OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, January 3, 2014

Hari Pertama

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam hari pertama persekolahan..anak aku pun termasuk skali la tu. Tapi tu la aku kan...ada masalah STML...

short-term memory loss

Maka...lupa nak amek gambar 1st day school

=__=

Aku hantar dia ke sekolah. Alhamdulillah. Keadaan dia tenang. Budak lain? Tak tenang. Tapi anak aku tenang.

Alhamdulillah.

Part yang paling shock skali! Dia balik umah sendiri. Hadoi..tak sempat Encik Usben nak tunggu kat sekolah, tau je dah suku padang dia jalan.

Hadoi!

Lepas balik keje je aku terus ingatkan dia esok jangan balik sendiri. Tunggu ayah amek.

Hai la anak...zaman sekarang bukan macam zaman 10-20 tahun dulu yang mana kanak-kanak 5-6 tahun boleh disuruh ke kedai dan pulang ke rumah dengan baik.

Zaman sekarang banyak orang mentaliti yang sangat abnormal...kalau suruh pegi kedai, silap haribulan tak balik langsung rumah.

=__=

Melalui penceritaan anak aku, semalam sarapan pagi makan biskut dan air milo. Untuk tengahari makan nasi ayam. Dia kata dia dah pandai pergi tandas sendiri. Nice-

Ok. Hari kedua kita tunggu....penceritaan seterusnya. Minggu depan baru aku boleh upload cerita. Aku kan blogger picisan dan aku bukan lah part-time blogger.

Di rumah aku takde masa nak hadap pc...sebok dengan anak-anak dan Encik Usben serta tugasan surirumah yang perlu dilangsaikan. Aku tidaklah seperti blogger yang lelain yang punya masa untuk update blog kat rumah sampai sanggup lewat tidur semata untuk update belog...huhuhuhu

Itu sahaja laporan untuk hari ini.

Ok.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment