Assalamualaikum, semua ;)
Hai, korang!.
Arini nak kongsi sedikit ilmu tentang sayuran yang tengah UP sekarang ni. Hehehehe. Sambil menyelam minum air yawl!
Ekceli...aku tak mahu komen apa-apa tentang isu tersebut. Aku cuma rakyat kecil yang masih boleh berfikiran matang. InsyaAllah.
mih mih mih
So, today aku nak share pasal sayur tersebut. Sharing is caring....
Orang tau makan je...tak tau biografi dia. hak hak hak
Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Asia, kangkung boleh dijumpai di hampir mana-mana kawasan berair.
Di Malaysia ia ditanam di seluruh negara terutamanya di kawasan penanaman sayur tanah rendah. Terdapat 2 jenis kangkung yang ditanam secara komersial di Malaysia iaitu kangkung darat (Ipomoea reptans L. Poir) yang berdaun kecil panjang meruncing dan ditanam atas batas, dan kangkung air (Ipomoea aquatica Forsk) yang berdaun lebar dan tumbuh liar di dalam parit atau paya. Kangkung banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, pasar basah dan pasar raya besar seperti Tesco dan Giant.
Ciri-ciri botani/ morfologi Kangkong mempunyai daun licin berbentuk tirus seperti mata panah di hujung daun, sepanjang 10-12 cm, dan lebar 5-6 cm. Terdapat juga jenis daun lebar dan daun tirus mengikut spesis sama ada kangkung darat ataupun kangkung air. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Selalunya kangkung mula menjalar sebulan selepas ia ditanam. Ini juga menjadi petanda masa sesuai untuk menuai kangkung iaitu sebelum ia menjalar. Kangkung yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih.
Kegunaan Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.
Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.
Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura. Arnab juga suka memakan kangkung.
Khasiat Kajian yang dilakukan terhadap tikus mengandung dengan diabetes-cetusan menunjukkan kesan I. aquatica menurunkan gula darah dengan merencat penyerapan glukosa di usus.
Bahaya Sekiranya dimakan sebagai ulam dan tidak dicelur dengan betul, kangkung boleh merebakkan Fasciolopsis buski, sejenis parasit fluk yang menjangkiti usus manusia dan khinzir, menyebabkan fasiolopsiasis.
Jadi...nak makan sayur banyak mana pun makan le... TAPI makesure basuh dulu...
Cuba amalkan dari sekarang... basuh sayur lepas tu rendam sekejap dalam air garam untuk membuang racun macun kat sayur tu.
Ok?
Assalamualaikum.