OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, October 31, 2011

Happy Birthday Bro!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Isnin. Hope semua orang happy working!. Entri hari ini HARUS dibuat dengan pantas. Dah la aku ilang ingatan pasal mamat ni punya birthday! Bukan takmo wish ye Encik Usni. Kakak mu ini ada penyakit short term memory lost! Huhuhuhu. . . .

Happy Belated Birthday!



Nanti ko balik sila redeem Roasted Chicken with Lemon kat saye yea! Hehehehe . . . .

Happy Birthday my dearie Bro!

May All your wish COME TRUE 
but 
Be Carefull what you WISHING for . . .
Semoga Allah merahmatimu . . .

Da tu je la . . .

Malas pulak 
nak 
bebel panjang - panjang!

Kek?

TAKDE!

wakakaakakakka!

p/s: akak sayang korang selalu - awi, fathull & usni -


ADIOS!

Friday, October 28, 2011

Kencing Manis atau Diabetes

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Arini aku nak bebel pasal kencing manis pulak. Setelah disurvey dikalangan kaum keluarga dan sahabat handai. Kebanyakan orang disekeliling aku mempunyai penyakit ini. Penyakit makin popular dan kepopularan dia makin meningkat tiap tahun. Apakah punca dan penyebab penyakit kencing manis ini menjadi sebegitu HOT dan sangat OHSEM skang ni?

Jom, kita siasat! Dah macam Edisi Siasat jek . . .

Mula-mula sebelum kita tau apakah punca . . . kita HARUS tahu apa itu kencing manis!

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Kemudian kita HARUS tahu apakah simptom-simptom penyakit kencing manis . . .

1. Kerap membuang air kecil
2. Sentiasa berasa dahaga
3. Selera makan meningkat
4. Letih
5. Hilang berat badan
6. Jangkitan kulit yang kerap, contohnya jangkitan kulat pada kemaluan
7. Luka yang lambat sembuh
8. Penglihatan yang kadang-kadang kabur


Bila dah tahu simptom-simptom penyakit kencing manis. Korang kene pegi check doctor dulu. Buat test memang confirm ke korang ada penyakit kencing manis. Lepas tu, bila dah buat medical check up, dan keputusan mengatakan korang +ve kencing manis, jadi ini adalah cara merawat . . . . selain daripada makan ubat yang telah diberikan oleh doktor.

Penyakit kencing manis biasanya ia merupakan suatu penyakit seumur hidup. Tujuan rawatan untuk penyakit kencing manis ialah untuk melegakan simptom dan mengembalikan paras gula darah kepada paras normal dan untuk mencegah komplikasi. Penyakit kencing manis yang dibiarkan tanpa kawalan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang, mata, kaki dan kulit. Cara mengawal penyakit kencing manis termasuklah:

1. Penjagaan pemakanan
2. Penjagaan berat badan
3. Rajin membuat senaman
4. Rajin makan ubat yang diberikan oleh doktor
5. Banyakkan minum air kosong

Seperti yang dijanjikan, punca-punca kencing manis . . .

1. Keturunan
2. Makan makanan yang tinggi paras gula
3. Minum minuman yang tinggi paras gula seperti air berkarbonat
4. Makan makanan yang mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi
5. Kurang bersenam
6. Tidak memantau berat badan
7. Terlalu kerap makan makanan segera

Maka, dengan itu kalau korang semua nak sihat selalu . . . cuba kurang-kurang kan minum air manis. Banyakkan minum air kosong supaya dapat mencuci buah pinggang kita dan mengurang kadar gula dalam badan. Walaupun aku bukanlah pakar dalam perkara kesihatan ni, sekurang-kurang nye aku cuba mengingatkan korang korang tu. Dan lagi satu jangan ingat kita yang berbadan slim ni takde kencing manis!. Kepada yang slim slim tapi sangat suka minum air manis atau makan makanan manis. Sila buat pemeriksaan darah anda.

Aku? Alhamdulillah, aku dah check. Gula dalam darah aku cuma 4.2 sahaja. Sihat!.

Aku cuma sampaikan apa yang terlintas di fikiran aku pada tika dan saat ini. Supaya kita dapat berkongsi walaupun tak banyak, tapi membantu. Betul tak? Kan?

p/s: nanti aku update pasal sakit jantung pulak . . .


ADIOS!

Libas

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat dan Selamat Berhujung Minggu. Malam ni aku ngan Encik Usben beserta anak-anak akan bergerak pulang ke Banting. Biasala hujung bulan, haruslah pulang ke kampong halaman. Arini aku nak bagi review pasal movie Libas. Aku baru dapat tengok. Kekangan masa disitu. Hehehehe. . .

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas" yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.







Lantaran itu Raja Libas (Rosyam Noor) terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi (Johan Raja Lawak) seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok (aku tak ingat nama dia saper-malas nak studi) seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat (Beego) telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.

Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Ending citer ialah Malaysia dapat bola raga pusaka tu dan jumpa dengan pewarisnya. Malaysia jugak menang perlawanan tu. Mestilah Malaysia menang. Mana boleh negara lain menang!.

credit to libasmovie.com for the synopsis. selalu synopsis aku punye sendirik. kali ni cam kurang rajin.

Pastu dengan teknik CGI yang bolehla . . . aku harap pasni Director Malaysia kalau nak buat guna CGI sila kemaskan keje keje anda. Kalau tak, akan nampak sangat CGI nye.

Penonton skang dah cerdik. Jadi cara pembikinan filem haruslah lebih cerdik dan kemas. Aku tau kos tinggi. Pandai-pandai lah pikir camne nak buatkan. Sebab aku bukan orang filem pon!.
Aku bukan jenis yang suka bagi bagi bintang. Jadi tak perlu. Korang nak tau best ke tak best citer ni, korang tengoklah sendirik. Samada beli CD (dah kuar ke?) atau tengok je kat Astro Channel 481 (kene bayar yea!)

p/s: gusi aku masih saket. ada petua tak? aku cari tak jumpe plak!


ADIOS!

Thursday, October 27, 2011

Nasi Lemak 2.0

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Nasi Lemak 2.0. Hasil karya Namewee. Hmmm, apa yang aku boleh katakan selepas menonton Nasi Lemak 2.0. Pada permulaan menonton, aku menanamkan sifat dan sikap NO RACIST.




Tapi, bila aku dah tengok. Hmmmm, kadang aku rasa cam racist pun ada. Tapi kadang rasa cam takde racist pon. Sikap aku disini adalah ATAS PAGAR!. Aku tak pasti. Jadi korang korang tak boleh hukum aku! Aku tak pasti. Kalau korang nak jawapan yang pasti, apa kata korang tonton la citer ni sendirik. Huh!

Cerita ni nak kata LUCU. Aku tak rasa ianya lucu. Nak kata ianya citer SERIUS. Aku tak rasa ianya terlalu serius. Tapi apa yang aku tau citer ni banyak gunakan bahasa cina. Aku ingatkan citer ni dalam bahasa melayu sepenuhnya. Dan dalam citer ni jugak, takde pun Namewee ni pegi belajar buat Nasi Lemak.

Pada penghujung cerita pun, Namewee ni takde pon buat Nasi Lemak. Kenapa letak nama Nasi Lemak 2.0? Cerita ini cuma nak menunjukkan Malaysia ni terdiri dari pelbagai bilang kaum kot. Citer ni takde 'ummmpphhh' la. Pada pendapat aku la.

So, Namewee I think you better not making any movies after this. Sebab aku tak dapat apa yang kau cuba sampaikan. Maaf.

p/s: sakit gusi =__=


ADIOS!

Monday, October 24, 2011

Petua nak kurangkan cirit birit

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Okey akhirnya aku dapat jugak ilmu petua. Setelah sekian lama, ilmu petua aku pegi bertapa. Sengals!.

Okey, camne nak handle cirit birit. Selain makan pil chi kit te aun. Kita boleh guna bahan bahan yang ada kat umah . . . cuma perlu ada daya dan usaha saje.

Petua Pertama:

1 biji buah durian. Korang buang kulit dan jugak biji. Perah buah tersebut dengan menggunakan kain nipis. Perah sampai dapat 1 gelas. Campur dengan 1 sudu susu pekat. Kacau rata. Minum sampai habis. Tapi. Tapi. Tapi. Korang kene minum dua kali sehari. Yakni, pagi dan petang.


Petua Kedua:

1 biji buah limau nipis yang diperah air dan dimasukkan kat dalam 1/2 cawan air panas. Pastu minum. Buat 3 jam sekali.


Petua Ketiga:

Korang amek sejemput biji selasih pastu rendam dengan 1 gelas air masak. Tunggu sampai biji selasih tu kembang. Korang minum air tu dengan biji biji selasih tu skali.

JANGAN LUPA BACA BISMILLAH & SELAWAT SEBELUM MINUM AIR YANG KORANG BUAT.

Selamat Mencuba!.

p/s: aku cari petua nak merawat gusi bengkak, tak jumpe la pulak!


ADIOS!

Nursakinah Zaharah

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Entri kedua untuk arini. Dah lama tak update pasal budak kecit ni kan? Jadi, arini aku update. Apa nak citer yea pasla budak kecit ni yang dah ada gigi enam batang.

Budak kecit ni sangat kuat makan. Alhamdulillah. Teruskan . . . ibu lagi risau kalau anda skip waktu breakfast, lunch, dinner and supper (if ada). Jalan pun semakin laju. Tangisan makin kuat. Suara makin besar. Ragam semakin banyak . . . .

Patah perkataan . . . lambat sket. Hmmmm, mungkin dia cepat tumbuh gigi dan berjalan cepat . . . maka sesi percakapan sedikit lambat (ayat nak sedapkan hati).

Joom layan gambo budak kecit . . . .

 biskut lutut one of her favourite!


 sesi menonton 'RIO'














tempat lepak yang paling best!












p/s: miss her . . . tiba-tiba


ADIOS!

Done!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Hari Isnin suda . . . .yang mana keroje tu, keroje la rerajin. Yang mana belajar tu, blaja le rerajin. Monday blues . . .tu biasa. Tak sabar nak habeskan weekdays pastu nak weekend. Semua orang punya fikiran yang serupa *wink*wink*

Hari ini dalam sejarah!. Aku dah buat PAP SMEAR and my breastylicious pun dah check. So, tunggu result!. Nanti nurse tu call aku untuk bagitau result. Berdebar debar plaks. Harap-harap aku okey. waaaaa! takot nye.

Sampai je kat klinik tadi . . . mengucap panjang aku. Giler ramai orang! Aku dapat nombor 1046. Damn! Seb baik untuk buat PAP SMEAR, tak payah ikut nombor. Hehehehe. . . .Seb baik. Tak sampai 10 minit pun buat PAP SMEAR. Cepat betol.


ni je la contoh terbaik yang aku dapat. . . .

p/s: gusi bengkak tak enjoy langsung makan!


ADIOS!

Saturday, October 22, 2011

Roasted Chicken with Lemon

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Wah! aku bersiaran pada hari sabtu. Janggal betol!.Hahaha . . . Ini adalah gara gara two of my kiddos still sleeping. Jadi aku boleh la online. woot! woot!

Arini aku nak share resipi Roasted Chicken with Lemon. Cara nak sediakan giler mudah! Korang boleh buat sekarang jugak! tu pun kalau ada bahan bahan la . . . .

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 biji lemon dibelah dua
1 batang lobak merah (sukati korang la nak potong camne. jangan hiris nipis suda)
1 biji bawang besar (belah 8)
1 biji kentang (kalau kecik letak le 2 bijik)
2 batang daun saderi (dipotong sebesar seinci)
3 ulas bawang putih (diketok)
2 sudu minyak masak (klu ada olive oil, letakle olive oil.umah aku takde.)
1 cawan air
garam
lada hitam
mixed herb

Cara-cara:

Pertama sekali HARUS lah korang bersihkan ayam tu dulu sehingga benar benar bersih. Camtu jugak lah dengan sayur mayur. Hehehehe. . . .Kemudian, korang bolehla potong segala sayur yang ada.

Panaskan oven kat suhu 240 darjah celcius.

Pastu letakkan sayur dan ayam dalam bekas yang berlainan sebab mudah korang nak lumurkan mereka dengan minyak, lada hitam, mixed herb dan garam. Lumurkan jugak garam,lada hitam dan mixed herb kat dalam ayam.Da settle korang lumurkan, perah lemon kat sayur sket. Pastu selebihnya kat ayam. Lemon tu jangan buang sayang oooiii . . . korang masukkan kat dalam ayam tu.

Lepas tu korang letakkan sayur kat dasar dulang pembakar dan ayam pulak kat atas sayur tu. Dapat bayangkan tak? Pastu letakkan secawan air kat sayur tu. Sebelum bakar taburkan sikit lagi garam, lada hitam dan mixed herb kat atas ayam.

Masukkan ayam dalam oven. Dan kurangkan suhu dari 240 darjah celcius kepada 200 darjah celcius. Korang bakar ayam korang selama 1 jam 45 minit. Done!



 -sesi pembakaran-





 - selepas dibakar -





SORRY HUSNI! NANTI KO BALIK AKAK BUAT UNTUK KO!

p/s: Selamat Mencuba la resipi omputeh aku nih! hehehehe. . . .


ADIOS!

Friday, October 21, 2011

Jumaat Yang Mengantok!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Salam Jumaat. Selamat berhujung minggu. Aku mungkin akan dikerah kerja esok hari. Tapi mungkin tidak. Untuk sabut timbul, untung batu tenggelam. Wah! berperibahasa. Cheh!

Aku mengantok ketika ini. Mengantok yang amats sangat!. Kemungkinan peratus untuk kepala melekat kat meja adalah tinggi. haiyo!

tepuk tepuk pipi sket

cerah sekejap mata tapi masih lagi layu . . . .

okay, bos aku da sampai. HARUS continue buat keroje. walaupun mata masih mengantoks!

p/s:entri mintak makan tamparan wanita!


ADIOS!

Thursday, October 20, 2011

Columbiana

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Ada dua movie yang aku baru tengok. Columbiana dan Transformer III (Dark Of The Moon). Tapi aku update Columbiana dulu.




Columbiana. Dengar nama pun korang boleh agak citer dia ala ala mafia kat Columbia. Memang ada citer pasal mafia tapi citer ni pasal revenge seorang anak diatas kematian parents dia. Dan menyebabkan dia kene lari ke Chicago untuk jumpa bapak sedare dia.

Dalam citer ni takde HERO okay!. Hanya ada HEROIN saje. Heroin tersebut ialah Zoe Saldana. Zoe Saldana ni yang berlakon dalam citer Avatar tu. Pastu dia ada berlakon dalam citer Drumline. Drumline is one of my favorite movie. Dalam citer ni Zoe Saldana memegang watak Cataleya. Dia sangat keras hati dan sangat COOL biler membunuh musuh. . . .

Relax je dia masuk umah mafia. Bunuh sana. Bunuh sini. Ho ho ho. . . .Lepas tu siap tinggalkan signage lagi, dia lukis gambar bunga cataleya tu.Tapi ada satu je arrr yang cam tak logik kat sini, ketua mafia senang sangat mati nyer. Gara gara cam tak banyak je follower yang gagah gagah. Huh!. Tapi apa apa hal pun aku bagi 4/5 bintang untuk citer ni. . . .



p/s: cataleya tu adalah salah satu spesis Orkid.


ADIOS!

Camera Action!

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Lama aku tak update pasal my kiddos kan? selalunya aku akan update every 10th of every month. Tapi, masa 10 haribulan ritu si adik demam pulak. Tu yang tak ter update tu. . .

Kali ni aku update pasal kakak, kang jap g aku update pasal adik pulak.

Inilah yang berlaku pabila si Kakak 'membantu' si Nenek berkebun . . . .














p/s: rajin betol anak ibu ni 'berkebun'. . . .


ADIOS!

Doa Untuk Suami dari Seorang Isteri

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang. Khamis dah hari ni. Esok hari Jumaat. Pastu weekend. Sronotnye. Arini aku nak straight to the point, nak kongsi Doa ngan korang. Doa dari isteri untuk suami . . . harap harap suami suami kita semua mendoakan kita jugak!


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya..
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
 
Korang print benda ni pastu tampal kat bilik. Lepas solat je baca. Semoga doa doa kita dimakbulkan dan dipekenankan oleh Allah s.w.t.

p/s: Allah sentiasa mencintai makhluk-Nya, adakah makhluk-Nya mencintai-Nya juga?

ADIOS!

Wednesday, October 19, 2011

wordless wednesday


PAP SMEAR

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Ada sesuatu yang lucu berlaku semalam. Dan tiada siapa yang menegur aku. Seolah-olah semua bersetuju dengan aku yang bahawasanya semalam adalah hari Rabu. Wakakakakaka. . . .aku dah siap post entry Wordless Wednesday semalam. Ha ha ha. . . .kekeliruan hari di situ. Perasan tak? Mesti tak perasan kan?
Ho ho ho . . . .

Okey, kita berbalik kepada topic di atas. Anda tahu apa itu PAP SMEAR? dah buat? belom? pegi buat. Set masa untuk buat PAP SMEAR.

Apa itu PAP SMEAR? (aku amek dari wikipedia)

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.

Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).

CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

Siapa yang cipta PAP SMEAR ni? (credit to wikipedia)

Ujian Lumur Pap yang dilakukan sekarang merupakan ciptaan Dr. Georgios Papanikolaou (1883-1962), seorang Amerika kelahiran Greek, bapa kepada sitopatologi.

Dia pertama sekali menerbitkan beberapa siri kes besar bertajuk Diagnosis of uterine cancer by the vaginal smear (Papanicolaou & Traut, 1943). Teknik pensampelan masih tidak bertukar semenjak itu.

Dah tau kan serba sedikit pasal PAP SMEAR . . . jadi jom kita pegi buat ujian. Kali ni tak yah letak gambar sebab bukan kene buat sendiri pun. Korang pegi klinik atau hospital buat ujian.

PAP SMEAR ni sebaiknya dilakukan semasa hari ke 10 hingga hari ke 17 haid kita. Dan dua hari sebelum buat ujian PAP SMEAR, korang semua tak boleh dan dilarang bersama sama dengan suami. Sebab pihak klinik atau hospital memerlukan kita punya original lendir bukan lendir yang bercampur dengan 'lendir' sang suami yea . . . rakan-rakan.

Itu sahaja nasihat saye untuk hari ini. Nasihat seterusnya akan datang untuk entry seterusnya lah! Malas aku nak taip panjang panjang. Ok, bye!

p/s: mencegah lebih baik dari mengubati!


ADIOS!

Tuesday, October 18, 2011

breastylicious

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Sihat? Bagus! Alhamdulillah. Hari ni baru dapat update belog. Sangat sebok di hujung-hujung tahun ni. Macam macam quotation dan macam macam invois nak kene buat. Nak pitams dah ni. Ho Ho Ho. Banyak entri aku nak letak sebenarnya . . .kekangan masa yang terlampau.

Maka, arini punya entri pasal breastylicious. Apa breastylicious? breast is buah dada yang cantik dimiliki oleh semua wanita. licious tu..aku saje je tambah...buah dada tu kan nampak cam delicious je dipandangan mata bayi-bayi kecil dan orang lelaki. Ho ho ho. . . eksploitasi betol bila sebut delicious dipandangan kaum lelaki kan?

Tapi memang betol apa. . . . .

Ok, berbalik kepada topic asal aku. Pasal breastylicious.

As a women who have breastylicious. Kita haruslah membuat pemeriksaan payudara bagi mengesan kehadiran benjol pada payudara perlu dilakukan sendiri setiap bulan, iaitu pada tiga atau empat hari selepas haid. Jika didapati ada perubahan pada buah dada, segera berjumpa doktor.

Antara perubahan itu ialah kulit menjadi kasar, wujud nodus (benjol keras), penterbalikan puting atau kulit, kulit berkedut dan menjadi merah, keluar cecair gelap atau darah dari puting atau nodus limpa di bawah ketiak membengkak.

“Ujian pemeriksaan kanser dilakukan secara manual (tangan) dan mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas. Bagaimanapun, wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi barah payudara perlu menjalani ujian mamogram lebih awal, iaitu pada usia 35 tahun.

Usah takut untuk jalani pemeriksaan kesihatan, terutama wanita muda yang aktif melakukan hubungan seks. Ujian ini perlu dijalani sekurang-kurangnya setiap dua tahun sepanjang hayat walaupun usia mencecah 65 tahun.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian barah payudara, ultra sound dan ujian lumuran Pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Macam mana nak check sendiri? Aku tau ada yang dah tau cuma korang cam endah tak endah je kan poster yang ada kat klinik tu kan? Sebab aku pon camtu jugak. Hehehehe. . . . 

Jadi. . . .cara-cara nak check. . . .

Berdiri di hadapan cermin

  1. Dengan mengangkat kedua-dua tangan ke atas kepala, pusing perlahan-lahan dari sisi kanan ke sisi kiri.
  2. Cekak pinggang anda, tekan turun perlahan-lahan ke bawah untuk menegangkan otot dada dan menolak payudara anda ke hadapan. Perhatikan dengan teliti segala perubahan seperti saiz, bentuk dan kontur setiap payudara. Lihat sama ada terdapat kedutan, lekukan atau puting tersorot ke dalam.
  3. Dengan perlahan-lahan, picit kedua-dua puting dan perhatikan jika terdapat lelehan keluar. Periksa sama ada lelehan tersebut kelihatan jernih atau mengandungi darah.

Berbaring

Untuk memeriksa payudara sebelah kanan, letakkan bantal di bawah bahu kanan dan tangan kanan diletakkan di belakang kepala. Tekan jari anda mendatar dan bergerak perlahan-lahan dalam bentuk bulatan kecil, bermula dari bahagian pangkal payudara. Selepas satu pusingan, bergerak 1 inci (2.5cm) ke arah puting. Lakukan putaran untuk memeriksa setiap bahagian payudara termasuk puting. Ulangi kaedah yang sama pada payudara sebelah kiri dengan meletakkan bantal di bawah bahu kiri dan tangan kiri diletakkan di belakang kepala. Cuba rasakan sama ada terdapat sebarang gumpalan di bawah dan di sepanjang atas tulang selangka.

Cam payah je kan nak bayangkan bila baca kan? Jadi, aku letak gambar sekali. . . .korang baca dan tenung baik punya camne nak check. Okay?


Aku harap gambar kat atas ni cukup terang untuk korang usha. . .

Lelaki? korang jangan nak mengelak! Korang pun berpotensi untuk dapat breast cancer jugak! Apatah lagi kalau korang tu suka minum air soya. Bukan nye tak boleh minum susu soya tapi tak boleh minum banyak. Sebab air soya tu boleh menyebabkan hormon progesteron dalam badan korang cepat bertindak. . . .aku tau ni pun aku pernah baca dalam column Kesihatan dalam Mingguan Malaysia. Jadi, rajin-rajin le baca column Kesihatan dalam Mingguan Malaysia tu.

Kalau nak tau lebih lanjut, korang tanya la pada yang pakar. Aku ni blajo tak habes. He he he. . .kang bagi fakta salah, tak pasal je.

Apa-apa pun aku harap entri kat atas membantu kita-kita yang selalu melupakan hal ni. Zaman-zaman sekarang ni, benda-benda camni penting sebab kita makan macam-macam dan terlalu banyak fastfood dalam life circle kita.

So, renung-renungkan dan selamat memeriksa!

p/s: ingat mengingati kan lebih baik.


ADIOS!

Wordless Wednesday


Thursday, October 13, 2011

tak tau masak vs. payah nak jadi imam

Assalamualaikum, semua ;)


Hai, korang!. Aku kekenyangan arini. Umi sayang masak kuewtiau sup pastu aku ngan Umi aku bantai makan nasi ngan ikan rohu goreng campur kicap. Perggghhhh! layan dowh. Nasi panas. Ikan panas. Lazats!. Skang ni aku dok melayan perut aku yang keras ni. . . .Hu hu hu. . .

Ok. Kita berbalik kepada title diatas. Menarik tak. Ni gara-gara aku terbaca satu artikel kat www.gilerkentang.com. Title dia salahkah wanita tak tahu masak?. . . .

Aku sebagai pompuan yang suka masak. Aku rasa pompuan memang HARUS pandai masak. HARUS disini tak reti pun takpe, reti lagi bagus!. Bukan WAJIB. Hehehehe. . . .zaman sekarang ada bibiks, kome kome yang banyak duit boleh le leburkan duit kat bibiks. Suruh je bibiks masak. Tapi bagi yang duit tak jenuh tu, kome kome belajo le masak. Bukan SUSAH pun masak masak ni, korang campak campak je.

Tak kisahla, korang tu belajar tinggi mana pon. Bahagian dapur punya course lagi HARUS. Mana taknya, orang tua tua kata. . . .kalau nak pikat suami, kene pikat perut laki. Eh! betol ke ayat aku ni? Laki kenyang makan kat umah jadi dia takdela makan kat luar. Betol tak? Itu kalau yang reti masak. Kalau yang tak reti masak, camne pulak la yea?

Cuba bayangkan . . . bila orang pompuan cakap 'saya tak reti masak'. Habes! mesti kene jelingan maut punya!. Dan pompuan tersebut bakal terima segala KUTUKANS. Damn! Aku marahla camni. Nasihat sudah. Tak payah nak kutuk-kutuk atau perli-perli.

Apa alasan orang pompuan tak blajar masak? Alasan yang paling praktikal di zaman millenium ni. . . mak ngan ayah soh blaja tinggi-tinggi dulu. Dah nak kawen nanti baru blaja masak. Itu kalau sempat blaja masak. Kalau tak sempat. Jadila macam kawan aku. . . .hohohoho.

Aku ada je kawan yang tak pandai masak. Nak masak air pun tak berapa nak lulus! Camner? Alhamdulillah nasib dia kawen ngan orang pandai masak. Kalau tak, makan luar je la beliau dan laki beliau. Huh!

Itu kalau pompuan yang tak reti masak. Kalau LELAKI tak boleh jadi IMAM. Camner pulak yea?. . . .

Cuba, korang tanya pulak lelaki kat luar sana. Korang boleh imamkan SOLAT? Hmmmm. . .sah-sahla banyak yang teragak-agak nak jawab. Ada orang kisah? Ada orang nak perli dan berikan kutukan dekat lelaki tu? TAKDE? NO!

Kalau korang perli jugak, mau melantun lantun lelaki tersebut punya kemarahan. Ho ho ho. . . .mau tak melantunnya. . .silap haribulan, nak sentuh sejadah pun cam payah (ayat makan dalam)

Rasa-rasa la kan apa alasan Kaum Adam ni yea yang 'berat' nak imamkan keluarga mereka solat? atau 'berat' nak SOLAT?

ADIOS!


p/s: mana lagi berat dari pandangan Allah yea. . . .renung-renungkan dan selamat beramal!

Wednesday, October 12, 2011

Hilang Seketika

Asslamualaikum, semua ;)


Hai, korang! Hmm. . . .lama betol tak update belog. Agak lama jugakla aku menghilang dari dunia belog. Minggu lepas sangat sebok dengan Ekspo Jualan Buku di Perbadanan Putrajaya sempena Bulan Bahasa. Sekarang kan bulan Oktober. Bulan Oktober kan Bulan Bahasa Kebangsaan. Maka, mari kita membaca buku sempena Bulan Bahasa. . . .even bukan Bulan Bahasa pon, kita masih lagi boleh membaca. Tapi, apa kata bulan ni kita baca buku lebih sikit dari biasa. Membaca tu kan jambatan ilmu.

Menyampah betol aku biler dah penat taip panjang-panjang tetiba internet wat hal! Habes segala prosa kata dan ayat kosa kata aku! Nyampah tau!

Terus aku malas nak taip balik apa yang aku taip tadi.

Maka, aku nak kongsi tazkirah je lah. Konon nak buat dua entry arini. Biler internet buat hal, aku buat satu entri je. Dah la arini ari RABU. Hari Rabu kan wordless wednesday tapi aku wordy wednesday. Hahahaha. . . .

Mari kita baca tazkirah di bawah. Tazkirah di bawah cerita pasal sesi pukul dan memukul anak. Sekarang kan da kecoh pasal ibu bapa mendera anak-anak kecil. Apa lah yang difahami oleh si kecil tu.

Renung-renungkan dan selamat beramal!


Islam amat menitik beratkan soal pendidikan terhadap anak-anak. Ini kerana pendidikan yang betul dan menepati kehendak syarak , Insya Allah akan melahirkan anak yang beriman serta mentaati perintah Allah swt dan Rasul-Nya.Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.

Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu saranan
pendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak. Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.

Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :

- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.

- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.

- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.

- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.

- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.

Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ

“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”

(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)

Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.

Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Kita sebagai ibu bapa yang akan mewarnai mereka. Maka, warnai mereka dengan warna yang dceria dan cantik. Yakni, didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…Insya Allah.
ADIOS!


p/s: Sayangilah anak kita sepertimana kita menyayangi nyawa kita!

Tuesday, October 4, 2011

Sayang Lebih

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!. Aku dah lama tak letak tazkirah kat sini kan? ye, begitu juga petua. Aku masih lagi mencari petua yang mudah untuk kita - kita semua cuba. Tapi masih belum ketemu.

Arini nak kongsi camne kita si Bini ni nak bagi Encik Usben sayang lebih kat kitew. Tapi kebanyakan caranye, yang biasa bini-bini lakukan. Jadi, kita harus mempertajamkan skill tersebut. He he he. . . . .


1. Korang bangunlah awal. Janganlah sampai Usben korang bangun pastu dia yang prepare sarapan. Unless kalau memang dia soh korang breakfast in bed.

2. Tanya dengan Encik Usben, nak sarapan dan minum apa. Apa yang dia suka minum pepagi.

3. Bila Encik Usben nak pegi keje, korang hantar le dia sampai depan pintu (yang ni untuk housewife) dan sila makesure baju yang korang pakai tu kemas! Bukan pakai baju tido lagik!

4. Bila Encik Usben dah pegi keje. Korang kemasla  rumah yang berselerak tu. Katil tu kemas. Jadi, bila Encik Usben balik, sedap mata dia memangdang rumah dah kemas. Yang korang pulak pakai kemas-kemas, janganla serabut. Nak pahala tak?

5. Aku tau penat buat keje rumah, pe nak buat. Dah kemas rumah dan sidai baju. Pe lagi masaklah untuk laki korang! Masak yang sedap-sedap. Unless laki korang kata "sayang, arini tak payah masak. kita makan kat luar je". 

6. Sederhana dalam berpenampilan. umumnya laki-laki tidak menyukai perempuan yang berpenampilan dengan mekap tebal, sebaliknya kesederhanaan lebih menarik bagi mereka kerana menurut mereka lebih indah kecantikan asli perempuan. Yang ni aku suka sebab aku memang sederhana. Encik Usben pun tak minat touch up touch ip ni. . . .Huhuhuhu

7. Sabar! Jika ada masalah melanda diri. Cuba selesaikan tapi jangan melepiaskan kemarahan kepada laki korang. Boleh kalau nak kongsi masalah tapi bukan menambah masalah kat laki korang.

8. Dapat mendampingi suami dalam suka dan duka.

9. Berusaha untuk menjadi sahabat yang menyenangkan di bilik tidur.

10. Banyak perempuan masih merasa malu untuk bersikap agresif walaupun kepada suaminya sendiri.

11. Anggapan bahawa perempuan yang agresif dan tidak terhormat hanya untuk perempuan single. Tentu saja anggapan ini tidak berlaku untuk seorang isteri yang sudah ada suaminya sendiri.

12. Jika ada persoalan, segera tanyakan dengan suami, jangan simpan masalah di hati. Apalagi membocorkan rahsia diluar rumah.

13. Jika ingin keluar, minta izin atau atas pengetahuan suami.

14. Jangan menjadi isteri yang boros dalam belanja. Terutama untuk hal hal yang tidak penting. Ini yang paling penting skalik. Jangan nak mintak tu nak mintak ni kalau ianya tak diperlukan.

p/s:semoga kita semua menjadi isteri yang baik. . . .InsyaAllah.


ADIOS!