OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 18, 2011

Polycarbonate vs. Polypropylene II

ritu aku da citer pasal PC vs. PP kan...
arini sambungan lagi. 
ritu kerajaan kesayangan kita neyh buat KECOH 
nak haramkan...
pastu biler aku baca artikel 
dalam paper UTUSAN semalam, 
citer lain plak jadi...
demm-

ni la petikan dari UTUSAN

Tidak perlu haram serta-merta botol susu polikarbonat

KUALA LUMPUR 16 Mac - Kerajaan tidak mahu mengambil langkah drastik mengharamkan botol susu polikarbonat yang mengandungi bisfenol A (BPA) kerana mengambil kira tempoh masa yang diperlukan pihak industri bagi menarik semula barangan itu daripada pasaran di seluruh negara.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga tidak menggalakkan botol susu polikarbonat itu diharamkan serta-merta kerana ia bukan barangan mengandungi racun sebaliknya ia mempunyai migrasi yang boleh dicegah namun berbahaya.
Selain itu, kata beliau, kerajaan juga melihat daripada aspek mengelakkan kerugian besar terhadap pihak industri yang terlibat. 

"Kita boleh mengharamkan sesuatu barangan itu serta-merta jika ia melibatkan racun tetapi dalam kes ini ia masih boleh digunakan tetapi mestilah dengan langkah yang ditetapkan oleh kerajaan.
"Bagaimanapun kerajaan tetap membuat keputusan untuk mengharamkan penggunaan botol susu itu ekoran bimbang pengguna tidak boleh menggunakan barangan tersebut dengan kaedah yang betul,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta kerajaan menguatkuasakan serta-merta pengharaman penjualan botol susu polikarbonat tanpa memberi tempoh setahun lagi untuk melaksanakannya kerana penggunaannya boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem hormon termasuk fungsi tubuh bayi dan kanak-kanak.

Tiong Lai berkata, tempoh setahun yang diberikan oleh kerajaan kepada pihak industri botol tersebut telah dilaksanakan di seluruh dunia termasuk Kesatuan Eropah (EU).
Beliau berkata, kerajaan juga telah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak di dalam negara sebelum memutuskan untuk mengharamkan penggunaan botol susu itu termasuk gabungan persatuan pengguna tempatan. 

"Bayangkan jika kita membuat keputusan drastik ia bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada syarikat pengeluar barangan malah ia boleh menjejaskan ekonomi negara.
"Sehubungan itu, kerajaan perlu memberi tempoh antara enam bulan hingga setahun untuk melaksanakan pengharaman tersebut,'' jelas beliau.

macam-macamla kerajaan ni...
kalau nak buat, biar buat betol-betol. 
jangan main taram je...! 
siasat sehabis baik baru kluarkan statement 
jangan buat ibu bapa kat bumi 
MALAYSIA 
ni kelam kabut naik bot! 
hish!

ADIOS!

No comments:

Post a Comment