Asslamualaikum, semua ;)
Hai, korang! Hmm. . . .lama betol tak update belog. Agak lama jugakla aku menghilang dari dunia belog. Minggu lepas sangat sebok dengan Ekspo Jualan Buku di Perbadanan Putrajaya sempena Bulan Bahasa. Sekarang kan bulan Oktober. Bulan Oktober kan Bulan Bahasa Kebangsaan. Maka, mari kita membaca buku sempena Bulan Bahasa. . . .even bukan Bulan Bahasa pon, kita masih lagi boleh membaca. Tapi, apa kata bulan ni kita baca buku lebih sikit dari biasa. Membaca tu kan jambatan ilmu.
Menyampah betol aku biler dah penat taip panjang-panjang tetiba internet wat hal! Habes segala prosa kata dan ayat kosa kata aku! Nyampah tau!
Terus aku malas nak taip balik apa yang aku taip tadi.
Maka, aku nak kongsi tazkirah je lah. Konon nak buat dua entry arini. Biler internet buat hal, aku buat satu entri je. Dah la arini ari RABU. Hari Rabu kan wordless wednesday tapi aku wordy wednesday. Hahahaha. . . .
Mari kita baca tazkirah di bawah. Tazkirah di bawah cerita pasal sesi pukul dan memukul anak. Sekarang kan da kecoh pasal ibu bapa mendera anak-anak kecil. Apa lah yang difahami oleh si kecil tu.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Islam amat menitik beratkan soal pendidikan terhadap anak-anak. Ini kerana pendidikan yang betul dan menepati kehendak syarak , Insya Allah akan melahirkan anak yang beriman serta mentaati perintah Allah swt dan Rasul-Nya.Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 :
Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.
Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu saranan
pendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak. Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.
Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :
- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.
- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.
- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ
(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)
Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.
Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Kita sebagai ibu bapa yang akan mewarnai mereka. Maka, warnai mereka dengan warna yang dceria dan cantik. Yakni, didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…Insya Allah.
p/s: Sayangilah anak kita sepertimana kita menyayangi nyawa kita!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا
“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”
Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.
Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu saranan
pendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak. Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.
Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :
- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.
- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.
- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.
- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.
- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ
“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”
(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)
Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.
Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Kita sebagai ibu bapa yang akan mewarnai mereka. Maka, warnai mereka dengan warna yang dceria dan cantik. Yakni, didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…Insya Allah.
ADIOS!
p/s: Sayangilah anak kita sepertimana kita menyayangi nyawa kita!
No comments:
Post a Comment