OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, September 30, 2011

The Back Up Plan

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat. Arini entri aku pasal movie saje. Tadi pasal my favourite movie . . . Pirates of Carribean. This time pasal movie yang aku baru tengok ngan mak aku ari ahad lepas.

Citer The Back Up Plan. 



Citer ni pasal Zoe (Jennifer Lopez) yang sentiasa tunggu Mr.X. Tapi selepas bertahun masih lagi belom jumpe. Maka, Zoe pun decide nak pregnant dengan suntik sperm kat dalam perut dia. So, she can get pregnant. Jadi, selepas dia masukkan sperm, baru lah dia jumpa dengan bakal Mr.X dia.

Diorang jumpe hasil dari perebutan teksi dalam hujan. His name is Stan (Alex O' Loughlin). Pada permulaan, Zoe ni macam nak buat dating yang macam biasa. Konon nak sorok la yang dia pregnant. Tiba-tiba, Zoe muntah depan Stan. Stan pun pelik takkan lah dengan skali buat sex than Zoe pregnant. Lepas tu Zoe pun trus terang dengan Stan yang dia bla, bla, bla and bla. . . .

Dengan tidak disangka - sangka, Stan accept Zoe. For the first time pregnancy check up, Stan temankan Zoe. Masa check up tu, Doc kata Zoe akan dapat anak kembar. Pengsan!. Dahla bukan anak dia in biological. Kembar plak tu. Everything will be double. Kesian Stan. Dah la jual keju je. Pastu belajar lagi.

Pening gak la kepala si Stan tu. Kesian aku tengok Stan. Memang nampak serabut. Huhuhu . . . Ending citer ni mestila Happy Ending. Diorang kawen after Zoe lahirkan anak. But not immediately after a few month of delivering the baby.



Citer ni bestla. . . .dengan chaos nye. dengan jokes nye.

p/s: citer ni light light so untuk menenangkan jiwa sedang lara . . . leh la layan.


ADIOS!

Pirates of Carribean

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku memang tak boleh nak reject kalau citer lanun ni tayang . . . .oo em gee.


Aku memang la suka dengan mamat ni. . . . .

Hensem nye. . . . .


Hensem kan. . . .umur mamat ni da 4 series tapi still nampak cam around 3 series. . .kan?kan? Camnerla dia jaga muka dia erk?

He is the main actor dalam citer pirates. Dia pegang watak Captain Jack Sparrow.

First movie Pirates of the Carribean . . . The Curse of the Black Pearl.



The Second Movie . . . . The Dead Man Chest


Then, the third movie with pirates . . . . At The World Ends


Last with the pirates . . . . At The Stranger Tides


Citer ni aku baru je tengok . . . .sedey kan? Baru je tengok dengan penuh tekun. Sebab before this ada gak nak tengok citer tapi tak berapa nak tekun. He he he. . . .

Pada permulaan citer ni aku ingat citer ni prequel sebab Captain Barbosa (Geoffrey Rush) tu jadi Captain untuk tentera England. Biler dah tengok sampai abes, sequel okay.

Citer ni pasal Captain Blackbeard (Ian McShane) yang nak pegi ke Fountain of Youth. Fountain tu boleh tolong dia supaya leh hidup selamanya. Dalam citer ni jugak Captain Jack Sparrow (Johnny Depp) jumpa dengan awek lama dia Angelica (Penelope Cruz). Angelica ni anak kepada Blackbeard. Mereka berdua mempergunakan Captain Jack Sparrow untuk pergi ke Fountain of Youth. Biasalah Captain Jack Sparrow ni selalu je dipergunakan oleh orang lain. . . .kadang rasa dia macam diperbodohkan tapi dia sebenarnya agak bijak dalam apa-apa cara pong!.

Dalam citer ni jugak ada duyung - duyung yang canteks! Tapi duyung - duyung ni mengerikan lah! Diorang makan orang!. . . .

Inilah duyung yang cantek - cantek tu . . . . .



Untuk mendapatkan hidup yang selamanya. . . .Captain Blackbeard kene amek setitik dari airmata duyung dan dicampurkan dengan air dari Fountain of Youth tu. Duyung ni keras hati ooooo. . . .payah nak nanges. Banyak dah duyung yang sanggup mati daripada bagi airmata diorang (baru aku tau camne duyung boleh pupus, yang tinggal dugong je).

FYI, Captain Jack Sparrow tak kisah pun nak minum air dari Fountain of Youth tu. Walaupun dia memang ada peluang untuk minum. Tapi sebab dia kan baik hati jadi dia bagi Angelica minum air tu. Sebab masa tu Angelica ni dah kene racun katak yang dibawa oleh Captain Barbossa.

Captain Blackbeard tu mati ye rakan-rakan sebab kene tikam dengan Captain Barbossa. Captain Barbossa memang dah lama cari Captain Blackbeard ni dan Captain Blackbeard hanya boleh mati pabila ada orang yang mempunyai satu kaki tikam dia. Captain Barbossa is one leg man. So, he can kill Captain Blackbeard. Aku pun da pening dengan aku nye info nih. . . . .

Ending dia . . . . .Captain Jack Sparrow dapat kapal Black Pearl dia balik. Sepanjang citer trilogi + 1 Pirates of Carribean ni, Captain Jack Sparrow hanya tau nak dapatkan Black Pearl dia je. Dia bukan kisah hal lain pun. Hu hu hu. . . .


Habes. Aku tak tau la kalau ada lagi sequel citer Pirates of Carribean. Kalau ada lagi . . . kene la tengok lagi. Ho ho ho. . . . Korang faham ke apa yang aku citer kat atas tu? Faham-faham sendiri jelah. . . .kalau nak borak dengan aku pasal citer ni, carila aku kat FB. Taip je nama aku . . . . Chepah Ila Hussein. *wink*wink*

p/s: kali ni aku tak tido tengok movie ni sebab ada hero aku. . . Johnny Depp!


ADIOS!

Thursday, September 29, 2011

Nuffnangs

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Ada jugak la pergerakan dalam BE aku. . . . .walaupun aku rasa mau makan lagi spoloh tahun baru aku leh claim. Hahahahaha. . . . .

Apa-apa pun thanks to Nuffnang sebab bagi BE baru yang tak berapa nak baru sangat. . . .Huhuhu


p/s: simpanan untuk hari tua . . . . *wink*wink*


ADIOS!

Lempeng?

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Dah lama kot aku tak kongsi resepi. Begitu jugak dengan petua kan? petua aku dah suam-suam kuku. Takpe nanti aku searching lagi petua yea. Tapi arini aku nak kongsi resepi Lempeng yang menjadi sarapan kegemaran family di kala hujung minggu.

Lempeng dan Sambal Sardin.

Ye la lempeng dan sambal sardin. Pernah dengar tak? Sedap!

Ini resepi dia. . . . .

Bahan-bahan Lempeng.

Air garam (garam campur air suam)
500 gm tepung
2 sudu besar marjerin

Cara-cara.

Gaulkan tepung dan marjerin sampai jadi macam ibu roti tu. . . .Pastu masukkan air garam dan uli sampai jadi doh. Maka air tersebut korang agak-agak lah sendiri. Kalau dah terlembik tu. . .tambah la tepong lagi.

Kemudian, buatkan doh-doh kecil. Pandai-pandai korang la nak buat besar mana. Pastu canai. Lepas canai, korang masak atas kuali leper. Ada kuali leper tak? Kalau takde guna kuali yang stainless steel tu pun boleh.

Siap.

Bahan-bahan sambal sardin

1 tin sardin
1 pek cili boh
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
garam
gula

Cara-cara.

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan cili boh sampai garing dan naik bau. Masukkan garam dan bawang dan gula. Kacau. Masukkan sardin dan kacau sampai mendidih. Kalau nak kuah lebey, tambahla air.

Siap.

Apa yang jadi?

Mari lihat contoh gambar di bawah. . . . .Hehehehe









p/s: sedap dimakan waktu panas-panas...da sojuk kurang sedaps. Hehehehe


ADIOS!

Wednesday, September 28, 2011

Rabu Tanpa Kata . . . .

Assalamualaikum, semua ;)



Happy Birthday! ! !

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Bulan ni ramai pulaks yang happy birthday to you. Jadi untuk mengelakkan aku tak tercicir dan mungkin ada yang dah tercicir. . . .maka, aku wish sekali lump sum kat sini.



p/s: gambar-gambar adalah hasil rompakan aku kat Facebook. Sorry to all darling!

Firstly, Happy Belated Birthday to You to . . . .my cuzzie,



Then, my Sister In Law . . . .Happy Belated Birthday To You,


Then, my makcik . . . . .Happy Birthday To You,


Lastly, my Sister In Law . . . . .Happy Birthday To You,


To all ladies I wish . . . . .

Have a good wealth, health and prosperity. 
May Allah bless you. 

p/s: simple but padat (padat in english?. . . . .entah)


ADIOS!

Tuesday, September 27, 2011

celebrate yang tak berape celebrate....

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Inilah yang terjadi pabila tuan punya cake balik lambat. . . .maka celebrate di waktu dinihari. Ha ha ha . . . .

Mari layankan gambar-gambar yang diambil. . . . .let's picture do the talking . . . .





















p/s: happy birthday to you to Encik Awie. . . .ho yeah!

ADIOS!


Thor. . . .

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku baru je tengok movie ni. Orang puan tengok citer gini. . . .kan ke cam peliks!. Tapi apa de hal kan? Ok lah, cam biasa la. . . .aku akan tulis review aku. He he he. . . walaupun dah dekat 5 bulan. Sengals! Hahahaha. . . .


Citer ni citer pasal mamat kat atas ni, nama dia Thor. Eh! Thor ke nama dia? Ke Thor tu nama hammer dia? Nilah, akibatnya bila sambil tengok sambil lelap. Hahahahaha. . . . .memang aku tak layak bagi review pasal citer ni.

Apa yang aku faham dalam citer ni. Mamat atas tu, kene buang ke bumi sebab tak dengor kata bapak dia. Tapi tu pun gara-gara adik dia. Hampeh nyer adik menikam belakang abang sendiri. Bila dah turun ke bumi, Mamat ni jumpa la ngan sorang awek (Natalie Portman). Natalie Portman je la yang aku kenal dalam citer ni. Walaupun ada yang aku kenal dalam citer tu tapi tak ingat nama. Hahahaaha. . . .Jatuh cinta. Insaf. Mati kejap sebab kene bunuh ngan adik dia. Disebabkan dah insaf, dia dapat power dan hidup. Pastu dia balik ke planet dia.. Biasalah citer hero-hero ni. cliche.

Pastu, dia pun pegila kat planet dia balik. Memperbetolkan keadaan yang tak berapa betol. Maka, betollah semula apa yang tak betol. Adik dia macam kene bunuh. Tapi bila kat hujung-hujung tu ada nampak adik dia. Apa punya citer ni? Tak faham langsung!. Mungkin orang yang suka tengok citer marvel je yang faham.

Kalau tanye Encik Usben mesti aku kene marah sebab saper suruh tido masa tengok movie. Hahahaha! Padan muke ko Chepah!

Morale of the story. . . .tak payah jadi HERO MARVELS jadi orang biasa pun dah cukup hero! Hahahaha. . . .Chepah yang sengals. 

p/s: Jangan Tido Masa Tengok Movie. . . ianya sangat merugikan! Rugi sebab kene marah ngan Usben.Hahahaha!


ADIOS!

Happy Birthday Bro!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Woh! lama giler tak update belog ni. . . . .da bersawang kot. Last aku update hari Rabu minggu lepas. Hampir seminggu. Sorry readers. Ada reader kew? (ayat cliche bloggers bila dah lama tak taip belog . . . Hahahaha)

Entri arini nak buat yang cepat dan pantas!.


Sepatutnya entri ni aku taip semalam. . . .tapi disebabkan semalam adalah hari yang paling sibuk untuk aku. Aku perlu memenuhi keperluan pelanggan. He he he. . . .okay, kita berbalik kepada cerita asal. Aku nak wish birthday kat adik aku ni haaaaa. . .semalam birthday dia. Maka,kalau hari ni aku wish jadi belated la kan?

Tapi, lantaklah! 
Aku nak taip Happy Birthday to You jugaks!



aku nak wish 
Happy Birthday To You 
kat budak baju oreng ni. 
Encik Awie. 
You sudah 26 tahun lah!

Kitorang tak plan apa-apa pun nak masak untuk ko. . . .
Sebab ko balik keje lambat. 
Seb baik tak masak best-best 
sebab 
kitorang sumer dah tido biler ko balik. 
Pastu dah la balik lambat, 
kek pun tak sempat nak potong. 
Pagi tadi baru nyanyi dan potong kek! 
Lawaks giler!

Akak harap ko kaweng cecepat!
Akak harap ko jadi muslim yang sejati 
dan 
sentiasa beramal kepada Allah.
Akak harap ko jadi yang terbaik. . . .
Akak harap macam-macam lah kat ko. . . . .

dah tak tau nak cakap pe. . . .
maka, abes!.

Inilah kek yang dibeli semalam 
tapi 
dipotong oleh birthday boy pagi tadi. . . . .
He he he. . . .








words birthday kat atas kek tu pun dah smeared. Huh!

Next year, birthday ko, kitorang inform awal-awal lah! Ok, bye!

p/s: konon nak surprised tapi tak jadiks!


ADIOS!

Wednesday, September 21, 2011

Rabu Tanpa Kata. . . .


Lebaran 2011 (Part IV)

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Patutnye rini wordless wednesday kan? Tapi aku rasa cam nak type jugak sket rini. . . . .Sesi beraye kami sekeluarga sesi ke-empat. Kali ni beraye kat Subang dengan kawasan sekitar Keramat saje. Hehehehe. . . . .

Ho ho ho. . . .yang sebelum ni aku tak bagitau pon beraye kat mana kan?

Lebaran 2011 (Part I) - Kanchong Darat, Banting & Sungai Pelek, Selangor (kampung Encik Usben)

Lebaran 2011 (Part II) - Tanjung Karang, Selangor.

Lebaran 2011 (Part III) - Kajang, Selangor.

Maaf yea rakan - rakan. Suka - suka upload gambar tapi tak bagitau beraye kat mana. . . .kesengalans berlaku di sitew! *toink*toink*toink*

Layan kan aje gambor di bawah . . . . .


































p/s: habes da kot gambar raye aku. kalau ada lagi, kene buat Part V la pulaks.


ADIOS!

Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng in da house!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. At last filem yang hampir-hampir dipenuhi dengan kontroversi dari segi agama Islam da sampai kat umah aku. Hmmmm. . . .memang banyak penggunaan dan pendekatan agama.

Tapi pada pendapat aku la, ianya hanya sedikit ilmu untuk disampaikan dimana kita dapat lihat mat-mat rempit pun masih lagi ada agama. Walaupun hidup mereka seakan-akan hampir tunggang langgang. Cuma mungkin ada sesetengah dialog macam mengucap tu kene ucap betol-betol kot. . . .sebab maksud harus betol. Atau mungkin pendengaran aku kurang jelas.

Citer ni lawak jugaklah. Nak kata lawak giler, takdelah. Tapi ianya pendapat masing-masing. Ada yang kata citer ni sangat lawak. Dan ada yang kata citer ni mild - mild je lawak dia. Ada yang kat tak best langsung. Jadi aku kat tengah-tengah kot. Yang ala - ala mild tu. Aci tak?




Citer ni pasal Amran (Zizan) si mat rempit dan berkawan dengan Kunyit (Taiyuddin). Diorang ni Mat Rempit berjaye kat KL. Berjaya lah sangat. Biasalah dah merempit habuan dia mestilah Si Jelita. Tak sempat si Amran ni nak 'rasa' Maya (Juliana Evans) dah eksiden kene langgar lori.  Jadi hantu tu lah yang dok kacau si Amran!.

Halimaton (Jue Aziz) pulak girlfren si Amran. Nurse. Maka, disebabkan Amran ni asyik kene kacau dengan hantu Maya tu. . . .si Amran ni mintak pertolongan Kunyit ngan Halimaton supaya dapat settlekan problem dia. Jadi, terjumpalah dengan kembar si Maya. Namanye Ayu (Juliana Evans).

Rupa-rupanya, Ayu ni yang memang sengaje nak kene kan kakak dia. Hampeh punya adik. Dia yang punya angkara jadikan kakak sebagai habuan race. Chulalongkorn betol!. Patutnye kakak dia pegi menghantui si Ayu tu bukannye Amran. Derrgghhh!. Elok plak si Ayu tu bagi Amran makan nasi kangkanag! Chanteq! Macam - macam isu dalam citer Hantu Bonceng nih.

Bagus betol hasil garapan Ahmad Idham. Nice topic!. Nice actor!

Apa ending dier? Sah-sah la diorang dapat settlekan problem tu. Amran dengan Kunyit da tak rempit. Diorang keje dengan sebaik mungkin. Ye kot. . . . .

Kan aku kata citer dia ala - ala mild je kan? So, its up to you lah nak tengok ke tak. . . . .Hehehehe

p/s: harus sokong citer Malaysia, kalau kita tak sokong, saper nak sokong?


ADIOS!

Lebaran 2011 (Part III)

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Gambor raye part III pulak yea. Tadi dah published untuk part II. So, let's view it!














p/s: hasil beraye di Kajang. . . .next year kita konvoi lagi yea.


ADIOS!