OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, February 22, 2011

N.U.R.S.A.K.I.N.A.H. Z.A.H.A.R.A.H. a.k.a BOBOT


Nursakinah Zaharah a.k.a Bobot
Arini nak citer pasal budak kenit ni plaks...
ritu da citer pasal kakak dia...
Alhamdulillah, 
aku masih lagi fully breastfeed untuk Cik Bobot..
Harap-harap sampai le umur beliau dua tahun..
huhuu
La ni beliau da 5 bulan...
nextmonth leh bagi makan makanan pejal plaks!
InsyaAllah...
aku akan berusaha...
caiyok!caiyok!
q(^ ^)p
Budak ni berat dia da 6.6kg dan sangat booolaaat
da macam Michelin!
pernah tengok Michelin?
ni haa michelin...


la ni Cik Bobot ni sangat pandai ketawa dan senyum
benda paling latest yang dia buat skang ni ialah bermain-main ngan lidah..
apa-apa pun feveret dia is menghisap semua jari sambil ber....eemmmmm emmmm emmmmm
haaaihhhh
^__^

satu lagi feveret Cik Bobot ialah
beliau sangat suka kacau kakak dia
kacau kakak dia tido...
begitu juga sebaliknya
huh!

apa yang pasti beliau belom lagi  
meniarap
dia sangat relax 
...
cuma
pabila agak bosan baring beliau sangat pandai
minta untuk didudukkan...
pandai nye...
huh!

agak pemurah dengan senyuman Cik Bobot neyh!
Cik Bobot juga mudah mesra...
hehehehe
sangat berbeza dengan Cik Bebet...
huhuhuhu

K...tu saje entri untuk Cik Bobot...nanti aku citer lagi pasal budak berdua ni..

Monday, February 21, 2011

H.A.P.P.Y B.I.R.T.H.D.A.Y

rini genap le umur aku 28....
Perrrgggghhhh!
lagi 2 nombor je aku masuk 30-an!
cepatnya masa berlalu....
kalau masa umur 20-an...rasa cam mude remaje jek
masa tu lambat lagi nak 30...relax lu...hohohohoho!
la ni...poning palo angka da nak dekat 30!
hahahahaha!

apa-apa pun aku bersyukur kepada Allah
Yang Maha Esa
sebab beri aku peluang untuk menghirup udara di bumi-Nya
beri aku peluang untuk melihat tumbesaran anak-anak ku
beri aku peluang untuk berbahagia dan berkasih sayang ngan Encik Usben
beri aku peluang untuk bersama-sama
Umi, Abah, Mak, Ayah, 
Adik-adik aku, 
Abang dan Kak Iparku, 
begitu juga 
Encik Usben dan anak-anak
Terima Kasih Ya Allah atas rezeki yang 
Engkau berikan pada ku
Terima Kasih atas kasih sayang-Mu 
padaku Ya Allah
Walaupun terkadang aku alpa dengan suruhan-Mu
Ampunkan aku Ya Allah Ya Rabbi

Kek?
Nan ado!
ketidajenuhan wang jadi tak de kek...
huhuhuhu
=___=

Encik Usben nanti awak banje saye kek yea biler awak senang....
hehehehehe
(^ ^)

Thanks to all friends and crib yang wish kat fesbuk and henpon!

Happy Birthday To Me!

Pulut Panggang Moden ala Chepah

Korang mesti terkejut nye biler pulut panggang moden...
mana taknya aku bungkus pulut panggang aku guna 
aluminum foil bukannyer guna daun pisang. 
Mana nak cari kalau idea datang tetengah hari bute. 
-__-!

Bahan-Bahan:

Pulut
1 biji kelapa (santan)
garam secukup rasa
2 helai daun pandan
daun pisang

Inti: (buat sama macam inti cucur badak)
1/2 biji kelapa parut
1/2 cawan udang kering
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
5 batang serai
sedikit air
garam dan gula

Cara-cara:
  1. Pulut tu seelok-eloknya korang rendam semalaman...tapi kalau idea datang tetiba cam aku ni...korang rendam le sejam dua. pastu korang masak pulut tu cam masak nasi. korang masukkan santan, garam dan daun pandan. TAPI air santan WAJIB sama paras ngan pulut! garam tu jangan banyak sangat nanti MASIN pulut korang tu. garam tu nak bagi rasa lemak pada santan jek!
  2. Inti plak korang buat macam korang buat inti cucur badak. nak pedas tambah lagi cili. ikut selera korang le...
  3. Korang layur kan daun pisang. kalau takde daun pisang, korang gune la aluminum foil cam aku. beza dia pulut panggang kita kureng wangi jek. sebab wangi dari daun pisang tu xde. damn!
  4. Ratakan pulut atas daun pisang @ aluminum foil. Jangan letak manyak sangat pulut nanti gemoks! tak santek. Pastu letakla inti. ikutla berapa banyak korang nak letak....
  5. Korang bungkus pulut tu mcm orang JEPUN buat sushi. Pernah tengok orang buat sushi tak? agak-agakla buat...ikut imaginasi masing-masing...hehehehe (teruk punye tukang masak!)
  6. Buat sampai habis pulut dan kelapa...pastu bakarle.
dan inilah hasilnya.....

PULUT PANGGANG MODEN!

Cucur Badak

ari sabtu yang penoh ngan aktiviti...
eh! ye ke.
rasa sabtu ni aku cam relax jek.hahahaha...
Encik Usben je sebok. 
Sebok ngan cuci kete dia. 
dekat setengah hari dia dok ngadap kete dia. 
hahahahaha.

sebagai upah dia membersihkan kete dia aku pun buatkan cucur badak untuk Encik Usben.

untuk buat cucur badak...kite memerlukan bahan yang paling utama. 
iaitu Encik Keledek.

korang kene rebus Encik Keledek ni sampi empuk dan lembut 
supaya mudah untuk melenyek Encik Keledek.

Bahan-Bahan:

Ubi keledek
1 biji kelapa parut
5 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering
5 batang serai
tepung gandum
sedikit air
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
  1. rebus ubi keledek sampai empuk dan lembut.selepas lembut kupas kulit dan lumatkan ubi keledek.
  2. selepas ubi dah dilumatkan, letak garam sket. lepas masukkan garam korang masukkan tepung gandum sikit demi sedikit.supaya adunan jadi macam doh.tapi jangan lebih tepung nanti tak sedap and keras.
  3. letak tepi doh tu. skang ni korang masak pulak inti dia.
  4. mula-mula, korang blend cili, serai, bawang merah, bawang putih dan udang kering. lepas da blend. korang tumis bahan-bahan tu sampai naik bau.pastu masukkan kelapa parut. gaul sebati.masukkan sedikit air dalam sesudu dua dan juga masukkan garam dan gula. pastu masak smpi kering. tapi jangan sampai hangit.
  5. biarkan inti.biler inti da sejuk.korang leh buat cucur badak.
Inila hasilnya.....

inti

cucur badak sebelum digoreng

hasilnya....hehehee

ayat cliche aku...Selamat Mencuba!

p/s: First time ni buat cucur badak...hehehe sronot biler jadi.cayalah!

Friday, February 18, 2011

S.A.F.I.Y.Y.A.H Z.A.H.A.R.A.H a.k.a B.E.B.E.T


SAFIYYAH ZAHARAH a.k.a BEBET
nak citer pasal budak comey neyh....
skang umur dia da 21bulan. 
gigi da 12 batang tapi lagi 2 gigi on the way. 
skang ni sangat-sangat becok mulutnya 
dan 
juga sangat garang. 
Apakah??? 
beliau garang seperti aku?? 
adoiyai! 
aku garang ke? 
hahahaha....tetttt-

Skang ni dia leh cakap macam-macam walaupun yang banyak nyer 'BAHASA' dia....

Buat masa ni dia leh cakap...

ma (ibu) - aku la tu...
tp yang peliknya biler tgk gambar leh plak sebut ibu...huh!
ayah
atok
nenek
angah instead of pak ngah...huhuhuu
curl stands for uncle hahahahaha!
acu her paksu
na her sis...Nursakinah Zaharah
acik....nasi
ayesh / ayer ...air
cucu .... susu
apin ... upin ipin
ngun ... bangun
tit ... sakit

ada lagi tapi aku rasa macam dia cakap bahasa dia je....huhuhuu

feveret minah ni ialah menyanyikan lagu 
Negaraku ngan lagu Negeri Selangor...
hahahahaha!

beliau sangat suka melayan citer-citer berikut.....
mesti tak cayakan? kan? kan?





tapi wat masa skang ni dia manyak melayan citer 
Magika and Hantu Kak Limah Balik Rumah...
haiiihhh~

Lagi satu peel budak kenit ni dia suka baca KATALOG...
tak pun amek buku-buku agama pastu dok kat kerusi sambil tadah tangan mulut terkumat kamit....
walaweyh!
aku pun tak tau apa yang dia baca...

beliau sangat kacau adik dia tido
pantang adik tido dia pun nak jerit 'NA' kuat-kuat...huh!

beliau juga pantang tengok orang makan...dia pun mau makan juge...
gemok? beliau tak gemok pun...sebab beliau banyak minum air kosong...
jadi sistem pencernaan beliau berjalan dengan lancar...
hari-hari mesti ada saje yang dicernakan..
hehehehehe

itu saje entri untuk Cik Bebet kali ni...akan di update lagi

Kurang Berat Badan


ritu aku citer pasal camner nak 'HILANGKAN' berat badan. 
skang ni nak citer camner nak PUT ON WEIGHT...
hehehehe 
-__-

tak kisahla korang nak tambah kan 
berat badan korang ke, 
anak-anak korang ke, 
mak ayah korang ke, 
adik beradik korang ke, 
binatang kesayangan korang ke....
(leh ke untuk binatang...tetttt)

caranya....
korang kan ada masak nasi kan? kan? kan? 
masa nasi tu tengah menggelegak...
amek air didihan tu...minum
As always baca Bismillah dan Selawat. 
Cuba buat 3 kali seminggu. 
InsyaAllah, naikle berat badan tuuuuu
^__^

Aku tak taula kenapa kebanyakan petua mesti 3 kali seminggu 
bukan 4kali ke atau 5kali ke xpun tiap-tiap hari ke....
huhuhuhu 
@__@

Tagline cliche...
Selamat Mencuba! 
q(^ ^)p

Kencing Tak Lawas

aku tau mesti ada diantara korang mengalami kencing tak lawas??? 

Betol tak? 
apa nak buat? 
meh sini aku bagi petua.

korang amek air air basuhan beras yang kedua pastu minum. 
buatla 3kali seminggu. 
jangan lupa baca Bismillah ngan Selawat. 
InsyaAllah, baik.

Amaran! 
kalau da cuba petua ni dan masih lagi tak lawas, 
SILA BERJUMPA DOKTOR. 
selamat mencuba!

Thursday, February 17, 2011

D.O.N.U.T

Hari minggu aritu aku buat DONUT...
First time wat donut. 
Perrrggghhh! 
Masa buat tu risau gaks kalau doh aku tak naik...
hahahaha 
jadi CEKODOK DONUT la jawab nyer....

DONUT ala CHEPAH

 Bahan-bahan:

1 peket (11gm) yis mauripan (direndam ngan air suam + secubit gula)
1 1/2 sudu besar mentega
1/2 kg tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecik gula
2 sudu besar susu
1/2 cawan gula halus
sedikit garam

Cara-cara:

Mula-mula korang rendam yis ngan air panas yang dicampur ngan secubit gula. Biarkan je sampai berbuih.
Sementara nak tunggu yis tu berbuih korang leh prepare tepung. Korang masukkan tepung gandum, serbuk penaik, gula ngan garam...letak tepi.

Tengok yis da berbuih ke belum...kalau belum xpelah. biar je. Pastu korang cairkan mentega, biarkan dia sejuk sket. kalau tak sejuk camner korang nak gaul ngan tepung kang ada yang melecur plaks tangan.

Biler yis dah berbuih...korang masukkan mentega dalam tepung. Pastu masukkan susu. Last sekali masukkan yis. sikit demi sedikit. Korang uli sampai jadi doh.

Biler da jadi doh tutup doh tu dengan kain lembap atau plastic wrapper. Biarkan dalam 15minit. Kalau lepas 15minit tak naik...korang tunggu la dalam 1/2 jam...kalau tak naik jugak something wrong ngan korang nyer doh....huhuhuhuhu. Jawabnyer jadi CEKODOK DONUT le...

Lepas 15 minit, doh da naik, korang tumbuk doh tu. Perrgghhh! best gak la waktu tumbuk doh ni. Hahaahhahaa!

Lepas tu korang bentukkan le donut tu macam donut. Lepas tu goreng le. Lepas goreng korang salut le donut tu ngan gula halus.

Selamat Mencuba.

Model Donut ala Chepah

p/s: model ni bukan saje suka makan DONUT tapi suka layan citer DONUT...walaweyh!

Ruam Susu

Ibu-ibu yang ada mesti nak pening bile anak ada ruam susu. 
Ada yang guna daun sireh, bedak sejuk atau tepung ubi...
aku tak guna daun sireh sbb tak kuasa nak g beli...giler PEMALAS...
bedak sejuk ada kat umah tapi MALAS bancuh begitu juga ngan tepung ubi...
hehehehhe
Memandangkan Cik Bobot kene ruam susu. 
Mula-mula aku letak Baby Oil...tak nak ilang. 

Last2 aku letak je Milk Lotion Baby Johnson tu kat muka dia and kat tempat yang kene ruam susu tu. 



Alhamdulillah, hilang. 

CAm tak caya je lotion ni leh ilangkan ruam susu...
tapi apa-apa pun tu semua kuasa Allah. 
Dengan izin-Nya ruam susu kat muka Cik Bobot ilang.
Korang pun leh try. 
Lepas mandi korang sapu lotion tu kat muka anak korang. 
InsyaAllah ruam tu akan ilang..

tapi klu bertambah lagi 
ATAU
ruam tak hilang sila dapatkan nasihat doktor 
(^ ^)v

Friday, February 11, 2011

Maulidur Rasul

Lagi beberapa hari Maulidur Rasul. 
Rindunya aku dan cintanya aku pada Rasul ku.

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. 
Ianya jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal 
Sempena kelahiran Nabi pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil 
yang dikenali sebagai Maulid Nabi. 
Setiap tahun pada hari itu, 
umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, 
ceramah dan sebagainya. 
Banyak kelebihan dan keistimewaan 
yang akan dikurniakan oleh 
Allah Subhanahu Wataala 
kepada mereka yang dapat 
mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan 
orang yang memuliakan 
majlis keputeraan 
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar 
untuk melakukan sesuatu yang baik 
merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa 
pembalasan 
Allah Subhanahu Wataala 
terhadap kebaikan begitu cepat 
sehinggakan terdetik sahaja di hati 
hendak berbuat kebaikan, 
sudah Allah Subhanahu Wataala 
akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. 
Seseorang yang beriman, 
kuat bersandar kepada Allah, 
ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang 
Allah Subhanahu Wataala. 
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati 
oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau 
orang yang tinggal di tempat itu 
turut mendapat keberkatannya.

Sempena kelahiran baginda marilah kita berselawat keatasnya
InsyaAllah kita bersama-sama mendapat syafaatnya
InsyaAllah

SELAWAT NABI (SAW)
      
  صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 

 
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
 
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
 
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
 
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ
 
مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
 
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ
 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
 
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا
بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ
 
وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد
عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
 
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد
صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

 
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ     صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

 
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ          
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ
 
أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
 
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ
 
يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

 
   

M.A.A.F

Entri arini nak cakap pasal perkataan MAAF.

Aku tau purata hampir semua manusia atas muka bumi ini AGAK SUKAR untuk mengucapkan perkataan MAAF. Kenapa? Aku sendiri pun tiada jawapannya. Sebab kadang-kadang aku pun cam payah gak nak ucapkan perkataan MAAF. Tapi ada masa aku mudah untuk mengatakannya. 
Kenapa? 
Ntahlah.... 
Tapi sejak aku jadi seorang ibu ni aku mudah mengatakan perkataan MAAF dan mudah MEMAAFKAN....
hmmm,ye ke? 
(^ ^)v

MEMOHON KEMAAFAN...

Kalau melalui pembacaan agak mudah untuk menyebutnya tapi cuba kalau ada buat KESALAHAN...korang rasa agak mudah ke nak MEMOHON KEMAAFAN? cam payah je kan? kan? disebabkan apa? 
EGO! EGOISM!
Inilah kelemahan manusia, ada yang terlalu mementingkan KEEGOAN.terlalu EGOIS. Egoism sukar nak dileraikan dari SIKAP manusia...melainkan manusia tersebut ingin mengubah SIKAP EGOISM mereka. 
Takde jatuhnya MARTABAT korang di mata Allah jika memohon kemaafan. 
Allah lagi suka orang yang memohon kemaafan. Lagi-lagi mohon kemaafan dari Dia.

Oleh itu, apa kata mulai hari ini kita semua buangkan sedikit sikap EGO tu dari diri kita. 
Supaya kita lebih cantik di pandangan Allah dan orang lain.

MEMAAFKAN...

Ni pun satu masalah lagi...tadi lagila masalah besar sukar untuk memohon kemaafan. 
Sukar untuk memaafkan orang pun SATU PENYAKIT kat mukabumi ni.
Ada juga orang macam ni kat muka bumi ni. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya. Begitu juga Allah Yang Maha Pengampun. 
Ni manusia biasa. Si kerdil atas muka bumi ini. Agak SOMBONG untuk memaafkan seseorang. 
Tak hina pun memaafkan seseorang dan tak hilang pun MARTABAT atau TARAF korang jika MEMAAFKAN seseorang. (kan aku da ulang ayat MARTABAT tu...)
Setau aku la...lagi MULIA kot memaafkan orang neyh. Tapi pada zaman sekarang ni...ntah la aku pun tak faham, masih lagi ada manusia yang tidak punya sikap pemaaf. 

Korang tak nak jadi orang yang mulia di sisi Allah ke?

Tapi...kalau diantara korang tak mo memaafkan antara satu sama lain. Itu hak korang dan urusan korang dengan Allah. 
Apa yang pasti kita harusla KIKIS sikap EGOISM untuk menjadi seorang yang mudah memohon maaf dan memaafi. 
Tak semestinya nak tunggu raya nak minta maaf...korang diharuskan memohon maaf pada bila-bila masa. 
Kalau boleh tu, bila terasa ada buat salah tu...terusla mintak maaf jangan lewat-lewatkan. 
Okeyh!

Oleh yang demikian, 
aku Chepah Ila Hussein ingin memohon maaf jika sepanjang aku berblogging ni ada mengguriskan hati korang, aku memohon seribu kemaafan. 
Dan aku juga memaafkan korang juga jika korang ada mengutuk aku nyer blog...hehehehe.

P/S : Renung-renungkan dan Selamat Beramal! InsyaAllah~

Wednesday, February 9, 2011

Petua Menasihatkan Anak

Entri kali ni untuk para-para ibu....(^^,)

Mudah sangat! Semasa korang dodoikan @ bobok @ tepuk anak..korang cakap je ngan diorang.
Mula-mula kene baca ayat 20 dari Surah Hasyr. Tapi kalau korang cam payah sangat nak hafal baca je Al-Fatihah, pastu bisikkan apa yang korang nak bisik kat dia.
Petua ni sesuai semua peringkat umur kanak-kanak....

Apa nak cakap?????

Cakaple....
Jangan Nakal-Nakal - Dengar cakap Ibu ngan Ayah - Belajar Rajin-rajin - Jangan Nangis-nangis (kalau yang kuat nangis) - Jangan panjat sana panjat sini - 

cakap je la apa yang korang nak cakap n nasihat....sebab masa waktu nak tido la waktu yang sesuai untuk dia absorb ilmu...

kalau korang nak ajar cakap pun, masa waktu ni pun okey...tgh ready-ready nak tdo tu...ajar dia panggil ayah, ibu, nenek, atok n dll. tapi buat skali je jangan buat banyak kali sebab nanti daripada dia rasa nak tdo langsung tak jadi tdo....hihihihi

Selamat Mencuba....InsyaAllah, semuanya atas izin-Nya.

Tuesday, February 8, 2011

08 February 2011 - entri khas buat Encik Usben....

apa ada pada tarikh 08/02/2011???? 
satu tarikh istimewa buat insan yang paling aku sayang after Allah s.w.t.

Kamu,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk melindungi ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk menyayangi ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mencintai ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk membimbing ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mengimamkan solat ku,
Insan yang Dia anugerah kan pada ku untuk mengetuai keluarga ku,

Kamu,
Terima kasih atas semua pengorbanan mu,
Terima kasih atas semua kasih sayang mu,
Terima kasih atas semua kecintaan mu,
Terima kasih atas semua pelindungan mu,
Terima kasih atas semua bimbingan mu,

Kamu,
Berharap dan terus berharap cinta dan janji hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap kasih sayang tetap utuh hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi pelindungku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap membimbingku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap sentiasa mengimamkan solatku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi teman tidurku hingga akhir hayat,
Berharap dan terus berharap menjadi teman bual bicara ku hingga akhir hayat,

Kamu,
Aku mencintai kamu sepenuh hati 
dan aku berharap dan terus berharap diikuti dengan doa pada yang Maha Esa
Cinta kita hingga akhir hayat
dan kamu 
aku doakan panjang umurmu,
aku doakan sihat tubuh badanmu,
aku doakan murah rezekimu,
aku doakan kebahagianmu,
aku doakan kegembiraanmu,
aku doakan syurga tempatmu.....

Aku Cinta dan Sayang kamu selalu.....





SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-28 ABANG! AYANG SAYANG ABANG SELALU!!!

B.A.T.O.K

Korang mesti tak suka kala tiba waktu ke'batok'kan....aku pun tak suka. Lagi-lagi untuk wanita preggy. Seksanya...cian korang. Nak makan ubat pun tak leh takut effect kat baby...

Aku ada petua untuk korang ilangkan batok korang tu....petua ni untuk orang yang memang TAK SUKA makan UBAT, TAK MO makan UBAT and TAK BLEY makan UBAT sebab ke'preggy'an...

First, korang amek kapur. BUKAN kapur tulis ATAU kapur barus!

Tapi kapur yang orang makan ngan sireh tu...korang campur ngan limau nipis. Sapu kat leher korang diikuti dengan Selawat dan Bismillah....nak lagi mujarab korang mintakla mak korang sapukan, sebab mak kita akan sapu dengan penuh kasih sayang....tak caya? hmmm...ritu masa aku batok mak aku sapukan....Alhamdulillah, baik terus!

P/s: Tapi apa-apa pun semua berlaku atas izin-Nya...InsyaAllah~

Monday, February 7, 2011

Anak-anak selsema...



Korang yang ada anak kecik mesti nak tau cara camner nak ilangkan selsema anak-anak tanpa memberi ubat. Betol tak????...senang je. korang amek kunyit. bukan kunyit serbuk! amek ibu kunyit tu, korang tumbuk pastu campurkan sket ngan minyak masak. lepas tu korang sapukan kat batang hidung dia. Macam biasa baca la Selawat dan Bismillah...kerana dengan izin-Nya saje penyakit tu baik.

P/s: kalau diorang batuk pun boleh guna jugak petua ni...tapi letak kat leher dia la...(^^,)v

Cuti-cuti Malaysia

sila abaikan tahun diatas...hahahahah
aku cuti dari 1hb Februari sampaila 6hb Februari....hehehehe...seminggu cuti.
pe lagi cuti-cuti Malaysia la....

aku akan mulakan ngan 1hb & 2hb

aku dok umah je...xde g  mana-mana. menghabiskan masa ngan Family ku yang tersayang.
 
3hb & 4hb 
kecikla plak peta yang ado ni....haiihhh~

tak kisahla janji ado peta...huhuhuhu. aku ngan family g melake.sempena raye cina ritu...mak datok punya la banyak kete kat highway. aku g melaka diorg pun nak g MELAKA. sibukla kete-kete ni....kami pergi dua kete. kete Abah aku ngan kete Encik Usben.

Mula-mula kitorang singgah sini dulu...zoo melaka
Zoo melaka ni mempunyai kebesaran 54 ekar tanah. Pastu ada lebih 1200 binatang kat sini dan ada 200 spesies burung, mamalia, reptilia & amfibia....
punyala ramai umat kat ZOO ni....Tuhan saje yang tau. 
Giler penat mengejar Cik Bebet...biler tanya nak dokong ke tak...dia leh jawab nanak (taknak). nak bagi air pun taknak sebab takut kene tinggal. nak tukar pampers pun tak bagi tapi kene paksa jugak sebab da penuh...adoiyai!
Seb baikla Cik Bobot tak meragam dalam stroller...huhuhuhu. Atok le yang menolak nyer dari start masuk Zoo sampai kuar Zoo....credit should give to my Abah! Nnt bezday saye bagi adiah ye...hehehehe!

Lepas da round satu Zoo....kitorang pun meneruskan perjalanan ke desitinasi seterusnya... 
 
Sangat-sangat okey apartment dia. Ada dapo. ada peti ais. ada tv. cukup puas hati. Pasni kalau nak g Melaka aku nak stay kat sini je...




 Petang plaks melayan Cik Bebet mandi swimming pool...yang best nyer aku lupa nak amek gambar Cik Bebet dalam swimming pool...haiihhh~ sungguh tak patut! Okey gak dok sini...dari apartment aku nampakla Selat Melaka. Aku dok tingkat 13...huhuhuhu. Kata apartment jadi adala dapor letrik and peti ais. Pasni kalau nak jenjalan lagi Melaka, confirm aku dok sini lagi. Sangat mudah. Ni pun aku booked guna Cuti.com 

Untuk dinner plaks....cam biase la kalau da g Melaka mestila kene makan ikan bakar. Kat mana lagi? Sah-sah la kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai
Giler ramai umat kat sini.  
Yang paling dahsyat skali ialah pencarian Perkampungan ni mengguna Encik Google Map dan co-Pilot Encik Fathull! huh! Sungguh tak berkaliber langsung! aku leh la tido ngan anak-anak aku kat seat belakang.dahsyat tak???? uuuiiii dahsyat! 
Siang tu guna gaks Google Map nak cari Garden City Service Apartment tapi okey jek. Biler malam nak cari Umbai punyala PAYAH....berapa kali silap jalan! Menyampahnyer! Huhuhuhuu.....tapi cian kat Encik Husni sebab tak enjoy makan seafood sebab tetiba Cik Hidung & Cik Tekak beliau buat hal! Mungkin tak tahan ngan asap2 kat situ....haiiihhh~




Esoknya plak kami g Menara Taming Sari. Mak datok! giler ramai orang and panjang nye queue. Disebabkan nak naik jugak Menara tu...ku tunggu and beratur jugak! Hahahahaha....Sebenarnye takdela best sangat pun naik Menara tu...cuma we can almost all of Bandar Hilir from that tower. Hihihihi....Konon nak ajak Abah aku naik...tapi disebabkan kegayatan beliau...beliau takmo naik. Haiiihhh~ Ketinggian Menara Taming Sari ni kalau tak salah aku 80meter...tinggi kan? kan? lepas tu dia akan pusing untuk kita observe all Bandar Hilir. aku dok dalam Menara Taming Sari ni selama 7 minit jek. Kejap je....hehehehe
lepas da g Menara Taming Sari ni...kami singgah ke Dataran Pahlawan...cuaca panas giler jadi kami amek initiative dengan memasukkan diri ke Dataran Pahlawan...hehehehe. dekat dalam tu pun Cik Bebet tak mo kene dukung walaupun aku tau dia sangat penat berjalan....dalam Dataran Pahlawan tu kami singgah kat Heritage Village...tapi tak singgah lama pun...sebab masing-masing cam da penat...huhuuhuhu. Sebenornye tak puas pun jalan lagi...jadi aku rasa kene plan lagi skali untuk ke Melaka...mungkin tunggu Cik Bobot leh jalan plaks. Next vacation...cam nak g Langkawi plaks...huhuhuhu. InsyaAllah. Amin.
5hb & 6hb

Mestila dok umah setelah keletihan melayan diri and anak-anak berjalan-jalan. Dua hari ni la nak cuci baju and gosok baju kerje...hehehehe. Thanks to Encik Usben sebab membawa kami berjalan-jalan. Begitu juga Abah aku sebab sangat rajin menolak stroller Cik Bobot...Aku sayang korang semua.