OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, February 8, 2017

Sambal Bilis Garing Chepah

Assalamualaikum,

Hai korang!.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi. Aku dapat bersiar kembali disini. Yeah!

Untuk entri yang pertama pada tahun 2017. Aku harap belum terlambat lagi aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 kepada semua bloggerians yang tegar.

Aku nak update blog pun sayup-sayup je. Hehehehe... Sejak dah ada anak empat dan yang keempat itulah yang selalu di kelek bawa ke ofis. Tak dan nak update blog. Hari ni berjaya jugak untuk update blog sementara Cik Mat tu tdo. hehehehe

Okey, berbalik kepada tajuk asal. SAMBAL BILI GARING CHEPAH. Yea SAMBAL BILIS GARING CHEPAH sudah berada di pasaran.

Tuan-tuan dan puan-puan. Abang Adik Kakak. Mokcik Pokcik. Boleh dapatkan SAMBAL BILIS GARING CHEPAH di Keramat, AU4.

Anda-anda semua boleh hubungi saya CHEPAH di talian 0193031450.







  • Murah saje RM10.00 sebekas.
  • Produk Muslim
  • Ikan Bilis Bersih dan Dikopek tanpa tahi
  • Pasti pedas
  • Pasti sedap
  • Sekali cuba pasti mahu lagi


Mahu merasainya? Boleh pesan dan beli di Keramat AU4. Boleh buat pesanan ditalian 0193031450.

#SAMBALBILISGARINGCHEPAH
#SAMBALBILISGARINGCHEPAH
#SAMBALBILISGARINGCHEPAH

#SAMBALBILISGARING
#SAMBALBILIS
#SAMBAL

Jangan lupa buat pesanan di talian 0193031450 (Chepah)

Ok. Bai-

Assalamualaikum!.

Tuesday, November 1, 2016

Petua Sinki Tersumbat

Assalamualaikum, semua.

Hi, korang!.

Hari pertama bagi bulan November. Semoga daku istiqamah untuk update blog. Hehehe...

Petua pertama yang aku nak kongsi bagi tahun ini dan pada bulan ini. Walaupun sebelum ni pernah je kongsi petua.

Bahan-bahan diperlukan:

1 sinki yang tersumbat
2 sudu kecil cuka
2 sudu soda bikarbonat
2 cawan air panas mendidih

Cara-cara:

campak soda bikarbonat kat lubang sinkin, tuang cuka...biarkan dalam seminit dua. kemudian simbah air panas.

untuk hasil yang lebih baik....ambil garam kasar taburkan ke lubang sinki yang tersumbat. curahkan air panas.

InsyaAllah, sinki anda tidak tersumbat lagi.

Selamat Mencuba!

ok.bai-

Assalamualaikum.

Monday, October 31, 2016

Sunk Into The Womb

Assalamualaikum,

Hi, korang!.

Lamanya tak menaip dalam blog ni. Mood dah kelaut rasanya nak maintain update blog. Lagi-lagi si kecik dah ikut masuk office. Tak menang tangan nak handle kerja office. Nak handle si kecik punya aktiviti lagi. Tu belom masuk lagi part kelek si kakak-kakak datang office. Fuh! berpeluh bak hang!

Sebelum terlambat. Tahniah buat pasukan Kedah atas kemenangan Piala Malaysia malam tadi. Aku tak tengok pun bola. Tengok Gegar Vaganza 3. Hehehehe...

Gara-gara banyak pihak terlibat dengan diri aku dok share cerita Sunk Into The Womb. Maka aku pun terjebaklah untuk tengok.

Thank You Encik Google

Cerita ni mengisahkan seorang ibu dengan dua orang anak yang telah ditinggalkan oleh suami (please don't ask me about their names....lupa!) Bila si ibu ditinggalkan suami, maka si ibu pun mencari kerja untuk mencari sesuap nasi.

Part yang aku rasa kesian, part yang si ibu dengan beraninya meninggalkan anak-anaknya di rumah tanpa pengawasan orang dewasa!. Hoi! Giler lah! Anak-anak ditinggalkan begitu sahaja berhari-hari. Dan si anak makan apa sahaja makanan yang tinggal didalam rumah tersebut. Tak lama beberapa hari, anak yang kecil mati kelaparan. Si kakak masih lagi bertahan dengan makan tanah liat (plastersin).

Aku dah start geram dah waktu ni. Marah pun ada. Kesian pun ada....

Beberapa hari kemudian, si ibu pun pulang. Pulang untuk 'membersihkan' anak-anak nya. Okay sedih. Why? why? Can't you just send them to Jabatan Kebajikan Masyarakat. Huh!

Kepada yang belom menonton, sila tonton.

* Jangan dengar kata-kata hasutan orang lain yang mengatakan jangan tengok
* Citer ni menunjukkan berapa pentingnya komunikasi dan hubungan suami isteri dan ibu bapa
* Citer ini jugak lah menunjukkan betapa kita perlu tabah menghadapi segala ujian yang mendatang. Jangan cepat putus asa
* Anak-anak itu amanah Allah untuk kita
* Sayangi anak-anak

Mata masuk habuk!

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Monday, April 25, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum,

Hi, Korang!

Yes! sangat lama betul aku menyepi dari dunia blogging. Takdelah bizi sangat. Cuma tiada daya untuk berkhidmat pada blog. Oucch!

Untuk pengetahuan umum...kalau tanya kakak-kakak dan adik-adik clever girl, rasa diorang tahu tak bila tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 bila? Diadakan dimana rasa-rasa tahu tak? Ouuchhh!

Sayang sayang semua. Meh sini nak bagitau.....

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 akan diadakan pada 29 April 2016 sehingga 9 Mei 2016. Dan julung-julung kalinya diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Perpindahan tempat dari PWTC ke MAEPS disebabkan PWTC tidak dapat menampung 2.5 juta orang pengunjung dalam satu masa!

Pergghhh! ramai betol pembaca. Syabas. Sila berikan tepukan pada diri sendiri jika anda seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.





Jom beramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Bukan sahaja ada buku uollsss! Untuk food lover...food truck pun ada.

All the best untuk vendor buku dan food. Semoga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 kali ni dapat menarik lebih ramai pengunjung. All the best eberibodi!!!!

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Wednesday, February 24, 2016

Istidraj - WW

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!...















sumber: muka buku... :)

Thursday, December 10, 2015

Pengalaman Mendewasakan III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan....janji? Hmmmm...janji dicapati seperti orang itew. Konon hari tu berangan nak update one month per entry. Tapi hampeh....kebizian yang terlampau. Minggu ni lapang sedikit. Maka, marilah kita cuba update seboleh-bolehnya.

Mari nak kongsi pengalaman....

Untuk anak ketiga...masih lagi keluar tanda seperti sebelum ini. Tapi masih lagi dalam mode overdue date! Hadoi!. Walaupun overdue....aku sempat pergi mengundi tau! PRU13!. Hahahaha.... Jari masih lagi biru even dah lepas bersalin pon.

6hb Mei 2013, pagi, keluar tanda. Bangun tido...mandi...settlekan budak-budak. SMS boss kata tak leh masuk opis. Sarapan siap-siap. Tunggu Encik Suami siap, then mari kita berjalan-jalan kat Hospital Ampang. Sampai je kat Hospital Ampang...marilah kita register.

Bagi info apa yang diorang nak...seluk sana...scan sini...cucuk situ. Warded. Cheit! Mau tak nya. Haruslah kene tahan...dah overdue 3 hari. Pintu pun dah bukak 3cm...Anak ketiga, haruslah warded. Settle warded...maka melepak lah aku dengan selepak lepak nya tanpa berbuat apa-apa. Contraction pun jengah sikit-sikit je. Hmmmmm....

Lepas Isyak camtu...baru start contraction yang kuat dan kerap. Dalam jam 9 camtu, dengan gagahnya berjalan jumpa nurse cakap dah start sakit kerap. Nurse check bukaan dah 5cm. Dia masukkan pulak ubat berak! Nice!

Apa lagi....berlarian aku masuk tandas. Sakit contraction pun ada...sakit perot pun ada. Adeh! Lama jugakla aku bertarung menahan sakit perot. Encik Suami? Dia balik umah dah...nak mandi pastu nak tengok anak yang dua orang tu pulak. Sambil-sambil sakit tu sempat jugaklah SMS dia bagitau dah sakit kerap...

Sedang aku sakit tergolek golek tertonggeng tonggeng terbalik balik....tiba-tiba...dengar bunyi POP! Sudah....panas je aku rasa kat paha...tekan butang panggil nurse. Nurse datang check...bukaan dah 6cm...terus kene tolak pergi labor room.

This is the part yang menyebabkan kecoh satu floor!...hahahaha. Dari ward ke labor room badan aku diiringkan, sambil tu dah beradoi tahap beta dah...Allah saje yang tau...Allahuakhbar. Elok masuk je labor room, kaki aku naik sbb ready untuk pindah katil...si baby ready keluar tanpa push. Luncur gitu je.

Alhamdulillah....syukur pada Allah. Dipermudahkan waktu itu.

Lagi sekali syukur...dibawah itu tak perlu jahit. Tiada koyakkan berlaku. Alhamdulillah.

Namun....walaupun mudah disitu...sepanjang aku pantang. Punggung aku seakan-akan kene buasir. Nanges! Apa-apa pun pengalaman itu mendewasakan dan mempersediakan diri ku apa jua permasalahan. Fuh- falsampah sangat!

Okeylah. Itu je. Untuk waktu pantang kali ketiga ni...aku pantang kat umah mak mertua. Fuh-

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, November 27, 2015

Math, Add Math, Kalkulus...dan sewaktu dengannya...

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!.

Tetibe terpanggil nak update belog. Setelah berbulan tak update. Hampeh!. Hanis Zalikha yang fofuler tu pun dah lama tak update belog jemah jemah ooiii!.

Sebok giler wei sekarang ni..lagi-lagi hujung tahun. Sana sini panggil buat ekspo buku. Sana sini offer tender. Hadoi! Juling mata aku kejap. Bos buat ekspo..aku tinggal kat opis settlekan tender. Nanges!

;p

Korang perasan tak beberapa hari lepas ada student bunuh diri sebab paper Add Math susah. Ramai jugak aku dengar berbahasa basi mengatakan paper tahun ni susah!.

Hahahaa...aku rasa dari zaman aku lagi paper Add Math tu susah kot. Aku sendiri pun dapat result D okay! Cukup-cukup makan!. Dia memang killer paper!

Tikam!

Tikam!

Tikam!

Actually, it's not funny at all. But seriously if you can't carry the subject just drop it. Jangan SEKSA otak ko! Tapi masa zaman aku dulu...budak-budak kelas aku sanggup carry subject tu walaupun subject tu akan memburukkan sijil diorang. Aku pun tak faham kenapa diorang tak drop je. Pelik!

Kalau abang ni ada masa aku study dulu...mau dengan aku sekali drop subject Add Math tu. Cheit!



Jadi aku ni berjiwa kental la sebab ambil jugak subject Add Math tu. Main telan je segala atok nenek formula Add Math. Part paling best bila exam Add Math bila member satu kelas dah start mintak tambah paper....apakah????

Mula la kelam kabut...sebab tengok kertas sendiri macam banyak ruangan kosong. Bahahahaha. Budak kelas aku tau la sape yang suka angkat tangan mintak kertas lebey bila paper Add Math. Hahahaha...

Sape yang carry paper Add Math, tau le soalan macamana yang diorang bagi. Soalan pendek bukan main...jawapan? Hamek!. Panjang berjela ko jemah! Ko rase? pffttt

Aku ingat kesengsaraan menjawab soalan Add Math habes kat SPM je...amek accounting course. Nah, hamek! Business Math...dalam situ ada Add Math sayang!. Terbaik. Terus jadi cam kacang. Aku score dowh! Hahahaha. Nampak tak permainan disitu. Terus rasa cam bersyukur sebab masa SPM amek Add Math. Hahahhaha. Masalah nya bukan satu semester...tapi dua semester aku kene jumpa dengan formula Add Math. Tahniah!

=__=!

Aku cuma nak nasihat kat sini....if otak dan hati korang tak cukup kental untuk 'JUMPA' Add Math, korang dinasihatkan JANGAN amek! Unless korang memang nak cabar otak dan hati korang!. Dipersilakan. Hehehehe....

Sebab....dalam tu lagi banyak huruf daripada nombor...bahahahaha!

Itu aje kisah Add Math.

Bai.

Assalamualaikum.

Thursday, September 10, 2015

Pengalaman Mendewasakan 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pengalaman bersalin seterusnya. Due date 5 September 2010. Tapi....postponed. 10hb pagi keluar tanda. Tapi bukan pagi-pagi macam 1st pregnancy dulu...yang kali nak ke tengahari sikit. Jadi sempat la aku pose setengah hari.

duh-

As always, pegi hospital untuk check bukaan. Masa tu tak rasa sakit langsung pon. Maka relax and chillax sudah. Sampai hospital, doc check bukaan. Dia kata baru dua cm. Dia tanya nak stay kat ward atau balik? Hoi! haruslah balik. Esok nak raye. Puasa pon dah batal...mari santap segala rendang, ketupat ngan lemang sebelum pantang. Hahahaha! Doc pun tak kisah sebab dia kata kalau duduk sini pun sunyi sebab esok raya....thank you doc. Anda sangat memahami jiwa dan raga ini.

mih mih mih!

Sebelum maghrib tu dah start sakit...tapi masih boleh tahan lagi. Stay cool. Sempat buka and makan Subway Encik Fathull beli. Makan rendang. Makan nasi impit. Makan lauk buka. Minum ais. Lepas je buka marilah continue bersakit-sakitan.

Haaaadddoooooiii!

Lepas Isyak camtu....sakit makin kerap. Maka dalam jam 9malam camtu, marilah kita menyerah diri pada Allah diatas segala kemungkinan. Jom pegi hospital. Sampai-sampai hospital,

Nurse: dah berapa kerap sakit?
Aku: 10 minit sekali.
Nurse: hmmmm...len kali datang le 5 minit sekali.
Aku: ko ingat umah aku sebelah spital ke nak datang 5 minit sekali? (cakap dalam hati je) =_=
Nurse: Hmmmm...saya check ye bukaan, dah 4cm. Tunggu jelah yea puan.

Menyampah bila dapat nurse yang agak sinis begitu. Huh!

Makin lama makin sakit. Berterusan sakit. Sedut sikit gas. Sakit datang lagi....

Haaaaaddddooooiii!

Jam 1.20 camtu...seriously baby dah nak keluar. Aku soh husband aku panggil nurse. Nurse tengah lepak makan rendang, ketupat, lemang dengan KFC. Huhuhuhu... Kepala baby dah keluar le....nurse tak sempat nak prepare. Sorry can't wait no more!

Blub...keluar le baby girl. Baby first yang lahir di pagi hari raya pertama kat Hospital Ampang. Nice. Dapat hamper Johnson & Johnson. Thank you Johnson & Johnson, nanti bagi lagi hamper yea...hihihi

Haip! belum habis stori lagi. Part jahit. Mak cik bidan tu tak bagi bius! Maka aku dijahit tanpa bius. Hoi! boleh dengar la benang tu kene tarik waktu jahit. Siapa yang biasa kene jahit tu...tau la camne perasaan nya. Tak sakit tapi ngeri. Huhuhuhu

Ok. Tamat. The baby girl name is Nursakinah Zaharah Binti Mohd Zakry. Today she will turn to 5 years old. Alhamdulillah.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Monday, August 10, 2015

Pengalaman Itu Mendewasakan 1

Assalamualaikum, semua.

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan oleh si pejanji manis ini. Pengalaman bersalin aku yang pertama. Nama pun anak pertama maka ianya akan jadi sejarah pertama aku.

Due date aku 15 Mei 2009...tapi keluar tanda 9 Mei 2009. Hari Sabtu, bergegas pergi ke hospital. Gegasla sangat padahal relax je sebab siap singgah kedai mamak kat Ampang Point makan roti canai lagi. Hahahahaha...

Sampai hospital, naik wheelchair kene tolak pergi wad bersalin. Dan kemudian doctor pun check laluan dan buat CTG semua. Laluan baru 2cm. Jantung baby pun ok. Lalu, mereka kata tak perlu stay hospital.

Encik usben...jom balik. Tak balik umah pun....singgah umah kak ipar jap. Mak mertua ajak pergi Sogo....Hahahahah. Moh le kita jalan-jalan sampai Sogo sana.

Dengan kebijaksanaan Encik Usben, beliau meletakkan kereta dekat dengan area Campbell sana tuuuu..lintas jalan pegi Sogo. Korang pun boleh agak kalau Sogo tu buat SALE, haruslah ramai giler umat yang ada kat dalam itu.

*nanges*

Contraction dah datang...adalah dalam sejam sekali kot. Aku pun tak ingat sebab bila aku sakit aku stop jap jalan. Encik Usben dengan mak aku seronok jalan laju dihadapan ;p aku tercicir beberapa hasta dari diorang...

*nanges lagi*

Bila dah tengahari....harusla LAPAR! Tekak teringin A&W.... Moh le jalan kaki dari Sogo ke A&W. Nampak tak ibu mengandung itu gigih berjalan walaupun dalan kesakitan. Hahahaha.
Dah settle makan, jalan balik pergi Sogo, sebab ada barang lagi nak beli.

*nanges sikit lagi*

Dah dapat barang yang diingini...mari kita pulang! Yeay! Banyak la kau punya yeay! Ready untuk aktiviti malam pulak. Jom makan pizza hut. Hamek! Sambil makan sambil rasa contraction. Gagagagaga.

*nanges lebih sikit kali ni*

Dalm kereta on the way balik pun nanges lagi sebab sakit tapi tetap tak nak pergi hospital. Sebab takut kene tinggal kat hospital sorang. Hahahaha. Sengal. Maka, aku ber'adoi'la sepanjang malam dan bermulalah kisah tidak cukup tidur aku sehingga hari ini.

Keesokkan paginya rasa contraction makin kuat. Sarapan lempeng cicah sardine aku pandang sendu je. Sebab rasa sakit tu lagi dahsyat dari semalam. Part yang tak leh blah, Encik Usben memang relax abis sebab dia boleh shave segala bulu-bulu di muka nya kecuali kening. Aku dah tawaf rumah aku dari dapur ke living room je dah dekat 10kali.

=__=!

Pergi hospital, tahan wad mengada sangat. Lepak-lepak, tahan-tahan sakit dan makan-makan. Lepas Zohor camtu air ketuban pecah, lepak la aku pulak kat dalam labor room. Nice. Mentang-mentang anak first maka siap ada cheerleader bila bukaan aku dah cecah 9cm. Puan teran puan. Puan jangan angkat punggung puan. Bagus puan bagus. Lalu, dalam kul 2.30 camtu keluar le baby girl....Safiyyah Zaharah. Aku dapat jahitan dalam 2 jahitan camtu. Alhamdulillah koyak pun tak besar sangat.

10 Mei 2009...Mother's Day waktu tu....that the big prezzie for me as 1st time mother! Syukur Allah. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Now she's already 6th. Alhamdulillah. Sihat wala'fiat.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, August 5, 2015

Rindu

Assalamualaikum, semua.

Hai, korang!

Sangat confirm dan sangat sure banyak giler sawang sawang yang ada kat dalam blog aku ni...lama giler tak update. Itu ayat cliché. Tapi alasan yang paling penting disini adalah ketiadaan mood untuk berkarya di dalam alam maya adalah sangat sangat tidak ada since aku mengandung aritu.

Tapi.....

Sekarang ini mood tersebut sudah datang semula. Maka mari kita berkarya semula. Buat permulaan bagi bulan Ogos yang mulia ini.... aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin. Alhamdulillah raya kali ini aku dah berenam. Hehehehe

Dan empat hari lagi aku dah kene start keje. Cuti pantang dah habis uolls! Mari bekerja semula sambil jaga si bongsu itu di opis. Semoga dipermudahan. Huhuhuhu

Aku rasa aku dah hutang banyak pasal pengalaman bersalin kat korang.....uurrrggghhh! bila nak share ntah. Aku nak buat draft pun tak nyempat. Pengsan! Aku salute la kat korang-korang yang rajin giler update blog dan buat draft skali. Lalalala....

Jemah tak mampu uolls!

Nanti iols share ye pengalaman bersalin iols untuk keempat-empat anak iols.

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Tuesday, March 24, 2015

jom tonton!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!....

Jom tengok!... Last aku tengok wayang cerita Big Hero 6. That two girls already asking when should we go to watch Cinderella.

Sabor yea anak-anak. Last week tak boleh nak bawak sebab semua orang demam including Ibu. So, InsyaAllah this weekend. Hehehehe....


Nexr movie should watch! Fast and Furious 7 of course!. Encik Usben jpm kita tengok...detink dua la...bole ke??? Hahahahaha....


Tapi.....kene shopping barang baby dulu...huhuhuhuhu...

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, March 5, 2015

Hyde, Jekyll and Me

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Arini nak update pasal drama korea yang aku baru je follow. Dan aku jugak dah sampuk Umi aku tengok sekali. Bahahahaha!

Tajuk drama ni Hyde, Jekyll and Me. Aku bukanlah kipas susah mati korea...tapi sejak dua menjak ni macam jatuh cinta pulak dengan drama korea. Naper erk?

Ke sebab jalan cerita drama korea tak sama macam dalam drama melayu. Oopppsss!

Kat Astro ada. Pukul 8.30 pagi. Kat channel SBS. Hehehehe. Pagi tadi aku dah setkan waktu siaran untuk Umi aku. Maknanya esok pun aku kene buat reminder untuk Umi.

*kalauingat*

gagagagagaga


Cerita pasal sorang mamat yang ada dua personaliti dengan seorang awek yang jatuh cinta kat dua-dua personaliti tu. Sebab awek tu ingat mamat tu ada kembar. Deng-

Aku tengok kat You Tube je...tak sempat dan tengok kat umah. Hehehehe...

Mak yong sekarang ni asyik tengok citer korea...kang ada yang keluar muka ala-ala korea...hahahaha...maroh Encik Usben. Lalalalalala

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, February 27, 2015

merajuk vs pujuk

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!



Hmmmm.....

Yang belah somi tu betol....tapi aku tak pernah pun try part yang bini....hahahahaha

#sebabtakdannakmerajuk
#merajukpujukdirisendiri
#takkuasanakmerajuk
#tengokmukaanakanaktakjadimajuk
#merajukbikinpenat
#merajukvspujuk
#korangyangmana

bahahahahaha!

ok. Bai-

Assalamualaikum.

the son of throat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Di pagi hari Jumaat yang mulia ini....dah baca surah Al-Kahfi? kalau tidak berkesempatan, bukak you tube...just listen and read the meanings. Kalau masih tidak berkesempatan, just listen...

tiba-tiba....anak tekak ni mencari-cari english dessert...

ko dah kenapa?

Umi ada buat pudding caramel tapi tak sempat nak pack pagi tadi =__=!

Ni dah sampai opis teringat la pulak =__=!

Balik opis kita makan sebelum fly to Banting. Fly sangat....

tapi

tapi

tapi

macam nak makan ni je.......



saiko tak?

pagi-pagi lagi dah mintak dessert.

oppa......

hew hew hew

ok.bai-

Assalamualaikum.

Thursday, February 26, 2015

Trilogy of Jangan Baca Novel Ni

Assalamualaikum, semua ;)

Hai korang!.

Done. Read it. Jangan Baca trilogy ni kalau anda keseorangan...Mungkin akan mengakibatkan terasa sedikit seram. Hehehehehe...

Dan juga jangan sampai berhalusinasi....

Pohon Yang Berbisik...
Pada Yang Mendengar,
Dahan Menyentuh,
Pada Yang Merasa,
Daun Membelai,
Pada Yang Kecewa,
Dalam Diam Pohon Berbisik,
Memeluk Jiwa Setiap Yang Lalu,
Di Perut Hutan Bagaikan Orkestra,
Gabungan Bisikan Yang Membentuk Lagu,
Menyiat Hati Kecil!,
Menggenggam Nafas!,
Mencekik Benak!,
Sehingga Yang Terakhir Yang Dirasa,
Hanyalah Pohon Yang Berbisik....

Mengisahkan lima watak utama... Anom, Azhan Zakwan, Adib, Munir dan Suraya.

Siapa Anom? Siapa Azhan Zakwan? Siapa Adib? Siapa Munir? dan Siapa Suraya? Apa kaitan mereka berlima? Korang kene baca ketiga-tiga buku. Yakni novel 1 Jangan Baca Novel Ni, Tanpa Tajuk dan Akhir. Semua kelima-lima watak ini berkait. Sangat berkait. Jangan terlepas untuk membaca walau setiap perkataan.

Ianya novel misteri + paranormal + thriller + psychopath....jangan terlalu menyelami cerita ni...ianya terlalu deep. tak tau macam mana nak explain.

Kenapa aku beli...? aku nak baca dan aku nak tau kenapa tajuk nya sebegitu....apa yang aku setuju dalam ketiga-tiga novel ni...suatu pengakhiran adalah permulaan bagi segalanya...

Aku mengambil masa empat hari untuk meratah, menelan dan menafsir ketiga-tiga novel ni. Pergghhhhh!



Penulis Ismi FA Ismail....

Aku beli trilogy terus so the price is RM 80.00. It comes in box. Also include batch "Jangan Pakai Batch Ini", car sticker "I'm A Rebel", bookmark picture of Anom and the poem. And there is also a mysterious prezzie inside.

Apa yang misteri? beli la dulu...then you'll know. Hehehehehe....

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, February 25, 2015

cinta tanpa syarat

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Berdiri bulu roma bila membaca nya..

"Ketika Allah 
menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,

"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"

Allah menjawab:

"Sudahkah engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" 
Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan". 

Malaikat menjawab dgn takjub,
"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari". 

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,
"Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?" 

Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata." 

"Untuk apa???", tanya malaikat. 
Allah melanjutkan,

"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,

Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, 
menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,

Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,

Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, 

Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, 

Dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran. 

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,

Tapi dia mampu mengatasinya. 

Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka. 

Allah S.W.T berfirman: 
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia,
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " 

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, 
dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya." 

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk tubuh yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. 
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada." 


"CINTANYA TANPA SYARAT".

Allahuakbar... specially dedicated kepada semua wanita disana dan disini. Istimewanya seorang Ummi dan beruntungnya dijadikan sebagai seorg wanita.

Tuesday, February 24, 2015

Dia tahu....engkau tak tau apa-apa pun....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Jangan lupa!

Jangan alpa!

Jangan lalai!

Ingat!

Ingat!

Ingat!



Ok. bai-

Assalamualaikum...

Monday, February 23, 2015

Trilogy of Jangan Baca Novel Ni

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Got it!

Jom baca!

Review later.....


Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, February 11, 2015

Untungnya Jadi Suami Aku

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.



Untungle jadi suami....suami aku pun untung.

Bahahahaha!

Ok. Bai-

Assalamualaikum.