OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, December 23, 2014

Manisnya Cinta di Cappadocia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!..

Ada lagi seminggu je nak menjengah 2015. Malas nak cakap pantasnya masa berlalu...cliche. Last weekend lepaking dengan levelmate masa study kat uitm dulu...

Apa yang berubah?

Semua muka penoh ketika itu...hahahaha!

Tak kisah la muka penoh pong. Apa yang penting sekarang ini...aku dah tengok cerita Manisnya Cinta di Cappadocia.

Best giler weyh citer dia...citer dia leh buat ko tersenyum sorang-sorang. Seyes wa cakap lu!. Bila tengok cerita tu..rasa macam wah! bestnya bestnya. Lalalalala.... Apa yang aku nak puji bila tengok cerita ni ialah bila Fazura dan Lisa Surihani berada di dalam rumah... tak nampak secalit mekap pun kat muka. Baru lah betol macam cerita real. Duduk rumah golek-golek atas katil takkan nak pakai mekap tebal-tebal kan?

Korang duduk rumah pakai mekap tebal-tebal ke? Tak kan? Aku suka citer camni...just macam real life. Duduk rumah pakai baju biasa-biasa je...barulah betol.

Jalan cerita dia tak boleh la nak cerita kat sini. Tak syok la!. Korang pergi tengok. Bawak sekali mak mak korang...mak mak korang mesti suka. Tengok Shaheizy Sam yang suwit tu...suwit ke???? Lalalalalala


Seriously best citer dia... nak cari novel dia la pulak...

Ok. Bai!

Assalamualaikum.

Wednesday, November 19, 2014

Big Hero 6

Assalamualaikum, semua :)

Hai, korang!

Hari sabtu lepas bawak budak-budak tu buang kuman yang melambak kat dalam badan tu....hehehe. Buang kuman is just a phrase. So don't take it seriuosly though. Hehehehe...

Apa yang aku risaukan ialah keaktifan si kecik itu. My dearie Salsabila...dia adalah budak yang susah nak fokus satu cerita.

But, at last dia duduk diam-diam tengok movie. Nice one. Hehehehe... part paling best bila lagi 30minit cerita nak abes...itu budak sudah melelapkan diri

=_=

Huhuhuhu...






Saje takmo cerita apa cerita Big Hero 6...nak tau? sila tonton sendiri. Gigih okay aku pergi tengok!.

Seriously aku bagi 9 thumbs up for this movie (^^,)v

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tuesday, November 18, 2014

CURANG vs. BUSUK

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Seriously trending plak kes suami kak Mah ni. Huhuhuhu...

Aku sebagai isteri, kita memang dinasihatkan untuk berhias untuk suami. Apatah lagi untuk yang jadi surirumah tangga. Banyak giler kan kerja korang kat umah. Aku faham.

Buat kak Mah...

Pada pendapat aku...kak Mah sepatutnya ada sedikit masa untuk mandi, berhias dan wangikan diri sebelum suami balik. Kemudian, aku rasa bab rambut tu...selang sehari sempat kot cuci bagi wangi. Aku rasa kak Mah perlu susun atur jadual dia semula.

Buat suami kak Mah...

Ko dah kenapa? Dengan menggunakan alasan rambut busuk, tak berhias dan badan gemok jadi ko boleh curang? Ko boleh berzina dengan si janda?

Hello! Hello! Hello!

Are you nuts? Otak letak kat mana cik abang ooiii! Bini awak tu tunggang langgang kat umah basuh baju awak, basuh seluar kecik/ besar awak, gosok segala baju dan seluar awak. Itu hanya selingan sahaja belum lagi campur kemas ruang tamu rumah, kemas luar kawasan rumah, tukar langsir, cuci tandas, masak, cuci dapur, kemas bilik tidur, basuh baju, sidai baju, didik anak, bagi anak tidur, hantar anak pergi sekolah, ambil anak balik dari sekolah dan bla...bla...bla....

Ko rasa? Lupa benda wajib...tu aktiviti atas katil setelah penat buat semua aktiviti diatas seharian...anda rasa? How many energy a housewife should have? Berapa banyak masa si isteri perlukan? Berapa banyak kaki tangan diperlukan?

How settle this?

Kak Mah perlu ubah jadual seharian...selitkan waktu untuk berhias, berias kuku dan wangikan rambut. Tentang faktor kegemukan (kalau ada), nak buat camne...dah beranak 3 cuma perlu jaga BMI badan. Itu je.

Untuk suami Kak Mah...you better bertaubat! Samada kawen dengan janda itu atau tinggalkan terus. Dan terima diri Mah seadanya. Sama-sama berusaha untuk berubah!

suami cermin isteri...isteri cermin suami.

aku punya dua sen...don't take it this case seriously. kita tak tau kes Mah dengan suami dia ni realiti atau tak ;p

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, November 7, 2014

kawan gado

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Meh sini aku perkenalkan kawan gado aku. Bila dia datang je umah memang selalu gado dengan aku. WAJIB GADO!

Tak gado tak sah...dari kecik sampai ke beso.

Aku konpius. Takmo kawan sodah!


Nama kawan gado aku ni Sharifah Fatheyya Hannah. Nama apak dia pun panjang jugak. Lantak ko la nak nanti masuk tadika jenuh ko nak tulis nama ko. Bahahahaha!

Budak ni Chepah jr. nak jugak copy paste aku. Huh! Hehehehehe

Rambut sikit. Hehehehe...same version as her father. Bahahahaha. pale kotak (kepala botak).

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, November 6, 2014

Tahniah!

Assalamualaikum, semua.

Hai, korang!.

Sambil dengar lagu Gemilang dari Jaclyn Victor...lama kot tak dengar lagu ni. Hehehehe. Lagi lama daripada aku tak update blog. Meh sapu sapu sawang kejap. Sebok sangat dengan kerja-kerja yang diamanahkan. Hamboi....ayat. Hihihihi..

Kenapa tajuk entri aku tahniah?

Hahahaha....

Si perokok tegar! Tahniah harga rokok naik. Aku rasa korang dah boleh berhenti merokok kot. Alhamdulillah semua ahli keluarga aku dah STOP merokok. Bagus. Itu satu kejayaan yang paling terbaik. Membazir je hisap benda haram tu....Kan?

Kalau tak salah aku naik RM 1.50 sekotak kan? Tak bising plak? Ke korang memang dah redha. Bahahahaha! Redho sangat. Harga minyak naik bising bukan main lagi. Motip?

Tu je nak cakap....Tahniah! Harga rokok naik. Bahahahahaha.

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Tuesday, September 30, 2014

Auntie malas uncle rajin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Terbang dan punah segala cabaran dan mencabar diri. Konon nak cabar diri nak update blog tiap-tiap hari. Hmmm...hangat-hangat tahi ayam le kamu ni Chepah ooii.

Actually nak citer sesi dialog budak-budak ni....budak-budak kan macam-macam idea, cetusan keluar dari mulut diorang....

Suatu pagi tu....diorang terkejut tengok uncle diorang bangun pagi sambil makan nasi lemak...

Sakinah: ibu, uncle rajin sebab uncle bangun cepat...
Ibu: hmmm....
Sakinah: ibu, auntie dah bangun?
Ibu: belom
Sakinah: auntie malas

Bahahahahaha!

Ok. Bai.

Assalamualaikum!

Monday, September 22, 2014

cabaran 6: season 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Tak sangka dah musim kedua. Best. Lucu.

Miss them before this. Now da jumpe cinta hati.

Weeeeeeee....keluarga iskandar.....

Ok.

Assalamualaikum. 

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 5: the truth is out there

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari minggu! Nice...mari berlunjur-lunjur kaki. Hahahaha...lunjur sangat. Sekolah dah nak mula esok...maka mak mak sekalian...marilah kita menggosok baju-baju sekolah anak-anak.

Hadoi.

Tu belom campur baju kerja lagi =__=!

Nanges.


Hahahaha....

Pasti ada yang begini...every day!

Assalamualaikum.

Saturday, September 20, 2014

Cabaran 4: Nasi Ayam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memandangkan hari ini hari Sabtu. Jadi kita santai-santai je la yea.

Over tau pak cik ni. Me don't like it!


Friday, September 19, 2014

Cabaran 3: pesanan seterusnya...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini...aku nak buka pesanan untuk Congo Bars!



Seriously super sedap! Cuma RM 25.00 for the whole congo bars!

You can cut it 4x4 or 6x4 or 5x4 or 8x8 or 6x6 or 5x5 or or 8x4 or no cut at all! You can cut by yourself!

If ada sesiapa nak selit order untuk this weekend...kindly do call me. Pm me. Whatsapp me. 0193031450.

Self pick up...tak pun boleh jumpa kat meeting point mana-mana macam....

*wangsa walk
*aeon big wangsa maju
*aeon setiawangsa
*giant taman permata
*shell/ petronas MRR2/ hulu kelang

For the small packaging... I will charged you by piece.

Thank you korang!

Assalamualaikum!

Thursday, September 18, 2014

Cabaran 2: Flying without wings

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memaksa diri untuk update blog dalam keadaan yang sangat-sangat ting tong plang plung kang kung...wuwuwuwuwu. Selsema melanda diri dikala ini. Makan ubat tapi tak boleh tido...cuba bayangkan. Ini kalau pekena Nescafe panas mau aku jadi lagi flying without wings+gigil.

Meningatkan tentang soalan UPSR bocor...buat aku  teringat kata-kata kawan aku kat mukabuku. Apalah sangat soalan UPSR bocor...soalan kubur relax chilex je dah bocor. Teettttt-

*aku dah olah sket kata-kata dia supaya nampak cool sikit :p

Sentence tu ada kebenaran tapi apa yang cikgu cikgi yang bersalah itu lakukan adalah salah sama sekali. Kenapa perlu buat begitu? Sebab duit kah? Tolonglah....jangan hanya kerana harta dunia korang belakangkan hasil akhirat... Apatah lagi kamu kamu itu pendidik bangsa. Maha Suci Allah kerja kamu sebagai pendidik itu sangat sangat mulia. Kenapa perlu dicalitkan dengan sesuatu yang buruk?

Semoga Allah dan ibu bapa pelajar UPSR mengampuni dosa-dosa kamu. Cara kamu itu telah membebankan guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Dan juga telah membazirkan masa pelajar dan guru-guru yang lain. Ini mesti kes tak fikir panjang sebab nak senangkan diri sendiri.

Aku berharap tiada lagi kes-kes seperti ini berlaku. Mencari jalan singkat untuk menuju kejayaan. There is no easy way to get successful. You need to be hardworking, study smart and DOA! Don't forget to do you Solat!

Just my pity 2 cents.

Assalamualaikum.

Wednesday, September 17, 2014

Cabaran 1: Jom kenal!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

First of all....alhamdulillah nama aku masih lagi Sharifah Fadzilah Bt Syed Mohamed Hussein. Insyallah umo aku sehingga hari ini 31 tahun.

Alhamdulillah, aku dah kahwin dan aku ada tiga orang anak perempuan. Aku suka baca buku..tak kisah la buku apa pun...bedal je tu pun kalau ada kesempatan. Aku juga suka masak. Tak kisah la masak lauk ke...atau masak kek. Ada erk masak kek? Boleh la...

Aku keje kat Wangsa Maju je. Before this keje kat Taman Permata.

Ok. itu sahaja...untuk hari ini. Korang leh follow idup aku kat www.facebook.com/chepahilahussein. Kat ig pun sama chepahilahussein.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.




Cabaran

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tengok ramai plak blogger yang buat cabaran satu cabaran satu hari...giler hebat korang! Aku pun nak buat jugaklah. Hahahaha

Macam la ada masa nak update satu hari satu entry. Ni nak update setiap hari pun dah macam tak sempat je.

Mari mencabar diri satu hari satu entri. Yes! Malaysia Boleh.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, September 5, 2014

Tertekan!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Maafla yea...sebulan sekali baru update blog. Sangat la sebok tahun ini. Rasa macam tak sempat pulak nak update blog.

Untuk hari Jumaat yang ceria ini. Penghulu segala hari.....aku nak share kes tertekan...kamu bini sangat kepochi!

Hahahahaha!


Kesian si suami....hahahahaha!

Salam Merdeka!

Assalamualaikum.

Friday, August 8, 2014

Bagai Aur dengan Tebing

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Fuh! Diam tak diam dah 12 Syawal. Cepat masa berlalu...dan tak lupa jugak aku nak mohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata dan terkasar bahasa kat korang-korang semua. Semoga Syawal tahun ini menjadi Syawal yang paling meriah untuk korang-korang semua.

Tak lupa juga ucapan takziah buat ahli keluarga penumpang MH 370 dan MH 17.

Takziah juga buat ahli keluarga umat Islam di Gaza. Semoga roh-roh mereka di tempatkan dikalangan orang beriman. Semoga kesemuanya ditempatkan di Jannah Allah. Amin.

Sejak dua menjak tiga menjak ni...perkataan boikot dengan rakyat Malaysia amat sinonim dengan pepatah melayu...Bagai Aur dengan Tebing

Aku bukan pro-Gaza dan aku juga bukan pro-Israel. Aku pro-Malaysia. Hehehehe...Apa yang aku cuba katakan disini...bukanlah tak perlu boikot tapi ada caranya. Bukan dengan cara ludah meludah pekerja-pekerja McDonalds, Starbucks, Johnson & Johnson atau mana-mana pekerja yang bekerja di bawah syarikat yang punya saham Israel. Itu bukan caranya.

Boikot dengan cara tidak membeli barangan atau produk itu pun sudah mencukupi. Namun, kalau setakat anda anda anda semua sebok boikot produk-produk tersebut tapi kehidupan dan cara hidup sama seperti 'mereka' TAK GUNA okey! Hidup dalam keadaan dan cara Muslim. Insyaallah tak perlu boikot anda sendiri akan automatik tidak membeli barangan mereka.

Faham ke tidak????

Aku faham...orang Melayu memang berani. Berani sebab darah Hang Tuah dan Hang Jebat mengalir di setiap tubuh badan orang Melayu tapi sayang jika tidak menggunakan otak yang Allah bagi untuk berfikir dengan cara yang paling bijak. Okay?

Good.

Now. What should we do? Banyak-banyakkan berdoa. Bangunle pagi-pagi solat subuh berjemaah seperti mana korang-korang semua boleh pergi ke Masjid untuk solat Jumaat. Once everybody Solat Subuh sebanyak Solat Jumaat, Muslim will WIN. Now do for your own good!. Bangun Solat Subuh!

Tak perlu jadi tong kosong! Tung Tang Tung Tang! Tapi kosong kosong kosong....

Done my two cents.

Assalamualaikum.

Friday, July 18, 2014

Please STOP it!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Please stop making any speculation about the MH17. Please stop it. Just pray for them. Al-Fatihah for all the Muslim. Rest in peace for the non-Muslim. My big condolence to all MH17's family.

It is NOT politic matters. Just wait and see what is the result. Stop making any stupid speculation.

Biarlah pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa menyiasat kes ini samada ianya benar ditembak oleh peluru berpandu pihak Ukraine atau sebaliknya atau mungkin sudah ditakdirkan pesawat tersebut terhempas. Itu semua di dalam perbendaharaan Allah swt.

Sudah tiba masanya mereka kembali kepada Maha Pencipta. Sudah tertulis sebegitu....

Itu semua ujian dari Allah swt untuk bumi Malaysia. Apa perlu rakyat Malaysia buat? Tolonglah bersatu padu, tolonglah bekerjasama, tolonglah jangan melakukan penindasan antara satu sama lain. Tolonglah...sudah-sudahlah tu fitnah memfitnah satu sama lain.

Dunia sudah berada di penghujung...

Marilah kita sama-sama berdoa untuk semua penumpang-penumpang MH17.

Takziah sekali lagi diucapkan kepada semua kaum keluarga bagi penumpang-penumpang MH17.

Al-Fatihah...

Assalamualaikum.

Wednesday, July 16, 2014

Yang Merah Saga, Yang Indah Itu Bahasa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Salam Ramadhan!

Pastu korang dah tonton apa yang terjadi semalam di Kuantan. Aku doakan gadis itu sedar dari perbuatannya yang amat memalukan diri, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi beliau seorang gadis ayu bertudung. Anda hampir-hampir jadi nila ye cik Kiki.

Hadoi!.

Aku terkesan dari sikap si gadis. Kita ni orang melayu, bahasa melambangkan bangsa. Anda lihat sendiri, bangsa mana yang lebih cantik bahasa...hmmmm..

Aku bangsa Melayu, sangat malu dengan bahasa yang digunakan oleh cik Kiki. Sayang seribu kali sayang. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Indahkan bahasa melayu? Tapi sayang si gadis bertudung itu telah mencela bahasa agungnya di mata masyarakat. Hadoi!

Saya tau kereta tu kereta baru...sudah pasti baru dapat lesen P. Makanya, takut kene merit ke cik adik? Hehehehe...semoga anda sedar dengan tindakan anda.

Apa nasihat saya? Segera bertaubat dan segera memohon kemaafan dari Mr.Apek itu. Kerana kekasaran bahasa anda.

Aku malu.

Assalamualaikum.

Ok. Bai-

Monday, July 7, 2014

Menangguk Di Air Yang Keruh

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Hampir sebulan tak update blog. Maaf yea rakan-rakan pembaca. Aku seriously super busy before puasa and early week of puasa. Keje botingkek tingkek!.

Alhamdulillah, hari ini lapang sket harinya. Maka, mari kita update blog. Yeah!.

Beberapa minggu lalu banyak HOT story yang berlaku. Namun, aku antara manusia dan blogger dalam mood kesepian tak update belog disebabkan super busy. So, as always kebanyakan blogger telah update pelbagai cerita...kalau ikut kata pepatah...seperti menangguk di air yang keruh. Eh?

Aku pun pernah gak bersikap macam tu. Sebab nak dapatkan ratings. Tapi kalau blog dah tak berapa nak popular..buat la cerita apa pun belum tentu rating naik. #moodsentap #aptb

Jom kita throwback what happen between last week...

Firstly, everybody are talking about 'pembersihan' golongan gelandangan. Apa pendapat aku? Apa yang aku rasa?

Kerajaan mengatakan golongan gelandangan punca sampah sarap terjadi di kawasan bandar..ada tak pihak kerajaan perhati siapa yang punca sampah sarap tu muncul? Ada lihat siapa yang membuang sampah merata-rata? Cuba selidik. Cuba perhati. Cuba lihat. And please do your survey on that matters. Aku juga suka menyatakan sila cuba selidik dan terus selidik bagaimana wujudnya orang gelandangan di Malaysia.

Secondly, everybody are talking about ex-model playboy asia memeluk islam. Semua blog nak petik n ama dia. Meh sini...aku pun nak petik nama dia. Popular Miss RR neyh. Hehehehehe. Siapa tak kenal ex-model Playboy Felixia Yeap a.k.a Raisha Rania. Alhamdulillah, beliau sudah pun memeluk Islam dengan rela hati beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini dan bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Syukur padaMu Ya Allah. Semoga Raisha Rania sentiasa didalam rahmat Allah swt.

Thirdly, kita dikejutkan dengan kehilangan Biduanita Negara Sharifah Aini. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan keluarga Linda Rafar diatas pemergian anak lelakinya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Forthly, everybody are posting and wassaping about kemendapan jalan raya area Jalan Bukit Bintang. Hamboi hamboi hamboi...hebat betol korang-korang ni yea...sepantas kilat korang super impose gambar-gambar tu. Ianya agak menggelikan hati. Tapi, ianya aku rasa mencalarkan sedikit imej Malaysia. Sorry guys, I'm not into it. Hehehehe....

Fifthly, ada baca tak kes kereta kebal terbalik dan menyebabkan dua tentera kita meninggal dunia? Takziah diucapkan.

Sixth, van putih muncul lagi. Wahai van putih, kamu takde kerja lainkah? Sehinggakan mahu mengambil anak orang untuk dibuat perniagaan dan kamu mendapat keuntungan dengan cara paling jijik sekali!. Kamu jahat!

Hmmm...itu sahaja kronologi yang perlu aku update dalam blog aku yang sendu ni. Hahahahaa...sendu ke? sendu le tu...to all readers, seriously me thank you all sebab rajin singgah dan baca blog aku. To other blogger, sorry sangat-sangat tak dapat nak singgah dan blog walking.

Insyaallah, will update more stories later.

Assalamualaikum.

Thursday, June 19, 2014

Magician

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kelmarin adalah hari yang agak kelakar...hahahaha..kenapa?

Ada orang perasan nak jadi magician. Hihihihi

Gambar takde la plak...sorry yea. So, bayang kan jela (^^,)v

Sakinah ikat kain selimut kat leher kemudian ambil color pencil yang warna putih untuk jadi wand.

Situasi 1#

Nenek: Kak Na ambilkan air untuk Salsabila

Kak Na: Jap nenek Kak Na magic

Nenek: cepat...

Kak Na: magic air!

=__=

Salsabila tu dah tersedak-sedak nak...awat la lambat sangat nak magic air tu sampai kat adik....huhuhu

Situasi 2#

Kak Na: Kak Na magic ibu jadi kunci!

ibu tak bergerak...sebab ibu jadi kunci...

Nenek: habesla ibu jadi kunci...

Kak Na: kita tukar....magic ibu jadi Salsabila

Nenek: kene dukung ibu la macam tu...ibu tak pandai jalan...

Kak Na: kita tukar....magic ibu jadi ibu balikla...

Hahahahaha...

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, June 18, 2014

Kuih Raya 2014

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

pm laju-laju untuk kuih raya #chepahilahussein #0193031450 #kuihraya



Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tuesday, June 17, 2014

Ruby Ring

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku dah lama tak tengok movie. Movie terakhir yang aku tengok kat panggung citer The Despicable Me 2. perrgghhhh! setahun da woi!

Jadi...aku sekarang ni follow citer korean. K-POP! Hahahahaa

Ruby Ring...sekarang ni dah episod 62. Ada lagi 28 episod. Hadoi...ada lagi sebulan nak follow. Giler kentang!.

Citer ni pasal dua beradik kembar. Eksiden. Tukar muka. Adik ambil tempat kakak. Kakak ambil tempat adik. Ko rasa? Adik la untong sebab sepatutnya kakak kawen dengan Director Company. Tapi sebab dah tukar muka...adik yang kawen dengan Director Company.

Nenonenoneno....

Aku benci adik dia...hahahaha. Pandai dia bawak watak itew.

Uols boleh follow citer nk kat KBSW Channel kat Astro. Citer tu dari jam 11.35 pagi hingga 12.35 tengahari. Dari hari Isnin sampai Jumaat. If tak sempat...uols boleh follow hari Sabtu back to back dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

Lihat? ianya boleh menyebabkan korang tak masak tengahari dan tak pergi kenduri kawen. Hahahahaha...



Yang atas tu kakak...yang bawah tu adik (original) lepas eksiden...bertukar wajah =__=

Giler kentang!.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Monday, June 16, 2014

How Do I Unbake Cake

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Jenaka di petang Isnin. Nampak tu mata-mata mengantok....cuba cari something funny to read...it will make you a lil bit energetic for settle some more work (^^,)


#LOL

#aptb

Ok Bai-

Assalamualaikum.

Love Your Job!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Love your job!



Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Sunday, June 15, 2014

Solat untuk Wanita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Nak share cara solat untuk wanita. Ilmu kita kongsikan...semoga ianya membantu. InsyaAllah...



Semoga ianya jelas...

Semoga ianya membantu...

InsyaAllah...

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Read the Color NOT the Word

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Read The Color NOT The Word pleaseeeee....

Ce cube...rasa terbelit tak lidah?

Hehehehehehe



Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Saturday, June 14, 2014

Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Chocolate Cake Moist

Thanks Na!


pm laju laju untuk pesanan

ChepahIlaHussein 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, June 13, 2014

Congo Bars

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Congo Bars in da house y'all!

pm laju laju untuk pesanan

ChepahIlaHussein 0193031450


Inside this Congo Bars only Chocolate Chip. If you are interested to mix and match with nuts or dried fruit just tell me. Okay?

This one aku potong kecik kecik small bite. Masuk mulut terus...takyah nak gigit gigit stock rasa comey. Hehehehehe...

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, June 12, 2014

Blueberry Muffin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku bukanlah si penyambut hari guru tegar...masa sekolah dulu pun tak berapa nak kisah sangat dengan hari guru ni. Kalau masa sekolah dulu pun tunggu hari guru sebab tak yah belajar kat sekolah on that day. Pastu boleh tengok cikgu cikgi nyanyi lagu keramat "Kami Guru Malaysia"...pastu leh tengok budak-budak sekolah yang rajin buat show untuk cikgu cikgi dan student tengok.

terokkan?

masalah keterokkan itu berlanjut sampai kini....bila sampai hari guru aku lupa nak beli hadiah...senget. padahal kalau nak buat kan kek untuk cikgu pun boleh...pun tak gak buat. dasarrrrr.....

kacang lupakan kulit..

jadi dan maka dengan itu...bila sekolah my daughter ada buat sambutan hari guru..so aku sponsor Blueberry Muffin.

Muffin je? muffin sudah....dasarrrrr....


pm laju laju untuk pesanan

ChepahIlaHussein 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, June 11, 2014

Chocolate Bluberry Layered Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Chocolate Blueberry Layered Cake Moist.


pm laju laju ChepahIlaHussein 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tuesday, June 10, 2014

Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Chocolate Cake Moist.

Thanks Anis PakNdak MakNdak PakCik MakCik Aqmalx2 Firdaus Ammar Amalina Adilah Fatihah Nazihah Latiff #sebabdatangmakanlaksadankekcekelat





Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Monday, June 9, 2014

M&M and Kit Kat Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

M&M and Kit Kat Chocolate Cake Moist

Thank Cik Ye.


pm laju laju untuk pesanan

ChepahIlaHussein 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Kuih Raya Aidilfitri 2014

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Janji bakal dicapati pabila tidak ditepati...tapi tapi tapi janji ditepati cuma lewat sedikit je. mih mih mih...

Bulan Ramadhan ada lagi 20 hari je nak sampai...Raya tak yah citer la...ada lagi sebulan selepas itu...

Jadi..

Jadi..

Bila sebut pasal hari raya je...haruslah ada kuih raya kan?

Meh sini order!

pm aku 0193031450 for pre-order!

harga? RM 23.00 je sebalang...satu balang ada berapa ketul? 50 ketul.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
V
V

1) Kelapa Gajus



2) Semperit pandan



3) Velvet Cookies



4) Tart Nenas



5) Biskut Suji



6) Hazel Delight



7) Canadian Cookies



8) Biskut Badam


*self pick-up
*delivery (++delivery charges)

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Texting? What's app..ing?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.



Ok. Bai-

Assalamualaikum...jenaka di pagi Isnin. No More Monday blues...smile le sikit (^^,)v

Sunday, June 8, 2014

Laksa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Throwback!

Laksa


pm laju laju untuk pesanan #chocolatecakemoist #cheesekut #congobars 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Saturday, June 7, 2014

Cheesekut & Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Searching something sweet to chew up or cheer your mood up? Pm me laju laju 0193031450.

Cheesekut & Chocolate Cake Moist



Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, June 6, 2014

Cheesekut & Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Thanks Na!

Cheesekut plain & Cheesekut Oreo

Chocolate Cake Moist

Small Size

RM3.00 only per piece


pm aku laju laju untuk pesanan!

ChepahIlaHussein 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, June 5, 2014

Cheesekut

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Thank Cik Ye...

Lainkali order lagi yea...

pm laju laju untuk pesanan...this one is plain cheesekut.



pm laju laju.

ChepahIlaHussein 0193031450.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, June 4, 2014

Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Thanks Kak Mun.

Chocolate Cake Moist 1/2 kilo.

pm aku laju-laju untuk pesanan. nak pesan untuk raya pun boleh!



pm aku ChepahIlaHussein 0193031450

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

GiveAway Tunai RM500 By SyuhadaBaharudin.com

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama tak join GA or Segmen. So, arini nak join lah! Hehehehe...


Kak Syuhada buat giveaway ni sempena ulangtahun Kak Syuhada yang ke-8. So, dengan rasa rendah diri dia nak belanje blogger-blogger yang bertuah!

Nak tahu hadiah? Ce click banner. ce click ce click!

Memandangkan Kak Syuhada sedang bercuti di Bali...so keputusan akan dibuat selepas dia balik dari Bali. Okay, jom cepat-cepat click banner kat atas tu kalau nak join!.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.



Tuesday, June 3, 2014

Birthday Safiyyah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Giler lama...takdela lama...hampir tiga minggu je tak update blog. Sebok giler aku nye pon. Nak jengah pun tak ter'click' tapi sempat plak click you tube nak tengok citer Korea. Hahahahaha...senget.

Nak update belog kat perlu ada konsentrasi. Pastu kene ada idea. Hehehehe...

Birthday Safiyyah aritu on 10th May tapi gambar aku lupa upload...gambar goodies yang aku dah pack untuk school dia pun tak upload. Sengal kan dapat ibu camni.

Apa je yang aku upload? Gambar muffin yang aku buat untuk all those kids in her school.



wat comey je muffin nye..for kids only.

Birthday Salsabila on 6th May pun tak upload gambar. Arrgghhh! rasa macam I'm just not being fair enough to my daughters! I hate this feeling. Please do raise your hand if had the same feeling with me.....!!!!

Dush!

I'm a mom that should receive a lot of punch!

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Thursday, May 15, 2014

New Update!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sorry sangat-sangat korang sebab dah lama tak update belog. Aku pun dah lama tak buat blogwalking sebab seriously I'm too busy with my work. Tons of work I had. Sorry darling darling semua.

Apa-apa pun aku ada jugak buat update kat Facebook. Itu je cara pantas buat masa ni...kat belog aku sempat update kat page BAKING je.

Please do follow up aku kat Facebook...anything kalau nak order kek or kuih raya call kat 0193031450!.

Aku repeat 0193031450!....

Nanti aku upload gambar kuih raya! Ada 8 jenis!.

Tunggu tau!

Ok.

Assalamualaikum.

Saturday, April 19, 2014

Lima Lelaki Bertanggungjawab ke atas Wanita

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lima lelaki yang bertanggungjawab ke atas wanita ialah:

1. Ayah

Seorang ayah perlu memastikan didikan agama anaknya sempurna. Jika anaknya melakukan kesalahan, membuat perkara kemungkaran, mendedahkan aurat dan sebagainya, maka ayahlah insan pertama wajib menegurnya.

2. Suami

Isteri adalah aset utama suami menuju ke syurga. Setiap tindak tanduk isteri memberi kesan kepada perjalanan hidup suami di dunia dan di akhirat. Maka suami perlu membetulkan segala kesalahan isteri dengan nasihat dan teguran.

3. Saudara Lelaki

Apabila ayah mahupun suami sudah tiada, tanggungjawab maruah wanita berpindah ke bahu saudara-saudaranya yang lelaki. Mereka perlu memberikan perhatian kepada saudara-saudara perempuan mereka, di samping keluarga sendiri.

4. Anak Lelaki

Seorang anak lelaki wajib menjaga maruah dan agama ibunya. Nafkah serta kesihatan ibu juga perlu diambil peduli. Membimbing ibu ke jalan yang diredhai adalah tanggungjawab yang perlu dipenuhi.

5. Lelaki sekeliling Wanita

Siapapun lelaki di sekeliling wanita bukanlah isu. Tanggungjawab untuk menjaga mereka adalah tanggungjawab bersama. Wanita terjaga pasti ummah terpelihara.

Lelaki-lelaki nampak tak tanggungjawab korang BESAR sebenarnya bukannya cari nafkah untuk isteri, anak-anak dan keluarga tetapi kene pastikan segala aurat dan agama terjaga rapi.

Ok?

Faham?

Aku tau ramai perempuan yang baca benda ni. Kalau ada lelaki ce komen sikit. Tak pun tinggalkan jejak...pastu aku follow korang balik.

Aku serius neyh!

Ok. Bai-

Assalamualaikum...


Friday, April 18, 2014

Baiki

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Camne nak baiki dunia?

Baiki manusia dulu....

Camne nak baiki manusia?

Baiki hatinya dulu...

Camne nak baiki hati?

Baiki solatnya!

Camne nak baiki solat?

Pelajari, dalami dan fahami ilmu...

Ok?



Ok. Bai-

Assalamualaikum.


Thursday, April 17, 2014

Angguk Geleng

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Baru-baru ni aku baca buku Angguk Geleng. Pengisian nya bagus dan mudah faham. Direct. Tak perlu fikir sampai dalam-dalam. Mudah baca dan faham. Ada illustrasi sekali. Seronokla baca. Takdela bosan.




Tajuk: Angguk Geleng: Himpunan Kisah Dakwah Satira
No. ISBN: 9789673881246
Harga: RM 22.00
Penulis: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi/ Husna Hasan
Penerbit: Telaga Biru

Blog Walking

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini baru punya masa untuk ber'blogwalking'...kalau daku rajin daku tinggalkan jejak yep. Hehehehe..

Jom rasa produk #TerlajakLicin #chocoletto #supersedap #supersimple



If korang di luar kawan Keramat...uols boleh order dari agent-agent berikut...

Senarai List agen ChocoLetto Terlajak Licin

Sg udang,klang (Tasya) : +60 12-917 5917

Johan setia (chuma) : 0133729052

Keramat ( fadilah) : +60193031450

Kajang (fathull) : +60126462656

Bangi (as) : 0123032904

Sg besi (noora) : +60123487047

Rawang (sha) : +60176347278

Puncak alam (shana) : +60125021635

Dengkil (mas) : +601121677624

Port klang (ina): +60 14-661 2800

Bangi/putrajaya (aufzalina) :0176390967

Kelana jaya (khadijah): 0148393208

Kuala krai (syamimi) : 0133652825

Jb (mayzatul) : +60 17-709 7547

Ttdi jaya (mazia) : 013-7393367

>> Aswat - Kulim, Hittech Park - 0194465722

>> Aisyah - PENAGA - KUALA MUDA - 012 444 6258

>> Pn. FARAH - BUTTERWORTH -
pm/whatsapp : 018 945 9247 - IG:fara_anwar

>> Pn. Wana - SG.PETANI- K.BATAS -
pm/whatsapp : 019 478 5247 -IG:@anakmamishoppe

>> Pn. Samiza - SEBERANG JAYA -
Pm/Whatsapp : 016 4402462 -IG : mizasasaki

>> Syamela - KUIN - 017 505 7157

>> En. Azlan - NIBONG TEBAL - PARIT BUNTAR
Pm/Whatsapp : 012 435 2462 - IG : azlan_cokman

>>PN. Rodhiah - WANGSA MAJU , GOMBAK -
pm/whatsapp : 019 278 8622 - IG:rodhiahz

>>Nurul Aini - JITRA -
pm/whatsapp : 019 524 9398

>>En Muhammad Fadzli - ALOR STAR
Pm/Whatsapp : 016 501 4305

>>Dila - LUNAS
pm/whatsapp : 0174804751

>> Munir / Naqieb - KUANTAN,PAHANG - 0139409248

>> Nurul Inani - PUTRAJAYA -
pm/whatsapp : 019 903 7636

>> Nor Hartini - SARAWAK -
pm/whatsapp : 014 789 5002

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Gempar!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Pertama sekali aku ucapkan Takziah kepada ahli keluar YB Karpal Singh a.k.a Pengerusi DAP. Peristiwa yang agak mengejutkan di pagi hari di kala aku sedang bersiap-siap untuk ke pejabat.

Dapat what's app dari member sekolah...

Dia sudah tiada...

Titik.

Malaysia kehilangan seorang peguam hebat dan berprofil tinggi. Hmmm...

Salam takziah sekali lagi.


Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, April 16, 2014

Ilmuwan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tak mahu komen apa-apa tentang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. Biarlah pakar ilmuwan islam dan para-para Ulama' yang membuat perbincangan dan keputusan.

Kita tidak perlu ikut komen dan membahaskan apa yang tak patut. Apatah lagi ilmu agama kita ni secetek air dalam besen.

Oopppp!

Aku mengatakan ilmu agama aku...tidak setinggi orang yang menegur. Opps! Eh?

Tapi apa yang aku pasti...Ustaz Don dalam setiap penyampaian ada dia mengatakan kalau ada salah dan silap dalam info dan ilmu yang diberi..dipersilakan tegur.

Nah! tegurlah...tapi dengan cara berhemah. Kita kan orang Islam..ada caranya menegur. Bukannya pung pang pung pang tapi menyebabkan pertelagahan.

Hadoi...bukan pertelagahan yang dicari...penyelesaian dalam pendamaian.

Gitu...

Ustaz Don kat overseas la...tengah shooting maka wait and see what his answer....bersabarlah..

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tersampok IV

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dua bulan lalu aku dok tersampok citer Korea. Hohoho...K-POP yeah! Tapi sekarang tidak lagi....

Aku tersampok citer melayu balik....Gagagagaga.

Done this!


Hehehehehe....

This too!


Still following this ....



and trying to watch and finish it ....


also this... i follow you Wak!


suka sangat dengan Wak Doyok! Hahahaa...Myo? dulu tak kenal...kini sudah kenal...tak kenal maka tak cinta ye dop? hahahaha

I follow.....

Lalalalalala...

Ok. Bai.

Assalamualaikum.