Lagi beberapa hari Maulidur Rasul.
Rindunya aku dan cintanya aku pada Rasul ku.
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
Ianya jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal
Sempena kelahiran Nabi pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil
yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu,
umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan,
ceramah dan sebagainya.
Banyak kelebihan dan keistimewaan
yang akan dikurniakan oleh
Allah Subhanahu Wataala
kepada mereka yang dapat
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan
orang yang memuliakan
majlis keputeraan
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar
untuk melakukan sesuatu yang baik
merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa
pembalasan
Allah Subhanahu Wataala
terhadap kebaikan begitu cepat
sehinggakan terdetik sahaja di hati
hendak berbuat kebaikan,
sudah Allah Subhanahu Wataala
akan memberi pembalasan yang tiada ternilai.
Seseorang yang beriman,
kuat bersandar kepada Allah,
ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang
Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau
orang yang tinggal di tempat itu
turut mendapat keberkatannya.
Sempena kelahiran baginda marilah kita berselawat keatasnya
InsyaAllah kita bersama-sama mendapat syafaatnya
InsyaAllah
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
No comments:
Post a Comment