OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, August 30, 2013

banyak sangat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran dan Salam Kemerdekaan.

Esok Hari Merdeka. Alhamdulillah dah 56 tahun kita merdeka. Negara dah Merdeka. Tapi aku rasa budak-budak sekarang dah macam kene jajah pun ada. Fashion, percakapan dan cara kehidupan tak melambangkan yang korang ni dah merdeka.

Tapi aku bukan nak cakap pasal kemerdekaan. Bukan.

Aku nak mohon pencerahan daripada cikgu cikgi tentang displin pelajar-pelajar sekolah. Sebab beberapa tahun kebelakangan ini aku dapat lihat pelajar-pelajar banyak sangat berpeleseran di luar sekolah sedangkan waktu sekolah sudah bermula.

Kenapa yea?

Pelajar sesi petang ke? Tapi kalau pelajar sesi petang takkan la pukul 8 pagi dah sampai kawasan sekolah? Kan?

Atau...

Ada kelas tambahan? Kalau tak salah aku kelas tambahan selalu bermula pun jam 10 ke atas...kalau ada kelas tambahan pukul 8 pagi bermula...tapi kenapa pelajar ada di luar sekolah pada jam 8.30 pagi?

Seingat aku....

Masa zaman aku bersekolah, ada jugak cikgu displin atau penyelia pagi atau penyelia petang bawak rotan sebatang dan 'bersiar-siar' mencari pelajar yang tak masuk sekolah lagi...

Hmmmm....

Dan seingat aku juga....

Polis pun banyak jugak 'bersiar-siar' sambil melihat-lihat pelajar. Sekarang dah takde... Kenapa erk?

Atau...

Pelajar sekolah sekarang dah tak boleh disentuh, ditegur atau dibentak oleh cikgu cikgi sekolah? Hamboih! Melampau korang. Korang dah cukup dewasa ke tak perlu ditegur? Dah cukup pengalaman hidup?

Aku ingat lagi...zaman aku sekolah dulu. Pernah je kene cubit, rotan dengan kene denda. Denda jalan itik la. Denda berdiri atas kerusi lah. Denda berdiri kat luar kelas lah. Aku citer jugak kat Umi ngan Abah aku yang aku kene semua tu. Tapi tapi tapi diorang takde pun amek tindakan kat cikgu cikgi.

Sebab...

Diorang tau cikgu cikgi tu nak mengajar anak-anak diorang. Dan diorang juga anak diorang ni takdelah baik sangat!.

Hohohoho...

Sekarang ni aku nak mohon pencerahan dari Ibu Bapa yang punya anak-anak remaja, pelajar-pelajar sekolah yang bermasalah dan cikgu cikgi.

Aku tak faham kenapa budak-budak Melayu berperangai sebegini...Kalau macam ni punya perangai, kalau dapat pendidikan percuma. Memang takdelah korang nak belajar rajin kan? Sedangkan sesi pembelajaran yang bayar pun korang boleh ponteng sana sini...

Tolonglah wahai pelajar Melayu...kita sepatutnya maju kehadapan bukan kebelakang. Kita patut berdaya saing dengan bangsa dan agama lain.

Apa-apa pun TAHNIAH buat pelajar-pelajar Melayu yang berjaya tidak kira kat dalam Malaysia atau luar Malaysia.

Tolong tolong dan tolong jangan khianati kepercayaan dan harapan ibu ayah korang. Walaupun diorang tak tunjuk kekecewaan...tapi ada disudut hati diorang sedikit kekecewaan.

Please....

Ok. Bai-

Tuesday, August 27, 2013

tiga puluh satu ogos

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Apa tiga puluh satu Ogos? Hari Merdeka la.... in English we called it Independence Day. Nak jugak translate in English. Apakah???

Aku bukan nak cakap pasal Malaysia's Independence Day. Nope. Bukan tak nak berpatriotik. Cukuplah aku simpan dalam hati dan aku show off kat anak-anak aku je.

Poyo giler!...

Aku sebenarnya nak bagitau ni.... korang korang semua kalau singgah ke Restoran Hannoon Al-Arab on that beautiful day. Korang boleh makan sepuas-puasnya buffet Chocolate Fountain.

Nak?

Jom. Singgah ke Restoran Hannoon Al-Arab kat Setia Alam, Shah Alam. Harga makanan pun berpatutan. Aku pun bakal menerjah Restoran Hannoon Al-Arab on that day.

Jom! Mari kita bersua muka dan beramah mesra. Hamboi...macam blogger popular.

Lalalalala....

Ok. Bai-

Friday, August 23, 2013

Jom Makan!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Jom singgah makan. Kat restoran my auntie. A lot a lot of makanan arab! Jom singgah! Dekat je...Setia Alam. Bukan kat UAE...hehehehe





Eh?

Ada delivery tau!

Nak order? Korang leh call or Whats App kat no ni 0123430706

Ok. Bai-

Raya 2013

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Tahun ni aku raya kat Banting. As per terms and condition that have been made by me and Encik Usben. Hehehehe.

Tahun depan raya KL pulak. Lalalala...

Eh?

Raya tahun ni seronok sebenarnya cuma aku je yang tak seronok sebab mata aku bengkak sebelah kanan. Ala-ala ketumbits. Tak syok ok! Amek gambar pun macam hape je!

Menyampah!

Ini pun tak surut-surut lagi....

=__=

Jom lah layan gambar...tapi tak banyak sebab keinginan untuk bergambar adalah bukan dalam paras berkehendakkan.

=__=

Ini sebelum amek gambar kat studio...

Nampak tak ada budak monyok terselit. Itu adalah gara-gara tak boleh buat peace. Bahahaha. Merajuk. Itu budak kici semenjak dua tiga menjak ni kuat merajuklah...

Nape erk?

Tolooooooong!

Next picture please...


Payah bila nak amek gambar semua nak buat peace.

=__=


Yang ni okey jugaklah....

Mereka berdua...dan sesungguhnya aku lupa nak amek gambar mereka bertiga...Huhuhuhu

=__=


Siap amek kat studio...okey! Sila jeles.

Lepas amek gambar terus gerak ke Sungai Pelek as usual. Berjumpa,bermesra dan menziarahi sanak saudara.

After that lepak umah tunggu orang datang umah plak. Malam baru bergerak beraya disekeliling kampung. Keliling kampung sangat...satu umah je pergi pong! Satu umah lagi kat Kampong lain. Duh-

Raya kedua aku beraya kat Shah Alam dengan Kukuban, Setapak. Saje letak Kukuban...sebab cam pelikkan? Memang nama jalan dia Kukuban.

Lalalala....

Raya Ketiga all my family datang umah Mak Ayah Mertua aku. Nice!


Lepas kami terus bergerak beraya ke rumah Mak Lang aku. Pastu lepak umah....Esoknya beraya ke Subang Bistari rumah Pak Njang aku pulak.

Last weekend, aku beraya di Batu Pahat. Raya aku meriah walaupun mata BENGKAK! Gilos! Gambar dalam tepon. Mak Jemah tak rajin nak transfer ke PC. Hohohoho.

Gambar-gambar diatas adalah di atas ehsan Encik Usben dan Encik Fathull.

Itu saje perjalanan raye aku. Hohohoo....This weekend continue lagi berjalan ke Klang.

Ok. Bai-

Bayangan Rindu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Okay. Aku tau dah mungkir janji...tak cerita pasal raye. Huhuhu....Nanti yea. Hohoho.

Jangan tipu ne....


Sorry korang...aku jumpa Part 2 je...korang click Part 2 then you will get Part 1. Sorry.

Giler best citer ni. Adaptasi dari Novel Bayangan Rindu-Aisya Sofea.

Aku suka cerita that makes me smile, cries and laugh. Nice!.

Ok. Bai-

Tuesday, August 20, 2013

Anak Ibu Ayah Sebelum dan Selepas

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Subhanallah. Baru hari ini aku boleh menjengah belog. Hampir dua minggu kita beraya baru hari ini aku nak citer pasal raya. Huhuhuhu....

Jap lagi kita cerita pasal raya.

Entri kali ni nak share tazkirah. Dah lama sangat aku tak share tazkirah dengan korang.


Ok. Bai-

Monday, August 5, 2013

Raye Raye Raye!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan & Salam Lebaran..

Sedey...Ramadhan bakal berlalu pergi. Terlalu banyak cerita dalam Ramadhan kali ini. Semoga ianya menjadi sempadan, tauladan, pengajaran dan peringatan buat kami sekeluarga.

Seperti doa sebelum-sebelum ini ku mohon pada Mu, semoga Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan terakhir untukku. Aku mahu dan ingin bertemu dengan Ramadhan tahun hadapan. Amin.


Mahap la Cik Bella. When this picture taken, you already inside the belly. Pim pon pim pon!.

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin untuk all my readers and my FBians friends. Jemput datang umah. Rumah ku terbuka luas untuk dikunjungi. Semoga Allah merahmati kalian dan semoga kita ketemu Ramadhan seterusnya.

p/s: mata bengkak.not nice!

Ok. Bai-

Wassalam.

Friday, August 2, 2013

1825

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Menyelit sekejap...kerja tengah banyak giler!. Itu pasalla dah lama tak update. Aku takde gadget canggih untuk update selalu. Hehehe...

Alhamdulillah, seribu lapan ratus dua puluh lima hari kami telah bersama susah senang, gembira sedih dan marah bertenang. Semoga cinta kami sekukuh cinta Nabi Allah kepada Siti Khadijah.

Hamboi...

Alrite itu je nak update!

Happy Anniversary buat diri sendiri dan Encik Usben.

Apa pressie?

Hoih! Besar punya pressie Encik Usben dapat :p

Ok. Bai-

Wassalam.