie Cik Puan Boss, supaya Allah permudahkan sesi bersalin beliau dan Ya Allah kau berikanlah Cik Puan Boss ku bersalin secara normal. Amin.

p/s: tingat masa aku nak bersalin dua - dua anak aku.


ADIOS!

Monday, June 20, 2011

hey, ladies!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Arini my second entry for today. Rasa macam nak bagi tazkirah la plaks. Ho ho ho.... Takdela nak tazkirah sangats. . . . . notes ni pun dapat dari My Baby Store kat FB. Thanks because allow me to share it in my blog. Hu hu hu. . . . .

Kali ni nak kongsi pasal wanita a.k.a ladies a.k.a perempuan. . . . .


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


p/s: arini nak cuba buat bubur jagung. hope jadi *wink*wink*


ADIOS!

red velvet cupcakes in da house!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! owh. . . . . owh. . . . . .owh. . . . . .sangat teruja! Hari Sabtu aritu, RED VELVET berada di rumah! ho ho ho. . . . i dun care sedikit ketinggalan to taste red valvet. =__=

One day, I'll make one. ntah biler nak buat ntah. macam - macam nak buat. . . . tapi, macam takde masa je. Satu hari, i'll do it. Baking again!.

Cuppies sangat sedap. Lembut. Moist. Tapi, Cik Bebet suka makan cream cheese je okay. cake? Ibu la makan. Aiyoooo! Cik Bobot pun suka makan cake. Cream cheese, tak berani nak bagi lagi. Kang KO plaks perut beliau. ho ho ho. . . . .

gambar dirompak dari Cik Anum -sorry-


p/s: korang leh singgah kat blog mysugarhoneybee


ADIOS!

Friday, June 17, 2011

Membongkar Rahsia Dajjal

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. nak citer pasal buku yang aku pernah baca. Tahun lepas kalau tak salah baca buku ni. Buku ni bagi aku info pasal Dajjal. Seperti yang kita tahu,

"tidak ada fitnah yang paling besar dan dahsyat sejak Allah menciptakan dunia melainkan fitnah Dajjal."
-hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dari Hisyam bin Amar-
Bila aku baca buku ni. . . .

Aku macam terfikir adakah. . . . .

- Dajjal tu seorang manusia yang membawa fitnah dan mengaku dirinya Tuhan di akhir zaman.
atau
- Dajjal tu sekumpulan atau kelompok atau satu kaum
atau
- Dajjal tu satu gerakan sulit yang merancang kejahatan
atau
- Dajjal tu hanyalah satu bayangan atau satu pemikiran
atau 
- Dajjal tu satu MITOS

Kesimpulan aku lepas baca buku ni. Buku ni mengubah pandangan aku terhadap Dajjal. Dan juga mengubah pandangan aku terhadap pergerakan dunia dan manusia.

Tajuk : MEMBONGKAR MISTERI DAJJALPenulis : Muhammad Nurani Maarif
Penerbit : HR Publishing
No. ISBN : 9789675391002
Harga : RM 37.90

p/s: dekat diri dengan Ilmu Allah dan amalkan segala perintah-Nya, InsyaAllah kita akan dijauhi dari fintah Dajjal


ADIOS!

Selamat hari bapa!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai korang!.

19 Jun ni Hari Bapa!

Kalau ikutkan kalau nak celebrate, hari - hari pun hari bapa. hari - hari pun hari ibu. tapi tak salah kalau kita nak buat one special day for our daddy, dad, ayah, walid, abuya, ayahanda, bapak, apak etc. . . . .

So, aku ucapkan in advance. . . . . Selamat Hari Bapa to all bapa - bapa yang ada kat dunia.


bapak ayam pun boleh sambut jugak father's day nih! sebab dia pon bapak jugaks! ho ho ho. . . .

Happy Father's Day to three fathers in my life.

My Encik Usben
terima kasih banyak-banyak sebab you are being a wonderful and great dad to our kids! and keep it up and keep a good work as my team mate! ho ho ho. . . .love you a lots!

My Abah
terima kasih abah segalanya & tak tau nak balas macam mana.....sampai akhir hayat pun akak tak terbalas jasa. . . .sayang abah sangat - sangat!

My Ayah
terima kasih ayah atas segalanya. . . takde cara untuk balas segala jasa yang diberikan. . . .sayang ayah juga!. terima kasih sekali lagi sebab bagi "amek" anak ayah as my husband. ho ho ho. . . .


budak sekolah

Assalamualaikum, semua ;)


Hai korang!. Pagi tadi masa on the way nak pegi kerja. Bersepah la budak-budak Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat & Sekolah Menengah Sri Keramat ponteng! Aku tak faham, budak - budak sekolah sekarang ni berperangai sebegini rupa.

Apa masalah korang?

Apsal malas sangat nak pergi sekolah?

Apsal suka sangat ponteng sekolah ngan kelas?

Apa yang korang dapat biler korang ponteng?

Ibu ngan ayah korang AMANAH kan korang pergi sekolah belajr rajin - rajin supaya jadi orang yang berguna. Ni tak, korang PECAH AMANAH! Kalau dari sekolah lagi korang dah PECAH AMANAH, sok keje camne pulak?

Korang ingat kalau korang tak pergi skolah, korang boleh dapat kerje BEST - BEST ke? korang ingat korang boleh dapat gaji BEST - BEST ke? Wei! dengar sini cakap aku. JANGAP HARAP la!

unless. . . . .

korang yang kaki ponteng skolah ni memang otak cepat pick up. minyak itam korang baik punya. boleh lah nak ponteng skolah sebab korang memang boleh SCORE exam. ni kalau otak pun lembap. lambat pick up. otak stock otak lembu. jangan mimpi la korang boleh SCORE masa exam.

unless . . . . .

memang REZEKI korang berjaya masa EXAM dan dapat kerje yang BAGUS dan dapat gaji BEST. Tapi korang kene ingat REZEKI tu datang dari ALLAH dan tak selamanya korang akan berada di atas. Hidup umpama roda yang sentiasa berpusing. Kekadang diatas dan kekadang kat bawah. Aku bukan lah nak doakan ketidakjayaan korang. . . . aku doakan kejayaan korang sampai akhir hayat.

Tapi . . . . .

Cubalah korang fikir, ibu ngan ayah korang keje bagai nak rak. tertonggeng-tonggeng. terbalik-balik. Semata - mata nak sediakan duit supaya korang boleh belajar dalam keadaan yang senang. Fikir - fikirkan lah adik - adik, jangan lah PECAH AMANAH. Belajar rajin - rajin. Jangan ponteng sekolah. Hargai lah Ibu dan Ayah korang.

p/s: sedey nye dengar lagu AYAH dan IBU dari Sudirman. . . .


ADIOS!

air liur basi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Topic arini agak menjijikkan. . . . . jijik ke cerita pasal air liur basi? Kalau aku bagitau air liur basi korang tu ada keistimewaan, mesti korang tak percaya. Ho ho ho. . . . .

Air liur basi korang tu. . . . boleh sembuhkan korang nye ulser mulut a.k.a mulut pecah a.k.a mata ikan. Macam mana nak buat?

Kalau korang terkena penyakit tersebut, yang penting skali korang kene cari biji kat bawah dagu atau di keseluruhan leher korang. dah jumpa biji? kalau dah, korang gunakan ibu jari tangan dan tak mungkin lah ibu jari kaki. Letakkan ibu jari tu kat lelangit mulut korang, dan sapukan ibu jari tu kat biji yang korang jumpa tadi. Sambil sapu baca selawat tiga kali. Buat lah hari - hari sampai penyakit tu baik. InsyaAllah, aku selalu buat benda ni. Alhamdulillah, mujarab!

Kalau korang ada yang gusi bengkak pun, boleh guna cara yang sama. Cari biji dan sapu dengan air liur tu.

Selamat Mencuba!


p/s: petua dari orang muda. . . . .


ADIOS!

Thursday, June 16, 2011

anak & ibu & sekeliling . . . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Selamat Berpuasa kepada yang berpuasa. Tadi aku baca blog kak Nani. dia menceritakan tentang bagaimana seorang ibu sanggup berjauhan dengan anak - anak. Aku seorang ibu makanya, aku sendiri tak sanggup nak berjauhan dengan anak - anak aku. Kamu pula bagaimana?

Aku sendiri pun tak faham mengapa ada ibu bapa yang sanggup menghantar anak - anak mereka tinggal dengan ibu bapa mereka. Bukannye seminggu dua, kadang tu sebulan ke dua bulan. Itu pun ntah kan ye ntah kan tidak jenguk anak kat kampong. Kamu tahu tak yang ibu bapa kamu tu sepatutnya berehat dan beribadat lebih. Bukannya tertonggeng - tonggeng, tergolek - golek, terbalik - balik menjaga anak kamu. Walaupun mereka meng'offer'kan diri untuk menjaga. . . . .itu tak bermakna kamu harus bersetuju. Mereka sudah cukup lelah menjaga kamu adik beradik, kenapa harus membebankan mereka dengan menjaga anak - anak kamu pula.

Anak - anak yang sepatutnya dapat memeluk dan mencium ibu dan ayah mereka hari - hari. Tapi tidak, hari - hari kene tengok muka atok dan nenek. Sepatutnya yang hantar mereka ke sekolah ibu atau ayah. Tapi tidak, atok dan nenek yang hantarkan. duh! Sepatutnya anak - anak bangun dari tidur lihat muka ibu dan ayah. Tapi tidak, bangun tido nampak muka atok dan nenek yang barangkali sudah kedut kulitnya. . . . . Sepatutnya, ibu dan ayah bangun tengah malam memberi anak susu. Tapi tidak, atok dan nenek pulak yang kene bangun tengah-tengah malam terkedek-kedek buat susu. Kesian kat ibu dan ayah kamu......hhhaaaaiihhhh!

Aku pun, mengalami situasi di'offer'. Namun, aku menolak dengan baik. Aku masih mampu dan masih berkudrat lagi untuk menjaga, mendidik, membimbing, memberi mereka makan, menidurkan mereka, memandikan mereka dan bermain-main dengan mereka. . . . . Aku tak mahu membebankan kedua-dua orang tua aku.

Rakan - rakan,

Kamu sepatutnya membiarkan ibu dan ayah kamu berehat dan beribadat. Walaupun mungkin ada mereka yang masih kuat lagi, janganlah membebani mereka dengan menjaga anak - anak kamu. Kamu carilah pengasuh, nursery atau bibik untuk menjaga anak kamu.

Kamu tak rasa seronok ke pabila pulang dari pejabat - penat. Dengan melihatkan muka anak pun dah boleh hilangkan segala lelah kerja. Seronok nya waktu tersebut. Aku mengalaminya, penat balik dari kerja, namun bila tika dan saat melihat wajah anak - anak. Allahuakhbar! hilang segala penat dan lelah.

Kalau kamu sendiri tak mampu nak jaga dan malas nak jaga. Kenapa beranak? Kenapa bikin anak? Kenapa nak juga ada anak? Huh!.

Ntahla, ini hanyalah luahan hati aku sahaja. . . . .pendapat aku dan pemikiran aku. Kalau anda, anda dan anda tak bersetuju, up to you. Fikir - fikirkan lah. . . . .

p/s: Ibu sayang Safiyyah Zaharah & Nursakinah Zaharah


ADIOS!

menyampah!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Arini aku sedikit menyampah dengan satu benda ni. Aku rasa satu Malaysia pun benci dan menyampah dengan benda ni. Aku tak tau la nak kategorikan si dia ni benda ke orang ke. . . . . suka - suka atok nenek mak diorang je nak buat macam tu. Gerrrraaaaammmmmnnnyyyeeeee!

Aku geram ngan mangkok ni la . . . . .

Padan muka malam tadi ko punya kisah masuk dalam parlimen. Suka suki hatok nenek mak hang nak naikkan harga. Dah la bulan April ritu dah naik harga. Ni bulan Julai nak naik harga! Servis masih lagi cam harrraaammm! kalau hari hujan masih lagi kitorang kene tengok segiempat kuning tu.....

Apa ko ingat seronok ke di waktu hari hujan tengok segiempat kuning tu? ? ? kalau sekejap takpe, ni lama. Giler ar korang! Aku menyampah dengan kau! Dah la aku kene bayar dekat RM200.00 tiap - tiap bulan. Ni naik harga lagik! Jawabnye. . . . . hujan bulan ni aku amek basic je! RM 37.90 jek!

Takpun aku tukar pakai ni je la. . . . .

pakai ni pun masih lagi boleh tengok tv. . . . .huh!

Kalau ko ada cost yang kau nak kene tanggung, itu bukan masalah customer. Itu masalah kau! Pandai-pandai kaulah nak buat loan ke, overdraf bank ke. Mana boleh naik harga dan membebankan pengguna!

Korang - korang yang pengguna ASTRO, jom kita buat petisyen! Kita mintak biar maintain harga lama dan servis sepatutnya bertambah baik! demmit tol lah kau Astro!

p/s: kenapalah Mega TV ngan Metrovision dah takde. . . . .


ADIOS!

Tuesday, June 14, 2011

bubur nasi

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Memandangkan sekarang musim demam. Demam ada musim jugak ke? Ho ho ho. . . . . Korang yang mana demam tu rajin - rajin la makan ubat. Banyak - banyakkan rehat. Aku nak bagi satu resipi bubur nasi. Gambar? as always takde. He he he. . . . .

Bahan-bahan:

1/2 cawan beras yang siap dicuci
1 liter air
200 gm ayam (dipotong dadu) * kalau nak tukar daging pun boleh
3 ulas bawang merah (diracik halus)
2 ulas bawang putih (diracik halus)
1/2 inci halia (dipotong dadu halus)
1 biji lobak merah (di potong dadu)
5 batang kacang buncis (dipotong 1/2 cm)
1 sudu besar sos tiram
lada hitam
garam
minyak untuk menumis

Cara-cara :

1. Panaskan periok. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan ayam. tumis sampai bawang nampak sedikit layu.

2. Kemudian masukkan lobak merah dan kacang buncis. Kacau sebati. Masukkan sos tiram. Kacau lagi. Masukkan beras yang siap dicuci. Gaul sebentar dalam 2-3 minit.

3. Masukkan air, lada hitam dan garam. Biarkan sampai jadi bubur. . . . . selagi beras tak hancur, masukkan air.

Bubur ni sedap di makan dengan ikan bilis goreng atau ikan masin goreng atau telur masin. Kalau nak rasa pedas, korang boleh letakkan sos cili kicap (resipi sos cili kicap ni ada kat dalam resipi cekodok aku sebelum ni). Layan dowh makan panas, panas.

* kalau korang nak cepat masak buburnya, korang boleh blend beras tu. . . . jadi takde la tunggu lama nak masak.

Selamat Mencuba!

p/s: aku pun dah lama tak masak bubur untuk orang di rumah. . . .

ADIOS!

Monday, June 13, 2011

my kiddos!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Dah lama tak citer pasal budak dua orang tu. . . . . Hari Jumaat aritu, genap le umur Cik Bebet 2 tahun 1 bulan dan Cik Bobot pulak 9 bulan. Alhamdulillah, Allah memanjangkan umur mereka. Ibu sayang korang sangat-sangat. Encik Usben, saya tetap sayang kamooo, cuma sayang saya pada kamooo lain sikit daripada mereka. He he he. . . . .

Cik Bebet :

Cik Puan ni sangat-sangat-sangat suka membebel. Kalau dia dengar orang lain membebel, dia orang pertama yang akan ajuk!. Ho ho ho. . . . bahaya ini budak. Yang pasti atok dia selalu kene ajuk. Jadi, Atok sila jangan membebel tak tentu pasal. Kalau tak, Cik Puan ni akan ajuk dengan senang hati. La la la la. . . . . .

Sekarang ni beliau sangat-sangat suka tengok citer ah-bird ni.

pagi-pagi bute lagi dah mintak aku pasang citer ah-bird. "ma, nak nak nak nak ngok ah-bird". . . . . berapa banyak nak la sayang oooiiiii....

kalau lambat aku pasang citer ni, dia akan bising "ma, papat la! pat! pat!" (papat = cepat)

adoiyai anak aku. . . . .

Cik Bobot plak. . . .

Cik Puan ni lagi la. . . . . aku sendiri tak tau nak kata apa dah. Pantang aku duduk, memanjat badan je keje nye. Pantang aku dekat dengan dia, panjat badan. Untuk apa? Supaya dia boleh berdiri!. Ho ho ho

Pasal makan, sudah pandai mau makan yang berperisa okeyh!. Aiyoooo. . . . so, sometimes you can share your meal with your sis okeyh!. Merangkak dah okey. Gigi belum ada petunjuk yang akan timbul.

Cik Puan ni pon suka tengok citer ah-bird. Biler pasang je, she will dance on her way. OMG! awak suda besarlah! Ibu rasa macam baru je bersalin. Cepatnya masa berlalu. Allahuakhbar!

Yang penting. . . .

Ibu sayang kan korang dua orang. Sayang sangat-sangat. I don't know how would I live without you two dear. Hanya Allah sahaja yang boleh memisahkan kita. . . .

p/s: be nice korang!

ADIOS!

lembik

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Jumaat ritu confirm aku half day. Demam. Tapi, hari ni dah okey, Alhamdulillah. Hari Sabtu aritu, aku buatkan Cik Bobot half boiled egg for breakfast. Dugaan datang bila tengahari. Cik Bobot muntah-muntah. Sampai keluar muntah yang kuning-kuning tu (muntah tahap pahit punya)

adoiyai!

Pukul 1 petang, aku ngan Encik Usben pun bawak Cik Bobot pegi klinik. Dugaan yang seterusnya datang. Semua klinik yang aku pergi, DOKTOR sumer takde! aku sangat MARAH okeyh! ada yang DOKTER kluar ntah ke mana. . . . ada yang DOKTER tak masuk (baik tak yah bukak klinik!) and ada yang masuk jam 3 petang.

apa nak jadi ni?

Balik lah! apa lagi. aku bagi susu badan je kat Cik Bobot sebab bagi benda lain sumer kluar balik. Alhamdulillah, susu ibu memang mujarab! Cik Bobot tak muntah pun lepas aku bagi susu badan. Lepas tu, aku bagi dia makan Jus Kurma. Alhamdulillah, dia telan tanpa mengeluarkannya semula.

Cik Bobot, lembik sangat-sangat. Lembik macam sayur sawi yang dah layu. . . . . Sebak hati seorang Ibu. Ibu takmo bagi lagi half-boild egg to you lagi, sayang. Huhuhuhu. Lost month bagi, Cik Bobot okey. This month bagi, muntah-muntah pulak. Takpelah, this week Ibu bagi telor rebus kat awak yea. . . . .gara-gara nanti nak injet yang ada telor tu la.

Alhamdulillah. . . . .

Petang tu, Cik Bobot dah boleh menari bila dengar lagu Stacy & Akim. Cik Bobot dah sihat. Syukur pada-Mu Ya Allah.

p/s: di sini menyesal-

ADIOS!

Friday, June 10, 2011

not well

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. Salam Jumaat. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini aku rasa cam nak demam. But still went to office. I hope I can continue my job and finish it. Ho ho ho. . . .

p/s: Encik Badan sila sihat. time acih!


ADIOS!

Thursday, June 9, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. marah aku dari semalam lagi. tapi sebab semalam wordless wednesday, jadi tak terlepas marah aku. . . . . ho ho ho. Bile aku baca newspaper kelmarin (selasa). geram nye la aku kat bebudak zaman sekarang! Hey, kamu, kamu dan kamu! kalau ye pun nak short form everything yang kamu tulis. JANGAN la buat short form kat dalam KARANGAN kamu. TESIS kamu!

Kamu! Ya, kamu!. Ubahlah perangai! Ubahlah sikap! Kenapa nak bershort form bagai dalam karangan dan tesis! Lainlah kalau dalam phone, FB, twitter, tumblr, formspring. blog and what so ever laman sosial yang ada. Suka hati tok nenek bapak korang la nak tulis apa gaya macam mana pon!

Ni dalam karangan & tesis pun nak bershort form bagai! gile ke? bebal ke apa? cikgu ngan lecturer dah ajar mengeja perkataan penoh. yang korang memandai-mandai nak bershort form bagai. huh! marahnye la aku! walaupun aku bukan seorang cikgu, tapi kita haruslah mengeja dengan betol dalam karangan dan tesis. karangan ngan tesis tu bukannya short note korang! duh!

Sepatutnya kamu, kamu dan kamu ni, di ' FAIL ' kan aje dari exam or repeat je semester. Apa korang ingat semua orang faham bahasa ringkas yang korang gunakan? Sengal.

Pihak DBP pun, tak payah la nak rajin sangat buat kamus untuk perkataan ringkas! tak payah nak di hangkat-hangkat sangat perkataan ringkas tu! Student sepatutnya ingat bila waktu exam, haruslah menggunakan perkataan penuh dan menggunakan ejaan yang betol!

oh! oh! oh!. . . . aku tak faham kenapa orang Malaysia macam ni. . . . dah la sekarang banyak perkataan english yang dimelayukan. . .lepas tu banyak pulak digunakan dalam majlis rasmi. damn! apa nak jadi dengan bahasa melayu kita? aiyooooo! bahasa melayu sudah dirojakkan!

ntahlah. . . .aku tak tahu apa nak jadi dengan Malaysia. 1 Malaysia, tak bermaksud kita harus mencampur-adukkan bahasa Malaysia @ bahasa Melayu dengan bahasa lain. adus! ya, aku tahu dalam blog aku ni pun ada banyak penggunaan bahasa melayu yang tak betol. tapi inikan blog aku, aku punya sukalah! bukannye KARANGAN atau TESIS yang harus diperiksa oleh pemeriksa. Apa dehal!

p/s: bahasa melambangkan bangsa.

ADIOS!

AT-10-tion

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Aku ada pengumuman penting. Kepada para penduduk AU4, AU5, Taman Permata dan Wangsa Maju. . . . . SILA BERHATI-HATI dengan 4 ORANG PEROMPAK BERSENJATAKAN PARANG!

Sila kunci pintu rumah korang tidak kira samada korang ada di rumah waktu siang atau malam. Kerana PEROMPAK ini sangat BERANI, mereka merompak ketika tuan rumah dan keluarga masih berada di rumah di siang hari!

BERHATI-HATI KORANG!

p/s: nak kene pasang mangga solex kat pintu pagar rumah. . . . .

ADIOS!

Tuesday, June 7, 2011

berbau . . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. petua arini mungkin ada yang dah tau. jadi aku letak kat sini as a reminder je. Petua nak hilangkan bau lauk kat dalam tupperware. Kalau banyak kali pakai tupperware buat isi lauk, mesti berbau kan? Jadi, nak hilangkan bau dia. Korang amek sekeping roti. Korang letak kat dalam tupperware tu dan biarkan semalaman. InsyaAllah, hilang bau lauk-pauk kat dalam tupperware tu.

Selamat Mencuba!


p/s: semalam Cik Bobot dapat berdiri lama tanpa berpaut! ho ho ho . . . .


ADIOS!

Burung Yang Pemarah

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. arini aku lupa giler nak bawak purse. ho ho ho. . . . . disebabkan keterlupaan tersebut, Encik Usben pun bagi duit belanje. . . .* toink * toink *

Arini nak makan Nasi Ayam RM 2.90. Murahkan? Rasa? Bolehlah. bolehlah. Rupa? Cam nasi ayam la. . . . Gambar? tak kuasa aku nak catch. sebab aku takde masa nak upload gambar. means dari henpon ke pc. nak mintak Encik Usben, sah-sah lah dia tak kuasa nak layan aku. Baik dia layang Angry Bird.

Tiap-tiap hari dok main Angry Bird. Anak aku pun dah join skali tengok dia main Angry Bird. Aku tak kisah, janji diorang tak kacau aku tengok TV. ho ho ho!

p/s: korang berdua memang anak ayah . . . . . * wink * wink *

ADIOS!

Monday, June 6, 2011

Nak Tambah Susu Badan?

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Bukan tambah bini okeyh! Jangan cuba bikin onar!. Tak suka. Aku cuma nak bagitau, kepada ibu-ibu di luar sana, yang rasa macam susu badan tu cam susut je. Aku ada petua yang paling latest aku dah cuba kat diri aku sendiri. Ini paling deras punya. Untuk badan aku la. . . . Kalau orang lain, korang kene cuba dulu baru tau hasil nya. Membebel panjang pulak si Chepah ni.

Senang je. Korang beli longan dalam tin tu. Korang makan dan minum air dia. Air dia tu korang campur la dengan air suam sikit. Kang tak pasal-pasal, kene kencing manis pulak. Air longan dalam tin ni boleh gantikan longan kering. Longan kering kan kadang payah nak cari. Kalau nak cari, korang kene cari kat kedai Cina Sei Sei baru ada. Giant ngan Carrefour pun kadang ada, kadang takde.

Lupa plak. Nak kene amalkan berapa kali. Korang amalkan le seminggu sekali. InsyaAllah.

Selamat Mencuba!

p/s: susu ibu is the best milk in the world!

ADIOS!

Happy Annivessary Mak & Ayah!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Isnin. Camne weekend korang? Terbaik? Tak best? Hmmmm . . . . aku bolehlah. bolehlah. Aku kan balik Banting. Jadi tak dapat nak pergi wedding my lovely teacher. Cikgu Sallina ajar aku Bahasa Melayu masa tingkatan 4 ngan 5.

Aku bukan nak citer pasal wedding yang aku tak pergi tu. Tapi nak citer pasal weekend aku yang biase tu je. Ho ho ho ho ho . . . .rasa macam ada Santa Claus je Malaysia ni. Mana tak nya, kat umah MAK aku dah ada kerusi urut jenama TAKASIMAYA (takasima ke takasimaya - lupa suda). Kak Ipar aku la beli. Aku nak beli? tunggu kucing bertanduk kot.

OK. Semua orang jadi cam nak cuba bermanja-manja dengan kerusi tersebut. Including my Encik Usben. Pasni aku  dah tak payah urut & picit Encik Usben. Encik Usben leh simpan segala sengal-sengal untuk sebulan, pastu balik umah MAK, awak bermanja-manja la dengan kerusi tu.

Aku tak suka dengan kerusi tu, sebab dah mengurangkan pahala aku. Pahala yang patut aku dapat bila aku ber'bakti' kepada Encik Usben. Huh! I hate you!

Oh,ya! Ari ahad tu annivessary MAK ngan AYAH!. Happy Annivessary! Semalam tak ucap pun. Sebab takde sape pun wish. So aku pun men'silent'kan diri. Ho ho ho. . . . . ^_^. MAK masak banyak giler makanan. Aku tolong jaga anak aku, tolong buat acar, tolong cuci ayam n tolong mop lantai. Hehehehe. Aku buat keje tau. Selalunya aku tolong jaga anak aku je. . . . Hihihi.

Untuk breakfast je MAK aku buatkan karipap, pisang goreng ngan air milo. Lunch plak MAK aku masak nasi minyak, pulut kuning, dalca sayur, rendang daging, ayam goreng, ayam panggang ngan ikan pari bakar. Banyak tu . . . .acar aku tak yah sebutla. Yang pasti semua sedap. kecuali ayam panggang. Masa ayam tu kene panggang, bau memang SEDAP! tapi biler makan, OMK! takde rasa apa-apa. aku rasa ada sedikit kesilapan semasa proses pemerapan. Huhuhuhuhu . . . . .

p/s: makan dengan betol, GEMOK takkan ada. makan cara salah, Encik Gemok akan ada. damn!

ADIOS!

Saturday, June 4, 2011

kempunan la kot!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. nampak gayanye aku cam kempunan je la nak tengok citer ni . . . . .

p/s: takpelah . . . . . xde rezeki.

ADIOS!

Friday, June 3, 2011

close vs open

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Hmmmm. . . . . isu ni terlalu panas dan sangat subjektif untuk diperkatakan. Aku nak cakap pun, aku bukan pandai sangat dalam hal ni. Tapi kita semua sudah cukup dewasa untuk memikirkan tentang hal ini dan cukup dewasa untuk membezakan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk. Betol tak?

Apa yang aku merepek ni? Cuba korang baca topic ni kat blog si dia ni. Aku dapat tau pasal topic ni pun lepas baca cik adik ni punya blog. Apa pendapat korang? Pendapat aku?

Pendapat aku sama ngan Cik Amar Amirah . . . . 

1. takde orang kat muka bumi ni boleh tau sape yang masuk syurga dan sape yang masuk neraka. begitu juga dengan pahala dan dosa. Jadi NOBODY boleh buat keputusan kat situ. T . I . T . I . K!

2. lantak si blogger tu nak cakap apa. sebab dia pun mungkin kurang faham pasal aurat atau beliau terlebih faham tentang aurat perempuan. so pedehal. biarkan si luncai dengan labu-labunya. tapi bukannya aku nak mengiyakan atau menidakkan perbuatan beliau. macam aku cakap tadi, kita semua yang berblogging, berFB, berTWITTer ni sudah cukup dewasa untuk memikirkan sesuatu yang baik atau buruk hasil daripada perbuatan sendiri.

Aku pun bertudung jugak dan kadang-kadang tu ada jugak yang menyalahi hukum Allah. Namun, semua nya back to basic. Kembali pada-Nya dan mohon keampunan dari-Nya. Kita makhluk-Nya yang mudah atau senang akan melakukan sedikit kesilapan. Sebab kita bukan sempurna.

Ya, ayat cliche. No body perfect. Tapi . . . . . kita boleh berusaha supaya menjadi perfect!

p/s: mohon keampunan dari-Nya kerna tiada siapa tahu AJAL akan datang bila . . . . .

ADIOS!

REJAB


Assalamualaikum semua ;)



Hai, korang!. Hmmmmm, nampaknya bulan Rejab kembali lagi. Alhamdulillah. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.



Fadhilat Bulan Rejab . . . . .


• Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

• Berpuasa pada 27 Rejab bersamaan hari Rabu 29hb Jun 2011 (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

• Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

• Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

• Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui – Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:

Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.


Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

p/s: renung-renungkan dan selamat beramal!

ADIOS!

Salam Jumaat

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat dan Salam Ceria. Ayat berbunga ceria hari ini. Alhamdulillah, Allah beri kita semua peluang untuk melihat alam untuk kesekian harinya. Syukur pada Allah.

Hari ni 1 Rejab. Korang puasa tak? Aku tak . . . . sebab masih lagi dalam ' MC '. Huhuhuhuu. InsyaAllah, aku akan berpuasa selepas habis ' MC ' aku. * wink * wink *

Hari ni hari kedua my daughters tinggal ngan ayah mereka. Yesterday was okay. I hope today will be okay too. Be a good girl my dearie princesses.

Malam kang nak balik Banting. To meet my dearie mother in law. Going back with my brother in law. Hehehehe. Encik Usben malas nak drive, so naik kete B . I . L je. Barang dah kemas sket malam tadi. Balik keje kang sambung kemas lagi sket. Hohohohoho!

OOOoooooOOooo.... Balik kampung!

p/s: hope everybody will have a blast weekend!

ADIOS!

Thursday, June 2, 2011

menyampah dengan diri sendiri. . . . .

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. Aku rasa down giler pulak arini. Menyampah dengan diri sendiri. Aci tak?. Semalam ada supplier hantar buku. Lepas tu aku check buku tu dengan invoice supplier je. Tak teringat pulak nak check dengan Purchase Order company. Damn it betollah! Ada dua buku supplier salah bagi. Tak suka nya macam ni!

I hate my self! Menci!

Kan dah kene marah ngan Cik Puan Boss. Padan ngan muka ko Chepah!

p/s: I feel so down!

ADIOS!

Camne Nak Hilangkan Kesan Hangus Pada Periuk

Assalamualaikum semua ;)



Hai, korang!. Periuk hangus? ? ?. Pening sudah, tak tau macam mana nak settlekan? Aku ada cara, Mungkin korang boleh cuba. . . . .

Korang rendam periuk yang hangus tu dengan air soda berkarbonat. Letak dalam 2-3 sudu soda berkarbonat dalam periuk yang direndam air. Lepas tu, korang biarkan dalam 2-3 jam. Selepas itu, korang boleh cuci. InsyaAllah, akan hilang kesan hangus tersebut.

Selamat Mencuba!

p/s: masih lagi risau dengan bebudak kat umah . . . .

ADIOS!

Risau Kerisauan Merisaukan

Assalamualaikum semua ;)


Hai, korang!. aku tengah risau ni. mana tak risau nya. Nanny budak dua orang tu cuti arini ngan esok. Jadi, Encik Usben ngan UMI aku take in charge to look of them. OMG, I hope they will be very - very good girl. Dahla, Abah aku ada hal. Encik Usni ada JPJ test. Alooolooo . . . . please, please my dearie princesses don't DERA your AYAH okey!

p/s: Ibu yang kerisauan di opis =___=

ADIOS!

Wednesday, June 1, 2011

wordless wednesday

Wordless Wednesday = On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.