OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, August 19, 2011

F.R.I.D.A.Y

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Diam tak diam dah sembilan belas hari kita berpuasa. Tinggal lagi spoloh hari je lagi. . . .Spoloh hari je lagi kita akan tinggalkan Bulan yang penuh rahmat ni. Sedey pulak aku, bila fikirkan Bulan Ramadhan akan tinggalkan kita.

Arini ari Jumaat. Makanye, masa berhujung minggu dengan keluarga suda sampai. toink! toink! toink! Plan aku nak masak Nasi Ayam Penyet untuk berbuka sok. Ari Ahad tak pasti lagi nak buka apa. . . .Tapi nanti kalau kerajinan aku amek gambo Nasi Ayam Penyet aku itew. Gedik je guna perkataan itew instead of using itu. Cam harrram!

Korang mesti perasan kan. . . .bile Bulan Posa mai je, penyakit ni selalu ada. Penyakit ni lah yang paling POPULAR masa bulan posa ni. Ubat dia pun sangatlah laku gitew! Ha ha ha. . . .

Apa lagi tak lain dan tak bukan, penyakit GASTRIK la! si GASTRIK ni memang suka datang masa bulan posa. Takpun biler  bulan posa je dia mai. Bulan posa mai, dia pun mai. Ayat aku pun dan macam kene penyakit GASTRIK da ni. Tertonggeng-tonggeng macam orang yang sakit perut gastrik tu.

Aku bukanlah nak ketawakan korang-korang yang kene penyakit POPULAR ni. Tapi yang mana memang ada sejarah atau history pasal penyakit ni, JAGA-JAGA lah pemakanan korang masa bulan posa ni. Jangan jadikan penyakit ni sebagai alasan korang MALAS nak posa. Tak baik tau!

Apa korang ingat korang ganti tu. . . . .sama ke dengan korang berpuasa masa dalam Bulan Ramadhan nih? Tak sama weyh!. Rugi dowh! Lagi-lagi bagi kaum ADAM, sah-sah la korang boleh puasa penoh kan? Maka janganlah lobangkan posa korang yang cantek tu!

Lainlah kaum HAWA ni haa, macam-macam hal! Yang paling utama sekali si P tu. Bile dia datang, satu apa pun tak jadi. Dengan senggugut la, dengan migrain la. Berlobang posa. Mau dari 5 - 15 hari lobang. PARAH nak ganti pose!. Kalau yang mengandung tu pulak, boleh dilonggarkan kalau ianya boleh membawa kepada kemudaratan. Tapi mesti kene ganti juga posa-posa tu semua ye. Kalau yang masih menyusukan anak pun ada kelonggaran nya. Jadi jangan risau. Islam agama yang mudah.

Tapi itu tak bermakna korang boleh senang-senang nak tinggalkan puasa! Mari kita collect pahala dalam bulan yang penoh keberkatan ini. InsyaAllah, setiap orang akan dapat ganjaran dengan ibadat yang dilakukan.

Kan, aku da membebel pasal posa. Kepada KIPAS SUSAH MATI encik/ cik Gastrik. Makan-makan lah ubat. Jaga pemakanan. Jaga cara hidup. Berdoa pada Allah dijauhi dari encik/cik Gastrik. Mental kene kuat.  Okay!

p/s: Jangan lupa solat terawih yea!


ADIOS!

Tuesday, August 16, 2011

2304 & 2305 (III)

Assalamualaikum, semua ;)



Hai, korang!. . ..biarkan gambar yang bercerita. . . .( credit to Mai )




















































































p/s: thanks again to Mai. . . .for lovely picta!

ADIOS!

Monday, August 15, 2011

2304 & 2305 (II)

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Let's the picture do all the talks. Layannnzzzz....































p/s: thank to my dearie farah. . . .for the picture. now waiting from Mai's camera.

ADIOS!

2304 & 2305

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Pejam celik pejam celik dah 15 hari kita berpuasa. Alhamdulillah puasa masih belum lagi ada yang lobang. Harap - harap dapat le penuh sampai akhir. InsyaAllah. Persiapan raya korang macam mana? Separuh settle atau dah settle semua? Baju aku ngan anak - anak da settle, baju Encik Usben je belum beli lagi. . . .Hehehehe. Tunggu gaji la yea, nanti kita shopping kat AEON, AU2.

Semalam aku berbuka puasa bersama - sama dengan rakan rakan sekuliah masa kat itm. Ayat! tak menahan. . . Huhuhuhu. We are six and a half. Kenapa ada half? Half tu anak aku. Cik Bebet lah. hehehehe. . . . Kami beriftar di Restoran Kunang - Kunang.

KUNANG KUNANG RESTAURANT
LOT 5730, JALAN LINGKARAN TENGAH 2, 68100 GOMBAK,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel: +603 – 4105 2015/ +603 – 4106 2015 
Fax: +603 – 4107 7015/ +6018 – 669 2330 
Email: info@kunangkunang.com.my

Makanan kat sana quite okay. Ada lasagna, lala, kambing, satay, kuih muih, lauk pauk dalam 5 - 6 jenis. Nasi putih. Jus. Eskem. Salad. Aku bayar RM 40.00 sebab masa tu ada offer early bird. Tapi sekarang ni dah up sket RM 49.90. Aku tak perasan pulak RM49.90 nett or plus plus.

Tak tau da nak type apa. . . . . maka mari layan gambo jek.

 
Aida, me, Kak Pah, Mai & Farah