OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, November 1, 2016

Petua Sinki Tersumbat

Assalamualaikum, semua.

Hi, korang!.

Hari pertama bagi bulan November. Semoga daku istiqamah untuk update blog. Hehehe...

Petua pertama yang aku nak kongsi bagi tahun ini dan pada bulan ini. Walaupun sebelum ni pernah je kongsi petua.

Bahan-bahan diperlukan:

1 sinki yang tersumbat
2 sudu kecil cuka
2 sudu soda bikarbonat
2 cawan air panas mendidih

Cara-cara:

campak soda bikarbonat kat lubang sinkin, tuang cuka...biarkan dalam seminit dua. kemudian simbah air panas.

untuk hasil yang lebih baik....ambil garam kasar taburkan ke lubang sinki yang tersumbat. curahkan air panas.

InsyaAllah, sinki anda tidak tersumbat lagi.

Selamat Mencuba!

ok.bai-

Assalamualaikum.

Monday, October 31, 2016

Sunk Into The Womb

Assalamualaikum,

Hi, korang!.

Lamanya tak menaip dalam blog ni. Mood dah kelaut rasanya nak maintain update blog. Lagi-lagi si kecik dah ikut masuk office. Tak menang tangan nak handle kerja office. Nak handle si kecik punya aktiviti lagi. Tu belom masuk lagi part kelek si kakak-kakak datang office. Fuh! berpeluh bak hang!

Sebelum terlambat. Tahniah buat pasukan Kedah atas kemenangan Piala Malaysia malam tadi. Aku tak tengok pun bola. Tengok Gegar Vaganza 3. Hehehehe...

Gara-gara banyak pihak terlibat dengan diri aku dok share cerita Sunk Into The Womb. Maka aku pun terjebaklah untuk tengok.

Thank You Encik Google

Cerita ni mengisahkan seorang ibu dengan dua orang anak yang telah ditinggalkan oleh suami (please don't ask me about their names....lupa!) Bila si ibu ditinggalkan suami, maka si ibu pun mencari kerja untuk mencari sesuap nasi.

Part yang aku rasa kesian, part yang si ibu dengan beraninya meninggalkan anak-anaknya di rumah tanpa pengawasan orang dewasa!. Hoi! Giler lah! Anak-anak ditinggalkan begitu sahaja berhari-hari. Dan si anak makan apa sahaja makanan yang tinggal didalam rumah tersebut. Tak lama beberapa hari, anak yang kecil mati kelaparan. Si kakak masih lagi bertahan dengan makan tanah liat (plastersin).

Aku dah start geram dah waktu ni. Marah pun ada. Kesian pun ada....

Beberapa hari kemudian, si ibu pun pulang. Pulang untuk 'membersihkan' anak-anak nya. Okay sedih. Why? why? Can't you just send them to Jabatan Kebajikan Masyarakat. Huh!

Kepada yang belom menonton, sila tonton.

* Jangan dengar kata-kata hasutan orang lain yang mengatakan jangan tengok
* Citer ni menunjukkan berapa pentingnya komunikasi dan hubungan suami isteri dan ibu bapa
* Citer ini jugak lah menunjukkan betapa kita perlu tabah menghadapi segala ujian yang mendatang. Jangan cepat putus asa
* Anak-anak itu amanah Allah untuk kita
* Sayangi anak-anak

Mata masuk habuk!

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Monday, April 25, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum,

Hi, Korang!

Yes! sangat lama betul aku menyepi dari dunia blogging. Takdelah bizi sangat. Cuma tiada daya untuk berkhidmat pada blog. Oucch!

Untuk pengetahuan umum...kalau tanya kakak-kakak dan adik-adik clever girl, rasa diorang tahu tak bila tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 bila? Diadakan dimana rasa-rasa tahu tak? Ouuchhh!

Sayang sayang semua. Meh sini nak bagitau.....

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 akan diadakan pada 29 April 2016 sehingga 9 Mei 2016. Dan julung-julung kalinya diadakan di MAEPS, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Perpindahan tempat dari PWTC ke MAEPS disebabkan PWTC tidak dapat menampung 2.5 juta orang pengunjung dalam satu masa!

Pergghhh! ramai betol pembaca. Syabas. Sila berikan tepukan pada diri sendiri jika anda seorang pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.





Jom beramai-ramai memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016. Bukan sahaja ada buku uollsss! Untuk food lover...food truck pun ada.

All the best untuk vendor buku dan food. Semoga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 kali ni dapat menarik lebih ramai pengunjung. All the best eberibodi!!!!

Ok. Bai.

Assalamualaikum.

Wednesday, February 24, 2016

Istidraj - WW

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!...















sumber: muka buku... :)