OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, December 30, 2013

butterfly in my stomach

Assalamualaikum,  semua ;)

Hai, korang !

Aku rasa cepat sangat masa berlalu. It feels like baru semalam aku lahirkan dia...cliche sangat.

Actually nak share pasal si kakak nak masuk sekolah.

Yeay! Dia nak masuk sekolah dah. Sekolah tadika Kemas.

Rasa macam ada butterfly in my stomach. Tak tau nak kata happy ke, sedey ke, atau neves.

Hohoho....





Ok

Assalamualaikum.


Tersampok III

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kenapa aku dah lama tak update belog?

-sebab aku tersampok tengok cerita korea.

Kenapa aku tak update belog lepas tengok cerita korea?

-sebab aku macam tiba-tiba hilang rasa dan maklumat untuk update belog

Kenapa asyik update pasal kek?

-haahla....aku baru perasan. aku dah lama tak update pasal budak bertiga tu....

Bila nak update cerita latest?

-entah..aku pun tak tau.

ok.

Assalamualaikum.

Tuesday, December 24, 2013

Mini Chocolate Cake top with Green Apple Choc

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

New kids on the block...

My lovely doo Mini Chocolate Cake top with Green Apple Choc. Aiyooo...smell of Green Apple very nice.


Alhamdulillah, harga masih lagi RM0.50 sen sebiji. Nice kan? Minimum order for mini chocolate cake is 50 pieces.

Self pick-up.

Thank you.

Ok.

Assalamualaikum.

Saturday, December 21, 2013

Mini Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam ceria di pagi Sabtu nan indah. Hamboih...indah bila matahari memancar kan sinar sebab boleh sidai kain...mih mih mih

Nak share...cik puan mini chocolate cake moist. Buat masa ini...harga nya masih lagi Alhamdulillah RM0.50 sebijik.

Self-pick up.

Kalau nama pun gambar dari instagram...harus ada side effect =__=

Ok.

Nak order...contact nombor yang kat atas tu.

Assalamualaikum.

Friday, December 20, 2013

Toilit

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Inilah yang terjadi pabila warga asing yang menulis bahasa kita...

Hadoila...

Fenin!


Ok?

Assalamualaikum.

Thursday, December 19, 2013

Birthday Cake

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Alhamdulillah. Hari ini masih lagi bernafas di bumi mu Ya Allah. Dan Alhamdulillah sekali lagi arini aku dapat update belog. Hamboih. Ikhlas ke tak ni.

Ini last week nye citer...member sekolah order Birthday Cake untuk anaknye. Hehehehe...

Ok, takyah banyak citer..meh tengok gambar :)



Ok.

Nak order? Cam biasa lah nombor kat atas tu......

Assalamualaikum.

Wednesday, December 18, 2013

Tuesday, December 17, 2013

W.O.R.K.S.H.O.P

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Buat perhatian dan tatapan rakan-rakan yang berminat untuk membina kerjaya 'voice over'

Ada sesuatu yang menarik untuk anda yang berminat...ianya akan berlaku hanya pada 29 December 2013.



Jom join!

Assalamualaikum.

Monday, December 16, 2013

l Love to read

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sorry la sayang sayang semua...aku tak sempat nak update belog minggu lepas. Minggu lepas adalah sangat sangat hectic. Dengan sesi jual buku kat Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Tak sempat pun nak update kat belog yang aku ada jual buku kat sana...huhuhuhu.

Buat permulaan minggu ni di hari Isnin yang penuh bahagia ni...aku nak share ni dulu.

Later, kita stori mori other stories. Alright?


Sebelum aku terlupa...

Buku latest yang aku baca...


Ni pun tak habes lagi baca...baca sambil jual buku minggu lepas..maka bukunye ada dalam kotak...kejap lagi kene merajin kan diri memunggah kotak motak yang ada.

mih mih mih

Ok. itu sahaja laporan buat hari ini. Laporan sangat.

Ada sesiapa nak order kek cekelat? call/ pm/ whats'app aku kat 019-3031450

Assalamualaikum.

Thursday, December 5, 2013

Promosi PAKEJ AKIKAH, CUKUR JAMBUL DAN CATERING

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Arini nak buat promosi sikit. Kepada sesiapa yang peminat tegar atau ingin mencuba makanan Arab. Uols boleh singgah kat Hannoon Al-Arab Setia Alam.

Sekarang ni korang boleh menikmati pakej yg termurah dan terhebat utk meraikan si comel korang atau meraikan perot korang yang comel itew...

Kat bawah ni deco-decoing for birthday party...



Yang bawah ni pulak deco-decoing untuk cukur jambul atau akikah...









Diorang juga ada menyediakan pakej catering + cradle..

Kat bawah ni pakej diorang...sape cepat dia dapat. Untuk 10 orang pertama....!!!!

PAKEJ CATERING & BERENDOI UTK MAJLIS CUKUR JAMBUL

~ KAMBING GOLEK ( disajikan dengan sos blackpepper yg umppphhhh & Arabic Salad)

~ NASI ARAB 100 pax
* chicken mendy
* mendy rice
* arabic salad
* homemade sauce
* soup
* fruits/ dessert
* ice lemon tea

~ MEJA BUFFET
~ BUAIAN BERENDOI (termasuk decorasi & tirai)
~ 100 GOODIES BEG
~ 100 CONE SOFT ICE CREAM

FREE 100 PAX CHOC FOUNTAIN PACKAGE (VALUE RM 290)
untuk yang ingin mengadakan majlis akikah di dewan kami...
penggunaan dewan adalah FREE!

Anda tidak perlu membuat persiapan..
kami yg akan set up semuanya utk anda..mudah kan???
anda hanya perlu hadir pd hari majlis utk meraikan bayi comel anda.

~ waiter provided (majlis di dewan kami)

*sila maklumkan kpd kami sekiranya memerlukan kumpulan marhaban,
(bayaran extra akan dikenakan utk marhaban)

hanya dgn RM 3500 anda akan dapat menikmati semua pakej ini....

tunggu apa lagi..
jgn ketinggalan kerana promosi ini hanya utk 10 customer terawal sahaja...

SMS "ARABIC CRADLE' ke 012-343 0706 sekarang !!!!!!

Sumber: Hannoon Al Arab 

Wednesday, December 4, 2013

RM 11,200 = 5 sen

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku macam suka je bila RM 11,200 dibayar dengan RM 0.05 sen. Hadoila...jenuh nak kira satu-satu. Tapi zaman dah maju. Pergi bank mintak diorang kirakan guna mesin. Apa susah?

Itu pun nak kompelin.

Aku tak kuasa nak follow kes Erma Fatima dengan Rebecca Nur Islam. Apa punca pun aku tak tau. Tau tau je Erma Fatima kene saman dengan Rebecca Nur Islam.

Hamek RM 11,200. Tapi guna RM 0.05sen. Erma Fatima siap bagi Al-Quran. Bersyukurlah ada sahabat yang masih ingatkan kita tentang Allah.



Tapi...aku pelik jugak ni. Kenapa Erma Fatima bayar guna RM 0.05 sen? Hmmmm....perli kah?

Hik hik hik...

Apa-apalah. Masalah korang. Bukan masalah aku. Kalau aku terima je tak kata apa dah. Bank in duit dapat RM 11,200.00.

Lalalalala....

Ok. Wassalam.

Strawberry Pudding

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sihat kah? Alhamdulillah. Musim hujan sekarang ni. Hati-hati memandu kepada pemandu kereta, pemandu bas, pemandu lori, pemandu van dan penunggang motorsikal. Jalan licin jadi tak perlu pandu dan tunggang dalam kelajuan tinggi. Ingatlah orang tersayang.

Kalau takde orang tersayang?

Sukati kau lah! Orang bagi nasihat degil.

***************

Strawberry pudding. Gara-gara magazine Saji. Umi aku baru beli. Tuan puteri berdua tu selak-selak magazine ternampak Strawberry Pudding.

Dan terus-terusan suez...

Ibu! nak pudding stoberi.

=__=

Maka, dengan gigih semalam beli bahan-bahan. Segala strawberry, segala jelly dan perisa strawberry.

Tepat 10.30 malam settle masak.

Hasil?



Gigih ibu potong strawberry sekeping-keping. Mahal kot strawberry semalam. Selalu dapat harga RM 9.90. Ni tak semalam kene RM 15.99.

Dush!

Resipi?

Memandang ibu pun dah lama tak share resipi...maka hari ni dengan murah hati nak kongsi resipi.

Bahan-bahan:

Bahan A:

45gm serbuk agar-agar/ jelly
200 ml air
3 sudu kecil perisa strawberry
1 sudu kecil pewarna merah

- Masak atas api kecil hingga mendidih dan larut. Tuang dalam bekas dan sejukkan.

Bahan B:

90gm serbuk agar-agar/ jelly
100 ml pati strawberry (aku blend strawberry tu dengan 50ml air)
400 ml susu segar
200 ml air
3 sudu kecil perisa strawberry

- Masak atas api kecil hingga mendidih dan larut. Tuang atas Bahan A tadi. Pastikan Bahan A tadi dah beku.

Nak cantik letak strawberry atas tu.

Rasa? Aku tak rasa lagi. Hohohoho.

Balik kang lah rasa. Selamat mencuba!

Ok. Wassalam

Tuesday, December 3, 2013

Bunga Rampai

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang! 

Firstly, nak wish Selamat Pengantin Baru buat my cuzzie yang nikah on 23rd aritu. Aku tak dapat hadir sebab memang tak dapat nak hadir. Hehehehe...

Tapi-tapi...untuk majlis resepsi aku datang tau! Hohohoho...

Gambar ni aku rompak dari fesbuk panten. Bahahahaha

 
Aku suka pergi kenduri kawen tapi ikut pada mood aku la kan...tapi setiap kali pergi wedding aku tak jumpa bau bunga rampai. Sedihnya...aku suka bau bunga rampai. Korang tau tak macam mana nak hasilkan bunga rampai?

Sebab?

Mungkin orang zaman sekarang dah tak mahir untuk buat bunga rampai.  Memang kerja untuk hasilkan bunga rampai agak remeh. Tapi hasil....wangi kot.

So...aku dengan rajinnya nak kongsi the way to make bunga rampai.  Bunga rampai ni seronok dan syok bila buat ramai-ramai.

What we need is....

Daun pandan


Lepas tu di rampai-rampai seperti ini...


Pastu korang lerai-lerai kan atau pisah-pisahkan kuntum bunga. Mana nak dapat bunga? Korang pergila beli kat kedai bunga yang jual singgit dua hengget segenggam. Hehehehe....

Bunga-bungaan yang belum dileraikan...


Campurkan dengan daun pandan tadi...


And then, korang potong kulit limau purut. Ambil kulit sahaja. Buat benda ni menyebabkan korang bau wangi. Sebab handle benda-benda wangi. Syok sangat. Kalau buat sebelum tido lagi best..sebab korang akan tido dalam keadaan wangi. Hehehehe...



Lastly, apa yang korang perlukan ialah Minyak Patchouli a.k.a Minyak Nilam.



Aku letak sikit je dalam 5-6-7 titik. Tak boleh letak banyak-banyak. Poning kalau letak banyak sangat!. Nanti bau dia jadi unpleasant.

Tapi aku tak guna minyak brand di atas...aku nye minyak aku beli kat kedai India kat Chow Kit je. So, the packaging will be totally different.

Hasil?

Wangilah!

Kalau dalam family aku...if ada majlis yang berkaitan dengan akikah, cukur jambul, wedding or bertunang...aku akan hadiahkan bunga rampai for them.

Sorry, I'm not pot pouri person. Aku dah pernah beli dan cuba suite kan dalam diri aku. NO. I can't. Umi aku pun sama. We love the originality.

Nak cuba? Buat lah! Confirm jatuh cinta kat bunga rampai.

Ok. Wassalam.