INTERLOK dari sudut pandangan seorang pembaca....
Novel interlok ni menceritakan tentang kehidupan 3 keluarga yang terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India. Ianya seperti berkisarkan tentang 1 Malaysia, kepelbagaian kaum, sikap setiap kaum, adat setiap kaum dan cara kehidupan setiap kaum.
Kaum Melayu, penulis memilih keluarga Seman. Seman, bertiga satu keluarga diketuai oleh ayahnya Pak Musa dan Mak Limah. Di awal kisah, Pak Musa orang tua yang diserang penyakit batuk yang kronik. TB barangkali cuma tidak dinyatakan disitu. Mak Limah orang tua yang suka makan sireh yang telah digobek dan duduk dipintu sambil melihat anaknya Seman memotong kayu. Seman seorang pemuda yang gagah dan pandai membuat kerja kampung. Namun sayangnya, Seman tidak pandai membaca.buta huruf.
Dalam kisah kaum Melayu ni, penulis menyebut tentang sikap tolong menolong, hormat menghormati. Namun, pada zaman ini, orang Melayu mempunyai satu sikap yang tidak keterbukaan kepada sesuatu yang baru. Seperti mengelakkan anak mereka dari hadir ke sekolah kerana mereka menganggap mengaji Quran, Solat dan Doa sudah cukup. Sedangkan ilmu membaca dan mengira sangat penting...disini juga penulis menyatakan dimana orang Melayu kebanyakannya membuat kerja-kerja kampung seperti yang kita sudah ketahui.
Kaum China, penulis memilih keluarga Cing Huat. Cing Huat datang belayar dari Negeri China semata-mata untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. Sanggup mereka belayar jauh-jauh semata-mata mencari sesuap nasi. Dalam penceritaan kaum Cina ini, penulis memetik tentang kerajinan dan sikap bersungguh-sungguh kaum Cina untuk mencari rezeki dengan menjadi penarik lanca, menjadi buruh di lombong-lombong dan ada juga yang menjual barangan runcit atau kedai makan Cina. Penulis juga menceritakan bagaimana cara kaum Cina menapak di bumi Tanah Melayu dan berniaga serta bagaimana kaum Cina mendapatkan tanah dari kaum Melayu.
-disini aku merasakan betapa kurang bijaknya kaum Melayu waktu itu sehingga menggadaikan tanah kepada kaum lain-
Kaum India, keluarga Maniam. Maniam datangnya dari India. Datang melalui laut menaiki kapal dan terus ke Pulau Pinang. Meninggalkan kehidupan yang susah di India untuk mencari rezeki di Tanah Melayu. Kebanyakan kaum India yang datang ke Tanah Melayu bekerja sebagai penjual kacang putih, makanan (yang mana yang Muslim),dan juga bekerja di ladang dan estet-estet. Disinilah, dimana penulis menceritakan kaum India penuh dengan adat resam yang cantik.
Interlok. Penulis menceritakan ketika keadaan Tanah Melayu diserang Jepun dan Komunis. Begitu juga dengan semua kaum bersatu padu melawan Jepun dan Komunis semata-mata untuk Tanah Melayu. Dan disini jugalah kita boleh lihat satu perpaduan kaum demi Tanah Melayu.
Dari mata aku...buku ini memang bagus untuk dijadikan rujukan sejarah untuk semua peringkat umur. Kerana ia menceritakan bagaimana kedatangan orang Cina dan orang India ke Tanah Melayu dengan gaya penceritaan yang menarik tanpa kita rasa ianya adalah FAKTA SEJARAH. Huhuhuuhu.....
Kalau nak citer pasal Interlok ni...mau bepage2 aku kene taip...hahhahaha. Aku harap korang pegi beli buku ni, dan baca, lagi-lagi untuk orang yang pencinta Sejarah Tanah Melayu!.
ADIOS!
p/s: sekurang-kurangnya pengetahuan Sejarah aku bertambah walaupun masa SPM aku dapat 7.

No comments:
Post a Comment