OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Memandangkan aku akan bercuti seminggu sempena menyambut Syawal. Maka, belog aku pun akan bercuti jugak selama seminggu. Bersawanglah jawabnya. . . .

Sempena Bulan Syawal yang bakal tiba, aku dan family mengucapkan Salam Lebaran dan Mohon Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca-pembaca setia ku. Mohon halal makan dan minum. Mohon sejuta kemaafan kepada semua sepanjang penghasilan dan penulisan belog aku nih jika bahasa yang aku gunakan dalam belog ini sedikit kasar.

Semoga lebaran ini, kita bergembira sambil mencatatkan memori-memori bahagia di samping orang tersayang. Kepada pemandu-pemandu di luar sana, pandulah kenderaan anda dengan berhati-hati. Ingat orang tersayang!. Especially to my Encik Usben, pandu hati-hati ye sayang malam nanti. Sebab you are carrying orang yang paling kamu sayang!



Okay, chau chin chau!

p/s: raya, raya jugak. . . .korang dah bayar zakat?


ADIOS!

dua ploh enam haribulan lapan dua ribu seblas!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. 
Hari Jumaat arini yea. 
Penghulu segala hari. 
Mood raye aku dah menjadi-jadi. 
Mana taknya, 
tahun lepas aku tak raye sebab berpantang masa raya. 
Maka raya tahun ini, 
HARUS
lah beraya dengan sakan! 
Walaupun preparation ala-carte saje. 
Sekurang-kurangnye ada daripada takde. 
huh!


Apa-apa hal pun. 
Arini special entry for my Queen of My Heart. . .
my Umi.


Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Umi,
Happy Birthday to You. . . . .

Arini genap 56 tahun umur my dearest Umi.

Petang kang kita celebrate yea. . . .
I will cook for our IFTAR today. 
Spageti Bolognese. 
Yummy!

Korang-korang, telan ayaq liuq! 
Wakakakaka. . . .

p/s: malam ni nak balik kampung. oooo. . . .oooo. . . .balik kampung!


ADIOS!

Wednesday, August 24, 2011

IFTAR family and friends

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Jumaat minggu lepas kan aku ada citer aku nak buat Ayam Penyet kan? Memang aku ada buat. Tapi gambo takde. . . .sebab memang tak sempat amek gambo Nasi Ayam Penyet tersebut. Cuma sempat amek juadah berbuka yang lelain je. Saper yang ada? Family aku, Cuzzies aku dan Encik Awi nyer rakan-rakan. Adala dalam 20 orang yang berbuka malam tu. Ramaikan?

Gambar pun cam tak semenggah jek. . . .Hu Hu Hu






Macam-macam ada. . . .gara-gara kengkawan Encik Awi yang bermurah hati membeli juadah. Penoh meja! Ada roti john, murtabak, satay, otak-otak, popia, kuih tepung pelita, agar-agar, buah melaka dan juadah dari umah pula Nasi Ayam Penyet, Pecal, Salad Telor & Udang Oat.

Alhamdulillah, semua juadah settle di bedal oleh Sang Bedal yang ada dalam umah tu. Seronok jugak dapat berbuka ramai-ramai kat umah. Cuma yang takde Encik Fathull dan Encik Husni.

Meh sini aku sharekan resipi Nasi Ayam Penyet, aku punye style. Kalau dah aku punya style, maka memang tak sama la dengan resipi original. Hahahahaha. . . . .

Bahan-bahan Nasi.

3 cawan beras (cuci)
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
3 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
1 biji kiub ayam
4 cawan stok ayam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak masak
garam

Cara-cara menyediakan Nasi.

Panaskan marjerin dan minyak. Tumis sampai naik bau hirisan bawang merah, bawang putih, halia, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis. Masukkan beras (tanpa air) gaul sebentar. Masukkan stok ayam, kiub ayam dan garam. Gaul. Siap!

* Resipi nasi ni bukan untuk 20 orang makan yea. Ini untuk 5-6 orang makan saje.

* Satu cawan nasi aku sama dengan satu tin nasi (tin susu). . .Hehehehe

Bahan-bahan Ayam Penyet

1 ekor ayam (direbus dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk)
1 sudu besar kunyit
1 sudu besar rempah kari
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar herba campuran (ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang di blend halus)
 Garam
Sedikit air

Cara-cara Menyediakan Ayam Penyet

Ayam dipotong 12 atau sukati koranglah nak potong berapa pon. Rebus. Toskan.
Kemudian perap ayam tersebut dengan bahan-bahan kering. Nak lagi sedap perap semalaman.
Selepas dah perap dalam 4-5 jam, korang goreng ayam tersebut.
Lepas da goreng. Toskan minyak. Pastu korang ketukla ayam tu sampai penyet!
Tu pasalla jadi ayam penyet. . . .Hehehehe

Bahan-bahan untuk Pecal

1 ikat pucuk ubi
1 ikat kangkung
1 ikat kacang panjang
2 keping tempe
5 keping tauhu
tauge
kuah kacang pecal instant

Cara-cara menyediakan pecal

Korang celur je semua sayur mayur yang ada kecuali tauge. Tempe dan tauhu sila goreng yea. Giler ke apa nak celur jugak! Kuah kacang pecal instant ni korang boleh cari kat pasar-pasar basah kot. Aku dapat pun dari mak mertua aku. Dia buatkan. . . .Hehehehe

Dah siap!

Bahan-bahan Salad Telor

3 biji telor (direbus dan dipotong nipis)
3 biji tomato (dipotong nipis)
1 biji timun (dipotong nipis)
Daun Salad
2 sudu besar Sos Cili
2 sudu besar Sos Tomato
Garam
Gula
Sedikit Air Suam

Cara-cara menyediakan Salad Telor

Korang susun telor dan sayur secara berselang seli. Daun Salad tu kalau takmo letak pun boleh. Sos tu pulak, ko campur semua dalam satu mangkuk. Kacau sampai sebati. Pastu korang curahkan je atas telor yang ko dah susun cantek-cantek tu. Siap!

Bahan-bahan Udang Oat

1 kg udang (dibersihkan)
2-3 tangkai daun kari
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 sudu besar butter
2 peket Nesvita Oat/ Nestum

Cara-cara menyediakan Udang Oat

Mula-mula korang goreng udang sampai garing. Goreng dengan minyak yang panas dan banyak. Udang tu sila gaul dengan garam dulu yea. . . .Angkat dan toskan udang tersebut.
Pastu buang minyak bekas goreng udang tu. Kalau nak simpan pun boleh, sebab korang boleh gunakan minyak tu untuk goreng mee ke, bihun ke atau kuewtiau.
Panaskan butter dengan api sederhana. Makesure jangan hangus butter tu yea! Masukkan daun kari, cili merah dan cili hijau. Goreng sampai naik bau. Masukkan udang dan gaul sebati. Tutup api. Pastu baru masukkan oat/ nestum. Siap!

Mudahkan? Senangkan? Petik jari je kan nak masak? Confirm korang boleh follow punya aku nyer resipi. Campaks-campaks je. Selamat Mencuba!

p/s: penat lah tangan aku taip panjang-panjang!


ADIOS!

Homemade Pizza

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hmmmm, dah tinggal beberapa hari je Bulan Ramadhan bakal tinggalkan kita semua. Lepas tu, Bulan Syawal pulak datang menjengah. Aku akan merindui Bulan Ramadhan. . . . .lama betul aku tak update belog ni. Agak sebok jugakla minggu ni sebab kene habeskan keroje sebelum cuti raye.

Arini aku nak share kan hasil buka pose semalam. Aku lupa nak share kan Ayam Penyet kan? Gambar takdela. . . tak sempat nak amek gambo. Huhuhuhu. . . .

Bahan-bahan:

Roti Naan @ Roti Pita (beli je kat Carrefour/ Giant)
Sos spageti
Lada Hitam
Herba Campuran (thyme, basil, rosemarry dll)
Nenas kiub (dalam tin)
Cendawan Butang (dalam tin)
Keju Mozarella
Sosej
Ayam (ditumis dengan minyak)
Bawang (potong dadu)

Cara-cara:

Korang letak jela bahan-bahan kat atas tu mengikut imaginasi korang sendiri . . . .
Pastu bakor sampai cheese tu cair & roti sedikit garing. . . .
Dah siap!



Senangkan? Kos bahan-bahan aku beli dalam RM 50.00. . . .boleh buat banyak kali. Layan!

p/s: countdown untuk balik kampung


ADIOS!

Friday, August 19, 2011

Hope She Will Be Okay (II)

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Ingat tak entri pasal one of my friend yang tak berapa nak sihat tu kat dalam entri SINI. Two weeks before aku ada sms dia. Dia kata doc cakap salah urat. So, dia pergi berurut. But, until now, still not okay. So, pegi x-ray. . . .then, doc kata ada split disc. Innalillah. . .Ujian buat dia. Apa split disc? aku da gugel. Tapi biasala. . . . aku bukan nye orang doktor. Aku orang akaun. Mana la nak faham.

Korang gugel la sendiri. Cari maksud split disc tu yea. . . . .Aku ada jumpe la sikit info pasal split disc ni. Korang pegi la sini. . . .SPLIT DISC

Aku harap she will be okay. Dah nak raye ni. . . .kesian pulak kat dia.

p/s: Dugaan untuk dia semoga dia tabah menghadapinya.


ADIOS!

F.R.I.D.A.Y

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Diam tak diam dah sembilan belas hari kita berpuasa. Tinggal lagi spoloh hari je lagi. . . .Spoloh hari je lagi kita akan tinggalkan Bulan yang penuh rahmat ni. Sedey pulak aku, bila fikirkan Bulan Ramadhan akan tinggalkan kita.

Arini ari Jumaat. Makanye, masa berhujung minggu dengan keluarga suda sampai. toink! toink! toink! Plan aku nak masak Nasi Ayam Penyet untuk berbuka sok. Ari Ahad tak pasti lagi nak buka apa. . . .Tapi nanti kalau kerajinan aku amek gambo Nasi Ayam Penyet aku itew. Gedik je guna perkataan itew instead of using itu. Cam harrram!

Korang mesti perasan kan. . . .bile Bulan Posa mai je, penyakit ni selalu ada. Penyakit ni lah yang paling POPULAR masa bulan posa ni. Ubat dia pun sangatlah laku gitew! Ha ha ha. . . .

Apa lagi tak lain dan tak bukan, penyakit GASTRIK la! si GASTRIK ni memang suka datang masa bulan posa. Takpun biler  bulan posa je dia mai. Bulan posa mai, dia pun mai. Ayat aku pun dan macam kene penyakit GASTRIK da ni. Tertonggeng-tonggeng macam orang yang sakit perut gastrik tu.

Aku bukanlah nak ketawakan korang-korang yang kene penyakit POPULAR ni. Tapi yang mana memang ada sejarah atau history pasal penyakit ni, JAGA-JAGA lah pemakanan korang masa bulan posa ni. Jangan jadikan penyakit ni sebagai alasan korang MALAS nak posa. Tak baik tau!

Apa korang ingat korang ganti tu. . . . .sama ke dengan korang berpuasa masa dalam Bulan Ramadhan nih? Tak sama weyh!. Rugi dowh! Lagi-lagi bagi kaum ADAM, sah-sah la korang boleh puasa penoh kan? Maka janganlah lobangkan posa korang yang cantek tu!

Lainlah kaum HAWA ni haa, macam-macam hal! Yang paling utama sekali si P tu. Bile dia datang, satu apa pun tak jadi. Dengan senggugut la, dengan migrain la. Berlobang posa. Mau dari 5 - 15 hari lobang. PARAH nak ganti pose!. Kalau yang mengandung tu pulak, boleh dilonggarkan kalau ianya boleh membawa kepada kemudaratan. Tapi mesti kene ganti juga posa-posa tu semua ye. Kalau yang masih menyusukan anak pun ada kelonggaran nya. Jadi jangan risau. Islam agama yang mudah.

Tapi itu tak bermakna korang boleh senang-senang nak tinggalkan puasa! Mari kita collect pahala dalam bulan yang penoh keberkatan ini. InsyaAllah, setiap orang akan dapat ganjaran dengan ibadat yang dilakukan.

Kan, aku da membebel pasal posa. Kepada KIPAS SUSAH MATI encik/ cik Gastrik. Makan-makan lah ubat. Jaga pemakanan. Jaga cara hidup. Berdoa pada Allah dijauhi dari encik/cik Gastrik. Mental kene kuat.  Okay!

p/s: Jangan lupa solat terawih yea!


ADIOS!

Tuesday, August 16, 2011

2304 & 2305 (III)

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. . ..biarkan gambar yang bercerita. . . .( credit to Mai )




















































































p/s: thanks again to Mai. . . .for lovely picta!

ADIOS!

Monday, August 15, 2011

2304 & 2305 (II)

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Let's the picture do all the talks. Layannnzzzz....































p/s: thank to my dearie farah. . . .for the picture. now waiting from Mai's camera.

ADIOS!

2304 & 2305

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Pejam celik pejam celik dah 15 hari kita berpuasa. Alhamdulillah puasa masih belum lagi ada yang lobang. Harap - harap dapat le penuh sampai akhir. InsyaAllah. Persiapan raya korang macam mana? Separuh settle atau dah settle semua? Baju aku ngan anak - anak da settle, baju Encik Usben je belum beli lagi. . . .Hehehehe. Tunggu gaji la yea, nanti kita shopping kat AEON, AU2.

Semalam aku berbuka puasa bersama - sama dengan rakan rakan sekuliah masa kat itm. Ayat! tak menahan. . . Huhuhuhu. We are six and a half. Kenapa ada half? Half tu anak aku. Cik Bebet lah. hehehehe. . . . Kami beriftar di Restoran Kunang - Kunang.

KUNANG KUNANG RESTAURANT
LOT 5730, JALAN LINGKARAN TENGAH 2, 68100 GOMBAK,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: +603 – 4105 2015/ +603 – 4106 2015 
Fax: +603 – 4107 7015/ +6018 – 669 2330 
Email: info@kunangkunang.com.my

Makanan kat sana quite okay. Ada lasagna, lala, kambing, satay, kuih muih, lauk pauk dalam 5 - 6 jenis. Nasi putih. Jus. Eskem. Salad. Aku bayar RM 40.00 sebab masa tu ada offer early bird. Tapi sekarang ni dah up sket RM 49.90. Aku tak perasan pulak RM49.90 nett or plus plus.

Tak tau da nak type apa. . . . . maka mari layan gambo jek.

 
Aida, me, Kak Pah, Mai & Farah