OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, March 13, 2012

Terima Kasih wahai Sang Jiran!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Setelah hampir empat hari tak berblogging dan berblog walking. Maka hari ini aku cuba mengkhatamkan semua aktiviti yang telah ku tinggalkan selama empat ari itew.

Arini aku masih lagi penat dan mengantok gara-gara travel selama 9-10 jam berada di dalam kereta. Menanges!

Ke mana aku pergi? Nanti aku update. Bahan tiada pada aku. Ada kat umah. Hehehehe . . .

Cuma arini aku nak ucap kan . . .

TERIMA KASIH

kepada JIRAN aku 
dan 
MPAJ di atas jasa baik kamu!.

Sekarang hati da senang dan tak perlu risau lagi tentang khemah!.

Alhamdulillah.


Daripada kereta ini ada dan sekarang suda tiada. Tapi malangnya tiada gambar menunjukkan kereta tersebut sudah dialihkan. Huhuhuhu . . .

ADIOS!

p/s: skang ni anak dia pulak park kereta VIOS kat ctew!.

Thursday, March 8, 2012

bersawang

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku akan bercuti dari berblogging. Wah! macam mintak cuti pulak. Even daku cuti, korang janganlah tak singgah ke belog aku pulak. Aci ke mintak orang tolong jenguk-jenguk kat belog aku. Hahaahhaa.

Maka nya aku nye belog akan bersawang dan berawang-awangan selama empat hari. Empat hari okey. Duh-

Lari la aku nyer readers! Ada ke readers (giler cliche punya ayat)

Aku nak pegi mana?

Bukan cuti-cuti Malaysia! Bukan! No! Nada! Nehi!

Nak pergi tawen! Bukan aku yang tawen! Giler ko aku nak kawen dua! Mana boleh dowh!

Ada la . . . Nanti aku hupdate! Sepraise!

Apa-apa pun aku bagi petunjuk sikit dulu . . .

Petunjuk pertama!


Bagi jawapan pastu nanti aku hantor sebungkus kepok kat korang!. Hehehehe . . .

Chau Chin Chau!

Wednesday, March 7, 2012

Tomato Salsa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak kongsi resipi Tomato Salsa. Tapi kalau dalam bahasa melayu Kerabu Tomato. Hehehehe. Saje nak rasa mexican. Sengals.

*Bila la si jiran tu nak alih kereta dia.

Bahan-bahan:

1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 biji cili merah (dihiris)
2 biji cili padi (dihiris)
2-3 batang daun ketumbar (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
garam
gula

Cara-cara:

Selepas korang dadukan tomato. Hiris semua cili merah, cili padi, daun ketumbar dan bawang merah. Gaul sebati. Lepas tu masukkan garam dan gula secukup rasa.

Nak lagi best letak timun tapi jangan amek yang bahagian tengah. Korang amek bahagian yang tepi sahaja.

Siap.


Makan dengan dengan nasi panas-panas dan ikan kembung goreng. Sedap woh!


Selamat Mencuba!


Tuesday, March 6, 2012

Buat jiran tersayang!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Buat jiran ku yang tersayang. Nombor umah 29.

Aku nak mintak tolong sangat-sangat kat tuan punya kereta ni . . .



Tolongla alihkan kereta.

Kami ni nak buat kenduri . . .

Dah bertahun kereta awak kat situ . . .

Kami nak pasang khemah . . .

Kalau kami pasang khemah jugak . . . rugilah pihak kami membayar khemah!. Sebab kete anda je dah makan separuh dari khemah yang ada . . .

Tolong yea . . .

Aku tahu anak-anak mu hampir kesemuanya dah berkahwin. Kamu mampu sewa dewan untuk wedding anak kamu. Kami tak mampu . . .

Tolonglah bertimbang rasa sikit.

Tolong alih yea . . .

Sekian terima kasih.


Surat kasih sayang dari jiran mu yang ingin buat kenduri ujung minggu depan!

Gosok Sampai Kilat!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku nye second entry untuk hari ni.

Selepas korang lihat gambar di bawah sila jangan buat aduan kat Jabatan Kebajikan Masyarakat yea!

Aku tak dera anak-anak aku.

Diorang yang nak tolong!.

Hahahahaha . . .







Rajin kan?