OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, February 17, 2011

Ruam Susu

Ibu-ibu yang ada mesti nak pening bile anak ada ruam susu. 
Ada yang guna daun sireh, bedak sejuk atau tepung ubi...
aku tak guna daun sireh sbb tak kuasa nak g beli...giler PEMALAS...
bedak sejuk ada kat umah tapi MALAS bancuh begitu juga ngan tepung ubi...
hehehehhe
Memandangkan Cik Bobot kene ruam susu. 
Mula-mula aku letak Baby Oil...tak nak ilang. 

Last2 aku letak je Milk Lotion Baby Johnson tu kat muka dia and kat tempat yang kene ruam susu tu. 



Alhamdulillah, hilang. 

CAm tak caya je lotion ni leh ilangkan ruam susu...
tapi apa-apa pun tu semua kuasa Allah. 
Dengan izin-Nya ruam susu kat muka Cik Bobot ilang.
Korang pun leh try. 
Lepas mandi korang sapu lotion tu kat muka anak korang. 
InsyaAllah ruam tu akan ilang..

tapi klu bertambah lagi 
ATAU
ruam tak hilang sila dapatkan nasihat doktor 
(^ ^)v

Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul

Lagi beberapa hari Maulidur Rasul. 
Rindunya aku dan cintanya aku pada Rasul ku.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. 
Ianya jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal 
Sempena kelahiran Nabi pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil 
yang dikenali sebagai Maulid Nabi. 
Setiap tahun pada hari itu, 
umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, 
ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan 
yang akan dikurniakan oleh 
Allah Subhanahu Wataala 
kepada mereka yang dapat 
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan 
orang yang memuliakan 
majlis keputeraan 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar 
untuk melakukan sesuatu yang baik 
merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa 
pembalasan 
Allah Subhanahu Wataala 
terhadap kebaikan begitu cepat 
sehinggakan terdetik sahaja di hati 
hendak berbuat kebaikan, 
sudah Allah Subhanahu Wataala 
akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. 
Seseorang yang beriman, 
kuat bersandar kepada Allah, 
ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang 
Allah Subhanahu Wataala. 
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati 
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau 
orang yang tinggal di tempat itu 
turut mendapat keberkatannya.

Sempena kelahiran baginda marilah kita berselawat keatasnya
InsyaAllah kita bersama-sama mendapat syafaatnya
InsyaAllah

SELAWAT NABI (SAW)
      
  صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 

 
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
 
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
 
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
 
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
 
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
 
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
 
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
 
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
 
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

 
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
 
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
 
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
 
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

 
   

M.A.A.F

Entri arini nak cakap pasal perkataan MAAF.

Aku tau purata hampir semua manusia atas muka bumi ini AGAK SUKAR untuk mengucapkan perkataan MAAF. Kenapa? Aku sendiri pun tiada jawapannya. Sebab kadang-kadang aku pun cam payah gak nak ucapkan perkataan MAAF. Tapi ada masa aku mudah untuk mengatakannya. 
Kenapa? 
Ntahlah.... 
Tapi sejak aku jadi seorang ibu ni aku mudah mengatakan perkataan MAAF dan mudah MEMAAFKAN....
hmmm,ye ke? 
(^ ^)v

MEMOHON KEMAAFAN...

Kalau melalui pembacaan agak mudah untuk menyebutnya tapi cuba kalau ada buat KESALAHAN...korang rasa agak mudah ke nak MEMOHON KEMAAFAN? cam payah je kan? kan? disebabkan apa? 
EGO! EGOISM!
Inilah kelemahan manusia, ada yang terlalu mementingkan KEEGOAN.terlalu EGOIS. Egoism sukar nak dileraikan dari SIKAP manusia...melainkan manusia tersebut ingin mengubah SIKAP EGOISM mereka. 
Takde jatuhnya MARTABAT korang di mata Allah jika memohon kemaafan. 
Allah lagi suka orang yang memohon kemaafan. Lagi-lagi mohon kemaafan dari Dia.

Oleh itu, apa kata mulai hari ini kita semua buangkan sedikit sikap EGO tu dari diri kita. 
Supaya kita lebih cantik di pandangan Allah dan orang lain.

MEMAAFKAN...

Ni pun satu masalah lagi...tadi lagila masalah besar sukar untuk memohon kemaafan. 
Sukar untuk memaafkan orang pun SATU PENYAKIT kat mukabumi ni.
Ada juga orang macam ni kat muka bumi ni. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Begitu juga Allah Yang Maha Pengampun. 
Ni manusia biasa. Si kerdil atas muka bumi ini. Agak SOMBONG untuk memaafkan seseorang. 
Tak hina pun memaafkan seseorang dan tak hilang pun MARTABAT atau TARAF korang jika MEMAAFKAN seseorang. (kan aku da ulang ayat MARTABAT tu...)
Setau aku la...lagi MULIA kot memaafkan orang neyh. Tapi pada zaman sekarang ni...ntah la aku pun tak faham, masih lagi ada manusia yang tidak punya sikap pemaaf. 

Korang tak nak jadi orang yang mulia di sisi Allah ke?

Tapi...kalau diantara korang tak mo memaafkan antara satu sama lain. Itu hak korang dan urusan korang dengan Allah. 
Apa yang pasti kita harusla KIKIS sikap EGOISM untuk menjadi seorang yang mudah memohon maaf dan memaafi. 
Tak semestinya nak tunggu raya nak minta maaf...korang diharuskan memohon maaf pada bila-bila masa. 
Kalau boleh tu, bila terasa ada buat salah tu...terusla mintak maaf jangan lewat-lewatkan. 
Okeyh!

Oleh yang demikian, 
aku Chepah Ila Hussein ingin memohon maaf jika sepanjang aku berblogging ni ada mengguriskan hati korang, aku memohon seribu kemaafan. 
Dan aku juga memaafkan korang juga jika korang ada mengutuk aku nyer blog...hehehehe.

P/S : Renung-renungkan dan Selamat Beramal! InsyaAllah~

Wednesday, February 9, 2011

Petua Menasihatkan Anak

Entri kali ni untuk para-para ibu....(^^,)

Mudah sangat! Semasa korang dodoikan @ bobok @ tepuk anak..korang cakap je ngan diorang.
Mula-mula kene baca ayat 20 dari Surah Hasyr. Tapi kalau korang cam payah sangat nak hafal baca je Al-Fatihah, pastu bisikkan apa yang korang nak bisik kat dia.
Petua ni sesuai semua peringkat umur kanak-kanak....

Apa nak cakap?????

Cakaple....
Jangan Nakal-Nakal - Dengar cakap Ibu ngan Ayah - Belajar Rajin-rajin - Jangan Nangis-nangis (kalau yang kuat nangis) - Jangan panjat sana panjat sini - 

cakap je la apa yang korang nak cakap n nasihat....sebab masa waktu nak tido la waktu yang sesuai untuk dia absorb ilmu...

kalau korang nak ajar cakap pun, masa waktu ni pun okey...tgh ready-ready nak tdo tu...ajar dia panggil ayah, ibu, nenek, atok n dll. tapi buat skali je jangan buat banyak kali sebab nanti daripada dia rasa nak tdo langsung tak jadi tdo....hihihihi

Selamat Mencuba....InsyaAllah, semuanya atas izin-Nya.

Tuesday, February 8, 2011

08 February 2011 - entri khas buat Encik Usben....

apa ada pada tarikh 08/02/2011???? 
satu tarikh istimewa buat insan yang paling aku sayang after Allah s.w.t.

Kamu,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk melindungi ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk menyayangi ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mencintai ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk membimbing ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mengimamkan solat ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mengetuai keluarga ku,

Kamu,
Terima kasih atas semua pengorbanan mu,
Terima kasih atas semua kasih sayang mu,
Terima kasih atas semua kecintaan mu,
Terima kasih atas semua pelindungan mu,
Terima kasih atas semua bimbingan mu,

Kamu,
Berharap dan terus berharap cinta dan janji hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap kasih sayang tetap utuh hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi pelindungku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap membimbingku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap sentiasa mengimamkan solatku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi teman tidurku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi teman bual bicara ku hingga akhir hayat,

Kamu,
Aku mencintai kamu sepenuh hati 
dan aku berharap dan terus berharap diikuti dengan doa pada yang Maha Esa
Cinta kita hingga akhir hayat
dan kamu 
aku doakan panjang umurmu,
aku doakan sihat tubuh badanmu,
aku doakan murah rezekimu,
aku doakan kebahagianmu,
aku doakan kegembiraanmu,
aku doakan syurga tempatmu.....

Aku Cinta dan Sayang kamu selalu.....





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-28 ABANG! AYANG SAYANG ABANG SELALU!!!