OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Wednesday, January 21, 2015

Kerana Dia, Ratu Sehari

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Dah lama kot tak buat entri pasal buku. Heheheh. Iols sebok dengan keroje dan dengan sesi menonton drama episod korea. Aku pun dah tersampuk K-POP. Hahahaha. Tapi tadelah sampai nak pelok retis KPOP tu kan. Sebab aku dah orang yang boleh dipelok dicium dan dihenyak-henyak. Gagagagaga.

Ok. berbalik kepada tajuk diatas.

Tajuk buku seperti yang aku upload kat mukabuku. Kerana Dia, Ratu Sehari.


Buku ni mempunyai 845 muka surat dan ada 37 jenis antologi cerpen.

Berharga RM 38.00

Aku tak baca lagi buku ni sebab tebal sangat dan memerlukan daya usaha yang amat tinggi untuk membaca.

Ok, itu sahaja nak update untuk arini.

Jumpe nextime.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Tuesday, January 20, 2015

rasa apa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Hari Jumaat lepas, aku satu famili pergilah bersantap kat Cafe Jiran, Wangsa Maju. Gara-gara Abah aku tetiba nak makan fish and chip. Orang tak boleh makan kambing, memang harusla makan ikan jew. Lalalalala....

As always semua orang order ikut pada apa yang diorang nak makan. Anak aku Safiyyah order Chicken Chop. Huh! Tak menahan. Padahal kat umah dia dah makan sepotong sandwich telur dengan sebatang cheese sosej yang Large size.

Dialog seorang pakcik terhadao anak buah...

Pakcik: Kakak makan apa?

Kakak: Makan chicken chop

Pakcik: sedap? rasa apa?

Kakak: sedap. rasa ayam lah.

Pakcik.... -___-! ok. uncle taknak rasa akak punya ayam.

Kakak: ok

Ko yang salah soalan sengal. Hahahaha....

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Monday, January 19, 2015

budak yang ditinggalkan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Masih lagi dalam situasi baling balik. Heheheh

Jangan marah.

Kitew baru ada masa nak update belog arini. Jadi mungkin arini akan banyak entri. Hahahaha... sengal.


Itulah akibatnya bila tinggal sengsorang kat rumah di kala kakak-kakak sekelian pergi sekolah. Ajak ibu dengan nenek tolong dia pasang khemah. Yes! all my daughters still playing all the old school days punya cara bermain.

They still played hide and seek.

They still played...rak rak rom rumah nenek nak roboh.

They still played...khemah-khemah

They still played...prince princess (all the drama) coz they are trying to be drama queen #LOL

They still played...all the tanah outside.

They still pick out all the leaves and crush him untuk main masak-masak. Hahahaha

They have tab. They have PSP. Tetapi tak selalu diorang dapat main benda-benda gadget tu sebab Encik Usben and me masih lagi kawal penggunaan gadget tersebut. Korang pun patut kawal. Bagi diorang main benda-benda tu hari weekend je. Tak perlu everyday.

Ya, memang kita patut bagi diorang explore and use all the gadget tapi perlu dalam kawalan. Bukan sepanjang masa. Oh, ya...jangan lupa ajar diorang how to use keyboard. Supaya diorang boleh jadi keyboard warrior pulak. Hahahahah.

Ok. aku gurau je.

Itu sahaja bebelan buat hari ini. Tunggu dan lihat entri yang akan datang.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Entri pertama untuk tahun dua ribu lima belas. Pada hari yang ke sembilan belas. Aku rasa belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Insyaallah.

Bagi tahun dua ribu lima belas ni, dua daripada anak-anak aku are going to school. Alhamdulillah. Masing-masing tak buat hal kat sekolah. Except ibu terlupa nak bawak selipar si kakak pergi preschool. Jadi si kakak sudah bising.

Hihihi...maafkan ibu nak. Ibu ni ada masa short term memory loss sket ;p

Balik daripada ambil dia dari sekolah, aku terus put in her slipper and color pencil. Hehehehe. Ibu tak nak kene bebel lagi dengan si anak. Gagagagaga.

First day buat si kakak adalah menyeronokkan sebab dia dapat jumpa kawan-kawan Tabika Kemas dia. Jadi aku tak risau sangat sebab dah ada geng. Yeah! School Rock!

Tetapi buat si adik sayang...Kak Na. Aku sedikit risau sebab sebelum-sebelum ni dia suka cakap....Kak Na tak nak pergi sekolah. Kak Na nak duduk dengan nenek kat rumah. Nak belajar dengan nenek.

=___=

Fuh! nasib baik dia tak buat hal drama swasta kat sekolah. Dia sangat-sangat cool, okey! Lega hati seorang ibu. Cuma ada satu part je yang aku tak tau nak klasifikasikan ok ke tak ok....hahahahaha

Cikgu sekolah dia cerita....

Sakinah pergi tandas...lepas pergi tandas singgah dapur dan tanya masak apa tu? Hahahaha. Si kakak dulu pun tak macam tu. Dia sangat berani and very talkative.

Bukan setakat first day je...second day pun dia tanya lagi masak apa. Hahahaha.... Second day tu dia tanya ngam-ngam pukul 9.30 pagi.

=___=

Meh sini aku belanja gambar sekeping...


Kak Na pakai baju kakak je...jimat! Kakak je kene tunggu baju...hehehehe.

Belajar rajin-rajin ye anak-anak!

Ok. Bai-

Assalamualaikum.