OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, December 13, 2011

Kan dah jadi Monyet!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku nak cerita tentang suatu cerita yang dikisahkan oleh arwah Mak Tok aku. Rindu pulak pada dia. Al-Fatihah.

Cerita yang arwah selalu ceritakan pabila tiba Hari Jumaat. Adalah satu pemuda ni. Pemuda ni sangat suka memancing. Tiba pada hari Jumaat, emak pemuda ni dah berpesan jangan lupa pegi solat Jumaat, tak perlu pergi memancing. Pemuda itu cuma mengiyakan saje. Ntah pegi ntah tidak.

Tapi disebabkan pemuda ini sangat degil. Dia tak mendengar apa yang dipesan oleh emaknya. Dia pegi jugak memancing. Kata dah suka sangat. Pegilah. Degil punya budak.

Orang yang lalu lalang kat sungai, semua ajak pemuda ni pergi solat. Tapi jawapan beliau . . .

"pergilah dulu, nanti aku sampai"

Tak lama lepas tu . . . dia rasa cam gatal-gatal punggung dia. Dia pun garu. Baik punya garu, tiba-tiba terkeluar ekor. Dan satu badan beliau sudah dipenuhi bulu-bulu. Seperti monyet layaknya. Tinggallah beliau dalam hutan. Huhuhuhu . . . padan muke!




p/s: sila dengar cakap mak dan patuh perintah Allah.


ADIOS!

Whipped Potato

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Arini aku nak kongsi resipi kentang putar!. Rasa macam KFC nye whipped potato. Aku buat ni pun sebab Encik Usben request. Kalau tak request tak kose aku nak buat nye. Jom kita lihat bahan-bahan nya.

Bahan-bahan untuk base kentang:

6 biji Kentang
200 ml Fresh Milk
Garam
Lada Hitam

Korang kupas kulit kentang tu. Lepas dah kupas kulit ketang tu, sila potong kentang tu jadi lapan, dan rebus. Letak garam sedikit yea. Masak sampai betul-betul empuk. Kalau tak empuk camner korang nak hempuk kentang korang tu jadi lecek. Biler kentang dah empuk. Korang lecek le kentang tu.

Lepas tu korang masukkan susu. Kacau sampai sebati. Rasa dulu samada nak tambah garam atau tak. Sebab kita kan da rebus dengan garam tadi. Kalau dah cukup masin, tambahkan sedikit je lada hitam.

Siap. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk sos kentang:

650ml air
1 kiub Stok Ayam
1 biji Bawang Besar
1 Batang Saderi
40 gm mentega
20 gm tepong gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Lada Hitam
Garam
*Kicap Pekat

Mula-mula korang potong bawang dan saderi. Bawang didadukan. Lepas tu korang masak bawang, saderi, air dan kuib ayam. Masak dalam 10 - 15 minit. Lepas tu tapis.

Sementara tu, korang cairkan mentega. Bila mentega cair, perlahan-lahan masukkan tepong gandum. Kacau atas api kecil. Kacau sebati. Hati-hati sebab tepung senang hangus. Nanti pahit pulak sos korang!. Biler dah sebati, korang masukkan air rebusan tadi. Kacau sampai tak bergentel yea.

Kemudian, masukkan sos tomato, sos tiram dan lada hitam. Jika warna kurang gelap, korang titiskan 2-3 titik kicap pekat.

Siap.

Korang boleh curahkan sos ke atas kentang lecek tadi. Nyum. Nyum.

Inilah hasilnya . . .



p/s: Lapar la pulak . . .


ADIOS!

Puss In Boots

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Berkepam dah cerita ni . . . Tapi nak letak jugak. Degil kan? Padahal, dah hampir basi pong!. Kan aritu aku ada bagitau aku nak bawak Cik Bebet pegi tengok wayang. Dia sangat behave. Alhamdulillah.

So, layan kan aje gambar kat KLCC . . .
























Sorry la yea gambor tunggang langgang. Aku tak tau la naper arini belog ni cam hampeh je . . . Selalu okey je. Tu la bak kata orang  . . . langit tak selalu cerah (apa kene mengena?). lantaklah!

Review pasal citer ni? Lupa plak yea . . . Kali ni si Puss ni ada mission. Iaitu mengambil Golden Egg dari Golden Goose. Rancangan untuk mencuri golden egg ni dirancang oleh Humpty Dumpty yang bersekutu dengan Jack & Jill.

Sebenarnya, Humpty Dumpty ni nak balas dendam kat Puss sebab Puss pernah menyebabkan Humpty Dumpty ni dipenjarakan.

Dapat ke Puss dapatkan Golden Goose tu? Macam mana dengan Humpy Dumpty? Selamat Menonton. Citer ni lucu dan boleh bagi aku nye tension kurang. So, saper-saper yang rasa cam nak menonton citer yang relax dan fun, sila tonton Puss In Boots. Tak yah tengok Ombak Rindu tu . . .mode dengki!.

p/s: jap lagi aku upload resipi pulaks!


ADIOS!

Monday, December 12, 2011

Kerana Sebiji Gula-Gula

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Semalam petang aku ngan family aku pegi umah Tok Ayah. Makan bubur durian ngan roti jala. Sedapnye. Lazats!

Tapi aku bukan nak cerita pasal bubur durian atau nak bagi resipi nak buat roti jala. Tapi kalau korang nak order roti jala. Leh call aku.

Kisah ni Nenda aku citer . . .

Cerita nya begini. Ada la seorang budak lelaki ni dalam lingkungan umur 4 - 5 tahun. Sudah penat lelah bermain, budak kecik tu pun singgah di kedai runcit berhampiran.

Budak kecit : Pakcik nak gula-gula. Tapi saye takde duitla pakcik.

Pakcik : Kalau takde duit, takde gula-gula. Ko potong 'anu' ko dapat gula-gula.

Budak kecit tersebut terus balik umah. Emak nya sedang sebok mengangkat kain jemuran. Si emak nampak kelibat si kecit balik namun senyap saje di rumah . . .

Tapi, bila si Emak masuk ke bilik . . .

Dia melihat anaknye berlumuran darah. Hanya kerana sebiji gula-gula . . .




p/s: seyes aku tak tau apa jadi dengan budak tu. lupa nak tanya nenet aku.


ADIOS!