OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, February 25, 2013

Rembau Most Wanted! 50 Sen Mesia!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Since after my birthday...dah lama tak update belog. Same too as my friend Chemot! Mu ngelat tak hupdate belog.

Hak hak hak!

Aku tak hupdate takpe sebab mood aku swing selalu sejak jadi mak buyong!. lalalalala.

Sila muntah-

Deng-

Korang dah dengar lagu WARIS? Rembau Most Wanted.

Cam nigger dowh. Bila dengar dia nyanyi aku tingat kat 50 cents. Cuma badan dia kuruih la. Tak taff macam 50cents.

Korang kenal ke 50 cents?

Ke tak kenal.

Hahahahaha....

Ni haaa 50 cents....


tak handsome mamat 50 cent ni harap rapping je hebat. Tapi antara dia dengan Eminem...aku suka lagi Eminem kot...

Sila muntah mak buyong ni suka Eminem.

Aku nak share ni untuk tatapan kakak shayam kat Peru!


Ritu dah share lagu Apo Kono Eh Jang... kali ni latest version. Sang by Waris. Rembau Most Wanted.

Ok. Bai-

Aku tau encik Usben mesti tak suka lagu cam neyh! Lalalalalala-

Thursday, February 21, 2013

Done!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Alhamdulillah. Tiga dekad aku hidup didunia-Mu.

Terima kasih ya Allah. Syukran.


Aku nak....

Samsung Galaxy Y...hahahahaa

Ok. Bai-

Wednesday, February 20, 2013

Wordless Wednesday

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.


dah lama tak tengok dia...tetiba rindu...hahahaaha

saiko betol pompuan mengandung neyh!

tapi....

dia tetap di hati...

;p

Ok. Bai-

Luv you!

Lalalalalala

Friday, February 15, 2013

lukis apa tu?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

She makes me smile today!

oh!gosh-

Ibu: kakak lukis apa tu?

Kakak: kakak lukis kakak la.... (sambil pegang rambut dia)



hehehehe...

ok.bai-

"Segmen Follow Kaw ! Kaw ! By HOT MASA KINI"

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hohohoho....

Segmen kedua aku follow. I follow you lah!

Sonang yo segmen ni.

Mulo-mulo ekau kolik kek sini "Segmen Follow Kaw ! Kaw ! By HOT MASA KINI"

Lopaih tu ekau follow beliau.

Kendian ekau copy paste banner pulak.



Dah siap?

Ekau tinggalkan link ekau kek komen. Okay?

Siap!

Settle.

Ok. Bai-

Thursday, February 14, 2013

Aku Mahu Ini...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nak ni as birthday present, boleh?

Hahahahaha....

Melampau mak jemah. Aku bagi korang rebate RM200.00 pastu korang tambah lagi RM200.00, ok kan?

Aku dah tanya banyak tempat...takde stok. I hate U.

Dah beli pastu bungkus cantek-cantek. Bagi kat aku. Hihihihi.

Ok. Bai-


Valentine's Day!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari ini hari Khamis yea bersamaan dengan 3 Rabiulakhir 1434 Hijrah!.

Alhamdulillah, selama aku hidup aku belom lagi gila nak sambut Valentine's Day dan tak pernah sambut Valentine's Day.

Bulan November tak pun bulan Disember nanti banyaklah bayi yang ada dok dalam tong sampah, dalam sungai, depan surau tak pun depan umah orang...

Hoii! insaflah weyh. Dunia ni dah hujung waktu. Kalau betol nak buat aktiviti bersenggama tu, pegi kawen. Buat cara halal.

Ni tak...dah la tak kawen lagi. Pastu bila dah mengandung, nak digugurkan pulak. Kalau tak gugur, dikandung budak tu. Dikandung kalau dijaga takpe. Ni letak sana sini. Tak pun campak. Tak pun bakar buat BBQ.

Korang ingat ahli syurga tu apa? Anak patung?

Sudah-sudah la tu buat dosa...yang pompuan tu, korang tak kesian ke ayah korang ngan adik beradik lelaki korang pun ikut tanggung dosa sekali. Dosa diorang pun tak tertanggung, korang tambah pulak lagi dengan aktiviti senggama korang...

Dah la...tak mampu mak jemah nak bebel lagi. Kang ada yang sentap. Terus aku nye blog melambak haterz. Hik hik hik. Tapi aku tak kisah pun...janji sampai apa yang aku nak sampai kan. Faham?

Ok. Bai-

Ok. Jeles!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini ari jeles dan ari merajuk aku.

Ok. Bai-


Wednesday, February 13, 2013

Pesan Roh Kepada Manusia...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

New week. New day. Hopefully everything will be okay as per scheduled. Hamboih...mak jemah speaking pulak pepagi neyh. Hak hak hak.

Ceria di pagi hari kan bagus. Lalalala...

Actually it is one of my therapy. My love kid SZ demam. And her body is full with gegata....

=__=

Allah sedang menguji hati seorang ibu dan kekuatan rohani dan jasmani si anak....

Semoga dia sembuh lekas-lekas. Amin.

****************************************************************************
Okay, back to the actual topic.

Pesan Roh Kepada Manusia...

Please do share...


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw bersabda:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah saw lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Friday, February 8, 2013

semilan puloh semilan peratus!

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Ada text aku nak share...Fakta atau Auta?



Hak hak hak


FAKTA 99% lelaki beristeri lebih sayang kepada Anak..

1) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang kepada anak daripada isterinya. Hal ini dibuktikan, jika sependa anaknya melorot pasti diangkatkan, tapi jika sependa isteri yang sudah londeh malah dilorotkan lagi...

2) 99% lelaki beristeri yang sudah punya anak, kalau lihat anak orang lain pasti ingat anak sendiri tapi kalau lihat isteri orang pasti lupa isteri sendiri...

3) Hampir 99% lelaki lebih sayang anak daripada isteri kerana anak adalah "Darah Daging", sedangkan isteri hanyalah "Penyepit Daging"...

4) 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak kerana kalau anak tidak pakai baju pasti dipakaikan baju, sebaliknya isteri yang sudah pakai baju malah suruh dibukakan baju...

5) 99% lelaki yang beristeri lebih memberikan perhatian pada anak, kalau anak tertonggeng dibantu untuk berdiri. Cuba kalau isteri, dah berdiri pun malah disuruh tonggeng pula...

6) Hampir 99% lelaki yang beristeri lebih sayang anak. Dibuktikan ketika malam hari, anak sedang asyik main tp dirayu-rayu untuk tidur. Kalau isteri yang sudah asyik tidur pula dirayu malah diajak "main"..

Betol atau tidaaaaakkkk?

Hahahaha...

Kisah lucu untuk hari jumaat yang ceria (^^,)

Ok. Bai-

Thursday, February 7, 2013

dua ratus hengget!ko hado?

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Daku ada berita hangat skalik yawl! Mesti pasangan-pasangan yang kawen tahun ni suka! hehehehe

Bukan setakat orang Islam je dapat. Orang bukan Islam pun dapat jugaks!. Cara pembayaran dia bukanlah bagi voucher cam gomen bagi tuh. Untuk orang muslim diorang akan bagi melalui Tabung Haji. Untuk non-muslim diorang akan dapat simpanan premium berjumlah RM 200.00

(^^,)

Aku dapat dari Sinar Harian online..

SHAH ALAM – Golongan belia di Selangor yang berkahwin mulai 1 Januari tahun ini kini boleh menikmati insentif hadiah perkahwinan RM200 bagi setiap pasangan, dalam tempoh terdekat.

Exco Adat Melayu, Belia dan Sukan negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, pemberian insentif itu dikhaskan kepada pasangan suami isteri atau salah seorang daripada mereka yang merupakan anak Selangor, berusia 35 tahun ke bawah.

Katanya, insentif itu akan diberi dalam bentuk simpanan Tabung Haji bagi mereka yang beragama Islam, manakala untuk pasangan bukan Islam pula, pemberian dilakukan menerusi sijil simpanan premium.

“Sekarang, kita dalam proses menghantar borang permohonan insentif ini kepada pusat khidmat masyarakat di semua Dun di Selangor.

“Dalam tempoh seminggu, belia yang sudah berkahwin boleh mendapatkan borang permohonan di pusat khidmat masyarakat Dun masing-masing untuk mengisi borang bagi mendapatkan insentif hadiah perkahwinan ini,” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di sini, semalam.

Beliau berkata, pemberian hadiah itu akan diproses secepat mungkin sekiranya pemohon menghantar permohonan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) segera.

Menurutnya, pihaknya juga tidak mengambil kira penilaian gaji pasangan untuk mendapatkan hadiah perkahwinan itu.

Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pemberian insentif itu menerusi pembiayaan daripada peruntukan Belanjawan Selangor 2013.

Apa lagi?

Pegi amek!

Bukan senang Kerajaan Selangor nak bagi duit. Hehehehe....





Aku tak leh mintak...aku pengantin dah basi. Hahahahaha...


Ok. Bai-

idaman tekak dan nafsu

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Mood swing tu yang lambat dan tak ber'hupdate' belog. Lalalalaala. Padahal, idea takde nak taip apa. Gagagaaga.

Arini cobaan mengganti posa. Huhuhuhu...Ada lagi doblas hari tak berganti. Lalalalala. Semoga aku diberi kekuatan untuk ganti sumer posa-posa yang ado.

Kamoooo!yang dalam perot sila beri kerjasama. Okay.


This one done. Baru makan separuh. Ada lagi dua setengah bijik! Hak hak hak. Pentamak. Nak beli sampai 3bijik. Balik kang waktu bukak posa leh makan. Lalalalala.

Aku beli kat bangunan sebelah Semua House. Apa ntah nama bangunan tu. Lupa Mak Jemah. Biasalah nak masuk 3series, macam-macam lupa. Kene makan kismis lebey camni.

Apakah?

Idaman tekak dan nafsu seterusnya ....


Datang dari Klate. Adik kesayange belikan. Hak hak hak. Spoloh hengget sebungkus. Malam kang akan aku makan habeskan. Semua nak habeskan malam, macam dah takde hari besok.

Dang-

Malam tadi dah makan sebijik. Tapi sebab dalam pale otak nak makan nasi berlaukkan masak lemak pucuk paku. Terus lupa buah keranji dalam perahu. Gagagagaga.

Idaman nafsu dan tekak seterusnya.... dah musim ke weyh buah ni? Aku nak beli la... Encik Usben ari Sabtu pagi kita pegi Chow Kit tengok ada tak...

=__=






Kecoq ayaq lioq!

Aku tak mo yang dalam tin nya. Aku nak yang fresh! Ada rasa masam manis sket. Perrgghhh!

Ada yang batal posa aku dok tingat kat buah laici neyh.

Deng-

Ok. Bai-

Monday, February 4, 2013

Baru ka Lama ka?

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Entri pertama untuk bulan Februari. Bulan yang akan tukarkan diri ini dari 2series ke 3series. Haip!

Takpe...Encik Usben yang akan jengah dulu 3 dekad tu. Hak hak hak



Aku dua minggu kemudian (nampak tak aku dah bagi hint?)
Walaupun Encik Usben mengatakan tahun ni tahun lompat...apakah?
Sebab 21hb takde dalam kalendar.
Huh!

mencik! (nampak aku bagi hint dan date bezday tak?) sila buat tak nampak.hahahahaha

lari topik!

larik!

*takdemotiptapisajeletakBMW3Series* 

kat opis aku la ni ada budak praktikal. nama dia Mimi.

Orang utagha habaq mai!

Tapi part yang tak best...colleague aku benti gitu je...tak bagitau aku pun nak benti!

Ko memang! ko tak tau work ethic ke? Mana bley bagi 24hours resignation! Call je plak tu! Agak biadap tau tak!

Memang tak arr nak amek ko semula (cheh! cam aku boss) :p

Ko bukan keje kontrak okay. Ko permanent staff kat sini. Sila beradab sket. Huh!

Unless ko dah buat perjanjian yang ko bley benti bila-bila masa saje. Huh!

Nampak kemarahan ibu mengandung di situ? Ok. Ibu mengandung....tenang.Istighfar banyak-banyak.

Ok, Mimi....awak buatlah keje melambak yang atas meja tu. Aku tak tau nak buat. Tunggu je la arahan dari pihak atasan untuk job sheet awak seterusnya. Lalalalalala.

Ok. Bai-

p/s: motip?tak suka dengan orang tak tau work ethic. Ingatan untuk diri sendiri jugak :p