OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Monday, August 10, 2015

Pengalaman Itu Mendewasakan 1

Assalamualaikum, semua.

Hai, korang!.

Seperti yang dijanjikan oleh si pejanji manis ini. Pengalaman bersalin aku yang pertama. Nama pun anak pertama maka ianya akan jadi sejarah pertama aku.

Due date aku 15 Mei 2009...tapi keluar tanda 9 Mei 2009. Hari Sabtu, bergegas pergi ke hospital. Gegasla sangat padahal relax je sebab siap singgah kedai mamak kat Ampang Point makan roti canai lagi. Hahahahaha...

Sampai hospital, naik wheelchair kene tolak pergi wad bersalin. Dan kemudian doctor pun check laluan dan buat CTG semua. Laluan baru 2cm. Jantung baby pun ok. Lalu, mereka kata tak perlu stay hospital.

Encik usben...jom balik. Tak balik umah pun....singgah umah kak ipar jap. Mak mertua ajak pergi Sogo....Hahahahah. Moh le kita jalan-jalan sampai Sogo sana.

Dengan kebijaksanaan Encik Usben, beliau meletakkan kereta dekat dengan area Campbell sana tuuuu..lintas jalan pegi Sogo. Korang pun boleh agak kalau Sogo tu buat SALE, haruslah ramai giler umat yang ada kat dalam itu.

*nanges*

Contraction dah datang...adalah dalam sejam sekali kot. Aku pun tak ingat sebab bila aku sakit aku stop jap jalan. Encik Usben dengan mak aku seronok jalan laju dihadapan ;p aku tercicir beberapa hasta dari diorang...

*nanges lagi*

Bila dah tengahari....harusla LAPAR! Tekak teringin A&W.... Moh le jalan kaki dari Sogo ke A&W. Nampak tak ibu mengandung itu gigih berjalan walaupun dalan kesakitan. Hahahaha.
Dah settle makan, jalan balik pergi Sogo, sebab ada barang lagi nak beli.

*nanges sikit lagi*

Dah dapat barang yang diingini...mari kita pulang! Yeay! Banyak la kau punya yeay! Ready untuk aktiviti malam pulak. Jom makan pizza hut. Hamek! Sambil makan sambil rasa contraction. Gagagagaga.

*nanges lebih sikit kali ni*

Dalm kereta on the way balik pun nanges lagi sebab sakit tapi tetap tak nak pergi hospital. Sebab takut kene tinggal kat hospital sorang. Hahahaha. Sengal. Maka, aku ber'adoi'la sepanjang malam dan bermulalah kisah tidak cukup tidur aku sehingga hari ini.

Keesokkan paginya rasa contraction makin kuat. Sarapan lempeng cicah sardine aku pandang sendu je. Sebab rasa sakit tu lagi dahsyat dari semalam. Part yang tak leh blah, Encik Usben memang relax abis sebab dia boleh shave segala bulu-bulu di muka nya kecuali kening. Aku dah tawaf rumah aku dari dapur ke living room je dah dekat 10kali.

=__=!

Pergi hospital, tahan wad mengada sangat. Lepak-lepak, tahan-tahan sakit dan makan-makan. Lepas Zohor camtu air ketuban pecah, lepak la aku pulak kat dalam labor room. Nice. Mentang-mentang anak first maka siap ada cheerleader bila bukaan aku dah cecah 9cm. Puan teran puan. Puan jangan angkat punggung puan. Bagus puan bagus. Lalu, dalam kul 2.30 camtu keluar le baby girl....Safiyyah Zaharah. Aku dapat jahitan dalam 2 jahitan camtu. Alhamdulillah koyak pun tak besar sangat.

10 Mei 2009...Mother's Day waktu tu....that the big prezzie for me as 1st time mother! Syukur Allah. Terima kasih Allah. Alhamdulillah.

Now she's already 6th. Alhamdulillah. Sihat wala'fiat.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Wednesday, August 5, 2015

Rindu

Assalamualaikum, semua.

Hai, korang!

Sangat confirm dan sangat sure banyak giler sawang sawang yang ada kat dalam blog aku ni...lama giler tak update. Itu ayat cliché. Tapi alasan yang paling penting disini adalah ketiadaan mood untuk berkarya di dalam alam maya adalah sangat sangat tidak ada since aku mengandung aritu.

Tapi.....

Sekarang ini mood tersebut sudah datang semula. Maka mari kita berkarya semula. Buat permulaan bagi bulan Ogos yang mulia ini.... aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Mohon Maaf Zahir Batin. Alhamdulillah raya kali ini aku dah berenam. Hehehehe

Dan empat hari lagi aku dah kene start keje. Cuti pantang dah habis uolls! Mari bekerja semula sambil jaga si bongsu itu di opis. Semoga dipermudahan. Huhuhuhu

Aku rasa aku dah hutang banyak pasal pengalaman bersalin kat korang.....uurrrggghhh! bila nak share ntah. Aku nak buat draft pun tak nyempat. Pengsan! Aku salute la kat korang-korang yang rajin giler update blog dan buat draft skali. Lalalala....

Jemah tak mampu uolls!

Nanti iols share ye pengalaman bersalin iols untuk keempat-empat anak iols.

Ok. Bai.

Assalamualaikum.