OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Saturday, February 22, 2014

Sharing is Caring

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku rasa aku pernah update dan upload pasal topic ni kot...tapi tak ingat tahun bila. Hahahaa..malas nak godek punya pasal aku up lagi sekali. Dan kemungkinan besar info berlainan dan berkemungkinan kecil perkara yang dibangkitkan sama seperti entri yang dolu-dolu.

Tanggungjawab suami isteri....bila cerita bab tanggungjawab suami isteri, aku rasa macam payah nak khatam. Sebab perkara ni aku rasa persefahaman tu penting. Kalau takde persefahaman, payah jugak nak menjayakan tanggungjawab suami isteri.

Macam isteri...dia tau duit suami duit isteri. Duit isteri, duit isteri. Seenaknya kalau Suami kau jenis yang mintak duit RM1000 dia bagi kau RM2000. Untongla...kan?

Tapi kalau kau mintak RM1000 dia dapat bagi RM500...itupun kira beruntong jugak. Daripada tak bagi langsung. Kan? Jadi apabila terjadi permasalahan sebegini, anda meminta RM1000 tapi dapat RM500. Itu bermakna kamu sebagai isteri tak dibenarkan menggunakan term duit awak duit saya..duit saya duit saya. Okay?

unless....

Korang tau suami korang tu memang tangkai jering tak pun taik idung masin. Hahahahaha...

Ok. Jika berlaku permasalahan tersebut...awak sebagai isteri harus faham kemampuan suami. Janganla nak lepaskan tekak sendiri. Berbincang. Apa yang perlu dikongsi dari segi pembayaran dan penyimpanan. Okay?


Kalau anda wanita surirumah, maka disebelah kanan itulah tanggungjawab anda. Jadi tak perlu banyak kerenah... Taat pada Allah, solat lima waktu, berpuasa, jaga aurat dan taat pada suami. Confirm syurga. Bagi untuk yang bekerja...hmmmm.

Topic ni akan jadi berat bila tiada persefahaman. Jadi, disini perlulah dikongsi dari pembayaran bil-bil dan penyimpanan. Okay?


Anything and everything happens pasti ada jalan penyelesaian dengan perbincangan secara aman dan adil. Faham ke tak?

Bagus kalau faham.

Chart yang ketiga ni...aku baru dapat. Tapi chart ini tak bermakna kamu sebagai isteri punya alasan untuk menolak kemahuan suami. No no no! Dan juga ini tak bermakna suami perlu menggunakan alasan isteri tak mahu mengikut kehendak suami akan dilaknat oleh Allah dan juga malaikat.

Maha Suci Allah...kamu tidak sepatutnya berbuat begitu kepada pasanganmu. Berlakulah adil pada diri sendiri dan pasangan.


Ok.

Mungkin pencerahan aku tak berapa nak cerah. Ada sedikit mendung. Tapi aku harap dengan bantuan ketiga-tiga chart tersebut, aku harap penyampaian aku sampai dalam pale otak korang. Hehehehe...

Assalamualaikum.

Wednesday, February 19, 2014

Open For Order - Frozen Pizza (Singapore Only)

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Open For Order!

Order!

Order!

Order!

Hamboih! dah macam dalam mahkamah pulak. Hahahaha...padahal mahkamah tak pernah jejak pun. Lalu depan mahkamah ada. Hehehehe...

Ok bukan itu yang mahu aku lontarkan disini. Ewah!

Tapi ini yang mahu aku lomtarkan untuk kalian yang berada di tanah Temasik a.k.a Singapura!



Toppings!

- Crabmeat
- Pepperoni
- Spicy Sambal
- Rendang
- Sambal Udang
- Cheese

Order?

- minimum order 10 pieces

Size?

- 6 inch only a.k.a personal pizza size

Contact number?

+65 - 96624466 or +65 - 82864730

uols boleh what'sapp kat nombor di atas or click click kat gambar pizza atas tu.

Faham ke tak?

Good!

Ok.

Assalamualaikum.

Peliharalah Anak Perempuan mu....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari ini seperti hari-hari biasa. Eh? biasa kah? Hehehehe. Adik ipar aku check in kat spital sebab air ketuban leaking. Dari semalam aku cuba mencari penyebab utama air ketuban leaking tapi tidak kejumpaan. Hmmm...

Anyone?

Kalau ada sape-sape tau penyebab...whatsapp aku. Nak tau jugak penyebabnya. Mekasih.

Ok. Back to topic.

Tahniah buat yang punya anak perempuan. Berjayakah anda mendidiknya supaya menjadi anak solehah. Alhamdulillah. Jika masih kecil, marilah kita bersama-sama mendidik mereka supaya menjadi anak yang solehah. Amin.


Rasulullah s.a.w ada menyebut dalam hadithnya...

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW. bersabda, “BARANGSIAPA MEMELIHARA DUA ANAK PEREMPUAN HINGGA MENCAPAI AKIL BALIGH, maka ia dan aku akan datang pada hari Kiamat seperti ini, beliau lalu mengumpulkan dua jarinya..”... [HR.Muslim]...

Dalam sebuah hadith lain, Rasulullah SAW. bersabda, “APABILA SEORANG ANAK PEREMPUAN LAHIR, ALLAH SWT MENGIRIMKAN MALAIKAT KE RUMAH ITU... Mereka mendatangi rumah itu dan mendoakan keselamatan ke atas mereka... Kemudian para malaikat melingkungi bayi perempuan yang baru lahir dengan sayapnya dan membelai kepalanya dengan tangan mereka, seraya berkata bahwa ia adalah lemah.. Barangsiapa yang memikul tanggung jawab untuk memeliharanya, maka ia akan memperoleh rahmat Allah SWT selama ia masih hidup.”[Al-Mujan As-Shaghir li-Thabrani]...

ADA SEBUAH HADITH dari Aisyah r.a, dia berkata , “Seorang wanita datang kepadaku disertai dua anak perempuannya... Ia meminta shadaqah kepadaku, tetapi ia tidak menemukan sesuatu apapun pada diriku kecuali sebiji kurma... Maka aku berikan kurma itu... Ia menerimanya kemudian membaginya untuk kedua anak perempuannya, ibunya tidak mengambil bagian dari kurma itu... Kemudian ia pergi... Sementara itu Rasulullah SAW. mengunjungiku dan aku menceritakan peristiwa tersebut kepada beliau.... Maka Rasulullah SAW.bersabda, “ORANG YANG MEMIKUL TANGGUNG JAWAB UNTUK MEMBESARKAN ANAK PEREMPUAN DAN MEMPERLAKUKAN MEREKA DENGAN BAIK, IA AKAN MEMPEROLEH PERLINDUNGAN DARI NERAKA JAHANNAM. ”(Muttafaqun ‘alaih)...

PARA IBUBAPA YANG MEMPUNYAI ANAK2 PEREMPUAN… Jagalah mereka dengan baik, beragama, MENUTUP AURAT, berakhlak baik.... Kerana dari mereka kita akan meraih syurga dan aliran pahala, apabila kita sudah tiada nanti.... Allahu akbar.....

InsyaAllah, aku akan menjaga anak-anak perempuan mengikut yang disyariatkan oleh Islam. Amin.

Ok.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 18, 2014

10 Tips Tangani Anak-Anak Cara Lemah Lembut Vol. II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak share lagi 10 tips. Hari tu dah share 10 tips kan? Arini aku nak share kan lagi 10 tips. Ready to read?

Please read as per below...hihihi



1. Anak membantu anda…tapi anda tidak mengucapkan terima kasih

Ringan-ringankan mulut anda dengan ucapan terima kasih kerana sikap itu akan diikuti oleh anak anda juga


2. “selamat pagi”

Ubah dan ucapkan salam “Assalamualaikum” kan lebih manis


3. Cara nasihat yang salah.. “pukul/ buli/ tampar je orang yang buat salah pada kamu”

Cuba nasihat begini…. “sabar ye, Allah bersama-sama dengan orang yang benar” sambil itu bawa anak anda untuk belajar seni mempertahankan diri
Atau..
Minta anak anda adukan hal tersebut terhadap guru (jika disekolah)
Atau…
Selemah-lemah Iman…benci dengan hati untuk orang seperti itu..sebolehnya elakkan menggunakan kekerasan untuk membalas


4. Apabila si anak membuat salah “anak kurang ajar/ tidak tahu adab”

Ubahlah ke arah ini “jika si anak salah pohonlah kemaafan.ajarilah mereka cara pendamaian”


5. Apabila si anak melakukan kecurian atau terambil barang rakan2nya “dasar pencuri!”


Tetapi nasihatkanlah dia sebegini “ini bukan hak kamu, pulangkan kepada tuannya”


6. “ambilkan ayah remote tv”

Cuba ini… “anak, tolong ambilkan ayah remotetv” lalu terus mengucapkan “terima kasih”


7. Ketika anak jatuh dan menangis “padan muka jatuh!”

“takde apa-apalah saying, jatuh sikit je.sayang kan kuat”


8. “tak boleh main kat luar!”
Atau
“jangan main kat luar!”


“boleh main tapi sampai pukul 5.30petang je lepas balik rumah mandi”


9. “jangan conteng dinding!”

Perihal conteng ini adalah salah satu cara anak-anak menunjukkan bakat mereka, kita sebagai ibubapa patut sokong mungkin dengan cara membeli kertas bagi mengelakkan mereka menconteng dinding

10. “makan!jangan tak nak makan. Nanti sakit tanggung sendiri!.”

“anak, mari makan. Nanti boleh kuat dan sihat. Allah suka orang yang sihat dan kuat”



InsyaAllah...semoga kita semua dapat mendidik anak-anak kita dengan cara paling terbaik. Amin.

Nantikan Vol. III....weeeeeee (^^,)v

Ok.

Assalamualaikum.

Friday, February 14, 2014

Bahaya Kencing Kotor bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini aku nak share tentang kencing kotor dikalangan ibu-ibu mengandung. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah ini adalah ibu-ibu mengandung dan wanita. Tapi, mengapakah???

Ok, secara amnya orang perempuan mudah mengalami kencing kotor kerana saluran kencing mereka lebih pendek dari lelaki. Maka, bagi wanita mengandung pulak disebabkan oleh perubahan hormon dan juga disebabkan oleh tumbesaran rahim yang menyekat pengaliran air kencing.

Apabila otot pada pundi kencing menjadi lemah dan otot tersebut tak dapat mengeluarkan kesemua air kencing yang tersimpan. Maka, air kencing yang tersimpan telah mengumpul kuman. Dan kuman tersebut mudah membiak kerana air kencing wanita hamil punyai lebih banyak asid berbanding wanita biasa.

Untuk perhatian korang jugak!... if ibu mengandung punya  masalah kencing kotor, bayi juga mungkin akan terlibat sama dimana akan mengalami kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan awal akan mengalami berat badan yang rendah.

Dah faham apa yang aku jelaskan kat atas?

Masih kurang faham... if korang ada masa sila singgah di blog Dr. Zubaidi. Kat dalam tu ada penerangan yang jelas tentang Bahaya Kencing Kotor Bagi Ibu Hamil.

Untuk mengelakkan kencing kotor, ibu-ibu hamil TOLONGLAH minum air dengan sebanyaknya. Busuk-busuk pun 6-8 gelas sehari. Nak hebat minum 3 liter sehari as we supposed to drink. Lagipun ibu-ibu mengandung memang perlukan air yang lebih sebab nak cover air ketuban lagi. Dengan nak cover air dalam badan lagi.

Korang nak dehydrated ke? Lagi parah! Hadoi la....TOLONGLAH minum air dengan banyak. Kasihani diri anda dan bayi anda.

JANGAN sekali-kali tahan kencing. Apabila kita tahan kencing, peratus untuk kuman membiak adalah tinggi. Jadi janganlah tambahkan lagi risiko yang ada. Dah rasa nak kencing tu, pergi je la kencing unless tandas takde yang berdekatan atau tandas ada yang berdekatan tapi kurang bersih. Hehehehe

Lagi satu...kalau panties sempit dan sendat janganlah pakai. Beli la baru yang longgar sket supaya vagina korang boleh bernafas. Kesian Cik Puan V kamu tu...lemas. Hihihihi

Ok. Sudah faham.

Tak faham singgah le kat Blog Dr. Zubaidi. Tanya dia apa yang korang rasa nak tanya pasal kencing kotor. Tu kat atas tu...aku ada bagi link. Sila-sila lah click dan baca.

Assalamualaikum.

Thursday, February 13, 2014

Air Batu Campur.. ABC.. Water Stone Mix Up

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!...

Di kala cuaca panas begini... alangkah indahnya kalau dapat menghirup Air Batu Campur a.k.a ABC sambil angin sepoi-sepoi bahasa menghembus lembut ke wajah beta.

Hamboih!

Nah hamek! Takkan aku sorang je terbayang-bayang. Aku nak korang pun terjebak sekali. Hehehehe...



Ni gambar aku cilok dari muka buku member aku...lalu aku adjust sket lagi...hahahaa

Ok.

Assalamualaikum.

Five Tips for Blogging

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini dengan baik hati nya aku nak share tips-tips blogging. Hehehe...aku takdelah hebat sangat pasal blogging ni. Aku pun hanya si blogger picisan.



Aku dah buat semua lima tu...tapi mungkin kurang effort tu yang jadi blogger picisan je tu. Hahahaha.

Ok.

Assalamualaikum.

Wednesday, February 12, 2014

Segmen Mencari Kawan by El-Arifah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Rasa macam dah lama tak join segmen. Hehehehe...Jadi tangan pun gatal click siti situ sana sini. Maka ini yang terjadi....

http://hafizel1.blogspot.com/2014/02/segmen-mencari-kawan-by-el-arifah.html 

 Jom join.

Aku cuma si #bloggerpicisan jadi haruslah aku join segmen yang boleh tambah rakan...hehehehe..

Korang nak join? Click banner.

Pastu jangan lupa plak follow tuan empunya blog. Kan....

Thanks korang!

Ok.

Assalamualaikum.

Bantuan Rakyat 1Malaysia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pergghh! bagai menanti bulan purnama jatuh ke riba. Hehehhee...Aku tau ramai yang tengah gatal tangan kanan. Gara-gara BR1M akan dikreditkan ke akaun-akaun anda semua bermula pada 22 Februari ini. Mari kita shopping!

Wah!

hehehehe.


Sila berbelanja dengan berhemah ye rakan-rakan. Beli barangan yang diperlukan. Lebihnya simpan untuk penggunaan masa hadapan di kala sesak.

Ok. Assalamualaikum.

Solat Wanita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sambil belek-belek muka buku. Kelihatan...satu link yang menarik perhatian mata aku. Nice sangat-sangat. Jom audit solat kita. Insyaallah.

Nota dibawah aku #copy #paste dari muka buku. Semoga ianya membawa kita ke arah solat cara betol. Insyaallah.





Cara solat khas untuk wanita

“Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa’”

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..

Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

Ok.

Assalamualaikum.

Tuesday, February 11, 2014

10 Tips Tangani Anak-Anak Cara Lemah Lembut vol.I

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi tips-tips menasihatkan anda. Arini aku bagi 10 dahulu. Later later aku up lagi 10. Insyaallah. Kita kongsi ilmu.

Aku buat yang nombor dua tu....seriuosly budak-budak suka sangat! Sebab they love to being love by their parents. Hug them. Kiss their cheek. They love it!

Sebab...anak aku yang no.2 tu kalau bab sepahkan mainan memang NO.1. Tapi bab mengemas, dia akan jadi MALAS. Paling terok sekali dia akan mintak tolong dengan kakak dia dan suruh kakak dia kemaskan. Jadi untuk bagi dia kemas, aku akan cakap... "Kak Na kemas, ibu bagi satu sayang" dengan pantas dia akan kemas.

Sama jugak bab mandi...ada masa budak-budak ni liat nak mandi. Maka guna teknik yang sama. Sape mandi dapat satu sayang. Apa lagi berdesup pergi mandi.

Nice-

Cubalah, insyaallah they will do it. Kita pun happy sebab tak perlu mengeraskan suara atau meninggikan suara. Hehehehe...



1. Ketika sedang marah mengucapkan “Semoga Allah memberimu musibah atas kenakalan mu”

Percakapan ibu bapa kan satu doa, jadi tukarlah doa anda “Semoga Allah memberimu petunjuk”
2. Kadang-kadang anak-anak tidak mahu melakukan sesuatu seperti kemas atau susun barang permainannya semula lalu “kalau tak nak kemas, ayah pukul”

Apa kata kita tukar cara… “Kalau kemas dan susun permainan atau buku, ayah beri satu ciuman”
3. Anak anak membuang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah
Ajaklah anak-anak bermain bersama-sama dengan sesuatu permainan yang merangsang minda anak-anak

4. Mengugut anak yang berbuat nakal dengan kata-kata ingin memukul. Keluar dari rumah atau masuk neraka

Lakukan sebaliknya, seperti nasihatinya… “Anak yang baik pasti masuk syurga, maka berbuat baiklah dan ayah akan berikan hadiah buatmu”
5. Mengucapkan kata-kata “dasar bodoh! Tak mahu dengar cakap ayah”

Ucapkan sebegini “Anak yang baik, pasti mendengar cakap ayah”
6. Bila anak buat nakal “nanti ayah bagitau atok, paklong dengan wan sebab awak nakal”
Ucapkan sebaliknya “ayah akan puji  awak depan atok, paklong dan wan jika kamu berbuat baik”

7. Waktu menyuruh anak-anak tidur, “tidur cepat!”
Lembutkan suara mu… “Anak, mari tidur. Mari baca sama-sama doa tidur”

8. “Bersepahnya rumah, dah macam tongkang pecah!”
Cuba buat ini dan cakap dalam nada lemah lembut “jom kita kemas sama-sama. Allah suka rumah bersih dan cantik”

9. “eeeee!…pemalas betul nak gosok gigi. Tengok kotor!”
“ayah/ibu suka tengok kalau gigi kamu putih dan bersih”
Atau
“anak, gosok gigimu kan cantik kalau ianya bersih dan putih”

10. Ketika anak menangis “diamlah! Nanti dikacau hantu”
Atau
“diamlah! Nanti ayah pukul”
 Ok.

Assalamualaikum.
Cuba katakan ini… “anak, berhentilah menangis nanti orang dengar ,malu”