OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Tuesday, September 30, 2014

Auntie malas uncle rajin

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Terbang dan punah segala cabaran dan mencabar diri. Konon nak cabar diri nak update blog tiap-tiap hari. Hmmm...hangat-hangat tahi ayam le kamu ni Chepah ooii.

Actually nak citer sesi dialog budak-budak ni....budak-budak kan macam-macam idea, cetusan keluar dari mulut diorang....

Suatu pagi tu....diorang terkejut tengok uncle diorang bangun pagi sambil makan nasi lemak...

Sakinah: ibu, uncle rajin sebab uncle bangun cepat...
Ibu: hmmm....
Sakinah: ibu, auntie dah bangun?
Ibu: belom
Sakinah: auntie malas

Bahahahahaha!

Ok. Bai.

Assalamualaikum!

Monday, September 22, 2014

cabaran 6: season 2

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!

Tak sangka dah musim kedua. Best. Lucu.

Miss them before this. Now da jumpe cinta hati.

Weeeeeeee....keluarga iskandar.....

Ok.

Assalamualaikum. 

Sunday, September 21, 2014

Cabaran 5: the truth is out there

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Hari minggu! Nice...mari berlunjur-lunjur kaki. Hahahaha...lunjur sangat. Sekolah dah nak mula esok...maka mak mak sekalian...marilah kita menggosok baju-baju sekolah anak-anak.

Hadoi.

Tu belom campur baju kerja lagi =__=!

Nanges.


Hahahaha....

Pasti ada yang begini...every day!

Assalamualaikum.

Saturday, September 20, 2014

Cabaran 4: Nasi Ayam

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memandangkan hari ini hari Sabtu. Jadi kita santai-santai je la yea.

Over tau pak cik ni. Me don't like it!


Friday, September 19, 2014

Cabaran 3: pesanan seterusnya...

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sempena hari Jumaat yang mulia ini...aku nak buka pesanan untuk Congo Bars!



Seriously super sedap! Cuma RM 25.00 for the whole congo bars!

You can cut it 4x4 or 6x4 or 5x4 or 8x8 or 6x6 or 5x5 or or 8x4 or no cut at all! You can cut by yourself!

If ada sesiapa nak selit order untuk this weekend...kindly do call me. Pm me. Whatsapp me. 0193031450.

Self pick up...tak pun boleh jumpa kat meeting point mana-mana macam....

*wangsa walk
*aeon big wangsa maju
*aeon setiawangsa
*giant taman permata
*shell/ petronas MRR2/ hulu kelang

For the small packaging... I will charged you by piece.

Thank you korang!

Assalamualaikum!

Thursday, September 18, 2014

Cabaran 2: Flying without wings

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Memaksa diri untuk update blog dalam keadaan yang sangat-sangat ting tong plang plung kang kung...wuwuwuwuwu. Selsema melanda diri dikala ini. Makan ubat tapi tak boleh tido...cuba bayangkan. Ini kalau pekena Nescafe panas mau aku jadi lagi flying without wings+gigil.

Meningatkan tentang soalan UPSR bocor...buat aku  teringat kata-kata kawan aku kat mukabuku. Apalah sangat soalan UPSR bocor...soalan kubur relax chilex je dah bocor. Teettttt-

*aku dah olah sket kata-kata dia supaya nampak cool sikit :p

Sentence tu ada kebenaran tapi apa yang cikgu cikgi yang bersalah itu lakukan adalah salah sama sekali. Kenapa perlu buat begitu? Sebab duit kah? Tolonglah....jangan hanya kerana harta dunia korang belakangkan hasil akhirat... Apatah lagi kamu kamu itu pendidik bangsa. Maha Suci Allah kerja kamu sebagai pendidik itu sangat sangat mulia. Kenapa perlu dicalitkan dengan sesuatu yang buruk?

Semoga Allah dan ibu bapa pelajar UPSR mengampuni dosa-dosa kamu. Cara kamu itu telah membebankan guru-guru, pelajar dan ibu bapa. Dan juga telah membazirkan masa pelajar dan guru-guru yang lain. Ini mesti kes tak fikir panjang sebab nak senangkan diri sendiri.

Aku berharap tiada lagi kes-kes seperti ini berlaku. Mencari jalan singkat untuk menuju kejayaan. There is no easy way to get successful. You need to be hardworking, study smart and DOA! Don't forget to do you Solat!

Just my pity 2 cents.

Assalamualaikum.

Wednesday, September 17, 2014

Cabaran 1: Jom kenal!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

First of all....alhamdulillah nama aku masih lagi Sharifah Fadzilah Bt Syed Mohamed Hussein. Insyallah umo aku sehingga hari ini 31 tahun.

Alhamdulillah, aku dah kahwin dan aku ada tiga orang anak perempuan. Aku suka baca buku..tak kisah la buku apa pun...bedal je tu pun kalau ada kesempatan. Aku juga suka masak. Tak kisah la masak lauk ke...atau masak kek. Ada erk masak kek? Boleh la...

Aku keje kat Wangsa Maju je. Before this keje kat Taman Permata.

Ok. itu sahaja...untuk hari ini. Korang leh follow idup aku kat www.facebook.com/chepahilahussein. Kat ig pun sama chepahilahussein.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.




Cabaran

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku tengok ramai plak blogger yang buat cabaran satu cabaran satu hari...giler hebat korang! Aku pun nak buat jugaklah. Hahahaha

Macam la ada masa nak update satu hari satu entry. Ni nak update setiap hari pun dah macam tak sempat je.

Mari mencabar diri satu hari satu entri. Yes! Malaysia Boleh.

Ok. Bai-

Assalamualaikum.

Friday, September 5, 2014

Tertekan!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Maafla yea...sebulan sekali baru update blog. Sangat la sebok tahun ini. Rasa macam tak sempat pulak nak update blog.

Untuk hari Jumaat yang ceria ini. Penghulu segala hari.....aku nak share kes tertekan...kamu bini sangat kepochi!

Hahahahaha!


Kesian si suami....hahahahaha!

Salam Merdeka!

Assalamualaikum.