OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, March 11, 2011

Dagang Tubuh RM10!

Apa nak jadi budak-budak sekolah zaman sekarang ni! Giler apa??? aku tau pasal topic ni biler aku baca METRO! demmit btolla budak-budak ni. Kalau benda camni nak salahkan sape? mak bapak jugak ke? atau sebab faktor kemiskinan. benda ni berlaku kat KOTA KINABALU, SABAH. Kalau kat KL ni, aku rasa bersepah kot. Dunia ni memang da nak KIAMAT da....dunia ni pun da tua dan da tak mampu keazaban yang dilakukan oleh MANUSIA.

Cerita beliau (si gadis penjual tubuh):
KOTA KINABALU: Hanya RM10. Itu bayaran dikenakan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang masih bersekolah kepada rakan sekelas yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.Remaja berkenaan juga tidak kisah melakukan perbuatan terkutuk itu pada siang hari di hotel murah pilihannya dan lebih memeranjatkan sudah melakukannya sejak berusia 15 tahun lagi.
Dalam pertemuan dengan wartawan Harian Metro, pelajar itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lina berkata, dia mula membabitkan diri dengan kegiatan tidak bermoral itu selepas dipengaruhi beberapa rakan wanita lebih tua yang dikenalinya ketika melepak di kompleks beli-belah di bandar raya ini.

“Ketika itu, saya memerlukan wang untuk membeli pakaian berjenama selain mendapatkan peralatan sekolah lebih lengkap, sedangkan keluarga tidak mampu menyediakannya termasuk buku latihan disebabkan faktor kemiskinan,” katanya. Lina berkata, selepas menceritakan masalah kewangan dihadapinya, seorang rakan mempengaruhi supaya melakukan pekerjaan itu kerana boleh memperoleh wang dengan mudah.

“Pada mulanya, saya pelik dengan pekerjaan ditawarkan kerana dibawa ke sebuah bilik hotel dengan alasan untuk ‘ditemu duga’ sebelum didatangi seorang lelaki berusia sekitar 30-an.

“Sebelum berbual, saya melihat lelaki berkenaan menyediakan segelas air sebelum memasukkan sejenis pil lalu mengarahkan saya meminumnya dengan alasan untuk menghilangkan perasaan takut dan gemuruh,” katanya.Katanya, selepas beberapa minit meneguk air berkenaan, dia berasa ghairah sebelum lelaki berkenaan mengarahkannya berbaring.

“Saya hanya tersedar beberapa jam selepas itu dalam keadaan tidak berpakaian. Pada masa itu, saya hanya mampu menangis, namun ditenangkan rakan itu sambil menunjukkan sejumlah wang untuk saya,” katanya.Lina berkata, selepas kejadian itu, dia semakin ketagih untuk melakukan hubungan seks dan mula menawarkan diri kepada rakan lelaki yang dikenali saja.“Selepas kejadian itu, saya sering mengulangi perbuatan sama terutama selepas waktu sekolah hingga mampu hidup senang.

“Bagaimanapun, disebabkan terlalu kerap melakukan hubungan seks dengan pelbagai lelaki, saya mengalami jangkitan kuman pada kemaluan,” katanya.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan dia berhenti daripada kegiatan itu dan akhirnya menyesal dengan apa dilakukannya.“Mungkin itu balasan atas perbuatan saya kerana mahu mencari wang dengan mudah. Mujur saya tidak mengandung, jika tidak pasti nasib lebih buruk,” katanya.

Kalau faktor kemiskinan yang menjadi punca, itu bukan alasan yang utuh untuk dijadikan sebagai alasan mau JUAL body! banyak KERJA lain ada yang boleh dijadikan punca mencari rezeki. Tapi kalau diikutkan apa yang diceritakan gadis tersebut, beliau menjual BODY nya semata-mata untuk menyarung baju berjenama dan membeli alat tulis yang lengkap. aiyoooo!sayang....bersederhanalah dalam kehidupan.itu yang terbaik.kenapa perlu bermewah-mewah.haiihhh...

Tolongla dan aku merayu pada gadis-gadis diluar sana! Jagala adab dan tata tertib kita sebagai MUSLIMAH. Berpakaian dan berperangaila sebagai MUSLIMAH. Ubah diri kita. Ubah wajah kita. Ubah cara hidup kita. Ubah kepada kehidupan yang lebih baik dan lebih Islamic. InsyaAllah, kita akan mendapat hikmah dan nikmatnya.

Kalau kita tak ubah diri kita, takde sape nak ubahkan. Allah hanya boleh tunjuk jalan untuk berubah. Tapi kalau diri sendiri masih berdegil...takde maknenye weyh! Salam.

p/s: emo aku biler baca berita cam neyh! demmit!

khurafat






Aku baru je tengok citer neyh....sedeykan? benda da lama aku baru tengok....huhuhuhu.

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Citer ini start dengan Johan (Syamsul Yusoff), seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Pembantu Hospital pakai kete best woooo! manyak duit....kaya gak erk keje Pembantu Hospital ni. Mamat ni dah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah (Liyana Jasmay).

Masa bebaru kawen, biasala MANIS je sumer....tetiba diorang ni kene ganggu ngan makhluk halus. Giler arrggg masa diorg kene ganggu...babak-babak agak menakutkan jugakla.....Gangguan ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Mamat neyh konpius sape la yang nak 'kacau' hidup diorang yang bahagia tu. Aku paling nyampah scene semua gelap...kat opis si Johan ni pun gelap. Apa ospital da abes duit ke nak bayar bil letrik? dem!

Lagi bertambah konpius, biler datangla satu pompuan tu misteri yang suka bagi Johan kuih. Mati-mati aku ingat makcik tu yang kenekan Johan..rupa-rupanya BUKAN....makcik tu tingat kat anak dia. muka sejibik cam Johan....giler NERD muka anak dia...hahahahaha.

Mamat Johan ni dulu ada awek nama Anna. Minah ni suka buat perangai pelik dan mengganggu kehidupan Johan dan Aisyah. Lagila trauma si Aisyah. Bini mana tak rasa tergugat biler kekasih lama sang suami datang kembali dan merayu untuk bersama. Damn! kalau aku pun GOYANG kot...

Aku rasa Anna ni da bosan kot. Sebab kacau plus pujuk rayu si Johan ni tak jalan. Dia membuat tindakan yang drastik dengan cubaan membunuh diri. Cubaan pertama hampir berjaya namun dapat diselamatkan oleh Johan dan rakan-rakan. Tapi minah Anna ni tak berputus asa weyh! Cubaan membunuh diri untuk kali kedua BERJAYA! Anna pun mati! Jadi bukan Anna la yang hantar makhluk halus tu kan....sape yea???...

Semasa dalam perjalanan menghantar mayat Anna, van yang diorang naiki eksiden. Lepas eksiden tu la baru tau sape punya keje. Huh! sendiri yang khurafat sebenarnya. Senang-senang ko mandrem si Anna tu, pastuko tinggalkan dia...apa daaa?? Amek ko...sebab kesalahan sendiri, nyawa ko melayang. seb baik nyawa ko ngan nyawa Anna je melayang....lupa plak drebar yang bawak van tu pun mati jugak. Sebelum tau si Johan ni punya keje, aku ingat mamat drebar tu punye keje yang hantar makhluk halus tu...rupa-rupanya bukan....hahahahahaa.

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung.

p/s: aku tau da cam terlewat je nak post benda neyh...tapi aku nak post jugak.sukati akula!

mau pulang....

tepat kul 12.30malam tadi aku hampir habis mengemas...itupun 'diganggu' oleh Encik Usben. haiihhh~ akibatnya baju Encik Usben dan baju kecik serta sluar kecik belom abes aku kemas lagi....ceh! kemas beria, cam nak balik kampung jauh....BANTING je kot. one hour travel...hahahahahaa! jumaat malam balik sana, ahad malam senin (isnin) da balik KL balik....huhuhuhu. propa je lebey! nak tau banting kat mana? kat kancong darat nu...dekat ngan umah Haji Sidek. tau Haji Sidek tu sape? kalau tak tau memang korang nak kene makan kasut saiz 8! toink..toink...toink...(aku da stat mengarut disini)

Ni la Kanchong Darat....aku ada signboard je...


tengah-tengah bulan balik kampung???? tu la pasal.duit tengah kering plak tu. huhuhuhuu....sebab ada kenduri kat sana tu yang kene balik...kalau takde pape yang urgent, ujung bulan je baru balik. nak tau kenduri apa? kenduri cukur jambul anak buah Encik Usben...kalau anak buah Encik Usben, anak buah aku skali la kan?kan?Kan? konpius suda...tettttt-

ritu mak mertua aku ada cakap nak cukur jambul Cik Bobot sekali ke...setelah ku pikir-pikir, duit pun tak jenuh jadi tak perlu lah sebab Cik Bobot pun suda agak besar untuk dicukur rambut nya...hehhehe. Tapi tengokla camner yea....aku pun tak pasti nak cukur jambul Cik Bobot ke tidak...kita tunggu!

nanti kalau rambut Cik Bobot dicukurkan...akan ku upload gambar beliau disini....apa-apa pun aku ada sponsor muffin untuk majlis tersebut. muffin tersebut dibeli dari Cheq Jaa. kalau korang nak order kek ke, muffin ke, cupcakes ke, homemade chocolate ke....korang leh la g website kat situ. dalam tu ada contact number person incharge. jangan lupa tau! wah! promote ni....da kira buat advertising neyh! hahahahaha!

Thursday, March 10, 2011

50 Keistimewaan Wanita

Entri kali ni untuk WANITA lagi....
aku kan WANITA 
jadi mestila banyak topic untuk WANITA...
LELAKI nyer topic nanti la aku cari 
mana yang sessuuaaaiiii.....


” Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. 
Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. 
Betapa bertuahnya menjadi wanita. 
Bersyukurlah kerana menjadi wanita. 
Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. 
Insya Allah.”

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca:

“Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah"

Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.

10. Daripada Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

15. Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya” “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Ibunya”.

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata: Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di hari akhirat.”

48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

50. Sabda Nabi s.a.w.: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.” 

Tu pasalle aku BERSYUKUR menjadi seorang WANITA...
banyak sangat KEBAIKAN 
jika kita melakukan sesuatu KEBAIKAN...
kalau KEJAHATAN yang korang buat, 
maka NERAKA la tempat korang 
(untuk orang yang tidak bertaubat diatas segala KEJAHATAN yang dilakukan)

..... RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL.....

Wednesday, March 9, 2011

Thanks A Lot to Our Prime Minister - Datuk Seri Najib Razak

Aku amek petikan ni dari  
sangat teruja okey biler baca. 
Dapatla peluang aku untuk membeli umah...
toink! toink! toink!

KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad 

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan


wah! giler teruja....
harap-harap dapatle aku beli umah aku sindri....
InsyaAllah~