Mulianya seorang isteri disisi Allah…
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Suami-suami sila hargai isteri anda sebelum terlewat!
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka, hargailah mereka...
Beruntungnya menjadi seorang wanita yg punya rahim. Wanita ini berkhidmat dan bekerja dengan Tuhan… Wanita ini sebagai pengeluar 'manusia'.
Tiap-tiap bulan juga wanita itu diberi cuti bergaji penuh… 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Begitu juga dengan cuti bersalin, wanita itu dapat cuti sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Manakala ORANG LELAKI takde CUTI sembahang. Sembahyang WAJIB keatasnya dari LELAKI itu baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi yang dikandungnya seluruh dosanya habis diampunkan oleh Allah. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa ada wanita yang takut untuk melahirkan anak? Renung-renungkan...
Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Yang ni salah satu ganjaran yang agak best!
untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. tapi kalau isteri buat dosa, si suami akan tanggung! jadi janganlah korang memberatkan bahu kiri suami anda, wahai para isteri.ingat tuuu...
Jangan plak nanti korang terkejut biler tengok korang nyer pahala ada extra manyak...hehehehe...tapi kalau korang tak buat yang wajib tu...tak guna gaks!
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..best! best! aku suka...Encik Usben sila lah kunjungi surau atau masjid selalu supaya binimu juga mendapat pahala juga....tq!
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Jadi jangan merungut...peringatan untuk diri sendiri jugaks!
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
"Wanita bukan dicipta dari kepala,
jadi dia tak perlu disanjung.
Wanita juga bukan dicipta dari kaki
untuk diinjak-injak.
Wanita dicipta dari sebelah kamu,
yakni dari rusuk kiri kamu.
Ini kerana supaya dia sentiasa hampir dengan kamu
dan
disayangi kamu.
Manakala lengan lelaki dicipta
untuk
mempertahankan wanita"
ADIOS!