OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 6, 2012

Happy Anniversary!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang! Nak buat entri cepat nih! Nak wish happy anniversary to my dear parents! Ho ho ho . . . Date anniversary is tomorrow. Bukan today. Tapi nak wish awal-awal. Yeah!


Anniversary yang ke 30. Ho yeah! Sayang kamoo berdua selalu. Esok kita makan-makan yeah! Buat Encik Alwi dan Encik Usni . . . telan air liur je la yea kamooo! Miahahahahaha-

p/s: love you forever


Wassalam

Goyah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini ni nak cakap pasal topic heavy sket. Sejak dua menjak tiga menjak ni, keluar semula kes penderaan kanak-kanak. Ada yang ibu angkat kurung anak la. Ada yang mendera anak-anak la. Ada bapa kandung yang kurung anak dalam tandas la. Pengasuh mendera anak la. Aku harap keluarga aku dijauhi dari sifat dan sikap zalim sebegini.

Aku setuju sangat dengan statement institusi keluarga semakin goyah atau institusi keluarga makin tidak kukuh. Ini disebabkan sikap Ibu Bapa itu sendiri. Ini mungkin kurang sikap rasional dan jati diri dalam diri ibu bapa tersebut.

Masa korang 'bikin' anak tu tak fikir ke pasal tanggungjawab yang akan digalas?

Atau korang main suka 'bikin' anak je?

Lepas tu yang cerai berai tu, masa sebelum cerai tu ada tak fikir nasib anak-anak macam mana? Hmmm . . .

Jika anda STRESS disebabkan kerja, sila JANGAN bawa pulang masalah ke rumah. Ianya akan membawa kepada masalah yang lagi besar.

Kawal tahap kemarahan dan tambahkan sifat kesabaran.

Jangan cepat sangat nak melantun-lantun! Ni melantun sikit, tangan dengan kaki naik ke muka anak-anak takpun bini. Adoiyai!

Moralism semakin pupus. Begitu juga dengan rasionalism. Didikan agama kurang. Terlebih mengejar duniawi. Semoga Allah memberikan mereka-mereka ini taufik dan hidayah.

Dahla. Malas nak taip panjang-panjang. Bukan ada orang baca pun. Cuma luahan hati yang tak terucap dengan mulut. Cuma mampu menaip. Aku doakan korang-korang yang suka naik tangan dan kaki ni, punya kesabaran yang lebih, yea. Amin.

p/s: anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya.


Wassalam.

Saper Kencing?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini nak kongsi satu kisah lucu antara seorang nenek dengan seorang cucu. Baru je berlaku pagi tadi lepas kitorang pergi sarapan.

Nenek konon nak ajar cucu. Last-last aku tak tau sape yang ajar sape. Dialog ni aku dah kongsikan kat FB. Tapi saje nak kongsi kat sini pulak. Hohohoho . . .

Nenek : Kakak, nanti kalau nak kencing bagitau Nenek. Nenek, kakak nak kencing.

Cucu : Kakak, nenek nak kencing.

Ibu : saper sebenarnya nak kencing nih?

Aku sendiri dah konpius (@@) alahai anak. Macam-macam hal!.

Malam tadi pun satu hal jugak. Waktu nak tidokan budak-budak ni.

Ibu : Kakak dengan adik tido, Ibu nak pegi dapur kejap.

Kakak : Ibu, adik yak la . . .

Ibu : Takdelah.

Kakak : Gelak sambil tutup mulut.

Ibu : Cheh!

Ada hati nak kene kan Ibu sendirik. Wat hal betol!

p/s: Inilah yang terjadi biler si anak dah pandai berkata-kata. Sukati nak cakap pe . . .  HOhohoho


Wassalam.

Thursday, January 5, 2012

Dokter Gigi vs Pekebun Sayur

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Debaran yang tak dapat diketahui. Siapakah yang bakal memenangi RM 100,000.00 itew? Adakah Si dokter gigi atau si pekebun sayur?

Dari top 40 menjadi ke top 24 lalu ke top 10. Dan kini tinggal mereka berdua. Owh! owh! owh!. Aku yang nervous gitew!. Aku salute giler kat dokter gigi ngan pekebun sayur ni. Sebab selama permainan berjalan mereka berdua bersikap 'underdog'. Pergghhhh! Tau-tau je masuk akhir. And the will fight at the grand finale. Perrggghhh! Can't wait to watch it.

Sepanjang yang aku dok menonton Masterchef, Si Dokter Gigi a.k.a Ezani ni sangat hebat memasak dessert. Kagum seyh!. Kalau Si Pekebun Sayur a.k.a Wahidan pulak amat hebat dalam masakan kampung. Hmmmm, pertarungan yang sangat hebat. Sapela yang menang yea . . . .

Yea, Encik Usben saye tau awak suka kat Ezani . . . Seb baik comey budak ni. Moh kita cari klinik dia pegi check gigi kat dia. Hahahahaha . . . ntah-ntah pasni dia dah tak jadi Dokter Gigi, dia jadi Dokter Makanan. Hohohohoho.

Dan awak juga paling tak suka kat Imelda. Saya pasti awak memang bersorak riang semasa Imelda kluar kan? Hohohoho . . . . Apa-apa pun memang Si Dokter Gigi dengan Si Pekebun Sayur ni layak masuk akhir!.



vs.


Tunggu dan lihat! Kat Astro Ria dan Channel 188 kot. 8hb January 2012. Pukul berapa tak ingat. Sengal suda. Waktu lunch dah nak habes. Nak solat!. Ok, bye!

p/s: me? Wahidan kot menang . . . Ezani might be . . .


Wassalam.

Abu Hurairah r.a dengan Jin Pencuri

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Kali ini kisah tentang Abu Hurairah r.a dengan Jin Pencuri. Cerita ini mengisahkan betapa keampuhan Ayat Kursi.

Kisahnya begini . . .

Abu Hurairah r.a pernah ditugaskan oleh Rasulullah saw untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri sengenggam makanan. Namun, Abu Hurairah r.a berjaya menangkapnya.

"Akan aku laporkan kepada Rasulullah saw" Abu Hurairah r.a menggugutnya.

Bukan main takut pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah r.a, hingga kemudian dia pun berkata "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak. Sementara saya sangat memerlukan makanan."

Mendengar rintihan tersebut, Abu Hurairah r.a segera melepaskan pencuri itu. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Maka, keesokan harinya, Abu Hurairah r.a melaporkan kepada Rasulullah saw.

Baginda menyoal "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?"

Lalu Abu Hurairah pun menjawab "Ya, Rasulullah, orang itu miskin keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan."

Kata Nabi "Dia berbohong. Padahal nanti malam ia akan datang lagi."

Kerana Rasulullah saw berkata begitu, maka Abu Hurairah r.a semakin meningkatkan penjagaannnya. Benar pencuri itu datang lagi.

Abu Hurairah r.a menangkap pencuri itu seraya berkata "Akan aku laporkan kepada Rasulullah saw!"

Pencuri itu pun meminta ampun dan berkata "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji tidak akan mencuri lagi."

Abu Hurairah mengasihani si pencuri itu. Lalu terlepaslah pencuri itu. Keesokan harinya Abu Hurairah r.a mengadu kepada Rasulullah saw tentang pencuri tersebut. Dan Rasulullah pun berkata "Pencuri itu bohong dan nanti malam dia akan kembali lagi."

Maka, untuk kali ketiga. Abu Hurairah akan lebih berjaga-jaga. Memang benar apa yang dikatakan oleh Rasulullah saw. Pencuri itu datang lagi. Dan Abu Hurairah berjaya menangkap pencuri itu dan berkata "Kali ini kau pasti aku laporkan kepada Rasulullah saw. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang ke mari lagi, tapi ternyata kau datang mencuri lagi."

Pencuri itu berkata "Lepaskan saya. Saya akan ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

Abu Hurairah r.a berkata "Kalimat apakah itu?"

Pencuri itu pun berkata "Ayat kursi. Bila tuan hendak tidur, bacalah Ayat Kursi, maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah swt dan tidak akan ada syaitan yang mendekati tuan sampai pagi."

Maka pencuri itu dilepaskan oleh Abu Hurairah r.a. Keesokan harinya, Abu Hurairah r.a bercerita kepada Rasulullah tentang si pencuri itu telah mengajar beliau Ayat Kursi. Kemudian Rasulullah pun berkata "Pencuri itu berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta."

Selepas itu Nabi bertanya pula kepada Abu Hurairah r.a "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?"

Abu Hurairah pun menjawab, "Tidak tahu"

"Itulah syaitan." Kata Rasulullah lagi.

p/s: rajin-rajin la baca Ayat Kursi. Bukan panjang pun. Pendek jew!


Wassalam.