OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Thursday, January 13, 2011

Lori Terbalik????

Apa suda jadi????? Apa la punya bebal driver lori tu...dah tau ketinggian sudah ditetapkan kat jalan tu, lagi mau lalu ke? Where did you put your eyes and brain? Nasib baik takde yang mati. Cuma cedera jek. Wahai driver ko tau tak biler ko tak ikut peraturan ko dah membahayakan pemandu dan penunggang kenderaan yang lain??? Mesti ko tak pikir kan? kan? kan? Marah nye la aku ngan pemandu yang tak mengikut peraturan neyh! Even though I can't drive but I know the rules. Damn! This is one of the cause why I do not take my license....Encik Usben saye takut la.....

Korang nampak tak apa yang ada kat tengah-tengah antara lori ngan teksi tu???ada motosikal tau tak! Nasib baik penunggang motosikal tu sempat melarikan diri...kalau tak free-free je MATI! Camtu jugakla pemandu and penumpang teksi tersebut. Pemandu lori? Mula-mula dia melarikan diri....pastu agaknya Allah menggerakkan hati dia supaya patah balik. Kalau ko cabut lari wahai pemandu lori, sah-sah SATU MALAYSIA polis cari ko!

Kepada pemandu-pemandu di MALAYSIA, aku nasihatkan korang TOLONG MEMANDU DENGAN HATI-HATI bukan nyawa ko sorang je ko kene pikir...nyawa orang yang disekeliling kenderaan ko! Kalau mengantuk g berenti kat petrol station takpun kat kawasan RnR (*jangan plak benti tepi jalan, kang ada yang MATI plaks). Rehatkan diri anda, basuh muka, amek wuduk (for Muslim) takpun tido je kejap. Takde salahnye tido sekejap, janji perjalanan kita selamat. Pastu tak mengundang masalah kat saper-saper yang ada atas jalan raya tuh! FAHAM TAK NI????? 

* nak tau naper aku cakap camtu...jangan benti tepi jalan, dibuatnya ada kete potong kete len ikut kiri jalan...tak pasal-pasal kete ko kene sapu camtu je....tu kalau kete, dibuat nya yang langgar ko treler tayar 16? mati katak ko kat situ!

To my hubby, you as a DRIVER please do follow the RULES when you are driving our SLY or MDC's Van. Thank you!

Wednesday, January 12, 2011

AJL 25


Orang lain citer aku pun nak citer jugak pasal AJL 25 ritu. walaupun aku rasa cam agak terlewat...tapi aku pedulik hape.blog aku kan.sukati akula....Lalalalalala...Tapi aku tak kuasa la nak citer berderet-deret pe yang terjadi masa AJL 25 cam other bloggers. Aku cuma nak coretkan apa pendapat aku pasal AJL 25 ni....Layanz.
AJL 25 kali ni paling kontroversi skali. Pabila Ana Raffali di'announce' as winner. Sebab semua orang sangka ianya Yuna Zarai menang. Tapi, Anugerah Juara Lagu kali ni di menangi oleh Ana Raffali Budak skola aku kot. Tapi apa yang aku nak citer kat sini...aku tak paham kenapa orang tak berpuas hati dengan kemenangan beliau. Lagu dia bagus kot walaupun penyampaian & persembahan dia agak hambar. maybe beliau mengalami nervousness yang terlampau. Sebab tu suara dia cam ke laut jek. Huhuhuhu sori Ana...its true la. Your voice not nice on that beautiful nite. Cuba korang baca and dalami sendiri lirik lagu Ana Raffali neyh.....


Lagu : Tolong Ingatkan Aku


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa


Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Bagus kan lirik dia. Juara Lagu adalah medan peperangan untuk lirik lagu bukannya penyanyi tu nyanyi best ke tak best ke...kalau penyanyi tu nyanyi best, sah2 la dia da menang Vokal Terbaik cam Hafiz (Noktah Cinta) tu walaupun aku rasa Black patut menang untuk vokal. Hmmmm...aku pun tak leh nak comment panjang-panjang pasal vokal sebab aku bukan nyer tau sangat pasal range vokal yang pihak AJL da tetapkan. Am I Right?Aku takde masa la nak selidik maksud tersirat lagu ni sebab sebok nak handle Encik Usben, Cik Bebet yang makin becok dan begitu juga Cik Bobot. Becoknya la budak berdua nih....haiihhh~

Sambung balik topik AJL 25 dan AJL sebelum-sebelumnya....Korang ingat tak masa Dato' Siti Nurhaliza dok berderet-deret menang korang (kepada pengkritik Ana Raffali) tak pulak nak bising kata balik-balik dia menang. Apa yang hebatnya lagu dia? Apa yang best nye lagu dia? Aku rasa banyak kali kot Dato' Siti Nurhaliza tu menang. Last2 dia da takmo masuk lagi bertanding sebab asyik menang je AJL. Mana tidaknya, pencipta lagu telah mencipta satu lagu yang cukup hebat untuk Dato' Siti dan menyebabkan beliau menang dengan mudah. Jadi begitu juga dengan Ana Raffali. Cuma bezanya Ana Raffali mencipta lagu nya sendiri. Hmmm...sape lagi hebat sebenarnya? Ana Raffali atau Dato' Siti? (seperti cuba membuat onar disini)

Pastu masa AJL 24, Aizat menang. Nobody bising pun. Pe cite plaks? Hmm...jadi wahai pengkritik-pengkritik Ana Raffali you better agreed with the jury decision. All the jury are more clever than you. Cuba kamu selami bait-bait lirik lagu Ana Raffali. Might be it will suite with your life. I'm not Ana Raffali's fans. I'm only her senior schoolmate. Actually I didn't know about her much. I know her as my schoolmate when my brother told me that she is our schoolmate. Hahahahaha.....so, the conclusion is me not bias.

I do like Faizal Tahir performance in the water. Even though we supposedly knows that all the 'water' things the recorded one. Then, the performance were really good. And he gets Best Performance Award for AJL 25. Hahahaa...yang klakarnye ada caller kat HOT FM nak swoh Faizal Tahir buat performance tu semula tapi biar dia betol2 terjun dalam air tu....Perrggghhh, suka-suka Cik Caller je.Last year pun Faizal Tahir menang jugak Best Performance AJL 24. Berbaloi apa belanja lebey sket pastu menang. Sama la masa Noraniza Idris menang dulu. Dia lagi la siap bawak satu kampung kat atas stage. berpuluh ribu kot abes untuk wat persembahan yang terbaik camtu. Faizal Tahir just stand in alone je atas pentas tu...tu pun leh menang. Cam Faizal Tahir lagi hebat jek...Hehehehe...Statement bias giler.

Yuna...kenapa dia tak menang. Hmmm, aku rasa lagu dia kurang kuat untuk fight ngan orang len. Walaupun aku tau lagu tersebut lagu pertama yang dia cipta tapi bukan rezeki Yuna. So, for all Yuna's fans terima je la seadanya. Hehehehe. I like Yuna too. I like her songs. I like the way she wear hijab. I hope I can wear hijab as she do...Hiihihihii...

Apa yang tak best nya AJL 25 kali ni. Aku pelik kenapa most every songs ada asap-asap putih. TV3 ni da macam xde idea plaks asyik letak asap jek. Bosan arrr nampak asap tu. Macam zaman 80an 90an dulu la....Lagi satu aku da bosan dengan emcee AJL. Balik-balik diorang tiga orang. Pastu 'fighting' antara Faizal Ismail ngan Ally Iskandar. Im bored with all the nonsense and all three emcees. I hope this coming AJL 26, TV3 should change the emcee. And please avoid using asap-asap putih tu. So, old skool.

Abes da komen aku pasal AJL 25....InsyaAllah next nyer AJL akan ku cuba komen lagik...hehehehe. Biasa la bila da buat event besar2 camni mesti ada pro and cons. So, majula muzik untuk negara....chau chin chau!

Monday, January 10, 2011

Demam.....

Hmmm....pembukaan 2011, aku demam. Demam sebab pembengkakkan susu. So, damn sick plus hurt. Its make me got fever immediately and my body shacking like hell. So, on Thursday i went off from office to home at 3pm. Aku betol-betol da tak larat ari Khamis tu....aku pun pelik kenapa aku mengalami nya untuk kali yang ketiga....cuma kali ni kena sebelah kiri. nak angkat tangan pun susah....sakit!
Sampai umah, mak aku bagi aku makan...pastu makan painkiller. pastu aku trus collapse. Kul 5.15pm aku baru bangun...tu pun still sakit lagi. yang sebelum ni, aku makan painkiller trus ok, tapi kali ni tak. Sakit dia berlarutan sampai ke hari Jumaat dan begitu juga dengan demam aku. Jadi ari Jumaat g Klinik, dapat le jumpa doc. Doc soh aku tuam kat tempat yang sakit supaya lega....balik umah aku pun buat. Lega la jugak...korang nak tau apa Encik Usben cakap?dia kata susu tu da jadi keju tu yang sakit tu.....hampeh tol!
Hari sabtu rasa sakit tu masih ada lagi....cuma tak sekuat hari khamis & jumaat. Mungkin ini dugaan dari Allah kepada ku, senang nak jaga Cik Bobot tapi ada rintangan yang harus aku harungi....Ada hikmah disebalik kejadian. Apa punca aku kene, aku sendiri tak tau. Nak kata aku tak pam susu, aku pam susu as usual. Nak kata anak aku tak isap susu, anak aku isap as usual. Hmmmmm...pelik tol.

Dating

Ari RABU ritu aku g ngedate ngan Encik Usben....dah lame giler tak berdating.....kitorg g sini jek

sini je la leh pegi pun....dekat ngan umah....malas nak g WANGSA WALK sebab dekat sangat ngan umah. tak best plaks!hahahahaha....kitorg kalau dating biase la tengok wayang suda....first movie kitorang citer neyh.....

Layan giler citer neyh! Korang ajakle sape2 temankan korang g tengok citer neyh....tapi klu xde teman pun xpe, sebab citer dia best! Camner citer dia....nak citer la ni. cube bawak2 bersabo sket.
Citer ni pasal Elise (Angelina Jolie) jumpe dengan Frank (Johnny Depp) dalam ketapi pegi Venice. Elise ni undercover police yang mencari Alexander Pearce. Alex ni pernah curik duit satu gangster ($2 billion lebih) pastu tak bayar tax $744 million. Elise ni sebenarnya cam da jatuh cinta ngan Alex ni. Tapi biler dia da jumpa ngan Frank ni...dia cam jatuh cinta plak ngan mamat ni. Cinta suda beralih arah.....hehehehe. Ada sebab Elise ni 'terjumpa' Frank kat atas ketapi. Sebab Alex ni soh Elise cari orang yang tinggi lebey kurang ngan dier supaya polis tertipu....haiiihhh kesian kat mamat Frank ni. Bukan setakat polis je kejar Frank ni, ngan orang jahat skali kejar dier...ciannyer....Ending? korang g la tgk citer ni. Tapi citer ni happy ending and unexpected ending even though kita leh agak what the ending is....
Lepas tengok citer neyh...aku ngan Encik Usben melayan citer Janin seperti yang diidamkan oleh aku. 
Double thumbs up untuk M. Hitler Zami kerana menggarap citer tersebut dengan baik. walaupun ada satu dua babak dari buku tiada tapi ianya tidak mencacatkan citer tersebut. Citer Janin ni aku da citer dalam post aku yang lepas...saper2 nak tau kisah Janin ni, sila baca kat Post aku sebelum ni.
Lepas abes tgk wayang aku pun balik umah le....nak pam susu aku yang da penoh tu....Lepas da pam, adik aku ajak gi CARREFOUR teman kan dia shopping. Aku ngan Encik Usben pun pegila temankan, setelah menghabiskan duit beliau RM299.25sen, aku ngan Encik Usben amek Cik Bebet and Cik Bobot. Tamatle ari dating aku.....

Monday, January 3, 2011

2011

Suda sampai 2011. Harap-harap tahun ni lebey baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Pasal azam aku da citer dalam POST ritu. La ni tak tau nak citer pe. Tapi ritu 01/01/2011 aku ngan Encik Usben, Umi, Cik Bebet dan Cik Bobot telah pergi ke AQUARIA. Hehehehe...suda berapa lama nak g ke sini, akhirnya sampai juga kami sekeluarga...Seronot walaupun Cik Bebet tak berapa nak tengok ikan sangat. Dia lebey suka memanggil AYAH nye....Haiii...nak kata anak ayah.tak jugak.tapi suka panggil ayah. Tak kisahla....huhuhuhu~ Yang Cik Bobot plak melayan mata nye...meaning...she is SLEEPING. Accept biler da masuk tunnel tu baru dia jaga...
Sebagai rakyat Malaysia aku bangga gak la g kat Aquaria neyh walaupun setengah orang kata takde mende pun kat Aquaria tu melainkan ikan saje. Tapi manyak kot ikan! Aku pernah pergi Under Water World kat Langkawi. Sangat-sangat menghampakan! Sebab tunnel sangat pendek dan ikan pun tak manyak! Tiket mahal plak tu....Menyampah okeyh!
Selepas habis menonton ikan-ikan kat AQUARIA tu...kami sekeluarga pun pergi la singgah kat KLCC untuk menjamu selera kat BURGER KING. Dalam perjalanan ke KLCC tu...Cik Bebet suda menjerit-jerit memanggil ayah beliau...Ceh! macam dia sorang je ada ayah!. Kalau da menjerit pastu dalam tunnel pe lagik kan bergaung...Hmmmm, cam nak sorok muka je.HUhuhuhuhu~
Biler da sampai BURGER KING, Cik Bebet and Cik Bobot ditinggalkan sebentar dengan Umi aku. Aku ngan Encik Usben g order makanan...Alamak tuan, ramainyer manusia.
Yang aku pelik nya disini ialah Cashier kat BURGER KING ni orang INDONESIA la.....Korang xpelik ke? Aku ngan Encik Usben sangat pelik! Mana pergi nya rakyat MALAYSIA? Ni yang aku nak membebel ni, penganggur ramai (rakyat Malaysia) tapi yang bekerja BUKAN RAKYAT MALAYSIA. Aper neyh???? Korang yang menganggur ni jangan la pilih kerje. Korang kerje je la, cari pengalaman. Pastu biler da lama sket, baru cari keje lain tapi dengan syarat janganla benti dari situ. Keje dulu....Ni tak, keje yang nak cari belom dapat lagik, keje yang ada dah benti. Pastu kompelin kata takde keje. Takde orang nak amek keje. Lagi satu hal ni...biler nak cari keje, gaji nak best n sedap. Pastu nak ada jawatan jek. Kalau takde pengalaman tu, buatla cam takde. Jadi berbaloi la dengan gaji yang korang dapat tu...Bersyukurla sekurang-kurang nya korang ada keje daripada dok melangut kat umah dan menghabiskan berat mak pak korang! Kan aku da membebel pasal keje kat POST kali ni. Padahal aku nak citer bende lain. Ish!
Lepas da buat order sumer...aku pun g la kat meja. Perggghhhh! Cik Bebet menjerit semula memanggil ayah beliau...Haiii...la anak aku sorang ni. Da la sore nyer agak besar. Suka suki jerit panggil nama ayah nyer. Sukati la Cik Bebet oooiiii. Cik Bobot sila jangan ikut perilaku KAKAKmu yang seorang ini. Time acih-
Da settle makan, kitorang pun berjalan pulang. Biler da on the wat balik ke tempat parking AQUARIA, aku dukung Cik Bobot sebab stroller suda di Hi-jack oleh KAKAK kesayangan beliau. Sebab teramat-amat penat. Kesian Cik Bebet kepenatan...
Konon malam nya nak g I-City....Dalam mimpi. Semua kepenatan jadi cancel g I-City. InsyaAllah next time kiter g okey.
Esoknya, kami sepatutnya g MAJLIS PERASMIAN STYLOBUBBLE (cawangan ke-2) tapi disebabkan masing-masing masih lagi kepenatan dan aku manyak keje nak cover (basuh baju and gosok baju keje)...jadi takde la kami pergi ke sana. Saya sekeluarga memohon maaf kepada TOKEY STYLOBUBBLE ( Puan Siti Zubaidah @ maksu aku) kerana ketidakhadiran kami ke Majlis kamu...Maaf yea! Kalau kamu buat ari Sabtu (01/01/2011) mesti sayer sampai satu keluarga....Heehehehehehe(ceh!banyak songeh plak minah ni). To all my readers kalau korang nak beli baju untuk anak-anak korang...korang leh g kat sini