OPEN FOR ORDER: CALL/ PM/ WE CHAT/ WHAT'S APP AT 0193031450

Friends And Cribs

Friday, September 21, 2012

ibu tak tayu kan?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Kalau ikut dari segi minda dan agama. memang aku tak patot bagi bebudak ni tengok. Hahahahaha.

Tapi sebab nak dengar lagu je. Takpe kan???? hehehehe.

Ni pun dah lama tak tengok video clip ni. Selalu dengar kat win amp laki aku. Dengar je diorang akan kata "ibu tak tayu kan ibu?"

Haah tak tayu.

memang la tak malu.

giler banyak orang dalam ni separuh bogel ;p

itulah dia

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

yup. itulah dia. tugas makgas mak pak korang. mak pak aku. dan tugas aku dan encik usben. Apatah lagi kepada pasangan yang baru je jadi laki mini. ini ada sket tunjuk ajar.

tunjuk ajar la sangat...cuma perkongsian.

tapi.tapi.tapi.

this kind of responsibilities can be change with your partner suka suka ati. tak semestinya wifey buat keje wifey. u can mixed and matched.

alrite!


ok bai-


Jom Slurrppp!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Slurrppp sangat!.




cepat makan camni dari makan guna sudu ;p

kan?

ok bai-

Thursday, September 20, 2012

Sihir

Assalamualaikum, semua ;)

Hai,korang!.

Aku baru je dapat email ni dari kawan aku. Haip!. Zaman sekarang ni macam-macam la cara orang nak buat jahat. Aku rasa lagi moden dunia ni. Lagi cetek ilmu dan akal pikiran manusia. Lagi kurang kesivikan manusia. Lagu kurang mentaliti manusia.



From: Kamarulzaman, Noorhaya
Sent: Thursday, September 20, 2012 10:34 AM
To: Mohamad, Zairom; Md Khalid, Izmar Khartika; Nadia, Khairatul; Mohd Ghazali, Nabeila; Jibril, Jiyana; Abu Bakar, Mahirah; Muhammad Aizuddin, Paiman
Subject: Sihir - be careful
 
assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

di sini saya nak berkongsi pengalaman yang dialami oleh seorang cikgu,
ini adalah kisah benar bukannya rekaan, dan diharap dapat beri kebaikan
kepada semua,

satu malam cikgu tersebut terjaga dari tidor dan didapati anaknya yang
berusia dalam lingkungan 4 tahun tiada, cikgu tersebut cari anaknya
dalam rumah tapi tak jumpa, kemudian dia telefon seorang ustaz dan
beritahu apa yang telah terjadi, sebagai iktiar ustaz tu pesan jangan
buka pintu atau tingkap rumah sehingga azan subuh.

cikgu tersebut ikut apa yang dipesankan oleh ustaz tadi, bila selesai
sahaja azan subuh didapati anaknya sedang tidur di tempat tidurnya.
kemudian dia telefon kembali ustaz tadi dan beritahu anaknya dah
dijumpai.
 
ustaz tersebut bagi tahu itu kerja orang yang guna sihir untuk menculik

budak-budak kecik, dan sekiranya pintu atau tingkap dibuka maka hilanglah

budak tersebut.
dengan ini agar kita semua berjaga-jaga dengan apa yang
terjadi, jangan panik, banyakkan berdoa. sekiranya terjadi perkara
sedemikian diharapkan agar tidak membuka pintu atau tingkap sehingga
azan subuh kerana ianya masih di dalam rumah, melainkan pintu atau
tingkap rumah yang telah terbuka.
 
p/s: : Diharapkan menjadi panduan dalam kehidupan kita yang semakin mencabar

Nanti air nenek habes!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Boleh sentap kalau terkene kat diri sendirik!.

=___=

Aku ngan Umi aku selalu bagitau budak berdua tu jangan main air banyak-banyak. Nanti air nenek habes. Kayo umi aku, ada air banyak ;p

Semalam petang lah. Aku lah mangsa dan pemangsa adalah si kenit yang mulut pok pek pok pek macam mak nenek.

Dari luar bilik air . . .

SZ: Ibu! cepatlah kakak nak roti.

Aku: Kejaplah.

SZ: Ibu dah la. Nanti air nenek habes.

Aku: =__=!

Sejak dua menjak tiga menjak dah pandai berkata-kata ni. Habes sumer orang dia nak smash!

Malam semalam Pak Lang aku datang umah. Pastu amek pulak bear si kakak.

Pak Lang: Tok Lang amek yea bear kakak. Bawak balik umah.

SZ: Takmo la. nanti ayah kita marah.

;p

Ugutan paling dahsyat sekali. Ayah kita marah ;p

ok.bai-

Lain Di Cari Lain Yang Jumpa

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ini kes dari petang semalam membawa ke arini. Umi aku la... dari petang semalam dok cari spek dia. Katanya letak atas tv. Tup tup bile lepas maghrib nak guna, spec dah hilang entah ke mana.

Sangat muyskil.

Hmmm....

Pagi tadi biler dah tertonggeng-tonggeng, terbalik-balik, tergolek-golek cari spek.

Tiba-tiba Umi aku tunjuk ni kat aku . . .


Hamboi! cari spek jumpe duit! Bukan sikit.

50 hengget hokei!

Rasa-rasa ada tak lagi duit cepah cepah ;p

Gagagagaga.....

ok. bai.

p/s: spek dah jumpe.

Wednesday, September 19, 2012

buku ke ayam?

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Raye? abih dah. maka Salam Zulkaedah. weeeee~

mood nak update belog memang lari sejak dua menjak tiga menjak ni. Apakah disebabkan 'musim' ini menyebabkan aku hilang mood? haih...habeslah belog aku bakal bersawang berbulan-bulan if 'musim' ini tak pergi.

beberapa hari lepas, saje nak ajar si kakak dengan adik mengeja. hoih-

lain di eja lain dibaca

=__=

dah macam cerita Pendekar Bujang Lapok dah.

be way re nge . . . . unta.

pengsan!

mau tak nye . . .

aku sebut a aaaa y.a.m yam .... ayam.

sampai ke diorang . . . a aaaa y.a.m yam .... buku

=___=

bila eja buku ....

jadi vice versa.

apakah????

ke aku yang failed jadi cikgu????

=__=

bai-


Thursday, September 13, 2012

Quote!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Sebelum aku dapat idea lain untuk aku letak dalam belog ni. Aku letak special quote ni untuk kita semua.

Me like it.

"wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Dan bahagian yang paling bengkok pada tulang rusuk adalah yang paling atas. Jika engkau meluruskannya engkau membuatnya patah. Tetapi jika engkau membiarkan dan menerima mereka seadanya, engkau menerima mereka manakala mereka memiliki suatu kebengkokkan"

-Hadis Rasulullah s.a.w.-

Wednesday, September 12, 2012

Teman Pengganti

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lagu latest yang paling aku suka. Cam layan je lagu neyh.

Ni lirik lagu dia . . .

Teman Pengganti.

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


idea tak marey!

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Idea tak marey le, rakan-rakan.

Aku tak tau nak taip apa ntah.

Nanti kang kalau aku tingat apa-apa peristiwa atau aksi yang menarik. Aku update la yek. Buat masa ni memang takde.

Maaf-

*nakjugakupdatebelogwalautakdeidea*

;p

Monday, September 10, 2012

sakit telinga

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Aku sihat. Tekak je rasa payau-payau gitew.

;p

Telinga aku pun ok. tak saket pun. saket hati je. hahahaahhaa.

Masa tu kat Banting on the way nak g Econsave.

SZ: nyanyi (lagu apa tak tau).

Encik Usben: Diamlah kakak. Sakit telinga ayah.

SZ: Nyanyi lagi.

Encik Usben: Nyanyi (lagu balik kampung)

SZ: Diamlah ayah. Sakit telinga kakak.

Hahahahahaha! pecah perut aku gelaks!

Nah, hamek!

Anak-anak yang lain, sila jangan tiru aksi ini. Hahahahaha.

;p


spoloh aribulan sembilan

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Ari Isnin. Semua orang selalu lemau bila ari isnin. Tapi bila ari jumaat sumer orang cargas!. Hahahaha. Monday Blues konon.

*wink*

Sempena ari isnin ni . . . ada dua orang aku nak wish Happy Bornday ;p

Firstly!

Mestilah to my daughter ;p


dua tahun sudah ini budak!.

mulut sangat lah pok pek pok pek.

jeritan? mak aih! bingit telinga.

tangisan? sangat drama queen. siap merah-merah hidung.

nyanyi? twinkle twinkle little star her favourite.

sangat aktif banding dengan kakak. coz kakak more girlish.

Happy Birthday Darling. Nanti balik kita makan kek. Macam lah awak suka makan kek.

=__=

Awak bukanlah pemakan kek ;p


Yang pasti ini bukan kek awak. Tak kosser nak beli kek banyak gini. Takde sape nak makan ;p

Doa-doa untukmu sentiasa ibu titipkan usai solat. Semoga segala doa dimakbulkan oleh Allah. Amin.

Tammat about my daughter.

Another person is . . .

Happy Birthday Ayah! Actually he is my GM. Hehehehe.

Hey! you call your GM, Ayah?

Yeah!

Mesra sket ;p

Semoga ayah diberikan sebaik-baik kesihatan, semewah-mewah rezeki dan sebaik-baik amalan. Amin.

Daaaa-

Friday, September 7, 2012

Bihun Singapore Chepah Style

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Lama kot aku tak share resipi ngan korang. Arini aku baik hati sket nak share resipi. Hahahaha. Resipi yang kebanyakan orang dah tau macam mana nak buat.

Sengals.

Tapi nak share jugak. Tapi aku takdelah macam pakcik aku kata, sampai kan buat sardin masak asam pun nak share dalam belog. Hehehehehehe.

Itu lauk orang bujang. Boleh je kalau nak share. Mana tau ada abe-abe ngan awe-awe nak lauk hok simple-simple.

Bihun Singapore aku ni pong simple jugaks. Kalau dah kata Chepah Style. Sah-sahla aku akan menderhaka kat original nya resipi. Hehehhee.

Bahan-bahan (untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak):

Bihun (sudah pasti)
1 ulas bawang merah (didadu)
2 ulas bawang putih (didadu)
1 dada ayam
2 batang celery
1/2 batang lobak merah (disagat)
2 biji jagung muda
3 biji cili padi (belah dua)
1 biji telor ayam
Lada sulah
Lada hitam
Garam
Sos tiram

Cara-cara:

1. Korang potongla mana yang patut potong. Bihun tu rendam dulu yep.

2. Tumis bawang putih, bawang merah, ayam dan cili padi. Masukkan sayur dan sos tiram. Masak sebentar.

3. Masukkan telor. Kacau kacau. Godek godek. Stir stir.

4. Masukkan bihun. Kacau sebati. Jangan sampai hancur plak bihun tu.

5. Masukkan lada hitam, lada sulah dan garam ikut hati korang lah.

Siap!

Hasil?

Ini hasil yang aku tapau dari umah. Gagagagaga.



Kakak la! Cakap-

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Salam Jumaat.

Sari berita penting. Macam warta berita la pulak.

Dush-

Suatu pagi yang damai dan hening . . .

SZ: Ibu, kakak nak susu pis (please).

Ibu pun buat susu . . .

Ibu: Safiyyah. Safiyyah.

Si anak masih lagi leka memunggah bakul menan.

Ibu: Safiyyah Zaharah. Safiyyah Zaharah.

Si anak masih lagi leka . . .

Ibu: Safiyyah Zaharah binti Mohd Zakry.

SZ: Moamat Jakry keje la ibu. Ni kakak la.

=__=

Fine!

Itu baru kakak.

Ni adik pulak.

NZ: Anek nak empok!

Nenek: Nah. Cakap apa?

NZ: Cakap.

Nenek: ?????

Hahahaha...apa lah!














Kenapa banyak gambar kakak? Sebab dia dah pandai mintak amek gambar dia.

Adeh-

Lamanye....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Lebaran lagi? Kalau lepas lebaran? Nak wish Salam Zulkaedah ke? Hahahaha. Tapi tak salahkan?

Dang-

Lama aku tak hupdate belog. Elleh baru tiga hari je. Jap-jap nak sapu-sapu sket habuk kat lantai belog ni. Banyak nye habuk.

Aku demam. Pastu adik aku pulak masuk spital. Macam-macam dugaan. Semoga dosa-dosa kecil daku terhapus. Amin.

*wink*

Salam Jumaat.

Sari berita penting dah tamat.

 

Monday, September 3, 2012

Wedding Lagi....

Assalamualaikum, semua ;)

Hai, korang!.

Salam Lebaran.

Eh!raya lagi kan????

Amboi raya sebulan bukan main lagi. Gagagagaga.

1 September 2012. Sepupu daku kawen yawl. Okay penat sebab hasil tuaian aku yang sangat-sangat singkat masa. Macam nak pitams!




Dengan nak melayan anak-anak dan Encik Usben. Terima kasih la Encik Usben kerana memahami ;p

Hasil kerja keras tangan daku . . . yang lari concept. Mana tak lari concept. Penganten nak modern klasik. Tapi sebab beli barang last minute. Inilah hasilnya, modern+classic+garden concept. Hahahaaha.

Bengong.

Aku la bengong!

 Kek buah sponsored by Mak Njang. Boleh tak Umi aku ngan Mak Njang aku berebut nak sponsored kek sebiji ni....adoiyai.

 Epal merah buat pemanis mulut sebelum makan kek. Hihihihii.

 Sireh junjung si penjujung adat.

Eau de Perfume from Paul Smith yang telah di'usik' oleh anak beta. Satu malam bau lelaki melekat kat mereka berdua.

=__=

Buku untuk bahan bacaan Sang Suami di kala singgang.

 Forrero Rocher yang menjadi idaman setiap mata yang memandang. Duh-

 Jam untuk ingatan waktu solat, Sejadah yang wangi untuk menjadi alas tika solat. Tafsir Al-Quran yang comey untuk dibawa kemana saje.

 Sepersalinan untuk majlis bertandang pulok.

My feveret. Bunga rampai yang diperturunkan oleh arwah Nenek. Harumm semerbak serumah. Me like it!.

To Pak Andam yang tak berapa nak keras itew. Ko patut sediakan bunga tangan dengan payung okay!. Seb baiklah si bidan terjun ni ada bunga lebih dan boleh buatkan bunga tangan. Huh-

Marah dah chepah!

Aksi budak-budak tecit yang meragam di cuaca panas dan ramai orang . . . .

=__=

Mula-mula senyum . . . pastu tengok lah dah menyelit kat bawah ketiak nenet. Cik NZ yang sayang Nenek. Tak bagi nenek buat keje pon until she is fall a sleep. 


















Abaikan muka ibu yang berminyak itew.

Sesi menunggu para retis yang baru bangun tido nak bergambar. Cheh!


Masih lagi belum kelihantan kelibat si retis. Adoiyai-


 Akhirnya! penoh jugak. Walaupun family daku tak cukup sempurna kuantiti nya. Hew hew hew.

Aku mencik dengan lampu kuning kat pelamin itew. Sebab teramat silau jadi sedikit merosakkan gambar beta. Beta murka!. Hahahahaha.

Next! without yellow light yang panas itew. Eh! siapakah si gadis berjubah pepel itew. Gagagagaga.

Freestyle la sangat! tak jadi pong.

Tampar nak???

Budak amzar yang neves. Hahahha. Aku paham. Relax bro. Dadadadadada.

Apa-apa pun Tahniah dan Tahniah for both of you Amzar and Sarah. Aku doakan korang kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga cinta anda berdua sampai ke syurga. Amin!

Nanti jangan lupa lepak umah cam selalu tau!

Ok bai-