OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, August 8, 2014

Bagai Aur dengan Tebing

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Fuh! Diam tak diam dah 12 Syawal. Cepat masa berlalu...dan tak lupa jugak aku nak mohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata dan terkasar bahasa kat korang-korang semua. Semoga Syawal tahun ini menjadi Syawal yang paling meriah untuk korang-korang semua.

Tak lupa juga ucapan takziah buat ahli keluarga penumpang MH 370 dan MH 17.

Takziah juga buat ahli keluarga umat Islam di Gaza. Semoga roh-roh mereka di tempatkan dikalangan orang beriman. Semoga kesemuanya ditempatkan di Jannah Allah. Amin.

Sejak dua menjak tiga menjak ni...perkataan boikot dengan rakyat Malaysia amat sinonim dengan pepatah melayu...Bagai Aur dengan Tebing

Aku bukan pro-Gaza dan aku juga bukan pro-Israel. Aku pro-Malaysia. Hehehehe...Apa yang aku cuba katakan disini...bukanlah tak perlu boikot tapi ada caranya. Bukan dengan cara ludah meludah pekerja-pekerja McDonalds, Starbucks, Johnson & Johnson atau mana-mana pekerja yang bekerja di bawah syarikat yang punya saham Israel. Itu bukan caranya.

Boikot dengan cara tidak membeli barangan atau produk itu pun sudah mencukupi. Namun, kalau setakat anda anda anda semua sebok boikot produk-produk tersebut tapi kehidupan dan cara hidup sama seperti 'mereka' TAK GUNA okey! Hidup dalam keadaan dan cara Muslim. Insyaallah tak perlu boikot anda sendiri akan automatik tidak membeli barangan mereka.

Faham ke tidak????

Aku faham...orang Melayu memang berani. Berani sebab darah Hang Tuah dan Hang Jebat mengalir di setiap tubuh badan orang Melayu tapi sayang jika tidak menggunakan otak yang Allah bagi untuk berfikir dengan cara yang paling bijak. Okay?

Good.

Now. What should we do? Banyak-banyakkan berdoa. Bangunle pagi-pagi solat subuh berjemaah seperti mana korang-korang semua boleh pergi ke Masjid untuk solat Jumaat. Once everybody Solat Subuh sebanyak Solat Jumaat, Muslim will WIN. Now do for your own good!. Bangun Solat Subuh!

Tak perlu jadi tong kosong! Tung Tang Tung Tang! Tapi kosong kosong kosong....

Done my two cents.

Assalamualaikum.

Friday, July 18, 2014

Please STOP it!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Please stop making any speculation about the MH17. Please stop it. Just pray for them. Al-Fatihah for all the Muslim. Rest in peace for the non-Muslim. My big condolence to all MH17's family.

It is NOT politic matters. Just wait and see what is the result. Stop making any stupid speculation.

Biarlah pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa menyiasat kes ini samada ianya benar ditembak oleh peluru berpandu pihak Ukraine atau sebaliknya atau mungkin sudah ditakdirkan pesawat tersebut terhempas. Itu semua di dalam perbendaharaan Allah swt.

Sudah tiba masanya mereka kembali kepada Maha Pencipta. Sudah tertulis sebegitu....

Itu semua ujian dari Allah swt untuk bumi Malaysia. Apa perlu rakyat Malaysia buat? Tolonglah bersatu padu, tolonglah bekerjasama, tolonglah jangan melakukan penindasan antara satu sama lain. Tolonglah...sudah-sudahlah tu fitnah memfitnah satu sama lain.

Dunia sudah berada di penghujung...

Marilah kita sama-sama berdoa untuk semua penumpang-penumpang MH17.

Takziah sekali lagi diucapkan kepada semua kaum keluarga bagi penumpang-penumpang MH17.

Al-Fatihah...

Assalamualaikum.

Wednesday, July 16, 2014

Yang Merah Saga, Yang Indah Itu Bahasa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Salam Ramadhan!

Pastu korang dah tonton apa yang terjadi semalam di Kuantan. Aku doakan gadis itu sedar dari perbuatannya yang amat memalukan diri, keluarga dan masyarakat. Apatah lagi beliau seorang gadis ayu bertudung. Anda hampir-hampir jadi nila ye cik Kiki.

Hadoi!.

Aku terkesan dari sikap si gadis. Kita ni orang melayu, bahasa melambangkan bangsa. Anda lihat sendiri, bangsa mana yang lebih cantik bahasa...hmmmm..

Aku bangsa Melayu, sangat malu dengan bahasa yang digunakan oleh cik Kiki. Sayang seribu kali sayang. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata buruk padahnya.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Indahkan bahasa melayu? Tapi sayang si gadis bertudung itu telah mencela bahasa agungnya di mata masyarakat. Hadoi!

Saya tau kereta tu kereta baru...sudah pasti baru dapat lesen P. Makanya, takut kene merit ke cik adik? Hehehehe...semoga anda sedar dengan tindakan anda.

Apa nasihat saya? Segera bertaubat dan segera memohon kemaafan dari Mr.Apek itu. Kerana kekasaran bahasa anda.

Aku malu.

Assalamualaikum.

Ok. Bai-

Monday, July 7, 2014

Menangguk Di Air Yang Keruh

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Ramadhan.

Hampir sebulan tak update blog. Maaf yea rakan-rakan pembaca. Aku seriously super busy before puasa and early week of puasa. Keje botingkek tingkek!.

Alhamdulillah, hari ini lapang sket harinya. Maka, mari kita update blog. Yeah!.

Beberapa minggu lalu banyak HOT story yang berlaku. Namun, aku antara manusia dan blogger dalam mood kesepian tak update belog disebabkan super busy. So, as always kebanyakan blogger telah update pelbagai cerita...kalau ikut kata pepatah...seperti menangguk di air yang keruh. Eh?

Aku pun pernah gak bersikap macam tu. Sebab nak dapatkan ratings. Tapi kalau blog dah tak berapa nak popular..buat la cerita apa pun belum tentu rating naik. #moodsentap #aptb

Jom kita throwback what happen between last week...

Firstly, everybody are talking about 'pembersihan' golongan gelandangan. Apa pendapat aku? Apa yang aku rasa?

Kerajaan mengatakan golongan gelandangan punca sampah sarap terjadi di kawasan bandar..ada tak pihak kerajaan perhati siapa yang punca sampah sarap tu muncul? Ada lihat siapa yang membuang sampah merata-rata? Cuba selidik. Cuba perhati. Cuba lihat. And please do your survey on that matters. Aku juga suka menyatakan sila cuba selidik dan terus selidik bagaimana wujudnya orang gelandangan di Malaysia.

Secondly, everybody are talking about ex-model playboy asia memeluk islam. Semua blog nak petik n ama dia. Meh sini...aku pun nak petik nama dia. Popular Miss RR neyh. Hehehehehe. Siapa tak kenal ex-model Playboy Felixia Yeap a.k.a Raisha Rania. Alhamdulillah, beliau sudah pun memeluk Islam dengan rela hati beliau di bulan Ramadhan yang mulia ini dan bertambah lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. Syukur padaMu Ya Allah. Semoga Raisha Rania sentiasa didalam rahmat Allah swt.

Thirdly, kita dikejutkan dengan kehilangan Biduanita Negara Sharifah Aini. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini dan keluarga Linda Rafar diatas pemergian anak lelakinya. Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-Fatihah.

Forthly, everybody are posting and wassaping about kemendapan jalan raya area Jalan Bukit Bintang. Hamboi hamboi hamboi...hebat betol korang-korang ni yea...sepantas kilat korang super impose gambar-gambar tu. Ianya agak menggelikan hati. Tapi, ianya aku rasa mencalarkan sedikit imej Malaysia. Sorry guys, I'm not into it. Hehehehe....

Fifthly, ada baca tak kes kereta kebal terbalik dan menyebabkan dua tentera kita meninggal dunia? Takziah diucapkan.

Sixth, van putih muncul lagi. Wahai van putih, kamu takde kerja lainkah? Sehinggakan mahu mengambil anak orang untuk dibuat perniagaan dan kamu mendapat keuntungan dengan cara paling jijik sekali!. Kamu jahat!

Hmmm...itu sahaja kronologi yang perlu aku update dalam blog aku yang sendu ni. Hahahahaa...sendu ke? sendu le tu...to all readers, seriously me thank you all sebab rajin singgah dan baca blog aku. To other blogger, sorry sangat-sangat tak dapat nak singgah dan blog walking.

Insyaallah, will update more stories later.

Assalamualaikum.

Thursday, June 19, 2014

Magician

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kelmarin adalah hari yang agak kelakar...hahahaha..kenapa?

Ada orang perasan nak jadi magician. Hihihihi

Gambar takde la plak...sorry yea. So, bayang kan jela (^^,)v

Sakinah ikat kain selimut kat leher kemudian ambil color pencil yang warna putih untuk jadi wand.

Situasi 1#

Nenek: Kak Na ambilkan air untuk Salsabila

Kak Na: Jap nenek Kak Na magic

Nenek: cepat...

Kak Na: magic air!

=__=

Salsabila tu dah tersedak-sedak nak...awat la lambat sangat nak magic air tu sampai kat adik....huhuhu

Situasi 2#

Kak Na: Kak Na magic ibu jadi kunci!

ibu tak bergerak...sebab ibu jadi kunci...

Nenek: habesla ibu jadi kunci...

Kak Na: kita tukar....magic ibu jadi Salsabila

Nenek: kene dukung ibu la macam tu...ibu tak pandai jalan...

Kak Na: kita tukar....magic ibu jadi ibu balikla...

Hahahahaha...

Ok. Bai-

Assalamualaikum.