OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, July 31, 2012

Kerabu ke Nasi Kerabu?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Tika berbuka puasa . . . .kelihatan KERABU DAUN SELOM di atas meja.

Si Gadis Ketawa Besar: buat nasi kerabu erk?

Pompuan Mulut Puaka: mana ada.

Si Gadis Ketawa Besar: betulla nasi kerabu makan ngan kerabu ni.

Pompuan Mulut Puaka: tu nasi puteh. bukan nasi kerabu.

Si Gadis Ketawa Besar: nasi kerabu makan dengan ni kan?

Pompuan Mulut Puaka: ?

Korang nampak tak? Seboleh-bolehnya dia nak betol jugak.

Ye sayang, kalau belah utara memang cenggitu makannya.

Tapi dari apa yang ko cuba katakan, nasi tu nasi kerabu Kelantan kan?

Aku tak nak kata apa.

Cuba menegak benang yang basah kah????

Hmmmm . . .


wut eva-

Ni nasi kerabu ye sayang . . . nasi kerabu yang selalu beli kat pasar malam itew.

Teringin pulak nak makan nasi kerabu . . . hmmm.




Mekasih lah pada Encik Gugel atas ehsan kedua-dua gambor tersebut. Kerabu Daun Selom aku dah habes tak sempat nak snap. Gagagaga-

Ko Ade?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sampai dah!

Kau Ada?


gugugagagigi-

simpan wat koleksi jek.

memey tak arr nak gune.

hahahahaah!

Monday, July 30, 2012

Safiyyah vs. Potty Training

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Alhamdulillah, thanks to my Umi. Sebab tolong handlekan potty train untuk Cik SZ. Hehehehe. Aku amek alih bila hujung minggu saje.

Now, Cik SZ are free from diapers for day time. Peepee only. Poopoo not yet. Huhuhuu.

Next mission is poopoo.

=__=


All the best to all moms out there yang struggle nak ajar anak potty train. I've got another one to be potty train.

Usaha tangga kejayaan!.

Friday, July 27, 2012

Udang Masak Tomato

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Ini adalah lauk kelmarin yea rakan-rakan. Semalam aku berbuka dengan Nasi Tomato, Ayam Tomato, dan Kerabu Tomato.

Terbaek-

Bahan-bahan:

1/2 kilo udang
1 sudu besar cili boh
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
Gula

Cara-cara:

Bersihkan udang. Sukahati nak guna udang apa-apa pun. Tapi janganlah guna udang kering atau udang geragau. Lempang nak? Udang dah bersih. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih dengan halia. Tumis sampai sedikit kekuningan. Masukkan cili boh. Tumis sampai naik minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato. Kacau sebati. Tambahkan sedikit air. Kalau korang nak kuah banyak, tambah la lagi air. Masukkan garam dan gula.

Tunggu sampai mendidih. Masukkan udang. Udang dah masak. Tutup api.

Siap.


Ni Umi aku tambah bawang hiris. Kalau udang kan sedap ada bawang hiris. Terbaek-

Ini plak hasil Ayam Goreng Cili Padi.


Dan ini pulak desert untuk berbuka!

Hmmm. Sedap sangat-


Masa tu buat air longan. Sedapnye. Perut aku dah macam nak meletops sebab kene abeskan buah longan. Huhuhhu.

Ni gara-gara Umi ngan Encik Awie la ni. Pentamak buah longan. Last-last aku yang kene bagi perabih. Encik Usben pulak abeskan air.

Okayla tu kan bang? Sama-sama gemok! Hahahahaha-

Apakah ini?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Aku nak korang teka apa benda ni. Dah dapat teka. Sila SMS aku jawapan dia.

Aku nak banje korang top up RM10.00. Orang yang pertama hantar SMS kat aku dapat le top up RM10.00.

Orang kedua ketiga keempat dan seterusnya tak dapat!

So, sape cepat dia dapat!

Selamat meneka!


Tarikh tutup: Lepas terawikh malam ni. Gagagagaga-

tits bits

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Budak tits bits!.





ini budak memang teramat la suka tits bits. cuma junk food akan diberikan bila sesi bervacation sahaja. di rumah No means No.

Kat umah akan sentiasa ada . . . murukku. kerepek. kokocrunch. kuihgunting.

Aritu masa jenjalan kat Batu Pahat. Lepak kat umah mak sedara Encik Usben. Hampir setengah balang murukku NZ makan sengsorang!.

p/s: Ibu kene belajar buat murukku la camni-

Thursday, July 26, 2012

Maaf

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Sebok la arini. Tak sempat nak update aku buka apa semalam. Tengoklah nanti kalau keje settle cepat. Okay bye!.

Dah tau sebok nak jugak buat entry.

Tampar nak?!

Tata For Now!

Wednesday, July 25, 2012

Apakah Kegilaan Ini????

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Dialog antara Si Gadis Ketawa Kuat Giler dengan Si Lelaki Yang Gemok Kurus.

Di suatu petang yang damai. Si Gadis Ketawa Kuat Giler sedang sebok membelek album lama. Tetiba dia tanya . . .

Si Gadis Ketawa Kuat Giler : Ni kat mana ni?

Si Lelaki Yang Gemok Kurus : Kat Morib.

Si Gadis Ketawa Kuat Giler : Morib kat KUANTAN kan?

Si Lelaki Yang Gemok Kurus : Apakah?

Si Gadis Ketawa Kuat Giler : Kan? Morib kat KUANTAN kan? Tolong la cakap Morib kat Kuantan.

Giler dahsyat ko punya Geografi dek nun oooiiiii! Masa bila Morib kat Kuantan? Ko pegi gugel tengok Morib kat mana.

Sekarang!.

Ce tanya Morib kat Si Rambut Curly Fries. Aku rasa dia leh jawab kot. Bahahahaha-

okay, bye!.


p/s: actually aku tak pasti apa kesudahan dialog kat atas. aku juga tak pasti si gadis ini sudah mengetahui atau tidak di mana Morib.

Tuesday, July 24, 2012

Another Pablo Picasso!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Tolong!

Tolong!

Tolong!

Camne aku nak settlekan masalah ni?

Camne aku nak ilangkan segala-galanya?

Nak nanges!

(!!-!!)


Cantek lukisan ko nak-

Mekasih manyak-manyak.

Sharing the Madness!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Memandangkan Encik Usben je sorang lelaki dalam family aku. Maka, dia tak leh la nak share the madness. Hahahaha. Unless kalau dia sanggup memberi 'nya' untuk dipakaikan. Hahahahaha.



Okay, bai-

Tiramisu Ice Cream Cake!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Entri basi lagi yawl!. Aku lupa nak upload gambar. Tu yang jadi entry basi. Hahahaha. Padahal lupe.

16hb aritu bezday Encik Fathull. So, kami pun berpakat la nak beli kek eskem. Dah macam tradition je bezday sesape, beli eskem kek. Sedap woo eskem kek!.

Aku selalu beli kat Pistachio.

Eh! Umi. Umi tak pulangkan lagi membership card saya. Hehehehe.

Dulu aku selalu pergi bershopping cake kat Pistachio Wangsa Melawati. Memandangkan cawangan Wangsa Melawati dah tutup. Maka dengan itu, aku pegi pulak kat Taman Permata. Kadang singgah kat Setiawangsa.

Pandai kan aku tinggalkan jejak. Hehehehe.

Inilah hasil membeli sepantas kilat.



Korang nampak tak eskem tu dah meleleh sket? Nampak tak?

Mau nya tak cair! Nak tunggu bezday boy ngan besday girl je dah DUA JAM. Pastu tunggu pulak Umi aku kuar dengan Encik Awi. Tunggu Umi aku je dah SATU JAM.

Kek tu tahan SATU JAM saje. Ni kalau dah TIGA JAM. Sah-sah la cair.

Nak tau tahap kecairan dia macam mana?





Owh. Lupa plak bulan posa dah. Maaf di atas segala keliuran air liur. Gagagagaga-

Kali ni aku beli Tiramisu Ice Cream Cake. Terbaek wok!

Resipi?

Tak dop.

Aku tak reti buat ice cream cake. Hehehehe. Tunggu lah nanti aku masuk kelas kek. Pastu aku bukak bakeri. Amin.

Daaaa-

Monday, July 23, 2012

Ayam Goreng Cili Padi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Yes! aku tau. Bila bulan posa je, segala ibu. Segala nenek. Segala kakak. Pening kepala. Hari ni nak masak apa. Untuk hari ini aku nak kongsi kan resipi Ayam Goreng Cili Padi.

Maaf gambo takde.

Bahan-bahan:


Bahan A.

1/2 ekor ayam
kunyit
garam

Bahan B.

2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10-20 biji cili padi
2 biji cili hijau
Air yang secukupnya
garam
gula

Cara-cara:

1. Korang dinasihatkan membeli ayam yang halal lagi bersih. Siang dan cuci. Kemudian lumurkan ayam tersebut dengan garam dan kunyit. Ayam tu sukahati korang la nak potong berapa. Nak potong 18 pun boleh. Tapi agak-agak lah kalau nak kerat pun. Setakat 1/2 ekor nak potong sampai 18. Giler kedekut korang neyh. Hehehehe.

2. Dah lumur. Goreng sampai garing. Ketepikan.

3. Blend Bahan B sampai hancur. Tumis sampai naik bau. Hati-hati. Mungkin tangan dan hidung anda akan pijar sementara nak tunggu cili tersebut garing dan naik bau. Bila dah naik bau, masukkan gula dan garam. Kacau sebati. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup api.

Dah siap!

*kalau nak pedas lagi boleh tambah lagi cili padi.

Tapi untuk bulan posa ni tak yah buat pedas-pedas. Kang ada yang perut korang jadi upset plak.

jap jap kakak nak siap.

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Dialog si anak pada pagi Sabtu lepas.

Ibu: Kakak, jom ikut ibu pegi kedai.

Dengan tidak semena-mena, dia masuk bilik pegi meja solek.

SZ: jap.jap kakak nak siap.

(sambil tepuk-tepuk pipi konon pakai bedak. betulkan baju. sikat rambut)

SZ: ok.dah. jom ibu.kakak dah siap.

Ibu: terkedu seketika.

Hmmm. Apakah????


Friday, July 20, 2012

Esok Puasa Yeay!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Jom set niat! Malam kang pergi tarawikh. Pastu sahur.


Semoga Ramadhan kali ini lagi best dan lagi berkat dari Ramadhan yang sebelumnya. Amin.



Selamat Berpuasa semua!

Ampun maaf dipohon dari aku. Spoloh jari daku susun mohon kemaafan.

Cliche-

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Attention all passengers.

The Ramadhan gate already open, now you can register all your amalan there. And all the kiosk to upgrade your pahala also ready.

Alhamdulillah. Dengan izin dari-Nya, aku dapat berjumpa bulan Ramadhan semula. InsyaAllah. Jadi tahun ini adalah tahun kelima aku berpuasa sebagai seorang isteri. Dan tahun keempat sebagai seorang ibu.

Bulan Ramadhan dah sampai. Sepertimana aku, kau dan korang sumer tau. Apa yang kita WAJIB dan SUNAT kita lakukan semasa bulan yang mulia ini.

Tak reti-reti lagi?

pa wau alif sin alif!

Itu kan wajib. Itukan salah satu rukun Islam! Itupun masih lagi ada yang MALAS! Atau memang korang nak tempah nama masuk dalam Neraka? Takmo booking Syurga kew?

*akutaulasyurganerakatudalamperbendaharaanAllah*

Konon nak guna ayat-ayat cliche? Nanti-nanti aku taubat lah. Wah! sedapnya mulut berkata. Kalau ko sempat bertaubat. Kalau tak sempat. Hmmm.

*tepokdadatanyaiman*

Allah sayang kan kita sebab tu Allah cipta Bulan Ramadhan ni. Supaya kita dapat upgrade semua pahala dan amalan. Disebabkan terlalu sayang pada makhluk-Nya, Dia dah gari semua syaitanirrojim malam ni. Tak payah banyak citer kalau punya masa dan berkeinginan nak collect pahala, jom kita pegi solat sunat Tarawikh malam ni.

Buat Kak Nam seluruh Malaysia, zip mulut tu kejap. Jangan nak bergosip bulan-bulan posa ni. Daripada Kak Nam tambah dosa, baik Kak Nam pergi surau baca Al-Quran tak pun berzikir. Mana yang suka baca belog gosip tu, cuba tahan diri dari membuka website tersebut. Cuba alihkan diri anda membuka website yang ada sediakan bacaan Al-Quran. Atau amek je senaskhah Al-Quran dan baca.

Untuk mak-mak dan adik-adik yang suka shopping tu. Dari korang buang duit shopping sampai membazir tahap gaban. Baik korang pergi bersedekah. Hulur le duit tu kat masjid-masjid tak pun surau. Atau dari membazir kat Bazaar tu, baik korang sedekah kalau ada si peminta sedekah kat Bazaar. Tapi bila dah sedekah tu jangan banyak citer pulak!. Hehehehe.

Bila waktu berbuka tu pulak biarlah bersederhana. Ini tak, orang dalam umah 3 orang tapi makanan macam 10-20 orang nye hidangan. Sape yang nak habeskan weyh? Muat ke perot tu? Jangan membazir. Tuhan marah orang membazir.

Aku rasa cukup la aku membebel pasal bulan posa ni. Ini pun salah satu motivasi untuk diri aku jugak dan juga peringatan untuk korang jugak!.

Gagagagaga-



Wassalam.

Jangan Berhenti di R & R di waktu tengah malam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.


Ni saya copy paste yer..

" Nak SHARE story dgn rakan2 kat dlm CG. Semlm sy g KL sebab ade keje2 yg perlu diuruskan. Sy ditemani oleh isteri sy. Dlm perjalanan blk ke rmh (seremban) sy ikut highway LEKAS. Disebabkan terlalu penat (sy tgh demam) mse drive sy stop kt R&R Beranang dlm pkl 3pg. Sy dan isteri park kereta (myvi), off engine & buka sedikit tingkap utk pengudaraan lps tu tido.

Dlm pkl 3.10 pg isteri sy kejutkan sy bila sy bgn ade 4 org lelaki berbangsa india (Penyamun) mengepung kereta sy dan cube umpil pintu kereta. Sy terkejut terus hidupkan kereta & cube beredar dr situ. Salah seorng dr mereka cube cederakan sy dgn menjolok pembuka tayar kereta kat tingkap yg terbuka sedikit tp sy sempat pegang dan terlps dr tangan dia. Sy terus drive tp laluan R&R keluar ke highway diaorg block dgn kereta diaorg (Waja Kelabu/Coklat) sy terpaksa lawan arus keluar ikut jln msk ke R&R. Sy terus pecut kereta sambil call 999 utk bantuan dlm mase sama diaorg kejar sy dan cube langgar kereta sy dr belakang. Plg best mase ckp dgn operator kecemasan sy bgtau dia situasi sy dia ckp “Encik sila pergi ke balai berdekatan” padahal time tu mmg tgh pecut & penyamun tu tgh kejar (mcm dlm movie pun ade) siap sy bgtau operator tu “diaorg tgh kejar sy & cube langgar kereta sy” dgn nada selambe dia ulang ayat sama. Sy letak hp trus pecut dlm 140-160kmj penyamun tu kejar sy dari R&R Beranang smp Exit Tol Setul (Seremban) antara R&R Beranang dan Tol Setul ade 2 exit lg (Nilai/Pajam & Mantin) nk bgtau yg diaorg ni nekad nk samun sy sanggup kejar smp ke Tol Setul (dlm 20km). 

Smp kat Tol sy perlahankan keta sebab kat situ dh ade org (mase kene kejar ade selisih dgn sebuah kereta je punye sunyi Highway ni)diaorg trus potong dan kluar dr tol sy msk laluan sama tanya budak jaga tol td “dik kereta dpn tu india 4 org kan” utk dptkan kepastian. Dia ckp ye lps tu sy ckp la sy hamper kene samun kebetulan kt situ ade peronda LEKAS sy btau diaorg psl kejadian td trus escort ke Balai Mantin buat Repot Polis. Polis ckp sy bernasib baik sebab bertindak cepat kalau x xtau la ape akan jd kt sy & isteri.Sy nk nasihatkan pemandu2 yg gune highway LEKAS lps pkl 12 mlm jgn la berhenti kat kwsn R&R sebab bahaya walaupun diaorg ckp ade guard tp sy x nampak pun batang hidung mse berhenti."


Please berhati-hati bila berhenti kat R&R. Orang zaman sekarang dah macam zaman jahiliah dah. Bunuh orang sana sini. Rompak orang sana sini. Rogol orang sana sini. Culik sana sini. Dunia akhir zaman. Terlalu banyak kemusnahan.






gambar hiasan.mekasih cik google!

Hati-hati walau dimana anda berada.

Alahai, Mat Salih!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam aku baru je habis baca novel Alahai, Mat Salih. Rajin kan aku  baca novel? Masuk bakul angkat sendiri nampak.

Quiet okay gak la citer dia cuma yang aku tak minat ialah banyak repeated scene. Konflik Aira dengan perasaan diri sendiri. Seyes aku rasa cam bosan kat situ. Aira seorang yang sangat payah nak tunjukkan emosi dan perasaan kepada suaminya sendiri, Zafri.

Ini telah menyebabkan aku sendiri dapat merasa apa yang si Zafri rasa. Zafri si Mat Salih yang pandai mengambil hati dan memaafkan orang. Walaupun ada perkataan melayu yang kurang fasih namun jiwanya lebih romantis dari lelaki Melayu.

*taksayangmulutke*

Novel ni banyak berkisarkan penghidupan Aira dan Zafri sebagai suami isteri tapi tak macam suami isteri. Sebab Aira lebih suka mendiamkan diri bila bersama Zafri. Dia suka memprotes. Suka mengisyhtiharkan perang dingin dengan Zafri.

Si Zafri pula, banyak bersabar dengan kerenah bininya. Kerana sayang hamba turutkan. Naseb ko dapat usbeng Mat Salih Aira oooi. Kene dapat laki Melayu, matiklah kau merajuk sendirik. Silap haribulan kene tinggal.

Gagagagaga-


Hasil Nukilan Zan Zarida. Ada part tu macam mencuit hati aku sket. Tapi macam banyak ulangan scene. Aku tak suka.

Okaylah harga dia RM 19.90.

Korang boleh dapatkan di semua kedai-kedai buku yang terpilih.

Kalau malas nak pergi, korang leh order dengan. Oda saja-

Bye-

Thursday, July 19, 2012

Segmen Ayu: Saya Blogger Dari . . .

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ni hasil jangkitan dari penyakit dari Chemot la ni! Awat ang tag aku? Bak datang pavlova satu. (*takdekenemengena*)



Segmen ayu: Saya blogger dari . . .. jadah apa ayu aku neyh? ayu la sangat. muka cam muka tembok 14 ada la. namun daku bersyukur punya muka okeyh. Alhamdulillah.

Aku dari Kuala Lumpur. Aku lahir kat Sepital Bersalin Kelumpo. Maka sahih lagi benar aku asal Key Ell yawl!.

Mari kita lihat dan baca apa sejarah Kelumpo!.


Kuala Lumpur merupakan sebuah bandar persekutuan dan bandar paling ramai penduduk di Malaysia. Bandar ini meliputi kawasan seluas 243 km2 (94 batu persegi) dan mempunyai penduduk anggaran 1.6 juta tahun 2012. Kuala Lumpur juga dikenali sebagai Lembah Klang, aglomerasi bandar sebanyak 7.2 juta. Ia merupakan antara kawasan yang paling pesat berkembang metropolitan di negara ini, dari segi penduduk dan ekonomi.

Kuala Lumpur adalah kerusi Parlimen Malaysia. Bandar ini pernah menjadi rumah kepada cawangan eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan, tetapi mereka telah berpindah ke Putrajaya pada awal tahun 1999. Beberapa bahagian badan kehakiman masih di ibu kota Kuala Lumpur. Kediaman rasmi Raja Malaysia, Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Diberi nilai sebagai bandar dunia alfa, Kuala Lumpur adalah pusat kebudayaan, kewangan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya serta sebagai sebuah bandar utama. Kuala Lumpur berada di kedudukan 48 di kalangan bandar-bandar global oleh 2010 Dasar Luar Bandar Terkemuka Indeks Global dan berada di kedudukan 67 di kalangan bandar-bandar global untuk inovasi ekonomi dan sosial oleh Indeks 2thinknow Bandar Terkemuka Inovasi pada tahun 2010.

Kuala Lumpur ditakrifkan di dalam sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan merupakan salah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan Malaysia. Ia adalah enklaf di dalam negeri Selangor, di tengah pantai barat Semenanjung Malaysia. Penduduk bandar dikenali sebagai warga KL. Sejak tahun 1990-an, bandar ini telah menjadi tuan rumah sukan antarabangsa, acara-acara politik dan budaya termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu. Di samping itu, Kuala Lumpur adalah rumah kepada bangunan berkembar tertinggi di dunia, Menara Berkembar Petronas, yang telah menjadi simbol ikonik perkembangan futuristik Malaysia.


Apa yang best kat Kelumpo neyh? Macam-macam ado. Cumo takdo sawah yo!


Ni ha bangunan berkombar!




Petaling Street a.k.a China Town! Mali-mali soping-soping, balang mulah-mulah punya-






Akuarium terbesar di Malaysia. Aquaria la babe! Gua dah pegi dah!


Central Market yawl!


Bangunan Sejarah . . . Bangunan Sultan Abdul Samad.


Last bangunan yang aku rasa cukup simbolik untuk Malaysia dan Sejarah.


Makanan tempatan?

KL? Nan ado makanan tempatan nye. Kat KL ni macam-macam kedai makan ada. Ko pilih je nak pantai timor, pantai barat (eh! pantai barat aku la tew), utara atau selatan. Semua ada. Jadi tempat feveret orang suka lepak makan aku pun payah nak kata . . .

Lain orang lain suka tempat lepak.

Tapi kalau kat KL ni, orang suka lepak kedai ni. Aku pun pelik, kedai macam ni selalu menjadi pilihan hati rakyat KL. Hahahaha.

Pe lagi KEDAI MAMAK la. Kalau ada game bola. Kedai ni la yang akan dipenohi dengan rakyat KL. Hahahaha.

Okay, habes!

Buat Kak Mar sayang. Saya tag kamu pula!


Juara Ragbi!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sebagai bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat. Aku berbangga okey, bila sekolah aku jadi juara Ragbi.

Terbaek!

Citer ni citer semalam.

Tapi nak selit jugak letak dalam belog daku yang tak seberapa ini. Ni aku amek dari Harian Metro Online.



SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Keramat muncul juara Kejohanan Ragbi Antara Sekolah-Sekolah Columbia Asia-Cobra 2012 selepas menewaskan SMK Seksyen 19, Shah Alam 2012, baru-baru ini.
Perlawanan di SMK Puchong Utama (I) turut menyaksikan SMK Tinggi Kajang menduduki tempat ketiga. Sejumlah 18 buah sekolah menyertai Program Ragbi Antara Sekolah-Sekolah Columbia Asia-Cobra yang dilancar Isnin lalu.

Hadiah berupa trofi disampaikan Ketua Pengarah Eksekutif-Asia Tenggara Columbia Asia, Kelvin Tan serta Naib Presiden Cobra, Tommy Pereira.
Turut menyampaikan hadiah ialah Penolong Pengarah Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dari Kementerian Pelajaran, Mohd Hamry Ismail.

Kejohanan dimeriahkan kehadiran pelajar sekolah-sekolah yang mengambil bahagian, guru-guru, ibu bapa serta wakil Columbia Asia dan Cobra.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma turut dilaksanakan Columbia Asia.

Tu je nak update!




Ma Precious!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Alhamdulillah 15hb Julai 2012 yang lepas, Encik Fathull selamat menjadi tunangan kepada Cik Nurul Hafizah bt Sabree. InsyaAllah, kenduri kaweng akan diadakan tahun depan. Cuma tarikh belum dapat dipastikan lagi.

Yeay! aku bakal dapat adik ipar lagi yawl!.

Selepas betapa penat nye aku memerah keringat dan idea. Membeli segala barang-barang untuk di buat hantaran.

Dan ini lah hasil air tangan aku.

Jeng. jeng. jeng.

Telekung dan Sejadah


Bunga Rampai 

 Buah Epal (penat aku gosok nak bagi kilat!)


 Bekas Cincin yang sangat floweriness!


 Sireh


Cekelat

Satu je gambar tercicir. Gambor kek. Aku lupa nak kelik-kelik. Gagagagaga.

Gambo penunang pun tak nyempat nak snapp. Kesibukan, keletihan dan kedemaman yang bakal melanda diri ketika itew membuatkan aku ilang ingatan untuk kelik-kelik gambo.

Semoga jodoh anda berdua kekal ke akhir hayat. Amin.

Wassalam.

nak empok!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kejadian ini berlaku malam tadi ketika sedang menyuap SZ dan NZ kuewtiau goreng.

SZ : ibu, kakak nak ayam.

NZ: nak empok

Ibu: Mana ada empok.

NZ : nak empok. nak empok. (sambil tunjuk kearah sesuatu di dalam kuewtiau goreng)

Ibu: bukan empok la adik. ni tauge!

NZ : tau lah.

aiyak!

dah la salah sebut. pastu nak berkerek-kerek ngan aku pulak! boleh mengundang kemarahan neyh!

hahahahaha!

nama baru untuk tauge. EMPOK!



ikan masin ada tak, dik?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Suatu hari yang hening dan tenang. Tiba-tiba di kedai serbaneka 24 jam datang lah seorang makcik.

Ting Tong.

M.cik : Adik, serbuk Tumix ada?

Penjaga Kaunter : Takde, makcik.

M.cik : Dulu saya ada beli ada.

Penjaga Kaunter : Maaf makcik dulu ada sekarang dah tak jual.

M.cik : Ikan masin ada?

Penjaga Kaunter : =__=

Hahahahahahaha!

Korang rasa ada ke ikan masing kat dalam kedai serbaneka 24 jam itew?

Fikir-fikirkan.

Selamat Menyambut Ramadhan!



Wednesday, July 18, 2012

ain wau ro ta

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

ain wau ro ta

apa ya?

dapat bayangkan?

alhamdulillah.

aku tertarik nak masukkan topic ni dalam belog aku sebab banyak sangat saudari islam kita ni suka bagi alasang . . .

1. belum sampai seru (bengong)

2. kalau pakai tak ikhlas tak guna gak (doksedardiri)

3. kubo lain-lain, apa ko pedulik. (initahapkuanghajo)

4. dah tua-tua kang aku pakai la. kalau mati tua. kalau mati mude? pucuk dicita ulam mendatang la (takdekenemengena)

semua alasang yang diberikan tak DITERIMA!

pale otak ang bagi alasang begitu sebab tak mo tutup aurat. terutama sekali tu rambut yang cantik, ikal mayang dengan paha mulus. nak tunjuk ke sapa? ke laki? mu ingat laki herang dengan rambut mu dengan betismu dengan pahamu? takdo pung. laki la ni sebok cari pompuang yang tutop ain wau ro ta nye pun ter ber. sebab apa laki cari pompuang gitew? sebab nanti dia kene puji, pandai mu cari bini tutop ain wau ro ta, cantik!

mu tak jeles ke? hahahahaa.

pahe dok?

meh sini aku nak bagi paham ke mu. maka aku dengan rela hati ingin berkongsi maksud ain wau ro ta yang aku cilok dari wikipedia . . .

ain wau ro ta (aurat) melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan, samada lelaki ataupun perempuan, yang haram dibuka atau dipamerkan. Dalam erti kata lain sesuatu anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan dan haram orang bukan mahram melihatnya. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan menutup aurat ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis.

Ko nampak tak ayat yang ketiga tu? Meh sini aku ulang. Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim. Faham? Setiap muslim. Wajib!.

Dalam surah Al-Araaf (ayat 26) :

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).

Begitu juga dalam Surah An-Nur (ayat 31) :

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada

  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan

dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Dan juga di dalam surah Al-Ahzab (ayat 59) :

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Alhamdulillah, sesungguhnya aku dah menyampaikan apa yang patut aku sampaikan kepada saudari-saudari Islam ku. Aku berharap dan berdoa kepada-Nya supaya hati anda semua bergerak dan terus menggerakkan tangan untuk meletakkan hijab di kepala.

Tak perlu tunggu suami suruh.

Tak perlu tunggu tua.

Tak perlu tunggu rambut dah beruban.

Tak perlu tunggu eksiden yang menyebabkan rambut tak dapat tumbuh lagi.

Fikirkan betapa cantiknya dirimu di mata Allah.

Subhanallah!.

Wassalam.


Hahahabes sudah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ya, I know. I'm a lil bit late to update this kind of news. And some of them already know who is the winner without watching it. Hahahaha.

So, damn lame.

As you all know it. Datuk Fazley already win the Masterchef Selebriti. Yeay! yeay! yeay!.



He deserve it.

Sekarang takde dah citer aku nak follow up. Takpelah. Dah nak masuk bulan Ramadhan pun. Mari kita lebihkan ibadah daripada riadah.

Mari collect pahala.

Mari jemaah di masijid dan surau-surau.

Mari mengaji Quran bersama-sama.

Seronok nya Ramadhan!.

Hopefully sempatlah aku menikmati Ramadhan tahun ini. InsyaAllah. Kita tak tau kan umo kita sampai bila. Apakah hari ini kali terakhir aku taip belog? Hmmmm . . .

InsyaAllah, ketemu lagi.




Kata bulan pose ... jom pegi iftar sesama. gugugugigigigigagagagaga....



Aku dan Dadah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku baru je baik demam. Itu pun nak bagitau jugak ke?

Kecoh!

Dah lama aku tak makan ubat yang agak banyak. Maksud aku, aku kene makan ubat demam + ubat selsema + ubat batok + antibiotik.

Giler ting tong tang pale otak aku neyh!.

Kalau macam ni la rasa orang yang amek dadah. Tak syok pun dowh!

Tak selesai masalah pun!.

Malam tadi anak aku lanyak aku cam sambal belacan pun aku tak kisah. Longlai giler!.

Seyes dadah is not good for me!.

Sila bagi petua kat aku kalau demam, ubat terbaek untuk aku. Mekasih.

Saiko-



Friday, July 13, 2012

kompelin je tau!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku geram weyh dengan orang yang cenggini. Ko bayo sikit pastu nak mengharapkan lebih? Buat sendiri la weyh, baru ko tau berbaloi ke tak!

Order roti jala plus kuah dengan mee goreng untuk 30 orang. Bagi RM50.00. Itupun aku tak charge delivery charges.

Agak-agak la weyh. Roti jala orang jual sekeping pun 50sen. Mee goreng sepinggan, busuk-busuk pun orang charge RM2.00 satu pinggan. Ko ingat cukup bagi RM50.00?

Dang-

Ko ni pandai matematik ke tak?

Roti jala dua keping seorang dah RM1.00. Kalau 30 orang dah RM30.00.
Mee goreng satu orang dah RM2.00. Kalau 30 orang dah RM60.00.
Cuba kira berapa.

Tu tak campur delivery charges!.

Makanan tu jadi darah daging kau okay! Pastu nak kompelin-kompelin!

Aku tak tau la apa jadi dengan segala roti jala dengan mee goreng yang ko makan tadi. Meh sini aku bagitau, aku HALAL kan dunia dan akhirat.

Wassalam.

Apakah Ketahian Ini?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pada suatu hari, si Gagah Perkasa memasang satu set desktop. Si Jelitawan menonton sahaja. Esoknya datang pula si Rupawan membantu untuk install wifi.

Selepas itew . . .

Si Jelitawan: Kak Rupawan, kenapa pc ni takde suara erk?

Si Rupawan: Emmm, memang takde.

Si pompuan mulut puaka : memang la takde bijak! ko tak nampak ke takde speaker kat situ! vangang-

harap je pakai cik BB cakap pun ai yu ai yu.dok bangsar. takde kene mengena pon-

Agak-agak la wei, terang-terang speaker takde. Memey la takde sore.

Melainkan pc tu ada build in nye speaker. Tu pun, alahai comey je ada kat cpu tu-

Nak hantuk pale kat dinding boley?

Inilah yang terjadi bila konon teknologi di hujung jari. Tahi mu teknologi di hujung jari sampai otak pun tak mampu berfikir.

Damn-



Mekasih pada Encik Google.

Miss Pisau Cukur

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku baru je habes baca novel Miss Pisau Cukur. Aku suka hasil nukilan Siti Nur Dhuha kali ni. Jalan citer dia buat aku tersenyum dan ketawa sorang-sorang. Hahahaha

Maaf ye rakan-rakan sekerja. Korang mesti terkejut tengok aku tersengih-sengih sorang bila baca novel itew. Mau tidak, cuba korang baca!

Memang terbaek hasil garapan Siti Nur Dhuha kali ni. Saya suka. Saya suka.

Macam nak nyanyi lagu Sheila On 7 pulak, buat aku tersenyum.

(^-^)


Novel ni berharga RM 22.90.

Citer pasal Amera yang dibenci oleh Ku Afnan dan Ku Ain. Benci tahap gaban kerana dia hanya seorang anak angkat yang diambil oleh Ayah Ku. Disebabkan itu Ku Afnan telah menembak Amera.

Apa yang terjadi kepada Amera?

Apa yang terjadi kepada Ku Afnan dan Ku Ain.

Apakah sumpah Ku Afnan akan memakan dirinya?

Baca la wei! Apa lagi? Nak aku citer sampai habes? Memang tak ar!

Selamat Membaca!

Thursday, July 12, 2012

Safiyyah, Ibu dan Sumi

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kejadian berlaku malam tadi. Ketika si ayah menyuruh Cik SZ memijak belakang ayah. Meminta si ibu menyimpankan sumi nya atas lemari sambil memijak ayah.

SZ: Ibu, pan kan tu. tak atas ni.

Ibu: okey.

SZ: kakak nak jak ayah ni. tak atas ni.

Ibu. baik.

(^-^)

aku kene buli dengan anak sendirik.

terbaek!

=__=


Kejadian seterusnya berlaku pada hari Isnin petang.

Ibu: Kakak tido la.

SZ: jap la kakak nak ngok atercef ni.

+__+


Sakinah, Ayah dan Cermin Mata.

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat Hari Khamis.

Aku teringat masa zaman sekolah dulu, sebok nak bisik ngan member. "weyh, aku ada rahsia." Arini ari Khamis.

Hahahaha. Saiko-

Semalam si ayah merajuk dengan si anak. Dan si anak macam dapat mengagak yang ayah sedang merajuk dengan dia. Nak sayang ayah pun takmo. Huhuhuhu.


Mau tidak. Si anak dah patahkan cermin mata ayah.

Dang-

Camne nak settle?

Apa lagi salotape la.


Daaaaa-

Wednesday, July 11, 2012

Kasihnya Dia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Update pasal novel lagi. Hehehehe.

Kali ni tajuk novel ialah Kasihnya Dia. Best gak lah citer dia.

Cerita pasal kehidupan seorang wanita bernama Rina Melati. Dia seorang anak yatim piatu. Yang tidak diketahui dari mana asal usul. Hidup di rumah anak-anak yatim. Hidup sebatang kara. Tertipu dengan 'kebaikan' seorang manusia yang bernama Khalid Afandi.

Takdir menemukan Rina Melati dengan seseorang dan mengubah nasib Rina Melati. Namun dalam pada itu, kehidupan yang dilalui penuh dengan dugaan dan konflik.

Pengakhiran, Rina Melati hidup bahagia di samping orang yang dicintai sejak dari zaman kampus. Siapa?

Sila baca.

Hasil nukilan Juriah Ishak. Harga buku RM 22.00 saje.


Selamat Membaca!

Postpone leh tak?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Mata pedih.

Hidung gatal.

Tekak perit.

Badan seram sejuk.

Apakah?

Demam kah?

Postpone nextweek leh tak?

Banyak benda dan kerja nak buat sepanjang minggu dan hujung minggu.

Fever, fever go away,
Come again another day,
I've a lot of work on the way . . .

Huhuhuhuhu . . .


p/s: mekasih Encik Yahoo untuk gambo tersebut.

Tuesday, July 10, 2012

Setinggi-tinggi tupai melompat, Jatuh ke tanah jua

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Minggu yang sebok untuk aku dan famili aku. Minggu lepas aku, Encik Usben dan anak-anak berjalan-jalan meredah highway menuju ke Batu Pahat. Jauh kan? Takdela jauh. 3-4 jam punya route. Hehehehe.

Alhamdulillah segala kenduri kendara kat Batu Pahat dah settle. Sekarang ni nak handle lagi satu majlis. Apa majlis? Nanti akan daku update. Hehehehe.

Biarlah rahsia . . .

Aku as always. Kene update pasal Masterchef Selebriti. Walaupun pada hari Ahad daku tak sempat nak tengok. Maka pastinya ada jalan kan? Di mana ada highway, disitu ada jalan. Apa kene mengena ntah.

Pandai ko ye JA. Nak selamat kan diri sendiri konon. Tapi TAK SELAMAT!. Jangan dengki ke orang. Kan dah kene masuk ujian penyingkiran. Konon nak kenekan Dato la tew. Bagi lagu Tamil ke dia. Bagi lagu 'Dari Sinar Mata' May to Soo Wincci. Alih-alih, hamek! Soo Wincci menang. Tak masuk pong ke sesi penyingkiran.

Tak baek tau-

Semalam nya ujian penyingkiran memang agak hebat. Kalau aku la ada kat situ mau 5 je betol ko. Hahahahaha. Siap ada drama lagi semalam. Farouk tak jadi keluar la!. Terbaek!.

So, selebriti yang ke pusingan akhir ialah JA, Farouk, Angah, Soo Wincci ngan Datuk. Sape la menang. Ritu ada gak terbaca kat satu belog tu, dia macam tau je sape menang. Tapi kenapa daku tak tau pong?

Apakah aku pun dah ketinggalang jauh kebelakan?













=___=

Korang! tau tak yang pasal Amukan Puaka kat Jabatan Perdana Menteri semalam. Giler ah! Dah arwah dah pun si penyerang lelaki itew. Si penyerang pompuan aku tak tau la nasib ko macam mana. Kalau ye pon nak mati syahid, baik korang pergi tolong Syria takpun Palestin. Kat situ aku rasa korang boleh mati syahid. Aku rasa la . . .

Apa benda la yang dah menghasut korang sampai boleh bertindak sebegitu sekali? Aku tak faham. Apakah yang telah terjadi kepada sistem pemikiran korang? Apakah yang tersirat didalam minda korang yang menyebabkan korang boleh bertindak sebegitu rupa.

Tak faham.

Aku baca blog si penyerang lelaki. Aku cuba memahami. Tapi, entah. Aku tak faham apa yang arwah cuba sampaikan. Ke aku yang mengong-

(@-@)

Apa-apa pun, apa yang kita nak buat sila berfikir dulu. Apakah ianya membawa kebaikan atau keburukan. Ingatan untuk diri yawl!.

Dah la. Tak koser aku nak citer pasal kepolitikan dan keamukan si Khalil Affandi Abdul Hamid. Cukup-cukuplah. Encik Khalil Affandi Abdul Hamid tu dah arwah dah pun. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Pandai-pandailah nak hidup kat dunia yang penoh pencaroba ini. Ingat Allah. Ingat Mati. Dunia ini hanya seketika.

Muhasabah Diri.