OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, December 28, 2012

henjut jangan tak henjut!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari Jumaat terakhir untuk tahun ini. Hmmm....semoga ianya bukan hari Jumaat terakhir untuk aku dan juga bukan Jumaat terakhir untuk orang-orang yang aku sayang...

Semoga Jumaat ini lebih baik dari Jumaat yang sebelumnya. Amin.

Let be nice person today!

Eh? terok sangat ke aku selama ni. Lalalallala.....

Apa yang henjut?

Sila jangan tafsir sesuatu yang 18sx kat belog aku yea....

Tadi dok layan lagu berdua bersatu forteen kat Hot FM. Tetiba teringat nak tengok video clip diorang lah. Leh tengok Izzue Islam.

Apakah?

Mamat ni tak hensem mana pun...tapi kalau tengok sekali dua leh cair gak lah.

TAPI...

aku tetap cair ngan encik usben...hik hik hik. ooooppps!


korang tengok la cara diorang nyanyi. aku rasa cam sedikit old school. Idea sape la ni suruh dia perform camtu dalam video klip ni.

Adakah idea Norman? Yusry? atau Edry?

Apakah?

Hahahaahha....

KRU Studio je yang leh jawab.hahahahahaa

memang cam awkward giler bile tengok diorang terhenjut henjut sambil menari. Hahahaha...

Nasib baik ada rupa dan suara. Kalau harapkan muka tapi suara ke laut. Hampeh dowh!



Oklah. Entri untuk sesi pagi dah habes. Sambung sesi petang...mungkin. Atau kejap-kejap lagi aku up kan satu entri lagi. hik hik hik.

ok. bai.

p/s: sedang menanti kehadiran orang baru dalam family. malam tadi dah 2cm ada lagi 8cm. Semoga dipermudahkan. Amin.

Thursday, December 27, 2012

r u UNIFI?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hohohohoho....

Nak jadi Santa Claus kejap...perasang!

Bukannye duduk kat North Pole pun. Lalalalala.

Ok. cukup cukup sudah dengan angan-angan kau nak dok luar Malaysia...Hahahaha.

Arini...aku nak bagitau kat hang pa semua. Internet kat umah aku dah tukar dari streamyx ke UNIFI. Yeah!

Ko ader?

Lalalalalala...


Aku guna VIP 5 cuma RM 150.00

ekceli dia RM 149.00 kot...aku genap kan lah jadi RM 150.00 senang citer. Hehehehe.

Memang laju giler lah. Memandangkan umah aku ramai manusia yang menggunakan segala laptop dan desktop. Makanya, memang haruslah gunakan UNIFI sebab mudah untuk kami menggunakan internet.

Hehehehe...statement tak leh blah. sangat protokol.

Kang kata aku tipu pulak kan?

Ini bahan bukti.....

Amboi dah macam CSI pulaks.






Hohoho...aku kan pentamak. Astro pun ada Hypp TV pun ada. Tapi menda ni masih lagi suci dalam kotak. Kene beli peti televisyen baru.

Motip? nak beli peti televisyen? Supaya leh tengok Hypp TV. Hahahaaha...

Sila kumpul duit utk beli peti televisyen!

Ok.bai.

Itu sahaja berita terkini untuk hari ini. Tapi mungkin ada berita lain untuk sesi seterusnya. hik hik hik.

Surat Cinta Cinderella...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Meh baca surat cinta milik Cinderella kepada Aaron Aziz. Tak tau plak aku Cinderella dah lama cintakan Aaron Aziz.

Lalalalala....

Macam-macam la budak-budak zaman sekarang ni. Mudah sangat terpengaruh dengan media massa...

Ibu bapa please watch out your kids!



Ok. Bai-

Cinderella ni dah kene cerai dengan Prince Charming kot. tetttttt-

Wednesday, December 26, 2012

tiga dekad!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tiga dekad? Tahun depan aku dah tiga dekad! Terbaek!

Ko ader?

Tapi aku bukan nak citer pasal aku nyer tiga dekad. Tapi aku nak citer pasal jejaka paling HOT kat Tanah Melayu ni.

Selamanya Anuar Zain!



He is so adorable.

He is so handsome.

He is so cute!

He is so everything lah! Eh? macam tetau je yang dia 'ok' semua....

lalalaalala.....

Nak bagitau ni... 16hb Februari nanti dia nak buat konsert solo terbesar! Konsert 3 Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari.

Hoih-

Memang sah-sah la aku tak dapat p. hik hik hik.

Nak bagitau tu je...sambil dengar lagu Anuar Zain kat Hot FM. Walaweyh!

Ayat kaber pabila daku memuji laki lain...Encik Usben kamu tetap hebat dimataku.

Dang!





Dah la tu. For pictures thanks to yahoo and for the video clip thanks to you tube. Lalalalaa...

Ok. Bai-

nak dengar lagu lelaki ini kejap lah!

oh!encik usben!

Lembut Lidah II

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aritu nye lembut lidah dah berjaya lakukan?

Nice...

Ada rasa macam berbelit-beli tak lidah?



Hohohoho....

Arini nak share lembut lidah yang seterusnya....

Ular Lari Laju

Sebut laju-laju

Rasa-rasanya semua perkataan jadi huruf L atau huruf R?

Hmmmm....

Mari kita lihat siapa yang kene....

Lalalalalaa...

Ok.bai-

Monday, December 24, 2012

khamis dan jumaat lepas yang hening

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Giler lama tak update belog. Dekat seminggu lebih. Sorry korang. Giler banyak keroje. Banyak ke?

Lalalalala...

Last week aku masuk opis dua hari setengah je. Lagi dua hari setengah out office. Hehehehe...

Last week aku ada Pameran Buku kat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Putrajaya.

Huk aloh!. Ramai yang datang selak-selak buku je. Tanya ada diskaun ke tak pastu berlalu pergi. Cheh!. Harap je da dapat gaji plus bonus. Huh!

Jangan marah. Ini adalah kebenaran pabila aku menyaksikan mereka-mereka ini berbondong-bondong membeli segala tudung segala baju. Beli buku yang harga lebih kurang dengan harga tudung pun payah.

Lalalalala...

Kebenaran. titik.

Kan?

Kan?

Ada sorang pakcik tu lagi HEBAT!

Pakcik : Jual buku ke dik? Ada diskaun?

Berlalu pergi.....

Pompuan mulut puaka: Takdela pakcik. Tak nampak saya jual beskal? Diskaun ada. Nak beli ke?

Lalalalala....

Tak lama lepas tu dia lalu lagi bersama rakan-rakan sambil jari menunjuk ke arah buku UAI....

Pakcik: Buku ni bagus!.

Berlalu pergi...

Pompuan mulut puaka berkata dalam hati: Pakcik ni dah kenapa? Urrrggghhhh!

Lagi satu scenery yang biasa kita lihat jika ada sesi jual menjual dan terjual....

Pembeli: Adik, komik Ana Muslim ada?

Penjual: Takde la kak. Tak bawak.

Pembeli: Esok bawak yea....

Penjual berkata dalam hati: Bila aku bawak berbondong-bondong takde pulak nak beli. Bila aku tak bawak sebok tanya. Huh! Memang tak kuasa la bawak kalau dua hari je pameran.

Macam-macam perangai. Seyes!

Satu perangai pembeli ni...dah hujung-hujung hari baru nak datang beli. Bila benda dah tinggal SATU...baru sebok nak beli DUA!

Giler ke apa?

Terang-terang benda dah tinggal satu...ada aku kisah anak ko dua ke tiga ke...benda dah tinggal satu. Ko ingat store Ana Muslim dengan Putrajaya tu dekat ke?

Adoi!

Memang!

Macam-macam hal.

Ok.bai-

Friday, December 14, 2012

Selamanya Harimau Malaya!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sudah pasti kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton dan menyaksikan perlawanan malam tadi punya dosa kering terhadap lelaki itu. Hahahahaha.

Selamanya Harimau Malaya! Auummmmm!


Kan?

Rasanya korang-korang yang dok berkata-kata cacian makian dan semburan ludahan harus minta maaf kat dia kot. Hahahahaa.

Aku juga dapat merasakan rakyat Malaysia bakal memboikot masakan Thai dengan Korean pulak! Hahahaha. Seperti mana mereka memboikot McD. Dadadadada.

Kesian kat mamat ni di caci maki dan diludahi. Hahahahaa


Saje letak gambar besar...baru teruja. Hahahahaha.

Kenapa la tak amek ref dari Middle East ke... ini amek dari Asia. Memey sah-sah la ada yang berat sebelah. Duh-

Takpelah, player Harimau Malaya dah main bersungguh-sungguh pun. Kan?

Ko bayangkan kalau macam ni punya aksi pun Malaysia yang kene....


Kan?

Memang la tak adil. Huh.

Dah la aku malas nak taip banyak-banyak. Kang ada yang keluar segala makian, cacian dan ludahan dari ku. Tak pasal je aku pun dapat dosa skalik. Hahahaha. Lagipun aku tak tengok pun game semalam. Aku dok dengar adik aku dok caci maki ref tu je. hahahaha.

*silamarah* ;p

Lagi dua tahun, mungkin Harimau Malaya dapat player lagi best dan penjaga gol yang lagi cekap. Kebarangkalian nya aku tak pasti. Saksikan.

ok. bai-

p/s: jangan lupa order apam, mini choco cake dan steam chocolate cake. Call or text me 019-3031450.

Kuewtiau Kungfu

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak up kan resipi pulak. Dah nak hujung minggu baru aku update belog. Sangat busy okeh. Aku hanya sempat blog-walking je. Itu pun dah cukup bagus. Heheheh.

Cuma tak kesempatan untuk mengupdate blog. Hihihi. Jangan marah yea reader-reader yang kusayang. Ada readers ke? (>.<)

Kali ni nak share resipi kuewtiau kungfu.

Selamat berkungfu lah yea.

1 dada ayam dipotong dadu
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-6 tangkai sawi
1 biji lobak merah
6-8 biji fish ball
2 biji cili padi diketok
2-3 sudu tepung jagung
1 bungkus kuewtiau
2-3 biji telor
sos tiram
garam
lada hitam

Cara-cara:

Korang kene prepare bahan-bahan untuk buat kuah nya dulu.

1. Blend bawang merah & bawang putih. Pastu tumis kejap. Pastu masukkan ayam dan fishball. Kacau sebentar. Masukkan air.

2. Kemudian korang boleh la masukkan sayur-sayuran. Korang letak la sayur apa yang korang suka. Aku masukkan dua tu je sebab yang tu je ada kat dalam umah. Hihihi. Jangan lupa letak cili padi. Kalau korang suka pedas, korang leh tambah lagi cili padi.

3. Masukkan sos tiram, garam dan lada hitam. Sudah cukup rasa? Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air.

Siap.

Untuk prepare kuewtiau dia pulak...

1. Pecahkan telor dalam mangkuk dan pukul (alaaa..macam nak buat telor dadar tu)

2. Panaskan minyak. Masukkan kuewtiau mengikut kuantiti satu orang makan. Dah masukkan kuewtiau terus masukkan telor. Korang masakla macam masak telor dadar tu.

3. Dah garing sket, toskan minyak. Pastu dah siap untuk dihidang.

Ini hasilnya ;)


Kurang keroh kata Encik Usben. Takpe nanti saya adjust bagi keruh dan pekat lagi yea... percubaan pertama hampir jadi. Kalau buat kali kedua mesti la jadi kan?

Hahahaa.

Jangan perasan la mak jemah ooiii. Cuba baru tau.

Tetiba terbayang coklat kek order kat Mak Njang aku. Huhuhuhu.... terlioq ayaq lioq!

Ok. bai-

p/s: Nak order apam, mini chocolate cake or steam chocolate cake. Call me! 019-3031 450!

Wednesday, December 12, 2012

dah agak dah!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

sumber: www.123rf.com

Semua orang kat FB's, twitter, instagram dan blog ber status 12.12.12. Laalalaallaa.

Aku pun terjebak.

Actually takde benda pun tarikh ni. Tapi tarikh ni mengingatkan kita bahawa bumi yang kita duduki ni dah tua.

Bumi ini dah terlalu tua untuk kebanyakan pembangunan.

Bumi ini dah terlalu tua untuk bertahan bagi setiap kemusnahan yang berlaku yang dilakukan oleh manusia.

Bumi ini juga dah terlalu tua untuk menampung manusia yang makin ramai.

Bumi ini juga bakal menghembuskan 'nafas' nya yang terakhir. Tapi tapi tapi tak tau bila. Hanya Allah je yang tau.

Apa nak buat?

Kembali ke jalan-Nya.

Patuh perintah-Nya.

Ok. bai-

tak perlu kata apa-apa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.


Hohohoho....

Ok.bai-

Monday, December 10, 2012

Lembut lidah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Mata kiri aku ni dari hari Sabtu lagi dok la berkedip-kedip! Tensi dowh!

Ada masa sampai kluar air mata. Urrghhh!

Mengapakah?

=__=

Arini aku create lagi satu label LEMBUT LIDAH.

Saje....

Cuba korang sebut laju-laju...ok x?

kuku kaki kakak ku kok kaku kaku kek kok kaku kaku kuku kaki kakak ku

ce terai! ce terai.

hahahahaa
terbaek dari ladang lembut lidah!

ok. bai-

Wednesday, December 5, 2012

Dhuha

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Agak lama jugak aku tak share dan kongsi pasal ilmu agama kan? Cetusan idea dan info sedikit berkurang. Jangan risau, akan daku update tentang ilmu agama soon or later.

Waktu untuk melakukan Solat Sunat Dhuha:

Dari setelah matahari meninggi sejengkal , lebih kurang jam 8.00 pagi hinggalah sebelum matahari menegak, iaitu tengahhari. Tidak boleh dilakukan sebelum dan sesudah batas waktu tersebut.


Fadhilat Solat Sunat Dhuha:


Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad) 

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Itu sahaja ilmu untuk hari ini. Maka, rajin-rajinlah buat Solat Sunat Dhuha. Peringatan untuk diri sendiri dan anda semua. 

All the best!

Ok. bai-

Beto Kusyairy's Nites!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arrgghhh! Aku rindu kat koranglah! Bosan dowh dok opis sorang-sorang. Huhuhuhu. Hope we will meet again. Tak pun lepas korang abes blaja..korang keje kat sini boley? Hahahahaha.

Boley ke?

Tapi takpe...bulan depan ada masuk lagi budak praktikal. Aku dapat kawan baru yawl! Leh ke jadi satu kepala? Hmmmm. Entah la.

Semalam aku berjaya khatam satu movie dan satu telemovie. Hahahaha. terbaik dari ladang! Banyak la ko punya terbaek. Dari ko khatam movie baik ko khatam Quran!.

Ok. maaf itu kekhilafan aku dari seorang manusia.

=__=

Apa-apa pun aku memang sangat suka tengok Beto Kusyairy! Kamoo sangat suwwwweeeetttt la! Tapi sweet lagi Encik Usben. (amek ati)

  

Kan? sweet kan. Lalalalalala...atau itu mungkin cuma watak dalam movie dan telemovie saje. Hmmmm.

Mula-mula semalam aku ajak Encik Usben tengok citer Aku, Dia dan Tong Sampah. Nice-

 
Citer ni sangat lucu. Kalau tengah tensi-tensi tu memang boleh la hilangkan tensi tengok citer ni. Citer dia light light gitew. Aauuuwww!

Pastu aku layan pulak citer Istanbul Aku Datang. Hehehehe. Aku berjaya menonton dengan Encik Usben TANPA ada komen dari Encik Usben. Dia pun layan citer ni. Hahahahahaa.




Hebat tak aku sekarang? Kan? Dia memang tak minat sangat si Beto ni. Tapi gara-gara aku pandai 'pancing'. Kan settle masalah. Hahahaha.

Ok. bai.

Eh! jap aku tak citer pun storyline pasal dua-dua movie ni kan? Hmmmm. Nak tulis ke tak? nak tulis ke tak? Nak tulis ke tak?

Aku rasa kali ni tak yah la. Korang kene tengok sendiri citer ni. Seyes sangat sangat sangat best! Asyik gelak je tengok citer ni. Takde pun part nak kene sedey lama-lama.

Me like it!

ok. kali ni betol-betol bye!

See you next entry!

Tuesday, December 4, 2012

Semoga...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Tak tau la nak update apa. Sebab cetusan idea tak jugak kunjung tiba. Nak update pasal budak-budak ni pun, tak tau nak update apa sebab buat masa sekarang ni diorang nye perangai dan sikap masih berada dalam prestasi baik dan bukan luar biasa.

Cuma cuma cuma beberapa hari ni hati aku rasa macam kurang senang. Kenapa ntah...

Aku cuma ingin berdoa supaya aku dijauhkan dari sikap dan perangai berprasangka buruk. Tak baik!. Full stop.

Aku cuma ingin wujud sikap berlapang dada di hati dan sentiasa berprasangka baik. Ke mari lah dikau. Hihihihi.

Aku cuma ingin mewujudkan kedamaian di hati tanpa ada rasa syak wasangka. Hmmm...mengapakah?

Aku cuma mahukan dan inginkin si sang syaitan ni rojim pergi jauh dari ku. Kau jahat lah syaitan! Aku nak jadi baik tau! Sila jangan hasut aku apa-apa.

"a u zu billah hi minasy syaiton ni rojim"

Itu sahaja entri hari ini.

Aku nak doakan seseorang itu sentiasa mendapat kejayaan dan kekayaan dalam hidup dia. Jika dia berada situasi kesusahan semoga orang sekelilingnya punya kesabaran yang tinggi begitu juga dia.

Ok.bai-

Friday, November 30, 2012

What A Small World

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Camne nak start ntah. Aku paling tak suka nak start new entry. Sebab tak tau nak mulakan dengan mukadimah apa. Huh-

You are so lame!.

Dadadadada....

Dunia memang kecik jek. Pusing-pusing dunia tu masih lagi bulat! Inilah yang terjadi pada aku semalam. Hamboi...terus update kat belog! Hahahaha.

Pompuan saiko memang cenggini.

Semalam aku baru je approve request kengkawan kat FB. Adalah dalam 3-4-5 orang. What a small world! I met my friend when I was 14 y/o. Allahuakhbar. Syukran ya Allah mempertemukan aku dengan rakan-rakan yang dah berbelas-belas tahun melalui facebook!

Hei! Farah! ang kawan dengan kawan aku la! Hahahaha. Sila jangan korek rahsia aku dari Marsya! Hahahaha. dan Marsya sila jangan korek rahsia daku dari Farah.

Phew-

Semalam pegi Restoran As-Salam kat Danau Kota. Nice. Cik Puan Boss banje.

Budak-budak praktikal kat opis ni dah nak 'melarikan' diri dah. Will missed you both.

=___=

Arini plak tu ari last. Haih-

Nice.

Am I gonna cry petang ni? Owh. Sila jangan buat drama swasta yea! Me not like it cry cry. Huhuhuhuhu.

Ok. sedey.

2010... te'a ngan farah.

2012...aisyah ngan effa

2013...? nantikan...will update next year!

jyeah!

Citer jejak kasih dah settled. Citer drama swasta petang kang baru settle. Sekarang kita sambung citer lucu plak....

Dadadadadada....

Baru-baru ni encik Usben citer yang dia sedang syok menonton Total Recall. Tanpa disangka Cik Puan SZ pun menonto sekali....

Hohohoo...

Kebetulan plak masa tu scene yang ada seorang wanita yang punya tit tit tiga... ( . )( . )( . )

Lalu si kakak pun angkat baju dan melihat dia punya tit tit. Dan bertanya kenapa orang tu punya 3 dan kakak nya ada dua.

Hahahaha...

Mau jawab apakah?

Jawapannya...tutup PC!

Gagagagagaga....

Sila jangan tonton citer 18SX, 18PL dan 18SG pabila ada anak kecil. Hahahaha.

Ok. bai-

p/s: aku tau la besok Harimau Malaya vs Garuda. Tapi tak perlu kot kat Hot FM nakbagi kitorang tadah telinga dengar lagu bola.... =__=

Aku tak tau la kalau kalah macam mana....dengan Laos bley la. huh-

Tuesday, November 27, 2012

Orang Cantik Pun Boleh Masak!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Che Lah kuar! Okay, takde dah seri kat Masterchef 2. Huhuhuhu. Nak buek camno. Dah takdo rezeki Che Lah nak sampai ke peringkat akhir.

Siapa kata orang cantik tak pandai masak?

Siapa kata?

Orang itu mesti buta matanya. Kan?

Che Lah ni cantik apa..pertuturan pun cam telus je.

*chehmacamlakokenalrapatdengandia* ;p

meh sini aku bagitau korang, berapa ramai orang yang cantik boleh masak...

Nigella Lawson. cantik woh wanita ini. Dah la cantik pandai masak pulak!


Yang lagi satu ni pun cantik jugak! Dulu dia agak berisi. Skang ni dah kurus sket. Pandai buat dessert. Can I be like her?

Anna Olson


Dan yang seterusnya...orang nya sangatla petite. Mulut pun luas. Motip untuk mengatakan mulut luas? Hahahaha.

Giada De Laurentiis


Lihatlah! Sape kata pompuan cantik tak pandai masak? Kan?

Aku pun cantik apa...motip? Haruslah memuji diri sendiri cantik. hahahaha!

Ok bai-

Mari memasak untuk suami. Supaya suami sayang kitew lebih.

p/s: encik Usben sila sembuh dari demam yea.

Monday, November 26, 2012

Plagiat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nice.

Plagiat.

Dah takde idea ke plagiat sesuatu kepunyaan orang????

Mintak la izin dulu....

Tak pun letak link ke....

tak suka!

*mencikmode* ;p

nak reply komen kat sini lah...

Waalaikummussalam kak Mar. Ila alhamdulillah, sihat. Dah takde erk kat you tube? sebab semalam Ila bukak okey je...hehehe...

ok bai-

menyirap tapi tak seperti minum air sirap-


Introducing!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Me, introducing mok cik zaharah's!

Dadadada.




Ok. Bai-

Done With It!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Yeay! dah dapat. Seyes sedap woh!

Nak lagi boley?

Hahahaha...

Ok bai-







Peach Pudding

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Tetiba cam lost plak camne nak start new entry. Hahahaha. Bengong.

Okaylah, malas nak citer panjang. Aku nak kongsi resipi arini.

Bahan-bahan:

1 tin buah peach
125 gram butter
125 gram gula castor
2 biji telor
1 sudu kecil esen vanilla
125 gram tepung naik sendiri

Cara-cara:

Panaskan oven 180 darjah celsius.

Pukul butter dengan gula sehingga jadi krim. Pastu masukkan telor sebiji sebiji. Pastu masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan tepong dan kacau sebati.

Griskan dulang pembakar. Susunkan buah peach dalam dulang pembakar. Tuang adunan tadi atas peach. Dah siap. Masukkan dalam oven dan bakar selama 45minit atau sehingga golden brown.

Ini ikut resipi asal dari Masterchef Ezani (www.zestbyezani.com)

Aku lupa cara nak buat sos kastard dia...maka korang singgah la kat belog Ezani. Hahahaha.

Mahap yo.

Inilah hasil nya...



Ini selepas diratah oleh Abah daku dengan meninggalkan buah peach.... =__=


Ini hasil yang lagi satu. Aku buat dua....Hahahaha...Yang atas tu aku letak cranberries yawl!

Ok bai-

Friday, November 23, 2012

Ajari Aku

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan semalam. Aku update. Hahahaha.

Tapi nak update lagu jek.

A song from my all time favorite singer!

Anuar Zain!

Yeah!


Babe!

Seyes video klip ni sedey!

Rasanya kalau aku layan lagu ni sengsorang, konfem dan konfem aku menangis!

Phewww...

*tapisebabtengokdenganbudakopisakucovermacho* ;p

kepoyoan mu memang terserlah!

hahahaha.

ok bai.

lirik?

tak dop.

malas nak kongsi.

ok bai for second time!

Thursday, November 22, 2012

lemau...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hoih! lama betol aku tak hupdate belog. Mak Jemah lemau le skang ni. Idok le tau kenapa nye....

Aku merindui untuk berblogging tapi tapi tapi...ketandusan idea.

Tengoklah besok kalau ada ilmu atau falsampah baru untuk dikongsikan.

Dang!

mode# sentap!

owh durian crepe!

owh twilight saga!

=__=

p/s: umi banje saya tengok wayang kita tengok dua orang jew.

tak payah bawak usni budak sebok itew ;p

Wednesday, November 14, 2012

kentut kentat kentit kentot

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat? camne raya semalam? hehehehe...rumah aku meriah dengan bunyik mercun! tapi dengar dari jauh la...

Hahahaha ;p

Tadi aku baca berita harian online. Ternampak pulak tajuk ni....

Seluar Dalam Cegah Bau Kentut!

Pergghhhh! Orang Jepun ni kan macam-macam diorang buat. Sangat-sangat berimaginasi. Kat bawah ni ada sedikit info yang aku dapat dari Berita Harian Online. Mekasih yea...

Tokyo: Seluar dalam yang didakwa dapat meneutralkan bau 'kentut' terbukti mendapat sambutan hangat dalam kalangan ahli perniagaan rajin bekerja di sini yang gemarkan idea melepaskan bau tanpa masalah.

Sebuah syarikat tekstil tempatan membangunkan rangkaian seluar dalam yang dikatakannya mencegah bauan tidak diingini.
“Ia mengambil masa beberapa tahun untuk membangunkan seluar dalam deodoran pertama yang cukup selesa dipakai dalam kehidupan seharian malah segera menghapuskan bau busuk,” kata Nami Yoshida, seorang jurucakap syarikat Seiren yang mengeluarkan produk itu.

"Ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari," Nami Yoshida, Jurucakap syarikat"

Dapat sambutan

“Pada mulanya kami terfikir untuk menjualnya kepada mereka yang memerlukan penjagaan di rumah orang tua dan hospital. Namun amat mengejutkan kami, ramai orang kebanyakan seperti ahli perniagaan membelinya untuk berjumpa orang ramai setiap hari,” katanya.

Seluar dalam itu dikeluarkan dengan partikel seramik penyerap bau di dalam bahan gentian.

Seiren membangunkan teknologi itu selepas dihubungi seorang doktor yang mahukan sesuatu untuk menutup bau najis yang dikeluarkan mereka yang menghidap sindrom usus.
Syarikat itu kini berkembang kepada 22 barangan, termasuk stokin yang mencegah kaki daripada berbau dan baju-t yang menutup bau ketiak. -

Entah berapa la pulak harga seluar dalam tersebut. Kan? Kalau jual kat Malaysia ni laku ke? Hehehehe. Ramai ke yang nak beli? Hohohoho.

Gambar takde. Kalau ada pong memang aku takmo letak ah! Tak pasal-pasal aku nye blog jadi 18sx. Hahahaha.

Ok. Bai-

Monday, November 12, 2012

Lepas satu, satu...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak faham, aritu orang sebok dok makan macaroons.... Aku dah rasa tapi takdelah sesedap makan pong!. Pastu pavlova pulak!. Aku dah try buat tapi tak jadi. Terus sampai skang aku tak rasa. Hahahaha.

La ni DURIAN CREPE. Apakah fenomena ini?

Sekarang sumer orang dok post kat FB lah, Twitter lah, Instagram lah, Blog lah pasal DURIAN CREPE ni. Sampai aku dengan umi aku pun dah tergoda. Apakah?

To all mr readers...yang mana dok area Wangsa Maju atau kawasan sekitar... leh tak bagitau aku kat mana ada jual selain dari MidValley atau KLCC. Aku malas nak g sana..jauh dowh. Nak bayar parking lagi. Tak kose mak jemah.

Tolong daku yang teringin sangat neyh. Nak buat, tak cukup rajin. Kang sementara nak buat, baik aku belasah je durian tu terus :p

Kan?

Tolong yea...

mekasih cik puan yahoo ;p


ok. bai-

Thursday, November 8, 2012

Burger Bogel

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Burger bogel? Apakah? Yela cuba ko perhati betol-betol burger ni mana ada roti. Yang ada daging ayam dua, chicken salami dengan cheese. Itu pasal la aku panggil dia burger bogel.

Ada peristiwa di sebaliknya...Hahahaha. Biarlah daku simpan dalam jiwa. Hamboih! jiwa kunun.

Dah lama giler aku makan burger ni. Baru nak upload dalam belog. Hahahaha. Lupa lah! makcik dah tua. Tua la sangat. Tua jugaklah...tahun depan dah nak masuk 3 series.

Alamak! okay semua readers dah tau aku umo baper. saiko-

Okay, sila jangan lari track. Kita masuk track semula. Aku tak ingat la bila ntah aku makan burger ni. Memang layan la makan burger ni. Boley la...Tapi kalau dapat pedas lagi sket pun okay gak. hehehehe.



Sedap weyh!. KFC idaman ku selalu. Hingga menjilat jari. Wah!

ok.bai-

nanti leh pekena lagi ;p

I Swear

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.


Aku suka giler kat lagu ni dowh!. Aku tau korang yang same age dengan pastinya suka dengan lagu ni. Hahaha. Jangan perasan la ko pompuan, ingat semua sama taste dengan ko ke?

Huh-

Saiko-

Yela...silap aribulan Encik Usben pun tak suka atau tak minat dengan lagu ni. Sila jangan perasan. ;p

Aku pedulik apa kan?

Aku nak letak jugak lagu ni kat sini. Hahahaha.




Letak lirik pun jadikla. Giler-

I swear by the moon and the stars in the skies
And I swear like the shadow that's by your side
I see the questions in your eyes
I know what's weighing on your mind
You can be sure I know my part
'Cause I'll stand beside you through the years
You'll only cry those happy tears
And though I make mistakes
I'll never break your heart
And I swear by the moon and the stars in the skies
I'll be there

I swear like a shadow that's by your side
I'll be there
For better or worse till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
And I swear

I'll give you everything I can
I'll build your dreams with these two hands
We'll hang some memories on the walls
And when
(And when)
Just the two of us are there 
You won't have to ask if I still care
'Cause as the time turns the page
My love won't age at all

And I swear
(I swear)
By the moon and the stars in the skies
I'll be there
(I'll be there)
I swear
(And I swear)
Like the shadow that's by your side
I'll be there
(I'll be there)

For better or worse till death do us part
I'll love you with every beat of my heart
(Beat of my heart)

And I swear
I swear
(I swear)

By the moon and stars in the sky
I'll be there
(I'll be there)
(I swear)

I swear like the shadow that's by your side
I'll be there (I'll be there)
For better or worse
(Better or worse)

Till death do us part
(Oh no)
(I'll love you with every)
Every single beat of my heart
(I swear) I swear (I swear)
Oh, I swear

ok.bai-

mekasih la kat Hot FM sebab pasang lagu ni tadi....seronok sangat.

Wednesday, November 7, 2012

Aku Terima Nikahnya

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat? Alhamdulillah. weeeee~

Sedikit lewat nak citer pasal movie yang satu ini. Hohohoho. Tapi tapi tapi aku tak suka citer ni. Kepada kalian yang belom menonton jangan pulak terpengaruh dengan aku. Hehehe...






Ye aku tau komentar dari seseorang akan mempengaruhi orang lain jugak. Apa tah lagi dari seseorang yang dipercayai. Wah! Falsampah sangat!

Okay, apa-apa pun aku tau cerita ni plagiat citer The Vow. Walaupun si penulis skrip menidakkannya. Hamboi, statement maut neyh. Seriously storyline sama! Cuma beza....

1. The Vow isteri koma manakala ATN (Aku Terima Nikahnya) suami yang koma.

2. The Vow isteri meminat Art (arca) manakala ATN suami minat Art (painting/drawing)

3. The Vow isteri anak orang kaya dan suami tiada apa-apa manakala ATN both of them orang berada (citer malaysia memang suka buat citer cinta anak orang kaya saje) kan?

Kenapa aku tak suka?

1. plagiat?

2. balik-balik percintaan orang kaya apa orang kebanyakan tak leh bercinta camtu ke?

3. watak adi putra?

okay, citer dia camni....Arlisa (Nora Danish) dan Johan (Adiputra) pasangan suami isteri yang baru kahwin dan sedang hangat bercinta. Hangat sangat! Pada suatu hari Johan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia hilang ingatan sedikit la...dia ingat mak ayah dia. Cuma yang dia tak ingat, dia pernah kawen dengan Arlisa.

Bila start dia ilang ingatan ni yang aku rasa cam apa je...sebab Johan ni dia macam benci pada Arlisa. Tapi pada kawan Arlisa, Su (Mon Ryanti). Bley plak kan dia cam nak main cinta dengan Su. Nak pulak dia terpikat pada Su tu.

Padahal si Arlisa ni punyalah cute, punyalah baik dengan Johan. Bawak Johan pergi bercuti, memasak untuk Johan, jaga makan pakai Johan sumer. Alih-alih Johan macam benci pulak kat Arlisa. Apakah sudah mati nafsu kau pada pompuan yang se'cute' gitew?

Adoiyai...apa daaa?

Aku tengok ngan Encik Usben pun rasa cam nak maki-maki je. Tipulah lelaki takmo dan tak berselera dengan Arlisa a.k.a Nora Danish!. Camtu nye cute! Buta apa! Hohoho...

Tapi ending citer ni lain sket la dari The Vow sebab Johan tu ingat balik. Kalau dari citer The Vow tu isteri dia tak ingat langsung.

Actually, citer The Vow tu dipetik dari kisah benar. Sampai sekarang si isteri tak ingat yang dia pernah kawen dengan encik sominya. Betapa sabarnya sang suami itew. Sedih lagi citer The Vow.

Dahla aku bukan tak sokong hasil anak melayu. Cuba buat something yang boleh menjadi kebanggaan selain dari plagiat sana sikit sini sikit. Not nice dowh!

Buat citer cam Jogho, Mualaf, Mokhsin & Bunohan. Takyah la buat macam Puteri Gunung Ledang & Merong Mahawangsa. Citer epik memerlukan budget yang tinggi. Buat citer biasa-biasa tapi berkualiti bukan plagiat sana dan plagiat sini.

Okay?

Bai-

Tuesday, November 6, 2012

lambatnya....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hoih! lemau aku tunggu citer ni nak abeh. 22hb baru kuar. Adoiyai.

Ada orang nak banje tak????

Aku rasa dia antara Vampire yang terkacak untuk abad ini kot. Hahahaha.

Kan?




Kan?



Cer tengok!




Cer tengok!




Cer tengok!










Kan? Vampire yang kacak. Kalau macam ni punya handsome si Vampire, sah-sah la bersepah wanita kat dunia ni nak kaweng dengan vampire. Hahahaha.

Kan?

Seriously can't wait! Come to mama!

Dang!

Ya ya ya... there is another one person. Si werewolf yang kacak jugak! Hamboih! Gadis-gadis mesti nak couple dengan werewolf neyh kan? Wanita-wanita nak Edward Cullen jek. bahahahaha! Gadis-gadis ameklah Jacob. Dadadadada.


tapi kamoo encik Usben tetap kacak di mata ku. (ayat amek ati ;p)

ok. bai-

takmo teruskan lagi nanti kang kluar statement carik pasal ;p

Monday, November 5, 2012

Handsome nye dia...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Apa-apa pun tahniah buat dia dan pasangan. Handome dowh mamat neyh. Hohohoho. Sepanjang dok tengok retis lelaki yang kaweng. Dia je yang aku tengok muka nampak suci giler dowh. Baru la nampak muka panten.

Pengsan, mak!.

taken at Beautifulnara
Hehehehe...



Tapi



tapi



tapi



tapi


Ini orang lagi HANDSOME dari Farid Kamil. Cinta hatiku selamanya. Jangan risau awak lagi kacak dari Farid Kamil.

Confirmlah awak tak sama dengan Farid Kamil. Lain bebenor!

(n-n)


ok. bai-

Trend? Biadap? Takde Adab? Ntah xtau....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku cam terpanggil nak sebut pasal ni. Sebab aku rasa makin lama makin menjadi-jadi pulak. Atau nak salahkan teknologi?

Hmmm....

Apa yang aku cuba nak utarakan adalah hal teknologi yang makin lama makin melalaikan manusia tentang peradaban. Bukan sahaja dari perkataan namun dari segi perbuatan.

Kan? Perasan tak?

Apa dia?

Cuba korang lihat, tengok dan perhati. Dalam sesebuah restoran akan ada satu atau dua family makan. Dan anda akan lihat anak-anak di tangan dengan segala telefon, tab atau ipad. Ibu bapa? berborak berdua. Kan? Apa guna makan sekeluarga tapi anak-anak masing masing pegang tepon nak update status!

Penting sangat ke update status instead of berborak dengan mak ayah dan bercerita tentang perihal apa yang berlaku dalam hidup anda. Atau berborak kosong saje. Kan?

atau situasi ini...

Datang menziarah saudara mara. Bila saudara sedang berborak...mata dan tangan ada pada tepon! Hoi, kau tau adab tak? Sambil cakap dengan pak sedara ngan mak sedara tapi mata dengan tangan kat tepon. Apakah? Sebok nak update status semua bagai. Huh!

Kalau setakat kluar dengan member-member aku tak kisah lagi dowh. Tapi bila dah keluar dengan orang lebih berumur dari kita, haruslah ada perasaan RESPECT. Faham?

Aku tak tau nak salahkan sikap manusia atau teknologi atau kurang peradaban manusia. Hmmm....

Mari fikir-fikirkan....

ok. bai-

Isi hati yang baru dapat diluahkan pabila terlalu banyak berlaku....

Friday, November 2, 2012

Sup Campak Campak

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak tau la nak bagi nama sup ni sup apa. Yang pasti aku campak semua benda kat dalam sup ni. Jadi aku namakan dia Sup Campak Campak.

;p

Bahan-bahan:

3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
10 ekor ikan bilis
1/2 batang lobak merah
1 batang saderi
tauhu fucuk*
cendawan hitam*
garam
lada sulah

*rendam sampai lembut

Cara-cara:

1. Rebus air bersama-sama dengan hirisan bawang merah, putih dan ikan bilis. Rebus sampai mendidih.

2. Kemudian masukkan lobak merah yang dipotong dadu dan daun saderi yang dipotong serong.

3. Masukkan tauhu fucuk dan cendawan hitam dan masak sampai lobak empuk. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah.

Siap.


Yang ni aku guna air rebusan makaroni. Sebab sebelum tu aku ada buat makaroni goreng. Daripada aku buang air rebusan makaroni tu, aku guna buat sup. Jimat air.

;p

Tapi serius sedap bila kita guna air rebusan makaroni. Nak tau kenapa? Sebab semasa kita rebus makaroni tu pun kita dah letak garam dengan minyak. Jadi sangat-sangat nice rasa sup itu.

My kiddos memang suka makanan berasaskan sup. If you all nak letak makaroni pun boleh jugak. Jadi sup ni akan jadi lebih padat dan kenyang.

Selamat Mencuba!.

Ok. bai-


Thursday, November 1, 2012

Udang Goreng

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjinkan dijanjikan. Ko nak masak jin ke Chepah? Bahahahaha. Aku tak mo masak jin. Jin bukan boleh dimasak pun. Baik aku goreng udang.

Nice. Budak Effa dah masuk opis. Aku dapat tudung dengan Kacang perisa Ayam. Kacang perisa Ayam? Apakah?

Tenkiu darling!.

Okay, bahan-bahan untuk resipi.

20 ekor udang harimau*
2 sudu sos tiram
1/2 sudu kunyit
3 sudu tepung jagung
lada hitam
garam
gula perang

*nak guna udang lain pun boleh. ikut tekak korang lah!.

Cara-cara:

Korang cuci dan buang apa yang patut di buang kat udang tu. Aku tak kopek kulit sebab kalau buang kulit rasa juicey-juicey udang tu ilang pulak ;p

Pastu korang lumur la semua bahan-bahan yang ada. Lagi lama korang perap lagi sedap. Aritu aku nak cepat jadi aku dapat perap setengah jam je....

Dah perap dalam sejam dua...goreng dengan berkeadaan minyak yang panas. Pastu tengok cam dah garing je sila angkat.

Hasil nya begini selepas sepuluh ekor masuk dalam perot aku dengan Encik Usben. Layan dowh makan otak udang. Slurrppp.

ok. terbayang kesedapannya...hamaigaaddd

dang-


ok. bai

Wednesday, October 31, 2012

Suami yang Teruji

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kerajinan membaca buku ilmiah dah mai. Maka buku latest yang aku baca dan baru je habes tadi ialah Suami yang Teruji.

Bila baca kes-kes dalam buku ni. Macam para bini je yang diuji. Tapi tajuk Suami yang Teruji. Hmmmm. Tapi ada la 2 3 4 kes yang aku baca suami yang diuji. Jap. Diuji dengan Teruji sama ke tak maksud dia erk?

=__=

Kalau dari segi rasional nya. Memang lah suami itu diuji oleh Allah sebab nak tau ingat ke lagi kepada Maha Pencipta. Tapi tak pun. Lagi tinggalkan anak bini camtu je ada la. Kawen lain la. Ada kekasih gelap la.

*sangatlapartaippundahgigil*

Suami ada lah pemimpin. Kalau cara salah. Habeslah kapal. Boleh karam kot. Tapi tu lah kadang suami lupa atau kehilangan arah dalam mengendalikan kapal.


Buku ni harga RM 20.00. Kepada para lelaki eloklah sekiranya membaca buku ini. Supaya dapat menambah ilmu.

Walaupun daku tau lelaki agak malas nak mengorek dan menyelidik apa yang perlu ditokok tambah dalam ilmu yang ada di dada dan kotak pemikiran.

Okay?

Bye-

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku baru je habes baca buku ni semalam. Nice. Mudah faham. Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus sangat ringkas, padat dan mudah faham.

Seyes aku cakap. Aku pernah baca macam-macam buku agama yang seperti ini. Kebanyakannya bila diberi soalan, akan keluar segala hadis, nas dan dalil. Tapi jawapan yang dikehendaki mungkin di hujung jawapan atau ada disebalik semua hadis, nas dan dalil.

Hmmm...kenapa yea? Kami bukan ahli agama kekadang tu kami kurang faham jika jawapan perlu dicari sendiri dalam jawapan yang ustaz ustazah berikan. Sila berikan jawapan yang tepat, terang dan jelas. Baru kami tak tersalah tafsir.

Aku tak tipu. Aku pernah baca dalam satu majalah. Pembaca menyoal ustaz tersebut. Waktu mustajab untuk berdoa. Maka, ustaz tersebut memberikan segala hadis dan macam-macam lagi. Tapi jawapan untuk waktu mustajab itu takde disertakan. Puas aku baca berulang kali sebab perasaan ingin tahu waktu mustajab untuk berdoa. TIADA!

huh-

Baru-baru ni dalam surat khabar ke majalah mana ntah. Orang tu tanya pasal Haram ke tak adik beradik kawen dalam satu masa. Ustaz tu jawab dengan segala hadis dan sejarah macam-macam. Alih-alih, jawapan dia nah hamek pendek je. Tu pun jawapan dia kalau tak salah aku cam terselit-selit antara hadis dan sejarah yang diutarakan.

Bukan aku je yang kompelin. Umi aku pun kompelin jugak. Cuba lah bagi jawapan yang ringkas, tepat dan mudah faham. Boleh?

Lain aku nak tulis, lain yang aku buat. huh-


Buku ni harga dia RM 25.00 je. Jom beli. Tapi tulah aku cam sedikit menyesal sebab tak sempat nak baca buku keluaran pertama Ustaz Azhar Idrus. Huhuhuhu.

ok. bai-

Tuesday, October 30, 2012

Lala Masak Lomak Cili Api

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Resipi yang akan dikongsikan arini ialah . . . .

Lala Masak Lomak Cili Api.

Bahan-bahan.

1 kg Lala
2 batang serai
1 biji kelapa
5 biji cili api*
Serbuk kunyit*
Daun kunyit
Garam
Gula

*sape nak podeh lagi, ekau boleh tambah lagi cili yo!
*kalau rajin, gunalah kunyit hidup.

Cara-cara.

1. Sila bersihkan lala anda sebersih-bersihnya. Kalau boleh tak mahu ada pasir yea

2. Perah santan. Buat dua perahan yea.

3. Masukkan santan perahan kedua bersama-sama dengan kunyit, daun kunyit, cili dan serai. Masak hingga mendidih. Pastu masukkan lala. Masak lala sampai masak. Macam mana nak tau dah masak. Kalau lala tu dah terkangkang-kangkang. Dah masak la tew.

4. Masukkan santan perahan pertama bersama dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau sentiasa supaya santan tu tak pecah. Baru cantik.

Masak pun nak kene cantik even ko campak-campak je. Baru lah sedap mata memandang nak makan. Paham?

Okay, dah siap.

Inilah hasilnya.


Ni atas permintaan ayah mertua aku. Tak tau la dia makan sedap ke tak. Kene dengan tekak dia ke tak. Huhuhuhu.

ok.bai-

Pelik

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kenapa kebanyakan comment pergi spam? Pelik ah!

Namun untuk aku godek-godek. Memey tak ah!

MALAS! TAK KOSE!.

Encik blogger or admin blogger or wat eva please do something and please tell why it happen like this?

ok.bai-

behday

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Semalam behday adik aku yang bongsu. So, ada la makan-makan sket. Aku ngan Umi & Abah aku banje makan pizza sket pastu beli kek sket. Hahahaha. Semua sket-sket. Takmo banyak-banyak nanti membazir. Chepah dah tak makan banyak macam dulu. Sebab anak tekak, lidah dan nafsu tak sehaluan. Phew-


Kek biasalah! Haruslah aku beli kat Pistachios Bakery. Hello! Pistachios aku dah banyak kali promote neyh. Leh dapat apa-apa tak. Hahahahaa.

Pompuan saiko memang cenggini.

Kali ni aku beli Blueberry Cake. Takmo dah beli eskem kek. Sebab peti ais dirumah dah macam nak muntah dah. Kalau peti ais tu boleh cakap, mau dia dah menjerit kat kitorang.

TOLONG JANGAN TAMBAH LAGI ISI BOLEH? SILA KURANG-KURANGKAN!

Haahahahaha. Mau aku pengsan kalau peti ais tu leh cakap.

+___+

Gambar pizza? takde. malas nak snap. makan lagi baik. ;p

Aku beli Cheesy 7 Chicken Chop, Royal Masala Cheesy Lava Stuff, Pepperoni Delight, Honey BBQ Chicken, Soup of the Day dengan Garlic Bread.

Satu je Umi aku nak komplen...pizza hut ni dah takde rasa tomato sauce dengan segala mak pak herbs dah tak berapa nak rasa. Kenapa erk?

Kak inn tolong jawabkan leh tak? gagagagaga.

*macamlahkakiparkobacabelogkau* ;p

Tengah lepak-lepak dengan 'hamba tebusan' adik laki aku (bukan budak behday). Tetiba dengar orang bagi salam. Besfreng adik aku (budak behday) nyanyi lagu Happy Birthday To You. Hamboi! seprais sangat. Bila tengok kek.

Yes!

Blueberry Cheese Cake!

Malam tadi tema kek is Blueberry. Nasib baik orang dalam umah tu tak kene cherry berry. Hahahaha.

ok.bai.

Monday, October 29, 2012

Raye Haji...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Aidiladha.

Eh!raya haji lagi ke arini? ;p

Hahahahhaa.

Aku tak tau nak update apa untuk raya aji kali ni. Tahun ni tak buat korban. Mana tau rezeki lebih tahun depan leh buat korban kot. InsyaAllah.

Cam biasa bila raya aji je HARUS balik Banting. Hehehehe. For four years marriage, every raya haji. Memang balik Banting pun. Gagagagaga.

Kali ni mak mertua sayang masak rendang ayam which is my Encik Usben tak berapa nak minat sangat. He more prefer to rendang daging. Hohohoho. Okey kita ulang semula. Mak masak rendang ayam, nasi impit, kuah lodeh, kuah kacang ngan serunding kelapa.

Sangat-sangat terbaek! me like it!

Tapi tapi tapi tu lah. tekak ngan lidah ni tak berapa nak kawan baik ngan nafsu serakah aku. Hahahaha. Lidah sedikit pahit dan tekak pun tak berapa nak terima sangat makanan makanan yang indah dan sedap itew.

Apakah?

huh! sangat hampa dan terus bersabar ;p

Untuk luncheon pulak mak mertua kesayangan masak pulak nasi minyak ngan kurma daging. Nampak tak disitu? Aku tak buat apa-apa sebagai seorang menantu. Hahahahaha.

Aku ada buatlah. Aku tolong perapkan ayam untuk Encik Usben sayang nak buat ayam golek.

Tapi tu lah! Lupa nak amek gambar hasil dari golekkan ayam tersebut. Tapi takpe. Nanti Chepah bagi resipi yea. Next entry la tapi. Hehehehe. Entry yang ni nak citer pasal makanan je. Hahahahaha.

Tengahari tu Along datang umah. Bawak nasi dagang berlaukkan kari ikang tongkol. Tapi tak jugak menarik perhatian anak tekak aku untuk menjamah. Aku nak makan nasi minyak mak mertua aku ngan ayam golek Encik Usben. Hehehehe.

*silamelelehairliur* ;p

Raya kedua untuk sarapan. Baki nasi minyak semalam ada lagi. Maka aku dengan pantas buat nasi goreng sebagai sarapan. Terbaek tak? Nasi goreng ada segala bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga ngan kismis. Hahahaha. Tapi aku tak makan. Aku makan nasi impit ngan kuah kacang.

Dah?nasi goreng tu sape yang makan? Anak-anak aku lew. Hehehehe. Settle sepinggan both of them.

Tengahari pulak. Aku masak udang goreng dengan Lala masak lomak cili api. Terbaik wok! Sat g aku share resipi. Udang rimau kot. Kot lah. Aku bukan kenal pun udang-udang ni. Hahahaha. Bengong mu ni Chepah!. Kak ipar aku pulak masak Sambal Udang petai. Memang terbaik dari ladang. Pastu sayur campur goreng. Phew!

Raya ketiga...wah! banyak aktiviti masak-memasak dowh raya ni. Padahal dalam umah berapa kerat jek. Untuk raya ketiga, lidah aku masih tak bagi kerjasama kat nafsu aku. Mencik!. Maka aku buat sup tauhu untuk bebudak ni. Nanti aku share resipi. Gambar takde. Hohohoho. Mahap nafsu pemalas nak snap gambar datang menggila. Pastu kak ipar daku masakkan Asam Pedas ikan pari ngan telor dadar. Perrgghhh!. Mak mertua aku pulak masak Sambal Goreng Tempe. Ho yeah!

Bila bab makanan ni memang sangat-sangat ho liau! Hahahahaha. Semua orang suka makan. Tapi bila dah tekak dan lidah tak bekerjasama dengan nafsu adalaha sangat mengecewakan. mencik.

ok bai-

maaf takde gambar raye aji. aku pun pakai baju raye sekejap je...adalah dalam sejam kot. pastu dah tukar uniform dapo. Hahahaha.

ok.kali ni betol-betol bai-

Thursday, October 25, 2012

AES! Keperluan. Kehendak atau Keuntungan?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah ready persiapan raya sok? Buat ke? Atau raya cam tak raya je? Hahahaha. Aku nak balik kampung. Ooooo...balik kampung! Balik kampung!

Kepada yang balik kampung tu...hati-hati yea driving. Ingat orang yang tersayang dan ingat juga ada jerangkap samar! AES Camera! Hahahahaha.

Jangan terkejut sebab ada flash di depan anda! Eksiden pulak sebab terkejut.

Bila aku tengok benda AES ni makin melambak dan bersepah-sepah di Malaysia. Aku tau la sekarang ni musim hujan. Tapi tak perlu la kot nak buat AES tu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

kan?

Apa AES? AES ialah Automated Enforcement System. Kalau dalam bahasa melayu ialah Sistem Penguatkuasaan Automatik. Automatik sangat ;p

Dari segi mata pengguna aku rasa cam tak perlu kot AES tu. Sebab eksiden akan tetap berlaku. Kenapa? Sikap pemandu itu sendiri.

Pemandu harus cekap mengawal kenderaan mereka.

Pemandu harus dapat rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan.

Pemandu tidak boleh leka dalam sistem aliran trafik.

Pemandu perlu mematuhi undang-undang trafik.

Kan?

Ni tak, badan tak cukup rehat dah nak memandu sampai 4 5 6 7 8 jam. Ko giler ke apa? Nak bunuh diri? Huh!

Bila rehat tak cukup. Ko rasa ko boleh kawal ke stereng ko dengan cekap. Dengan keadaan mata layu-layu seperti teratai layu di tasik madu? memey tak arr!

Huh!

Kehendak ke AES ni? Kehendak siapa? Sudah pasti lah bukan pengguna. Cuba bagitau aku pengguna mana nak AES ni?

Ko memang saiko kalau ko suka AES neyh! Hahahhaha.

Keuntungan? Hoi! mestilah. Ko ingat buat benda tu free-free je ke? Haruslah ada keuntungan, kalau tak. Takkan lah tercipta dan terhasilnya AES neyh!

Huh!

Siapa yang dapat keuntungan? Korang pikirlah sendiri. Hehehehe.

Tapikan yang lawaknye...ada aku dengar kat mana ntah. Kat jalanraya yang memerlukan hadlaju hanya 35km/h pun diletakkan kamera AES. Apakah?

Yang tak tahan ada kat Wangsa Maju. Elok je letak sampai 3 batang. 1 batang untuk setiap trafic light. Terbaik dowh. Tapi aku rasa yang ni lama punya kot. Kot lah. Kalau baru...memang la saje je tew.

Tapikan....nama pun benda ciptaan manusia. Haruslah ada kelemahan. Bahahahaha. Mau tak nya. Kalau malam-malam camera itu akan jadi sedikit ngok sebab 'beliau' akan konpius pada nombor 0 6 8 9. Ianya disebabkan faktor cahaya yea anak-anak. Semua nombor 6 8 9 berkemungkinan akan jadi 0.

Lain orang yang buat kesalahan. Lain orang yang kene saman. Pui!

Aku? tak tau nak kata apa. Aritu masa lepas balik dari Walk for Charity tu aku ternampak flash. Tapi tak pasti samada kami yang kene atau kereta lain. Hoih!

Terbang RM300.00 kowt kalau kene! Adoiyai-

Pengsan mak jemah!

ok bai. perut sakit gara-gara makan subway yang Encik Husni suruh abeskan semalam.

=__=

Nah! tatapan camera AES untuk anda ;p

mekasih kepada encik gugel
Jaga-jaga ada yang memerhati. Hahahahaha!

-silagelakmacamkakkiahpropa-

Tuesday, October 23, 2012

Neraka Abah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aritu aku tengok le citer Neraka Abah. Hasil lakonan Azhan Rani, Amyza Adnan, Liza Abdullah ngan apa ntah nama budak laki tew. Lupa la plak!.

ok.abaikan. Walaupun watak budak laki itew penting ;p

Neraka Abah citer pasal si Abah ni kaki pukul. Kak ipar dia pun dia nak keje kan. Inikan pula orang dalam umah sendiri kan? Memang dasar kaki pukul, kaki judi pastu complete dengan kaki dadah. Dan sebab dadah jugaklah dia bakal jadi perogol.

Damn you!.

Tapi memang bagus arr lakonan Azhan Rani. Ye arr... orang dah biasa berlakon teater, bila dapat berlakon drama memang akan jadi sangat-sangat menyelami. Wah!.

Citer ni okay la. Tapi encik Usben aku tu sepanjang cerita dia komplen. Dia memang suka komplen. Hahahaaha. Kadang aku malas layan, aku diam kan aje. Tak pun kalau rajin sket aku akan kata "hmmm". Hehehehe. Ayang tau abang baca ni. Hahahaha. -sila marah- *-*

Tapi seyes citer memang ada part yang cam tak logik sket. Jap, zaman skang ni ada lagi ke cikgu nak datang skolah tanya kenapa pelajar tak datang skolah? Ada lagi ke? Kalau ada pun naper cikgu dalam citer ni datang sengsorang erk? Dah la bapak budak DUDA. Haruslah ada sesuatu yang dia peram.

Ye la giler kau nampak cikgu yang masih hot dan comey lotey datang umah ... mestila datang sesi gersang. Hoih. Tinggal nak kene rogol je cikgu tu. Huhuhuu.

Satu je la aku cam tak nampak apa moral dalam citer ni. Mak budak tu mati. Sakit. Adik budak tu pun mati, sebab kene tolak ngan Abah dia. Abah dia pun mati sebab kene tikam dengan pusher dadah. Tinggal la dia keseorangan dengan mak sedara & pak sedara.

Moral jangan isap dadah, jangan berjudi, jangan jadi kaki pukul, rajin pergi skolah....lagi? xde pong. Ntah-

Dah la sore dalam movie ni perlahan. Aku rasa cam pekak bila nak dengar apa yang da cakap. Part lagu bukan main kuat. Aku tak faham. motip nak buat camtu?

ok bai-

Takde gambar. tak kose.

Thursday, October 18, 2012

3 Kata Hati

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sayang, aku terharu
Kasih, aku rindu
Cinta, of course I Love You.

My latest novel. Novel aku la sangat! Novel opis kot. Hik hik hik.

Novel ni hasil nukilan Norzailina Nordin. Menceritakan kisah Hanani dan Iskandar. Kisah cinta si gadis muda dan si jejaka yang berumur 30-an.

Iskandar arkitek yang kadang itu tak punya masa. Sebok je. Hanani pulak budak lepasan SPM yang bekerja di sebuah Agensi Pelancongan. Diorang kenal melalui FB. Hah! FB? Hebat.

Biasalah.

Bila dah kisah cinta.

Ada sedikit konflik cinta.

Konflik keluarga.

Persahabatan.

Pekerjaan.

Percutian luar negara.

Tapi yang pasti sebab dah zaman kini, sms, skype dan FB dah jadi benda wajib dalam novel sekarang ;)

Sangat sweet cara Iskandar . . . it make me smile when I'm reading it. Wah!



Harga buku ni RM 22.00 je.

Jalan citer dia biasa je. Cuma text yang Iskandar hantar dan kata-kata Iskandar dalam novel ni sangat sweet.
Hmmm....tetiba miss my hubbylicious!

Hah!?

Hubbylicious!

Korang ader?

Aku ada....jap g datang jemput daku dari opis.

Dang-

Sayang kamooo....owh rindunya...

Aih, gatal nampak

(n-n)

Ok. bai-

Wednesday, October 17, 2012

Adam & Hawa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ya, I know I'm a little bit keciciran about this phenomenon of Adam & Hawa. I don't care about it actually. Hahahahaha.

so evil this pompuan!

Jangan marah okay peminat dan pemenat Adam & Hawa.

Seyesli aku memang tak minat nak tengok pun citer ni. Novel dia? Aku tak pernah baca pong!. Arini aku baca ending je. Giler zalims.

Aku bukan boikot. Tapi after aku dengar dari si pencerita peminat setia telemovie Adam & Hawa kat umah tu. Aku tak rasa aku mampu tengok citer ni. Sebab aku cam malas nak tengok citer yang menguji kesabaran dan kesakitan hati melihatkan sikap Ain Hawani dan kesabaran Adam Mukhriz ;p

ye aku bukan pro Adam & Hawa.

Apa yang penting aku dah tau apa ending citer Adam & Hawa! Hahahaha.

Giler saiko pompuan neyh!

Umi!

Akak dah tau apa ending citer Adam & Hawa! Hahahahaha. Selamat menonton lah yea sampai episod 80.

Dang-

*mauumiakuisytiharperangnganaku* ;p

Apa ending? Takmo lah bagitau sebab korang pun dah tau.

Cliche-

Haruslah! Happily ever after!

Dadadadadada-


Tahan erk si Adam tu tunggu Ain sampai 8 tahun. Kalau laki lain mau dah kene cerai kot tak pun dimadukan. Ada ke lelaki camtu kat Malaysia ni? Aku malas nak tanya kat bumi ni. Terlalu besar sangat range dia. Tanya Malaysia sudah. Ada ke? Apatah lagi pilot. Hahahahahaha.

Pompuan degil cam Ain tu memang ada. Tapi aku belom pernah jumpe la...

Umi aku siap nak doa lagi supaya dilembutkan hati Ain terima Adam. Apakah??? Yang Puan Boss aku pun dah start kemaruk citer ni. Mula-mula takmo tengok pastu tetiba terjebak after aku bagi link yang dia leh tengok Adam & Hawa.

Pengsan-

Dah la...aku dah tau ending. Korang belom. Aku nak baca novel lain pulak.

Ok.bai!

Lupa pulak nak bagitau harga novel dia RM 19.90 je. Moh beli.