OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, August 8, 2014

Bagai Aur dengan Tebing

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Fuh! Diam tak diam dah 12 Syawal. Cepat masa berlalu...dan tak lupa jugak aku nak mohon ampun dan maaf di atas ketelanjuran kata dan terkasar bahasa kat korang-korang semua. Semoga Syawal tahun ini menjadi Syawal yang paling meriah untuk korang-korang semua.

Tak lupa juga ucapan takziah buat ahli keluarga penumpang MH 370 dan MH 17.

Takziah juga buat ahli keluarga umat Islam di Gaza. Semoga roh-roh mereka di tempatkan dikalangan orang beriman. Semoga kesemuanya ditempatkan di Jannah Allah. Amin.

Sejak dua menjak tiga menjak ni...perkataan boikot dengan rakyat Malaysia amat sinonim dengan pepatah melayu...Bagai Aur dengan Tebing

Aku bukan pro-Gaza dan aku juga bukan pro-Israel. Aku pro-Malaysia. Hehehehe...Apa yang aku cuba katakan disini...bukanlah tak perlu boikot tapi ada caranya. Bukan dengan cara ludah meludah pekerja-pekerja McDonalds, Starbucks, Johnson & Johnson atau mana-mana pekerja yang bekerja di bawah syarikat yang punya saham Israel. Itu bukan caranya.

Boikot dengan cara tidak membeli barangan atau produk itu pun sudah mencukupi. Namun, kalau setakat anda anda anda semua sebok boikot produk-produk tersebut tapi kehidupan dan cara hidup sama seperti 'mereka' TAK GUNA okey! Hidup dalam keadaan dan cara Muslim. Insyaallah tak perlu boikot anda sendiri akan automatik tidak membeli barangan mereka.

Faham ke tidak????

Aku faham...orang Melayu memang berani. Berani sebab darah Hang Tuah dan Hang Jebat mengalir di setiap tubuh badan orang Melayu tapi sayang jika tidak menggunakan otak yang Allah bagi untuk berfikir dengan cara yang paling bijak. Okay?

Good.

Now. What should we do? Banyak-banyakkan berdoa. Bangunle pagi-pagi solat subuh berjemaah seperti mana korang-korang semua boleh pergi ke Masjid untuk solat Jumaat. Once everybody Solat Subuh sebanyak Solat Jumaat, Muslim will WIN. Now do for your own good!. Bangun Solat Subuh!

Tak perlu jadi tong kosong! Tung Tang Tung Tang! Tapi kosong kosong kosong....

Done my two cents.

Assalamualaikum.